6 Masalah Besar Dalam Industri Takaful Malaysia

Industri takaful telah bertapak lebih daripada 30 tahun di Malaysia, dan dilihat semakin berkembang maju. Statistik menunjukkan bahawa, hanya 15% rakyat Malaysia yang mempunyai perlindungan Takaful.

Jom kita dengarkan sendiri daripada orang dalam industri berkenaan masalah yang menimpa industri Takaful di Malaysia.

1. Takaful Platform Terbaik Untuk Simpanan?

Dah tahun 2020, masih ada ejen takaful yang tak serik menjual idea menyimpanlah dengan bijak di dalam takaful. Bagusnya seorang ejen adalah jika mereka mampu membuka mata pelanggan berkenaan kepentingan takaful. Bukan dengan memberi didikan palsu.

Tidak dinafikan konsep simpanan dalam takaful sebenarnya merujuk kepada produk berkaitan pelaburan yang terdapat ‘cash value’ atau nilai tunai yang ada di dalam tabung pelaburan atau tabung peserta selepas menolak yuran wakalah.

Namun bukan semua individu sesuai dengan produk takaful yang berkaitan pelaburan ini. Ejen perlu membuat pencarian fakta (fact finding) pelanggan dan bantu pelanggan buat keputusan yang tepat.

Penting untuk ketahui latar belakang ejen takaful anda. Tahap pengetahuan dan pengalaman ejen takaful mempengaruhi corak pelan dan nasihat yang disarankan oleh ejen kepada pelanggan.

Jika ejen ‘overclaim’ bahawa takaful adalah tempat yang terbaik untuk menyimpan, ia berkemungkinan dapat merosakkan kepercayaan pelanggan kepada ejen tersebut di kemudian hari.

Takaful mampu menjadi alat kewangan yang memapankan perancangan persaraan dan pengurusan harta pusaka. Namun pemilihan produk yang betul adalah penting untuk memastikan matlamat yang jelas mampu dicapai.

2. Kenapa Takaful Berlaku Tak Adil Kepada Pekerja Berisiko Tinggi?

Takaful mampu menyelesaikan masalah kewangan peribadi dan juga sebuah entiti perniagaan dengan memberi pampasan tunai jika kehilangan ‘orang penting’ dalam keluarga atau sesebuah syarikat.

Namun persoalannya kenapa masih ada risiko yang tidak boleh dilindungi, jika matlamat takaful adalah untuk membantu meringankan beban?

Pekerjaan berisiko di Malaysia bukan sahaja terhad kepada pegawai polis, askar, bomba dan PASKAL sahaja. Ia boleh jadi para jurutera yang bekerja di dalam industri ‘oil & gas’ yang berada di platform offshore atau di pelantar minyak.

Syarikat takaful bertanggungjawab memastikan tabung tabarru’ atau tabung risiko cukup stabil untuk jangka masa panjang bagi memastikan tuntutan takaful efisien. Pengunderaitan (Underwriting) atau pemilihan risiko yang teliti memberi keyakinan para pelanggan terhadap reputasi syarikat tersebut.

Itulah sebab utama kenapa para pelanggan perlu tahu latar belakang syarikat takaful yang perlu dipilih. Bank Negara Malaysia (BNM) memantau dengan baik setiap produk yang dikeluarkan oleh setiap syarikat takaful yang ada di Malaysia.

Kini ada sebuah syarikat takaful yang terbaru di Malaysia yang datang dengan produk yang menyediakan perlindungan kepada pekerjaan yang berisiko tinggi dan hobi yang ekstrem.

Ini sudah tentu memberi ketenangan kepada mereka yang bekerja dalam pekerjaan yang berisiko dan juga mereka yang mempunyai hobi-hobi yang ekstrem.

