Persatuan Takaful Malaysia Lancar Pelan Transformasi Strategik, Pacu Fasa Pertumbuhan  Industri Takaful Seterusnya

Berteraskan semangat kerjasama dan manfaat bersama, pelan transformasi  strategik itu dilancarkan secara rasmi seiring dengan ulang tahun industri  Takaful ke-40 di Malaysia 

Kuala Lumpur, 8 November 2024 – Persatuan Takaful Malaysia (MTA) hari ini  secara rasmi melancarkan Hijrah27, sekaligus memperkukuhkan pelan transformasi  strategik yang menetapkan hala tuju masa depan industri Takaful. Pelancaran ini  menandakan komitmen bersama pengendali Takaful ke arah perkembangan dan  evolusi industri dengan kerangka yang memperincikan peta jalan untuk pertumbuhan  mampan, akses yang lebih luas, inovasi serta nilai sosial yang berimpak tinggi. 

Majlis disaksikan oleh Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia, Encik Adnan Zaylani  bin Mohamad Zahid serta tokoh industri termasuk dari Pusat Kewangan Islam  Antarabangsa Malaysia (MIFC) dan pihak berkepentingan lain. 

Bertemakan ‘Sama Berlindung, Sama Beramal, Sama Berjaya… Takaful Untuk  Semua’, ia menekankan komitmen kukuh pengendali Takaful untuk mengangkat  Takaful sebagai pilihan perlindungan utama bagi semua rakyat Malaysia sambil  memperkukuh kepimpinan negara dalam kewangan patuh Syariah. 

Bertonggakkan kemajuan selama empat dekad, Hijrah27 memperkukuh fasa  seterusnya dalam pertumbuhan industri Takaful melalui lapan teras strategik, dan ini  termasuk inovasi digital dan pengukuhan tadbir urus pengawalseliaan.  

Pada dasarnya, rangka kerja ini memberi tumpuan kepada peningkatan pemahaman  orang ramai tentang Takaful dan meluaskan jangkauan kepada mereka yang tidak  mempunyai akses (underserved), termasuk perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS). Ia juga bertujuan untuk meningkatkan profesionalisme di kalangan wakil  Takaful dan mempromosikan inisiatif yang sejajar dengan aspek persekitaran, sosial,  dan tadbir urus (ESG). 

Hijrah27 ini menangani 19 cabaran utama yang merangkumi kesedaran, pengedaran,  digital, daya saing produk, bakat dan ESG, yang dikenal pasti melalui penglibatan  dengan pihak berkepentingan industri.

Tonggak strategik Hijrah27 disokong oleh faktor kejayaan penting iaitu membina  budaya organisasi yang diperkasakan, memastikan penyatuan dan disiplin di seluruh  sektor, serta meningkatkan kerjasama rentas industri. Melalui komitmen ini, Hijrah27  dijangka dapat memacu pertumbuhan yang berkesan dan mampan dalam industri  Takaful di Malaysia.  

Hijrah27 dilancarkan tidak lama selepas MTA memperkenalkan Kad Skor Maqasid al Shariah (MSS) pada Oktober 2024. Tanda ukur yang pertama seumpanya, MSS  menggabungkan aspek kualitatif yang memberi tumpuan kepada sokongan inisiatif  terhadap komuniti rentan dan memperkukuh inklusiviti untuk mendorong penerimaan Takaful yang lebih luas. MSS akan mentarikfkan semula petunjuk prestasi utama bagi  kecapaian etika dan operasi. Apabila tanda ukur ini bergabung di dalam Hijrah27, ia  akan memperkukuhkan lagi kedudukan Malaysia sebagai peneraju serta  komitmennya dalam memberikan nilai kewangan dan sosial.  

Dalam acara yang sama, seiring dengan sambutan ulang tahun ke-40 industri Takaful  di Malaysia, MTA telah melancarkan laporan khas yang merangkumi pencapaian  penting industri, trend, dan pandangan keseluruhan pasaran.  

