6 Kebaikan Sistem Kewangan Islam

Perbankan Islam amat digalakkan dalam perbankan kewangan terutama sekali kepada mereka yang menganut agama Islam. Meskipun setiap orang diberikan kebebasan untuk memilih perbankan konvensional, tetapi bagi umat Islam, adalah haram untuk memilih selain daripada kewangan Islam.

Yang masih dinodai dengan najis riba, cepat-cepatlah bertaubat dan bertukar ke sistem kewangan Islam.

Berikut merupakan 6 kebaikannya:

1. Pembahagian Dividen Berdasarkan Keuntungan Aktiviti Jual Beli

Keadaan ini memberikan keuntungan yang adil dan sama rata kepada si pembeli dan si penjual. Malah, kadar purata bagi hasil jual beli yang merujuk kepada sistem muamalah adalah berdasarkan kepada jumlah keuntungan yang diperolehi.

2. Penyerahan Dan Penyaluran Dana Sesuai Dengan Syariah Islam Yang Diawasi Oleh Badan Penasihat Syariah

Keadaan ini secara langsung tidak memberikan rasa syubhah apabila urusan jual beli berlaku apabila mengunakan sistem perbankan islam. Pennasihat Syariah dilantik berdasarkan pendidikan mereka dalam bidang kewangan islam. Justeru itu semua urusan beli dilakukan apabila diterima oleh badan penasihat syariah.

3. Menjalankan Aktiviti Jual Beli Yang Halal Saja

Sebarang aktiviti yang dilakukan melibatkan barangan halal dan diterima syariah. Badan Penasihat Syariah akan memastikan aktiviti jual dan beli dilakukan secara halal dan mempunyai akad.

4. Penentuan Kadar Purata Bagi Hasil Jual Beli Dibuat Pada Waktu Akad Dengan Berdasarkan Pada Kemungkinan Untung Rugi.

Ketika aktiviti jual dan beli dilakukan, penjelasan mengenai kemungkinan untung dan rugi dilakukan untuk mengelakkan perselisihan faham di antara dua pihak yang terlibat. Sekiranya kedua-dua pihak bersetuju untuk menanggun kos untung dan rugi, penentuan hasil jual beli dijelaskan sebelum akad dilakukan.

Keadaan ini bagi memastikan semua pihak berpuas hati dengan urusan jual beli tersebut.

5. Perbankan Islam Tidak Ada Yang Meragukan

Oleh kerana jual dan beli dilakukan dengan mempunyai saksi dan segala proses dijelaskan kepada kedua-dua pihak yang terlibat, maka sistem perbankan Islam ini tidak mempunyai keraguan daripada segi sumber keuntungan hasil jual beli tadi atau pelaburan.

6. Diwakili Oleh Institusi Perbankan Islam (IPI) Dan Pengendali Takaful (PT) Yang Kukuh

Apabila ianya melibatkan urusan jual dan beli, golongan IPI dan PT akan memastikan semua produk dan servis yang ditawarkan adalah patuh syariah (syariah compliance).

Malah produk dan servis yang ditawarkan adalah setanding dengan produk dan servis konvensional yang ada di pasaran Malaysia.

Orang Islam Wajib Pilih Sistem Kewangan Islam

Disebabkan itulah, kita sebagai rakyat Malaysia yang beragama Islam wajib untuk memilih sistem kewangan Islam; lebih-lebih lagi sekarang kita tahu 6 kelebihannya seperti di atas.

Nak Deposit Rumah Pertama? ‘Overlap’ Hutang? Bayar Tunggakan PTPTN?

Ringankan tanggungan semasa anda dengan pembiayaan peribadi berkonsep syariah di platform Direct Lending. Dapatkan pinjaman kadar rendah untuk satukan semua hutang mahal anda. Semak kelayakan secara percuma. Anda boleh semak dahulu & mohon kemudian. Tiada apa-apa caj yang dikenakan.

KLIK sini untuk terima pembiayaan bank & koperasi yang bersesuaian dengan posisi kewangan anda.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Gentari Setuju Saranan Tubuh Konsortium Bantu Pemain Solar – DPMM

KUALA LUMPUR, 28 Mac (Bernama) — Cabang tenaga hijau Petronas, Gentari Sdn Bhd menyatakan persetujuannya dengan saranan untuk mewujudkan konsortium dianggotai pemain industri solar yang berkelayakan untuk diberi kontrak pada masa hadapan, kata Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM).

Presidennya Norsyahrin Hamidon berkata kata putus tersebut dipersetujui semasa satu pertemuan yang diadakan antara DPMM dan Gentari pada Rabu di pejabat pengurusan syarikat itu.

Selain itu, katanya, DPMM turut menyarankan agar satu program pembangunan bumiputera diwujudkan di Petronas agar syarikat bumiputera pelbagai bidang dalam industri minyak dan gas dapat diberi keutamaan dalam pengagihan kontrak pada masa depan.

“DPMM bersedia untuk menjadi penghubung antara pemain industri bumiputera dan Petronas.

“Syarikat bumiputera banyak yang berkelayakan dan mempunyai merit cuma dipinggirkan dari diberi peluang untuk sama-sama bersaing dengan syarikat bukan bumiputera,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Norsyahrin berkata tindakan pantas pengurusan Gentari memanggil DPMM, Majlis Tindakan Ekonomi Melayu Bersatu dan pemain industri bagi menyelesaikan kemelut tersebut daripada terus berpanjangan turut diberi pujian.

— BERNAMA