3 Mitos Pelaburan Saham Dibongkar

Sebenarnya ada banyak lagi mitos lain yang sangat menakutkan seseorang itu daripada terlibat dalam pelaburan saham. Kali ini kami membongkar 3 lagi mitos tersebut.

1. Kita Perlu Menjadi Pakar Kewangan?

Ramai kata benda-benda kewangan ini hanya untuk mereka yang bijak pandai sahaja. Yalah, pening ni nak tengok nombor banyak sangat kan?

Mana ada.

Ianya berbalik kepada apa minat kita sebenarnya. Kalau anda kaki makan, pasti anda tahu di mana tempat-tempat makan yang best, harga mahal ke tak, sesuai untuk dating atau boleh bawa sekali keluarga bersama-sama.

Kalau anda kaki pancing, pasti anda tahu jenis-jenis joran, jenis-jenis mata kail, jenis-jenis umpan dan sebagainya.

Sama juga dengan pelaburan saham.

Ikut balik apa minat kita tadi.  Fokus kepada satu industri terlebih dahulu. Jika anda seorang pakar IT atau minat dengan gajet, tumpukan kepada syarikat-syarikat yang anda mungkin kenal – atau syarikat-syarikat teknologi yang tersenarai di Bursa Malaysia. Contohnya MyE.G, KESM Industries Berhad, Salutica Berhad, Globetronics Technology Berhad dan sebagainya.

Macam mana nak melabur dalam syarikat yang kita sendiri tak faham?

Ambil contoh Warren Buffet, antara manusia terkaya di dunia hasil daripada aktiviti pelaburan. Beliau hanya melabur di dalam beberapa saham syarikat yang beliau faham bisnesnya.

Jadi siapa yang kata kita perlu jadi pakar kewangan baru boleh melabur saham?

2. Kita Tidak Boleh Mengalahkan Pasaran?

Pelaburan saham bukannya berjudi, di mana ‘The house always wins’. Ia lebih kepada kebijaksanaan anda untuk mengawal emosi.

Ini disebabkan oleh jerung-jerung yang berada di pasaran saham dan mempunyai dana yang besar mencecah ratusan juta ringgit, di mana mereka tidak akan dapat melupuskan pegangan sekaligus, sebaliknya mengambil masa 8 ke 12 minggu untuk menjual kesemua saham yang dipegang.

Apabila jerung ini beraksi dengan menjual pegangan saham yang banyak, sudah pasti harga saham akan jatuh. Dan melihat kepada harga saham yang jatuh tadi, ia akan mencetus suasana panik dan jerung-jerung lain turut sama menjual – maka harga saham akan jatuh lagi dan lagi.

Jika anda berupaya mengawal emosi dan faham akan industri dan syarikat-syarikat yang mempunyai asas yang kukuh, anda boleh membeli saham-saham tersebut pada harga diskaun. Siapa yang tak suka beli barang waktu diskaun kan?

3. Cara Terbaik Untuk Minimumkan Risiko Adalah Dengan Mempelbagaikan Pelaburan Dan Pegang Untuk Jangka Masa Panjang?

Ramai yang beri nasihat sebegini, tetapi kenyataannya, kebanyakan pelabur hebat sama sekali tidak mempelbagaikan pelaburan mereka.

Warren Buffet yang ada portfolio sampai $100 billion pun hanya fokus kepada 10 saham. Cara sebenar untuk melabur adalah untuk betul-betul kenal dengan industri dan syarikat di dalamnya, dan hanya pegang 5-10 syarikat hebat.

Risiko datang bukan daripada tidak mempelbagaikan pelaburan, tetapi ianya datang daripada tidak kenal betul-betul akan nilai bisnes tersebut.

Sama juga dengan memegang saham untuk jangka masa yang panjang. Ia mungkin idea yang baik, tetapi jika situasi berubah, maka pelan pelaburan anda perlu berubah juga. Memegang saham syarikat yang bermasalah untuk jangka masa panjang adalah puncanya dan anda perlu tahu bila untuk menjual.

Akhir Kata: Tak Kenal Maka Tak Cinta

Sama seperti hobi, semakin kita mengenalinya – semakin kita syok nak buat. Biarlah habis duit banyak mana pun, yang penting seronok dengan benda yang kita suka buat. Lagi bagus, kalau hobi itu tadi boleh bertukar menjadi sumber pendapatan.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Untung Bersih 99 Speed Mart Lonjak 13.4 Peratus Pada Suku Kedua

KUALA LUMPUR: 99 Speed Mart Retail Holdings Bhd (99 Holdings) mencatat keuntungan bersih RM163.95 juta bagi suku kedua berakhir 30 Jun 2026, meningkat 13.4 peratus daripada RM144.63 juta pada suku sama tahun lalu.

Hasil kumpulan meningkat 13.6 peratus tahun ke tahun kepada RM3.08 bilion daripada RM2.71 bilion sebelumnya, menurut syarikat itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

“Peningkatan itu didorong terutamanya oleh pengembangan berterusan rangkaian cawangan, dengan pertambahan bersih 257 cawangan baharu tahun ke tahun, menjadikan jumlah keseluruhan kepada 3,151 cawangan setakat 30 Jun 2026 berbanding 2,894 cawangan setahun sebelumnya.

“Jumlah transaksi jualan meningkat 13.6 peratus kepada 146.4 juta, dengan nilai purata setiap bakul RM21,” menurut syarikat itu.

Bagi tempoh enam bulan berakhir 30 Jun 2026, 99 Holdings mencatat keuntungan bersih RM352.5 juta berbanding RM289.53 juta dalam tempoh sama tahun lalu.

Hasil bagi tempoh enam bulan pula meningkat kepada RM6.14 bilion daripada RM5.32 bilion sebelumnya.

Selain itu, platform e-dagang jualan pukal syarikat terus mencatat pertumbuhan kukuh apabila hasil meningkat 80.5 peratus tahun ke tahun kepada RM50.2 juta bagi enam bulan berakhir 30 Jun 2026.

Pengasas merangkap Ketua Pegawai Eksekutif 99 Holdings, Lee Thiam Wah, berkata momentum pertumbuhan positif pada suku berkenaan disokong pengembangan berterusan rangkaian cawangan serta pelaksanaan waktu operasi lebih awal di seluruh negara.

Thiam Wah berkata tumpuan berterusan terhadap kecekapan operasi turut mula memberikan manfaat ketara kepada kumpulan.

Menurutnya, inisiatif penjimatan tenaga dan penggunaan peralatan membantu mengurangkan kos utiliti serta meningkatkan kecekapan kos merentasi operasi kumpulan.

“Dengan rangkaian cawangan kami terus berkembang, kami kekal komited untuk memperkukuh rantaian bekalan bagi menyokong kecekapan operasi,” katanya.

Beliau berkata kumpulan itu juga terus memperluas penawaran produk bagi memenuhi keperluan pelanggan yang berubah susulan sambutan menggalakkan terhadap rangkaian peralatan rumah terpilih.

Rangkaian berkenaan kini diperluas ke semua cawangan di seluruh negara dan turut ditawarkan menerusi platform 99 Bulksales bagi memenuhi keperluan pelanggan korporat serta pembelian secara pukal.