Shopee Dan KPLB Memperkasakan Ribuan Peniaga Luar Bandar Untuk Berniaga Atas Talian

KUALA LUMPUR, 28 November 2019 – Nilai bersih sektor e-dagang ASEAN dijangkakan mencecah US$153 bilion pada tahun 2025[1]. Sehingga kini, Shopee bekerjasama rapat dengan pihak Kerajaan untuk mempersiapsiagakan peniaga tempatan dengan kemahiran, ilmu dan peluang untuk memasarkan produk mereka atas talian. Bulan lepas, Shopee telah menandatangani Memorandum Persefahaman dengan Elokal, pembolehdaya yang dilantik Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) bagi memastikan usahawan luar bandar tidak ketinggalan. Kedai rasmi Desamall@KPLB telah dilancarkan, mengenengahkan produk buatan tempatan seperti sambal, dodol, buku, baju kurung dan banyak lagi.

Meneruskan kejayaan tersebut, pihak Kementerian melancarkan sebuah kedai pengkhususan automotif atas talian di Shopee. Dikenali sebagai Desaauto@KPLB, inisiatif tersebut dijangkakan memberi manfaat kepada lebih 200 usahawan luar bandar yang mengilang dan mengedar produk automotif seperti tayar, bahagian gantian dan minyak enjin. Ini memberi mereka peluang untuk menjangkau pelanggan berpotensi baharu seluruh negara dan rantau melalui perkhidmatan melangkau sempadan Shopee, Platform Antarabangsa Shopee. Sebagai pemulaan, 100 produk akan didapati di kedai rasmi atas talian tersebut.

“Sekitar 24% daripada populasi Malaysia menginap di kawasan luar bandar, dan fokus utama Kementerian saya adalah untuk memajukan infrastruktur, kedudukan ekonomi dan pendapatan penduduk luar bandar. Masih banyak yang perlu dilakukan bagi kawasan luar bandar. Desamall@KPLB dan Desaauto@KPLB di Shopee adalah antara dua inisiatif KPLB yang akan memastikan usahawan luar bandar tidak ketinggalan dalam arus permodenan terkini sejajar dengan Revolusi Industri 4.0. Sasaran kami untuk tahun 2020 adalah untuk mempersiapkan 5,000 usahawan luar bandar baharu. Kami telah menyediakan kerja dasar untuk mereka dan dengan perancangan yang menarik ini, kami yakin yang kita akan berjaya mencapai sasaran kita. Tanggungjawab seterusnya adalah atas bahu warga luar bandar untuk mengambil langkah ke hadapan dan menggunakan peluang yang disediakan ini sepenuhnya,” ucap Menteri Pembangunan Luar Bandar, YB Datuk Seri Rina Mohd Harun yang merasmikan pelancaran kedai rasmi Desaauto@KPLB di Shopee, di W Kuala Lumpur.

Shopee 12.12 Birthday Sale yang Hebat Buat Semua

Pelancaran Desaauto@KPLB telah diadakan bersempena dengan pengumuman Shopee 12.12 Birthday Sale yang berlangsung dari 28 November hingga 12 Disember. Shopee akan mengadakan acara hiburan dan promosi sebagai ucapan terima kasih kepada rakyat Malaysia atas sokongan padu mereka yang tidak berbelah bahagi, termasuk tawaran harian RM12, penghantaran percuma dengan perbelanjaan minimum RM12, dan 12 juta Shopee coins untuk dimenangi di Shopee Catch.

Eksklusif Hanya Untuk Pengguna Shopee

SUV premium PROTON yang pertama, Proton X70 kini tiba di Shopee. Kunjungi kedai rasmi Proton di Shopee dari 3 Disember hingga 31 Disember 2019 untuk menikmati bayaran tempahan serendah RM99.00. Di samping itu, 50 pelanggan pertama yang mendaftar Proton X70 mereka sebelum 31 Disember 2019 juga akan menerima baucar-baucar Shopee berjumlah RM2,000 serta dapat menikmati promosi lain yang sedia ada dari PROTON.

Tawaran dan diskaun eksklusif dari Mydin, Petronas, AEON BiG, Castrol, DNA by Dynas, Mikaseries, Bridgestone Bicycle, Xixili, SimplySiti by Dato’ Sri Siti Nurhaliza, Phewiiit by Amy Search, C’ by Jane Chuck, White Fluffy by Janna Nick, Pureen, Bum Equipment dan banyak lagi menambah kepada kehebatan sambutan 12.12 Birthday Sale. Jenama-jenama ini boleh didapati hanya di Shopee pada 12.12 Birthday Sale ini!

