
Sub Topik
Bercakap sahaja tentang pelaburan, terus terlintas di fikiran adalah pelaburan saham dan hartanah. Kedua-dua instrumen ini memang cukup popular di kalangan rakyat Malaysia.
Tetapi tahukah anda bahawa selain daripada dua pelaburan tersebut, masih ada dua lagi pelaburan lain yang pelu dititikberatkan?
1. Pelaburan Kesihatan

Sedarkah anda, pelaburan kesihatan ini sangat perlu dalam kehidupan. Sudakah anda melabur ke dalam kesihatan diri sendiri?
Tanpa kesihatan yang baik, sukar untuk seseorang melakukan sebarang pekerjaan. Jika anda perasan, golongan kaya akan memastikan mereka mengutamakan kesihatan bagi memastikan kehidupan seharian mereka tidak terganggu.
Kita pun boleh melakukannya dengan menjalani kehidupan sihat, pastikan makan minum kita juga terjaga, tidur yang cukup. Bila badan sihat, minda cergas.
Tetapi itu belum memadai, kerana kita boleh jatuh sakit atau meninggal dunia pada bila-bila masa. Oleh itu, pastikan kita ambil juga perlindungan Takaful.
Dengan adanya perlindungan ini, kita tidak perlu bimbang lagi sekiranya ditimpa sakit yang akan menelan kos rawatan yang tinggi. Sekiranya kita mengalami kemalangan dan tidak mampu lagi untuk bekerja, ada pelan takaful yang dipanggil ‘penggantian pendapatan’ untuk memastikan gaji bulanan kita tidak terjejas.
Bila meninggal dunia pula, kita ada sediakan hibah kepada pasangan dan waris bagi mereka meneruskan kehidupan tanpa kita.
Dah nampak kepentingan pelaburan kesihatan ini?
2. Pelaburan Ilmu

Anda pernah dengar kata-kata ‘tuntutlah ilmu sehingga ke negara China’? Menuntut ilmu ini jika dikira, ianya tidak akan pernah habis. Setiap ilmu yang anda perolehi sentiasa ada lagi selanjutnya yang perlu anda tahu dan kaji lagi dan lagi.
Apa yang dikatakan dengan pelaburan ilmu? Pelaburan ilmu merujuk kepada pembelian buku-buku ilmu seperti buku pelaburan, pengurusan kewangan dan sebagainya yang memberikan input berguna serta penambahan skil baru.
Buku motivasi, buku keagamaan dan buku kehidupan juga penting untuk kita baca. Wang RM100 untuk membeli buku-buku ini mungkin kelihatan kecil, tetapi kesannya kepada kehidupan kita kelak adalah sangat besar.
Walaupun dengan adanya teknologi canggih di mana segala maklumat boleh didapati hanya di hujung jari, namun tetap tidak boleh mengalahkan seperti apa yang terkandung di dalam sebuah buku.

BUKU INI WAJAR DIMILIKI OLEH MEREKA YANG BERANI BERIMPIAN !
Ramai yang nak gandakan duit simpanan dalam saham tapi fikir berpuluh kali. Jadi buku ini adalah step pertama. Bila baca buku ini, boleh 99% stay ahead dari orang lain! Bonusnya dapat jimat banyak masa.
Kami juga faham yang 2 sebab utama kenapa anak muda masih belum mula melabur saham adalah sebab TAKUT dan BELUM CUKUP DUIT. Yelah, kita melabur sebab nak tenang, bukan nak risau setiap masa.
Sambil kami terlibat dalam pasaran saham, sambil pandaikan orang lain tentang saham.
Terima kasih yang tidak terhingga kepada anda semua yang tak putus-putus menyokong kami dari awal sehingga ke hari ini.