3. Perlindungan Asas Takaful Tidak Bayar Untuk Pampasan Penyakit Kritikal

Kini masyarakat semakin sedar akan kepentingan takaful bukan sahaja kepada kad perubatan. Walaupun kad perubatan mampu melindungi duit simpanan anda daripada habis membayar kos rawatan hospital, masyarakat kita sudah mula faham perlaksanaan hibah takaful mampu menyelamatkan keluarga yang ditinggalkan oleh suami atau seorang ayah yang merupakan punca pendapatan keluarga.

Jika hari ini kita disahkan menghidapi penyakit kritikal, beruntunglah jika kita ada kad perubatan. Namun jelas sekali kos kehidupan keluarga tidak banyak berubah sedangkan pendapatan mungkin hilang kerana kita tidak mampu bekerja.

Bagaimana sekiranya sijil takaful kita hanya ada pelan asas yang membayar untuk kematian dan hilang upaya kekal menyeluruh tetapi bukan untuk penyakit kritikal tertentu seperti kanser?

Kita perlu tahu apakah pilihan yang anda ada sekiranya nak dapatkan juga perlindungan penyakit kritikal di dalam pelan takaful kita.

Kini kita boleh dapatkan manfaat perlindungan untuk penyakit terminal secara percuma dengan sebuah syarikat Takaful yang baru dilancarkan.

4. Proses Tuntutan Takaful Yang Rumit

Proses tetap akan menjadi satu proses. Istilah rumit tidak timbul sekiranya orang yang membuat tuntutan faham berkenaan proses dan berhubung dengan pihak yang bertanggungjawab bagi menguruskan tuntutan tersebut.

Apabila berlakunya sesuatu musibah, sesiapa pun akan memerlukan khidmat nasihat orang ketiga. Emosi akan terganggu apabila berlaku musibah. Orang ketiga disini kebiasaannya adalah ejen yang telah diamanahkan.

Jika terjadi kematian dalam keluarga, mungkin terdetik bagaimana dengan sijil takaful si mati? Adakah sijil takaful masih aktif? Berapa nilai perlindungan yang ada?

Persoalan ini kerap timbul kerana waris sudah tentu akan cuba selesaikan segala hutang si mati kerana ia merupakan perkara wajib yang dituntut dalam agama.

Pastikan kita ambil tahu segala manfaat tambahan yang ditawarkan terutamanya dalam proses membuat tuntutan. Ada syarikat takaful yang memberikan khairat kematian secara percuma untuk membantu pengurusan ahli keluarga.

5. Ejen Takaful Lepas Tangan Selepas Penyerahan Polisi Takaful

Syarikat takaful ada banyak saluran untuk mempromosikan produk takaful. Di antaranya melalui bank, broker takaful, koperasi, dan juga melalui agensi atau ejen.

Sudah tentu masyarakat kita sudah terbiasa untuk memilih takaful melalui ejen kerana mengharapkan servis yang bagus dan juga jumlah ejen di Malaysia yang semakin meningkat.

Namun tidak dinafikan juga masih ramai yang tidak faham peranan seorang ejen adalah untuk memudah cara sahaja. Ejen bertindak untuk mempromosikan produk yang bersesuaian dengan pelanggan dan juga menjadi tempat rujukan sekiranya terdapat sangsi atau kekeliruan tentang produk takaful yang dimiliki.

Maka pemilihan syarikat takaful juga sangat penting kerana saluran khidmat pelanggan syarikat tersebut juga perlu efisien untuk memastikan kita sebagai pelanggan tidak berhadapan dengan masalah, sekiranya ejen yang memberi servis tiada ketika kita memerlukannya khidmat mereka.

6. Ejen Tak Tahan Lama Dalam Industri Takaful

Sebenarnya bukan mudah untuk membina kerjaya dalam bidang takaful. Bidang takaful merupakan satu bidang profesional yang berpotensi menjadi satu perniagaan yang masyhur dan menjanjikan pendapatan yang lumayan.

Justeru, terdapat ejen yang tidak mampu bertahan lama di dalam industri kerana beberapa faktor yang melibatkan struktur agensi dan penyesuaian diri dalam bidang ini.

