Lirik lagu Amboi penuh mesej untuk anak muda

lirk lagu amboi penuh mesej

Kadang-kadang lagu hip hop banyak menjentik minda untuk berfikir. Pada pendapat Pak Teh lagu terbaru Altimet – ‘Amboi‘, sangat bagus.

“..Kalau tinggal rumah sewa tapi beli kereta mewah, Amboi Amboi,
Kalau mahu gaji besar tapi kerja sambil lewa” Realiti yang sedang berlaku. Memang sentap habis. Siapa makan cili, dia terasa pedas.

“..Sampai bila orang kita layu ditolong Hmmmm? Sangat deep! Memang makan dalam lirik dia ni.

Dengar cerita 2017 adalah tahun ekonomi yang mencabar? Nak terus salahkan orang lain atau bangkit baiki diri sendiri?

Anda bekerja, tapi gaji anda masih lagi tak cukup nak menampung hidup? Setiap kali dapat gaji, anda risau macam mana nak ada lebihan dari gaji tersebut, betul?

Banyak cara yang anda boleh guna untuk tingkatkan kewangan. Anda boleh berniaga part time, melabur, menyimpan dan banyak lagi.

Semasa masih muda, peluang sangat banyak. Terus belajar, praktis, jika tersilap langkah terus bangkit kembali. Bangkitlah. Bangkit dengan ilmu.

 

Album: Amboi – Single
Artis: Altimet
Penulis Lirik: Altimet

Kalau Tinggal Rumah Sewa Tapi Beli Kereta Mewah Amboi Amboi
Kalau Mahu Gaji Besar Tapi Kerja Sambil Lewa Amboi Amboi
Amboi Amboi Amboi

Amboi Amboi Amboi
Amboi Amboi Amboi Amboi Amboi Amboi Amboi
Amboi Amboi Amboi
Amboi Amboi Amboi
Amboi Amboi Amboi Amboi Amboi Amboi Amboi

Mari Mari Tuan Puan Akak Adik Abang Dengar Ini Cerita,
Ambil Teropong Kaca Mata Tengok Jenguk Dipersila
Nak Panggil Waras Susah Tak Baik Kalau Gelar Gila
Ni Kes Sebelanga Susu Rosak Akibat Dua Tiga Tiitik Nila
Bila Masuk Kerja Tak Pernah On Time
Lepas Masuk Kerja Dia Terus On Line
Tak Boleh Buat Kerja Sibuk Jaga Hal Orang Lain
Tangan Mengelat Kaki Mengular Mulut Celupar Lambat Masuk Awal Keluar
Siapa Makan Cili Dia Rasa Pedas
Siapa Rasa Pedas Kata Aku Main Cakap Lepas
Semua Ambil Baju Ukur Badan Sendiri

Mana Tau Kena Setepek Ke Tempias Sipi Sipi

Kalau Tinggal Rumah Sewa Tapi Beli Kereta Mewah Amboi Amboi
Kalau Mahu Gaji Besar Tapi Kerja Sambil Lewa Amboi Amboi
Amboi Amboi Amboi
Amboi Amboi Amboi
Amboi Amboi Amboi Amboi Amboi Amboi Amboi
Amboi Amboi Amboi

Amboi Amboi Amboi
Amboi Amboi Amboi Amboi Amboi Amboi Amboi

Eh Tak Baik Tau, Pedas Kaw Kaw
Eh Tak Leh Gurau, Duduk Surau,
Ambik MC Royan Kat FB
Adu Kat SB Dan MCMC
Tarbiyah Sentap Bikin Pendekar Papan Kunci Rentap,
Masa Mengkritik Cekap Lepas Itu Confirm Lenyap
Keberanian Atas Talian Kejadian Harian
Omong Kosong Untuk Lotong Terus Di Sajikan
Siapa Makan Cili Dia Rasa Pedas
Siapa Rasa Pedas Kata Aku Main Cakap Lepas

Semua Ambil Baju Ukur Badan Sendiri
Mana Tau Kena Setepek Ke Tempias Sipi Sipi
Amboi

Kalau Tinggal Rumah Sewa Tapi Beli Kereta Mewah Amboi Amboi
Kalau Mahi Gaji Besar Tapi Kerja Sambil Lewa Amboi Amboi
Amboi Amboi Amboi
Amboi Amboi Amboi