Dalam pada sambutan ulang tahun kelahiran Shopee, para pengguna kini boleh menambah nilai bagi telefon bimbit dan membayar bil Astro, air, dan elektrik mereka dengan mudah melalui ciri baharu Reloads, Vouchers, and Bills yang terdapat di aplikasi Shopee. Para pengguna juga berpeluang untuk mendapatkan pulangan tunai Shopee coins sebanyak 10% semasa membayar bil mereka di Shopee. Pada 12 Disember sahaja, pulangan tunai dinaikkan kepada 12%. Setiap pengguna terhad kepada pulangan tunai Shopee coins sekali sahaja bagi tempoh kempen.

Tahun ini merupakan tahun yang amat bermakna bagi platform e-dagang nombor 1 Malaysia dengan tercapainya pelbagai peristiwa penting. “Kami mahu mengakhiri tahun 2019 dengan sambutan bermakna yang memberi manfaat kepada semua rakyat Malaysia. Pelancaran Desaauto@KPLB meneruskan usaha kami untuk memperkasakan dan memberi kebolehan kepada usahawan tempatan, dan menyampaikan ilmu pengetahuan kepada mereka untuk berkembang maju dan berjaya atas talian. Ini termasuk bengkel percuma kami bagi para penjual, Shopee University yang membimbing mereka mengenai cara-cara untuk mengoptimumkan perniagaan mereka secara atas talian sambil kami mengurus dan menyetempatkan kempen jualan untuk meningkatkan prestasi jualan usahawan-usahawan Shopee,” kata Ian Ho, Pengarah Urusan Serantau, Shopee.

Lebih Banyak Tawaran Hebat, Sukar Dilepaskan

  • Dimsum – Servis langganan video atas permintaan melancarkan ciri Watch & Shop di mana para pelanggan boleh membeli barang yang seumpama dengan barang yang ditayangkan di drama atau filem, di Shopee. Dari 5 hingga 15 Disember, gunakan DIMSUM1212 untuk menikmati diskaun RM10 dengan perbelanjaan mininum sebanyak RM35 melalui ciri ini. Tawaran eksklusif untuk pengguna baharu Shopee sahaja.
  • Standard Chartered, RHB, CIMB Bank, HSBC, UOB – Pemegang kad bakal menikmati ganjaran apabila membeli-belah di Shopee pada 12.12 Birthday Sale ini.
  • Visa – Menangi hadiah sebanyak RM300,000. 
  • The Alley – Tempah The Alley X Shopee Smoothie eksklusif, dan nikmati dua (2) cawan Brown Sugar Creme Brulee Milk dengan hanya RM22.
  • Pizza Hut – Dapatkan satu (1) pizza regular pada RM9.99 pada 12 Disember sahaja.
  • Sushi King – Nikmati satu (1) California Temaki pada RM1.20.
  • Baskin Robbins – Beli satu (1) dan dapatkan satu (1) Chocolate Blast Beverage percuma.
  • Dunkin’ Donuts – Nikmati sebiji donut pada RM1.20; beli satu (1) dapatkan satu (1) kopi percuma.
  • KFC – Beli satu (1) percuma satu (1) untuk produk terpilih.
  • FPX – 5,000 baucar bakal dinikmati bagi 2,500 pembeli pertama melebihi RM100 pada 28 dan 29 November.

Ho mengulas, “Shopee 12.12 Birthday Sale ini juga direka sebagai ucapan terima kasih kepada pengguna atas sokongan luar biasa mereka dengan tawaran terhebat pada akhir tahun. Kami telah melancarkan semua tawaran ini dan ganjaran eksklusif supaya rakyat Malaysia dapat turut serta bersama kami dalam sambutan ini dan menamatkan tahun ini dengan baik. Pelbagai tawaran menarik diadakan pada 12.12 Birthday Sale ini dan kami berharap ia akan membantu anda dalam persediaan menjelang tahun baru.”

Untuk menikmati tawaran ulang tahun kelahiran Shopee pada 12.12 Birthday Sale ini, layari http://shopee.com.my/1212

Mengenai Shopee

Shopee, sebuah syarikat Sea, mula dilancarkan di Singapura sejak 2015 dan telah berkembang ke Malaysia, Thailand, Taiwan, Indonesia, Vietnam dan Filipina. Sea merupakan peneraju dalam industri hiburan digital, eDagang dan perkhidmatan kewangan digital di rantau Asia Tenggara dan Taiwan. Misi Sea adalah untuk menaiktaraf kualiti kehidupan pengguna dan perniagaan kecil menerusi penggunaan teknologi dan telah disenaraikan di Bursa Saham New York (NYSE) dengan simbol SE.


