8 Keburukan Jika Tiada Takaful

Ejen Takaful selalunya dikatakan ‘makan duit orang’ walhal jika kita faham situasi yang sebenarnya, mereka inilah yang membantu supaya kita tidak kerugian pada kemudian hari.

Takaful atau pelan perlindungan masih lagi menjadi topik sensitif untuk dikupaskan memandangkan mentaliti masyarakat terhadap Takaful masih berada pada tahap yang kurang memberangsangkan. Statistik pun mengatakan Hanya 15% Rakyat Malaysia Ada Takaful.

“Tak mampu lah..” dan “Nanti dulu lah..” merupakan alasan utama.

Ramai yang melihat Takaful sebagai satu bebanan dan komitmen yang tidak penting. Namun, tiada satu pun kerugian jika anda mengambil Takaful atau pelan perlindungan, apatah lagi jika anda sudah berkeluarga. 

Sebenarnya, terdapat banyak keburukan tiada Takaful yang perlu anda risaukan. Biarpun yakin 100% takkan ada apa-apa penyakit pada kemudian hari, apakah anda percaya bahawa malang itu tidak berbau?

Jadi apakah yang akan terjadi jika kita tiada perlindungan Takaful?

#1 Tiada Perlindungan Masa Hadapan

Photo by Johannes Roth on Unsplash

Pasti kita pernah melihat situasi mereka yang memerlukan bantuan kos pembedahan dan rawatan yang mencecah nilai ribuan ringgit. Tanpa Takaful, itulah risiko dan keburukan yang perlu kita sedari.

Dari mana datangnya wang yang banyak untuk kita biayai kos rawatan suatu hari nanti?

#2 Lebih Berisiko Ketika Bekerja

Kenapa ada orang yang kerja membanting tulang demi sesuap nasi walaupun kerjanya amat berat? Tanpa pekerjaan, dia tidak dapat menyara keluarganya.

Biarpun kerja tersebut berisiko tinggi, tetapi dia tetap rajin dan bekerja kuat. Risiko berbaloi dengan pelan perlindungan yang telah diambil olehnya, sekurang-kurangnya, jika sesuatu berlaku padanya, waris dan anaknya tetap terjamin.

Keburukan tiada Takaful adalah risiko kerja menjadi lebih tinggi.

#3 Mengikut Sejarah Keluarga

Sekiranya sejarah keluarga kita mempunyai masalah kesihatan yang sangat serius dan tidak berapa elok, jangan teragak-agak untuk mengambil Takaful. Kemungkinan kesihatan kita juga bakal mengikut sejarah keluarga, siapa tahu masa akan datang bagaimana?

Pilihlah polisi Takaful yang benar-benar memberi perlindungan bagi situasi sebegini.

#4 Tiada ‘Backup’ Kewangan

Ada Takaful yang menekankan konsep simpanan dan pelaburan, di mana mereka akan membayar kita semula berdasarkan jumlah yang kita carum setiap bulan. Ada juga Takaful yang tiada elemen simpanan atau pelaburan.

Sekiranya tiada Takaful, kita mungkin berdepan dengan tidak mempunyai simpanan kecemasan dan hanya berharap kepada duit simpanan dalam Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP).

#5 Tiada Manfaat Kepada Waris

Sudahlah miskin harta, tinggalkan waris dalam kesusahan pula.

Keburukan tiada Takaful adalah waris tidak mendapat apa-apa manfaat apabila kita sudah tiada lagi. Kasihan kepada mereka yang terpaksa menggantikan tempat anda untuk mencari rezeki.

Itulah yang akan terjadi jika kita tiada Takaful. Jangan risau, kita masih mampu mengubahnya.

#6 Tidak Mampu Biaya Kos Perubatan Susulan

Apabila kita mengalami kemalangan atau kesakitan, pastinya memerlukan rawatan susulan. Apa akan jadi jika tiada Takaful? Kita terpaksa bayar sendiri 100%.

Kita terpaksa memikirkan cara untuk mencari wang bagi membiayai kos perubatan susulan. Ada Takaful yang menawarkan pembiayaan bagi rawatan susulan untuk beberapa kali. Ini pastinya akan memudahkan urusan anda.

#7 Tiada Keyakinan Diri dan Tiada Aset

Sebenarnya, mengambil pelan perlindungan atau Takaful adalah satu tiket untuk kita menjadi lebih yakin. Takaful boleh dikatakan aset perlindungan hayat untuk diri kita.

Rugi bagi mereka yang tidak fikir secara jauh dan matang. Mereka yang ada Takaful ni kira golongan yang bijak dan berfikiran jauh.

#8 Jauh Daripada Peluang Jana Pendapatan

Perasan tak, orang yang ada Takaful ini pasti mempunyai kesedaran dan pandai menasihati orang. Ini kerana sikap mereka yang menyedari kepentingan Takaful.