Pengerusi MTA, Encik Elmie Aman Najas berkata, “Industri Takaful telah berkembang  dengan pesat dalam tempoh empat dekad, bermula dari penetapan prinsip-prinsip dan  rangka kerja asas hingga perluasan kehadirannya di pasaran dan penaiktarafan  struktur tadbir urus. Peningkatan kadar penembusan juga menggalakkan dengan  lonjakkan kepada 20% berbanding 15%. Ini mencerminkan penerimaan Takaful yang  semakin meningkat. Dalam tempoh 10 tahun sahaja, aset Takaful telah meningkat  lebih dua kali ganda kepada RM55.6 bilion berbanding RM23 bilion pada 2014.” 

“Memandang ke hadapan, kami mahu menjadikan Takaful lebih relevan, mudah  diakses, dan dapat memberi impak. Itulah mandat kami. Kami bercita-cita besar  menjadikan perlindungan Takaful lebih inklusif dan responsif terhadap  keperluan rakyat Malaysia yang pelbagai, memangkin dan memastikan kelestarian  momentum pertumbuhan Takaful. Kami akan terus menekankan kerjasama,  kesedaran yang menyeluruh, serta inovasi produk dan perkhidmatan untuk  memperluas perlindungan kepada golongan yang tiada akses (unserved) dan kurang  mendapat akses (underserved), agar setiap rakyat Malaysia mempunyai rangkaian  keselamatan sosial,” tambahnya. 

Hijrah27 meneruskan kejayaan Pelan Pembaharuan MTA 2022-2023 yang dikenali  sebagai ISLAH23, dan menyelaraskan misi MTA dengan matlamat visi Pelan Induk 
Sektor Kewangan 2026 serta rangka kerja industri Perantaraan Berasaskan Nilai  untuk Takaful (VBIT).  

Bagi meraikan sambutan Ruby Jubilee industri, MTA telah menganjurkan majlis  Bacaan Yassin Perdana di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya pada 7  November 2024 yang turut disiarkan secara langsung untuk mereka yang ingin  menyertai majlis dalam talian. Majlis tersebut termasuk solat Maghrib berjemaah,  bacaan Yassin, dan tazkirah.  

Dihadiri oleh kira-kira 500 peserta termasuk ahli komuniti Syariah dan ulama dari 30  masjid di seluruh negara, majlis ini bertujuan memperkukuh silaturrahim dikalangan  komuniti serta mengambil keberkatan doa untuk kejayaan yang berterusan industri  Takaful serta kemakmuran dan kesejahteraan negara. Ia menjadi simbol  penghargaan, mengukuhkan asas industri Takaful dalam nilai-nilainya sambil  memperteguh komitmen bersama terhadap pertumbuhan industri yang beretika dan  selaras dengan Syariah. 

Terima kasih kepada anda yang menyokong kami selama ini. Hari-hari kami bersemangat nak sebarkan ilmu tentang kewangan dan pelaburan.

Kami sedar yang majoriti pembaca kami adalah anak-anak muda yang tercari-cari panduan bagaimana untuk mula melabur. Jadi buku ini sangat sesuai bagi newbie yang nak mulakan langkah pertama.

Anda ada soalan-soalan berikut yang memerlukan jawapan?

  • Ada duit tapi tak tahu nak melabur di mana?
  • Nak melabur tapi takut kena tipu dengan scammer?
  • Bagaimana nak tahu sesuatu pelaburan itu adalah patuh Syariah atau tidak?
  • Ada banyak sangat jenis pelaburan dekat luar sana, apa yang paling sesuai dengan jiwa?
  • Dalam suasana ekonomi yang tak menentu, apakah pelaburan ‘safe haven’ yang menjadi pilihan?
  • Pelaburan tanpa tunai tu macam mana?
  • Soalan-soalan lazim berkenaan pelaburan

Jika ya, maka anda perlu miliki buku Buku Malaysia Melabur : 10 Benda Kita Kena Tahu.

Buku Malaysia Melabur juga telah berada dalam senarai MPH Best 2020 dalam kategori MPH Best Malay Non-Fiction 2020.

Sesungguhnya kami bersyukur diberi peluang oleh Allah untuk berubah menjadi lebih baik dan mendapat rezeki seperti yang diidamkan. Kami doakan semoga tuan puan juga dilimpahi rezeki yang penuh keberkatan.