[1] Google-Temasek-Bain e-Conomy SEA 2019

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

PTPTN salur RM285,500 Bantuan Lestari Siswa MADANI kepada 571 pelajar UPSI

TANJONG MALIM, 29 September 2026 — Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menyalurkan Bantuan Lestari Siswa MADANI berjumlah RM285,500 kepada 571 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) bagi meringankan beban kewangan mereka.

Ketua Eksekutif PTPTN Ahmad Dasuki Abdul Majid berkata setiap pelajar menerima bantuan RM500 secara sekali bayar (one-off) dan tidak perlu dibayar balik, dengan bayaran dikreditkan ke akaun pelajar mulai 2 Oktober ini.

Beliau berkata inisiatif itu merupakan antara usaha PTPTN membantu pelajar daripada keluarga kurang berkemampuan supaya dapat meneruskan pengajian tanpa terlalu dibebani masalah kewangan.

“PTPTN berbesar hati untuk menyampaikan Bantuan Lestari Siswa MADANI kepada 571 pelajar UPSI yang melibatkan jumlah keseluruhan RM285,500.

“Setiap pelajar akan menerima RM500, tak perlu bayar balik. Ini yang kita berikan secara percuma dan secara one-off,” katanya ketika berucap pada Majlis Penyampaian Bantuan Lestari Siswa MADANI di Dewan SITC Kampus Sultan Abdul Jalil Shah UPSI, semalam.

Ahmad Dasuki berkata PTPTN memperuntukkan RM120 juta bagi inisiatif berkenaan, dengan kira-kira 5,000 pelajar telah diluluskan setakat ini, namun hanya 1,500 pelajar menerima manfaat tersebut.

Sehubungan itu, beliau menggalakkan pelajar yang memenuhi syarat, khususnya mereka yang merupakan anak penerima eKasih dan belum memohon pinjaman PTPTN, supaya mendapatkan maklumat lanjut dan memanfaatkan peluang berkenaan.

Beliau berkata PTPTN bukan sahaja berperanan menyediakan pinjaman pendidikan, malah turut memberi penekanan terhadap budaya menabung menerusi Skim Simpanan Pendidikan Nasional (Simpan SSPN).

Beliau berharap Bantuan Lestari Siswa MADANI dapat menjadi pemangkin kepada pelajar untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan akademik selain meningkatkan taraf hidup keluarga dan memberi sumbangan kepada masyarakat.

“PTPTN tetap komited untuk memastikan agenda pendidikan negara terus dilaksanakan melalui pelbagai inisiatif yang sedang kita usahakan sekarang, selari dengan moto PTPTN, ‘Peluang Kejayaan Anda’,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UPSI Prof. Dr. Norkhalid Salimin berkata bantuan berkenaan amat bermakna kepada universiti memandangkan hampir 11,000 daripada kira-kira 30,578 pelajar UPSI merupakan golongan B40.

Beliau berkata perkara itu menggambarkan besarnya amanah dan tanggungjawab UPSI dalam memastikan kebajikan pelajar sepanjang tempoh pengajian mereka sentiasa terpelihara.

“Agenda kebajikan mahasiswa bukan agenda sampingan. Ia merupakan satu agenda penting yang kita bawa untuk memastikan perjalanan pendidikan adik-adik menimba ilmu di Bumi Mualim ini sepanjang tiga, empat tahun terjaga,” katanya.

Hadir sama Pengarah Negeri Pejabat PTPTN Perak, Andi Nurali Mohamed; Pengurus Besar Kanan Jabatan Komunikasi Korporat dan Pemasaran PTPTN, Wan Zawiah Wan Abu Bakar dan Bendahari UPSI, Mohamad Najib Mohamed.

Gambar 1: Ahmad Dasuki (tiga dari kanan, atas) bergambar bersama para pelajar UPSI yang merupakan penerima Bantuan Lestari Siswa MADANI pada majlis penyampaian Bantuan Lestari Siswa MADANI di Dewan SITC, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah UPSI.

Gambar 2: Ahmad Dasuki bergambar bersama para pelajar UPSI yang menerima Bantuan Lestari Siswa MADANI pada majlis penyampaian Bantuan Lestari Siswa MADANI di Dewan SITC, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah UPSI.

Gambar 3: Ahmad Dasuki (empat dari kanan) ketika menyerahkan cek cura Bantuan Lestari Siswa Madani yang bernilai RM285,500 kepada Norkhalid (tiga dari kiri) pada majlis penyampaian Bantuan Lestari Siswa MADANI di Dewan SITC, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah UPSI.

BAHAGIAN KOMUNIKASI KORPORAT UPSI