Hakikatnya yang terkesan disini adalah pelanggan yang hilang tempat rujukan sekiranya ejen yang selalu mereka berurusan telah ‘ghaib’ atau tidak lagi mahu mengambil tahu apa-apa sekiranya telah meninggalkan industri.

Kini terdapat agensi yang menggunakan sistem Agency Leader Corporation (ALC) di Malaysia yang bertindak untuk membangunkan ejen yang profesional dan mampu memberi servis yang berkualiti kepada orang ramai.

Ditulis oleh Tuan Mohamad Haidi Gan, seorang leader di FWD Takaful.

Jemput Datang Ke CEO Meet

Jemput beramai-ramai ke seminar berkenaan Takaful seperti details di atas. Di antara kelebihan dan kepakaran mereka adalah:

1. Gabungan FGG Wealth Al-Khassah yang dikendalikan oleh Dato Seri Mahadi BZ dan NRG Family yang mempunyai rangkaian perunding Takaful di seluruh Malaysia

2. Kualiti Latihan dan bimbingan kepada semua perunding kewangan yang disusun rapi dan memberi impak seperti New Advisor Fast Start (NAFAS) program, Chase Your Dream dan Tremendous Tuesday Training

3. ‘Subuh Riser’, perjumpaan pagi bagi menghidupkan aktiviti setiap perunding takaful

4. Peluang membina legasi perniagaan dalam industri takaful dengan mudah. Support system di antara Leader yang sentiasa positif dan saling membantu dalam agensi

5. Aktif dengan aktiviti bersama masyarakat dan menjadikan bidang takaful sangat fleksibel dan tiada had pendapatan

6. Menyediakan sistem sokongan dalam melahirkan perunding yang excellence-driven

7. Menyediakan elaun sehingga RM5,000 setiap bulan

8. FGG Wealth Al-Khassah secara rasminya menjadi Million Dollar Agency pertama di FWD Takaful.

Dan siapa yang tak kenal dengan Dato Seri Mahadi BZ, seorang mentor yang lead by example:

1. DS merupakan MDRT pertama di FWD Takaful

2. Beliau merupakan lifetime MDRT

3. Beliau dari keluarga yang biasa-biasa, dan berjaya menjadi jutawan pada umur 21 tahun

4. Beliau adalah mentor keusahawanan dan kewangan yang dah melahirkan ramai MDRT

5. Beliau telah dinobatkan sebagai Top 100 Young CEO pada tahun 2019

6. Beliau komited untuk membantu setiap leader dalam FGG Wealth Al-Khassah untuk membesarkan group masing-masing dan membantu lebih ramai perunding untuk berjaya

Jemput beramai-ramai untuk memeriahkan majlis CEO Meet tersebut.

Previous ArticleNext Article
Individu berlesen/berdaftar dengan Suruhanjaya Sekuriti.

Portal Semak Sebelum Labur SC membolehkan anda menyemak sama ada seseorang individu atau entiti dibenarkan oleh SC untuk menawarkan, mempromosi atau menjual sebarang produk dan perkhidmatan pasaran modal.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Takaful vs Insurans Kereta: Adakah Duit Kita ‘Hangus’ Kalau Tak Pernah Kemalangan?

Setiap tahun, pemilik kenderaan di Malaysia wajib memperbaharui cukai jalan dan perlindungan kenderaan. Namun, masih ramai yang keliru atau sekadar “ikut kawan” tanpa memahami perbezaan antara Takaful dan Insurans Konvensional.

Ramai pemilik kereta sebut “Nak renew insurans kereta lah,” tapi sebenarnya mereka nak renew Takaful. Sebaliknya, ada juga yang ingat semua perlindungan kereta di Malaysia ini automatik patuh syariah atau berkonsepkan Takaful.