Amboi Amboi Amboi Amboi Amboi Amboi Amboi
Amboi Amboi Amboi
Amboi Amboi Amboi
Amboi Amboi Amboi Amboi Amboi Amboi Amboi

Sampai Bila Orang Kita Layu Ditolong Hmmmm?
Ketua Kampung Gadai Tanah Untuk Sepitis Wang Saku
Tapi Apa Aku Tahu Aku Cuma Tulis Lagu
Bukan Nak Sekolahkan Korang Aku Bahasakan Aku.

 

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Prestasi KWAP Perlu Dinilai Secara Adil, Catat RM12.9 Bilion Untung Bersih – PM Anwar

KUALA LUMPUR, 20 Julai (Bernama) — Prestasi Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) perlu dinilai secara adil memandangkan dana persaraan itu berjaya mencatatkan keuntungan bersih RM12.9 bilion, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar, yang juga Menteri Kewangan berkata ia tidak mungkin dicapai tanpa kepakaran, komitmen dan dedikasi panel pelaburan, pengurusan serta kepimpinan KWAP.

Mengenai pelaburan dalam eFishery, Perdana Menteri berkata bukan sahaja KWAP, malah syarikat pelaburan terkemuka Singapura seperti Temasek, bank Jepun SoftBank, Sequoia Capital, Aqua-Spark, 42XFund yang berpangkalan di Abu Dhabi and NorthStar dari Indonesia, turut melabur dalam syarikat pemula teknologi akuakultur itu.

“Jadi saya mohon rakan-rakan Yang Berhormat melihat keseluruhannya kerana keuntungan dan pertumbuhan yang disebut pertumbuhan kompaun tahunan itu melebihi 8.5 peratus,” kata beliau pada sesi soal jawab di Dewan Negara hari ini.

Perdana Menteri menjawab soalan Senator Mohd Hasbie Muda berhubung strategi bagi memastikan tabung persaraan negara iaitu Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan KWAP mampu memberikan dividen terbaik walaupun berdepan ketidaktentuan geopolitik global.

Sementara itu, beliau turut menjelaskan bahawa KWAP tidak hanya melabur dalam syarikat asing, sebaliknya turut mempunyai pelaburan yang besar dalam syarikat pemula tempatan.

Anwar berkata selain pelaburan sedia ada, KWAP turut terbabit dalam inisiatif GEAR-UP yang diterajui Kementerian Kewangan (MOF) bersama KWAN, melibatkan dana berjumlah RM30 bilion.

Menjawab soalan tambahan Mohd Hasbie mengenai unjuran KWAP membiayai sepenuhnya tanggungan pencen melalui pulangan pelaburannya tanpa bergantung kepada dana kerajaan, Anwar berkata setakat ini keuntungan yang dicatatkan, meskipun mencecah puluhan bilion ringgit, masih belum mampu menampung kos pencen bagi jangka panjang.

“Sebab itu kita juga terpaksa berdepan dengan kontroversi mengenai tuntutan sebahagian pihak supaya dana dikeluarkan dengan lebih mudah,” kata beliau.

Menjawab soalan tambahan Senator Datuk Abdul Hasim Suleiman mengenai keanggotaan jawatankuasa pelaburan KWAP dan sama ada majoritinya terdiri daripada golongan profesional, Anwar berkata panel pelaburan itu dianggotai sepenuhnya oleh golongan profesional manakala lembaganya turut diwakili wakil kementerian dan pekerja.

“Bagaimanapun, saya setuju dengan Yang Berhormat, kerugian itu (atas pelaburan dalam eFishery) harus memberikan kita peringatan, tidak semestinya kelulusan diberikan oleh panel pelaburan besar dunia, macam kita lihat tadi dari Eropah, Jepun, (misalnya) itu harus mempengaruhi kita.

“Tentunya ia memberi sedikit pertimbangan kerana untuk Softbank, misalnya melabur atau Emiriah Arab Bersatu atau Eropah, tentunya bagi pertimbangan besar tapi kalau kita lihat, cerakin proses, ia satu kejadian luar biasa,” kata Anwar.

— BERNAMA