Boleh miliki buku ini secara online di Shopee

Previous ArticleNext Article

Penjagaan Kesihatan: Program Rintis MediAsas Bakal Bermula Akhir Julai

Saranan WAJARAN TINGGI kekal

Program perintis untuk MediAsas, iaitu Pelan Asas Insurans/Takaful Perubatan dan Kesihatan (MHIT), dijadualkan bermula pada akhir bulan Julai. Walaupun senarai hospital yang menyertai program ini masih belum diumumkan, kami menjangka pengendalipengendali fasiliti perubatan yang kami kaji akan menyertainya, walaupun secara pilihan. Premium bulanan indikatif berlingkungan antara MYR60 dan MYR550, manakala harga muktamad akan ditetapkan sebelum pelancaran di seluruh negara pada Jan 2027.

Apa itu MediAsas?

Ia merupakan produk asas MHIT yang direka untuk menambah baik tahap kemampuan sambil bertindak sebagai batu loncatan ke arah pelaksanaan berperingkat sistem bayaran mengikut diagnosis pesakit (DRG). Dua produknya iaitu Medi Asas Teras (pelan biasa) dan MediAsas Fleksi (pelan tambahan), akan dilancarkan secara rintis di Lembah Klang sepanjang tempoh tiga bulan sehingga Okt 2026.

Program rintis ini melibatkan enam syarikat insurans dan takaful, iaitu AIA, Allianz Malaysia (ALLZ MK, BELI, TP: MYR23.90), Great Eastern Malaysia, Prudential BSN Takaful, Etiqa, dan Syarikat Takaful Malaysia Keluarga (STMB MK, NEUTRAL, TP: MYR3.60), dan hospital-hospital terpilih. Premium bulanan indikatif dijangka berlingkungan antara MYR60 dan MYR550 untuk individu yang menyertai pelan tersebut sehingga usia 70, dengan liputan dilanjutkan sehingga usia 85. Harga akhir akan disahkan sebelum pelancaran di seluruh negara pada Jan 2027.

Ciri-ciri utama dan bakal implikasi.

Kertas Putih untuk pelan MHIT Asas yang diterbitkan sebelum ini menggariskan potongan MYR500 di samping mekanisme bayaran bersama (co-payment) dua tahap, dengan tiada bayaran bersama untuk hospital Tahap 1 (rangkaian dalaman) dan bayaran bersama sebanyak 20% (terhad padaMYR3,000 bagi setiap kecacatan) untuk hospital Tahap 2 (luar rangkaian).

Dua kesan penting:

i) Hospital yang tidak terpilih sebagai hospital panel pilihan mungkin akan mengalami tekanan terhadap bilangan pesakit (kesan terhadap pengendali premium seharusnya kecil memandangkan tumpuan mereka pada kes-kes yang lebih serius

ii) penetapan harga yang dibandingkan dengan hospital swasta bertahap lebih rendah hingga sederhana mungkin memerlukan pengendali premium untuk menawarkan pakej yang lebih seragam dan cekap kos, sekali gus membataskan keupayaan mereka untuk mengewangkan nilai jenama premium untuk segmen M40.

Menyentuh hal tersebut, kami berpendapat bahawa KPJ Healthcare berada pada kedudukan terbaik untuk memanfaatkan pelaksanaan MHIT dan DRG kelak, khususnya menerusi rangkaian luas hospital sekunder/komuniti miliknya yang beroperasi dengan asas kos yang lebih rendah, dengan ruang untuk menampung lebih banyak bilangan pesakit dan seterusnya mungkin memelihara margin bawah struktur pembayaran balik berasaskan DRG.

Risiko-risiko negatif utama, kos mengurus lebih mahal daripada anggaran, kunjungan pesakit dan pertumbuhan intensiti hasil lebih rendah berbanding jangkaan, dan perubahan dasar yang buruk. Sekiranya nilai USD melemah dengan ketara, IHH Healthcare mungkin mengalami kesan FX yang buruk terhadap perolehannya di luar negara manakala Duopharma mungkin meraih manfaat daripada pelepasan kos terhadap bahan farmaseutikal aktif (API) diimport.