Realitinya tidak. Ini cara mudah untuk anda bezakan:

Lihat nama produk: Jika namanya ada perkataan “Takaful” (contoh: Takaful Ikhlas, Syarikat Takaful Malaysia, Etiqa Takaful), maka ia adalah produk patuh syariah. Jika namanya hanya “Insurance” atau “Insurans” (contoh: Allianz Insurance, MSIG Insurance, Lonpac Insurance), itu adalah produk konvensional.

Ini kerisauan paling popular yang bermain di minda pemilik kereta. Ramai yang bertanya:

“Kalau aku bayar Takaful tapi tak pernah kemalangan, bukan ke duit tu hangus macam tu saja? Apa faedah yang aku dapat?”

Jom kita bedah perbezaan ini supaya anda tidak lagi rasa rugi.

1. Niat & Akad: Jual Beli vs Tolong-Menolong

Perbezaan paling besar bukan pada harganya, tetapi pada kontrak (akad) di belakang tabir.

  • Insurans Konvensional: Menggunakan akad Mu’awadah (pertukaran komersial). Anda bayar premium kepada syarikat untuk “membeli” pampasan. Isunya, ia mengandungi unsur Gharar (ketidaktentuan) dan Maysir (seperti perjudian) kerana jika tiada kemalangan, syarikat ambil semua duit anda sebagai untung.
  • Takaful: Menggunakan akad Tabarru’ (derma). Sebahagian wang sumbangan anda dimasukkan ke dalam “Dana Risiko Peserta”. Niat anda adalah untuk menghibahkan (mendermakan) wang tersebut bagi membantu peserta lain yang ditimpa musibah.

2. Dilema “Duit Hangus”: Benarkah Tiada Langsung Faedahnya?

Jika sepanjang tahun kereta anda selamat dan tiada tuntutan (claim) dibuat, adakah anda rugi? Dari sudut Takaful, jawapannya adalah TIDAK.

Manfaat dari Sudut Rohani (Pahala)

Oleh kerana akadnya adalah derma untuk menolong orang lain (konsep Ta’awun), setiap sen yang anda bayar dikira sebagai amal jariah. Anda mendapat “manfaat ukhrawi” kerana membantu membiayai kos pembaikan kereta orang lain yang ditimpa malang.

Manfaat Perlindungan (Peace of Mind)

Anggaplah Takaful seperti mengupah pengawal keselamatan. Jika rumah anda tidak dirompak sepanjang tahun, adakah gaji pengawal itu dianggap hangus? Tidak, kerana anda telah mendapat manfaat perlindungan dan ketenangan jiwa sepanjang tempoh tersebut.

3. Kelebihan Yang Tiada Pada Insurans

Ini adalah bonus yang ramai orang terlepas pandang. Dalam insurans konvensional, lebihan wang (setelah tolak kos tuntutan) akan menjadi milik pemegang saham syarikat sepenuhnya.

Namun dalam Takaful:

  1. Jika dana risiko mempunyai lebihan (surplus) di akhir tahun, ia adalah milik kolektif peserta.
  2. Bergantung kepada polisi syarikat, lebihan ini boleh diagihkan semula kepada peserta yang tidak membuat tuntutan.
  3. Walaupun jumlahnya tidak menentu, ia merupakan satu pulangan tunai (cashback) yang adil berbanding insurans biasa.

Kesimpulan

Jangan lihat sumbangan Takaful sebagai satu perbelanjaan yang lebur begitu sahaja. Sebaliknya, lihatlah ia sebagai simpanan amal yang memberi anda ketenangan fikiran (peace of mind). Dalam Takaful, kalau tak kena musibah, kita dapat pahala menolong orang; kalau kena musibah, orang lain pula bantu kita. Adil dan berkat, bukan?

Memilih Takaful adalah satu langkah pengurusan risiko yang lebih efisien. Selain daripada perlindungan kenderaan yang komprehensif, anda juga berpeluang menikmati agihan lebihan (surplus) jika dana mencukupi. Ia adalah situasi win-win di mana risiko dikongsi bersama dan keuntungan bukan lagi milik mutlak syarikat semata-mata.