Jika kita mempunyai ciri-ciri Takaful Advisor yang baik, apa kata kita jana pendapatan sampingan dengan mempromosikan Takaful secara part time kepada rakan-rakan dan ahli keluarga?

Sambil bagi kesederan, dapat juga buat pendapatan sampingan.

Tidak ada satu kerugian pun jika kita mulakan dengan mengambil perlindungan Takaful yang sesuai hari ini juga!

Sumber Rujukanbilalelakiberbicara

Nak fahamkan lagi keburukan kalau tak ada Takaful? Cuba tanya dekat seorang balu.

Previous ArticleNext Article
Individu berlesen/berdaftar dengan Suruhanjaya Sekuriti.

Portal Semak Sebelum Labur SC membolehkan anda menyemak sama ada seseorang individu atau entiti dibenarkan oleh SC untuk menawarkan, mempromosi atau menjual sebarang produk dan perkhidmatan pasaran modal.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Penjagaan Kesihatan: Program Rintis MediAsas Bakal Bermula Akhir Julai

Saranan WAJARAN TINGGI kekal

Program perintis untuk MediAsas, iaitu Pelan Asas Insurans/Takaful Perubatan dan Kesihatan (MHIT), dijadualkan bermula pada akhir bulan Julai. Walaupun senarai hospital yang menyertai program ini masih belum diumumkan, kami menjangka pengendalipengendali fasiliti perubatan yang kami kaji akan menyertainya, walaupun secara pilihan. Premium bulanan indikatif berlingkungan antara MYR60 dan MYR550, manakala harga muktamad akan ditetapkan sebelum pelancaran di seluruh negara pada Jan 2027.

Apa itu MediAsas?

Ia merupakan produk asas MHIT yang direka untuk menambah baik tahap kemampuan sambil bertindak sebagai batu loncatan ke arah pelaksanaan berperingkat sistem bayaran mengikut diagnosis pesakit (DRG). Dua produknya iaitu Medi Asas Teras (pelan biasa) dan MediAsas Fleksi (pelan tambahan), akan dilancarkan secara rintis di Lembah Klang sepanjang tempoh tiga bulan sehingga Okt 2026.

Program rintis ini melibatkan enam syarikat insurans dan takaful, iaitu AIA, Allianz Malaysia (ALLZ MK, BELI, TP: MYR23.90), Great Eastern Malaysia, Prudential BSN Takaful, Etiqa, dan Syarikat Takaful Malaysia Keluarga (STMB MK, NEUTRAL, TP: MYR3.60), dan hospital-hospital terpilih. Premium bulanan indikatif dijangka berlingkungan antara MYR60 dan MYR550 untuk individu yang menyertai pelan tersebut sehingga usia 70, dengan liputan dilanjutkan sehingga usia 85. Harga akhir akan disahkan sebelum pelancaran di seluruh negara pada Jan 2027.

Ciri-ciri utama dan bakal implikasi.

Kertas Putih untuk pelan MHIT Asas yang diterbitkan sebelum ini menggariskan potongan MYR500 di samping mekanisme bayaran bersama (co-payment) dua tahap, dengan tiada bayaran bersama untuk hospital Tahap 1 (rangkaian dalaman) dan bayaran bersama sebanyak 20% (terhad padaMYR3,000 bagi setiap kecacatan) untuk hospital Tahap 2 (luar rangkaian).

Dua kesan penting:

i) Hospital yang tidak terpilih sebagai hospital panel pilihan mungkin akan mengalami tekanan terhadap bilangan pesakit (kesan terhadap pengendali premium seharusnya kecil memandangkan tumpuan mereka pada kes-kes yang lebih serius

ii) penetapan harga yang dibandingkan dengan hospital swasta bertahap lebih rendah hingga sederhana mungkin memerlukan pengendali premium untuk menawarkan pakej yang lebih seragam dan cekap kos, sekali gus membataskan keupayaan mereka untuk mengewangkan nilai jenama premium untuk segmen M40.

Menyentuh hal tersebut, kami berpendapat bahawa KPJ Healthcare berada pada kedudukan terbaik untuk memanfaatkan pelaksanaan MHIT dan DRG kelak, khususnya menerusi rangkaian luas hospital sekunder/komuniti miliknya yang beroperasi dengan asas kos yang lebih rendah, dengan ruang untuk menampung lebih banyak bilangan pesakit dan seterusnya mungkin memelihara margin bawah struktur pembayaran balik berasaskan DRG.

Risiko-risiko negatif utama, kos mengurus lebih mahal daripada anggaran, kunjungan pesakit dan pertumbuhan intensiti hasil lebih rendah berbanding jangkaan, dan perubahan dasar yang buruk. Sekiranya nilai USD melemah dengan ketara, IHH Healthcare mungkin mengalami kesan FX yang buruk terhadap perolehannya di luar negara manakala Duopharma mungkin meraih manfaat daripada pelepasan kos terhadap bahan farmaseutikal aktif (API) diimport.