Top 10 Saham Patuh Syariah Paling Untung September 2021

Pasaran saham Malaysia dilihat memberi sinar ceria apabila indeks FBM KLCI melonjak naik pada bulan Ogos berikutan pelantikan Perdana Menteri baru dan kemasukan semula dana asing buat pertama kali sejak lebih daripada setahun.

Namun indeks kembali jatuh pada bulan September walaupun kadar vaksin kini telah mencecah lebih daripada 80% dan imuniti kelompok sudah dicapai.

Sumber: TradingView

Indeks FBM KLCI 1 September 2021: 1,603.40 Mata

Indeks FBM KLCI 22 September 2021 Paras Terendah Bulan September: 1,520.70 Mata

Indeks FBM KLCI 1 September 2021 Paras Tertinggi Bulan September: 1,605.00 Mata

Indeks FBM KLCI 30 September 2021: 1537.80 Mata

Kejatuhan Sebulan: -65.60 Mata atau -4.09%

Walaupun pasaran berdarah semula, masih ada saham-saham yang mencatatkan kenaikan yang tinggi. Jom kita lihat Top 10 Saham Patuh Syariah Paling Untung September 2021:

Sumber: Screener iSaham

1. Opcom Holdings

Sumber: Bursa Marketplace

2. PMB Technology

Sumber: Bursa Marketplace

3. Encorp Berhad

Sumber: Bursa Marketplace

4. Macpie Berhad

Sumber: Bursa Marketplace

5. Green Ocean Corporation

Sumber: Bursa Marketplace

6. BSL Corporation

Sumber: Bursa Marketplace

7. Jadi Imaging Holdings

Sumber: Bursa Marketplace

8. Ancom Berhad

Sumber: Bursa Marketplace

9. Brahim’s Holdings

Sumber: Bursa Marketplace

10. VisDynamics Holdings

Sumber: Bursa Marketplace

Banyak Juga Saham Atas RM1

Pada kebiasaannya, hampir kesemua dalam Senarai Top 10 Saham Patuh Syariah Paling Untung September 2021 adalah penny stock. Tetapi kali ini kita bertuah kerana ada 4 saham di atas RM1 dengan fundamental cantik memeriahkan suasana.

Siapa kata saham ‘mahal’ tak boleh buat duit? Yang penting kita kena ada ilmu Analisis Fundamental dan Analisis Teknikal untuk berjaya meraih keuntungan yang konsisten.

Senarai di atas adalah berdasarkan Screener Best Performance (Last Month) iSaham. Mereka juga ada screener-screener lain seperti All-Time High Screener, Bollinger Band Breakout, MA7 Cross MA26, Near Support Screener, Smart Money Screener, Value Investing Screener dan banyak lagi.

Maklumat yang terkandung di dalam artikel ini adalah untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat pelaburan. Semua keputusan pelaburan adalah tanggungjawab individu dan anda harus mendapatkan nasihat daripada penasihat kewangan berlesen sebelum membuat sebarang keputusan pelaburan. Pelaburan dalam saham melibatkan risiko dan keuntungan sendiri. Prestasi masa lalu juga tidak menjamin prestasi masa hadapan. Trade at your own risk.

Previous ArticleNext Article

Webull Kini Tersenarai di Nasdaq Selepas Gabungan Strategik

FLORIDA, 16 April – Webull Corporation, pemilik platform pelaburan digital terkenal Webull, kini rasmi disenaraikan di pasaran saham Nasdaq di bawah simbol ticker “BULL”, selepas berjaya menamatkan proses gabungan perniagaan dengan SK Growth Opportunities Corporation (SK Growth).

Gabungan ini telah diluluskan oleh pemegang saham SK Growth pada 30 Mac 2025 dan berkuat kuasa secara rasmi pada 11 April 2025. Kini, SK Growth menjadi anak syarikat milik penuh Webull, dan saham mereka telah ditukar kepada saham Webull. Dengan ini, saham Webull — termasuk waran dan waran insentif — mula didagangkan di Nasdaq dengan simbol BULL, BULLW, dan BULLZ.

Meraikan Langkah Besar

Untuk menandakan detik bersejarah ini, Webull telah membunyikan loceng pembukaan dagangan di Nasdaq, satu simbolik penting bagi mana-mana syarikat yang baru disenaraikan.

Presiden Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Webull AS, Anthony Denier, menyatakan bahawa langkah ini merupakan pencapaian besar dan akan mengukuhkan lagi kedudukan Webull sebagai rakan dagangan utama kepada pelabur runcit yang mahir teknologi dan semakin canggih.

Platform Global, Akses 24/7

Dilancarkan di Amerika Syarikat pada 2018, Webull kini menawarkan perkhidmatan di 14 pasaran utama termasuk Asia Pasifik, Eropah, dan Amerika Latin. Aplikasi Webull telah dimuat turun lebih daripada 50 juta kali, dengan lebih 23 juta pengguna berdaftar di seluruh dunia.

Webull menyediakan akses pelaburan 24 jam sehari kepada produk seperti saham, ETF, niaga hadapan dan saham pecahan. Lengkap dengan data pasaran, alat analisis lanjutan, komuniti pelabur, dan kandungan pendidikan yang bersepadu.

Kenapa SPAC dan Bukan IPO?

Menariknya, Webull tidak melalui proses IPO tradisional. Sebaliknya, mereka memilih gabungan dengan syarikat pemerolehan tujuan khas (SPAC) iaitu SK Growth, iaitu satu kaedah alternatif untuk menjadi syarikat awam yang lebih cepat dan efisien.

Dengan penyenaraian ini, Webull kini bersedia untuk terus memperkasakan pelabur runcit global dan melangkah lebih jauh dalam dunia pelaburan digital.

Maklumat tentang Webull dan sekuritinya juga boleh diakses melalui Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa AS (SEC) di http://www.sec.gov, yang Webull akan memfailkan laporan, termasuk laporan pada Borang 6-K dan laporan tahunan pada Borang 20-F.

Berminat Nak Teroka Pasaran Saham Wall Street?

Kami menerima banyak pertanyaan tentang bagaimana nak terlibat dengan pasaran saham global. Malah banyak artikel percuma yang telah kami kongsikan antaranya:

Eh, banyak lagi lah.

Kami dulu juga hanya fokus melabur di pasaran saham Bursa Malaysia. Tetapi selepas mengambil kira risiko dan faktor-faktor lain, kami mengambil keputusan untuk tidak meletakkan 100% duit lebihan yang ada di pasaran saham Malaysia.

Selalu tengok harga saham Apple, Tesla, Google, NVIDIA duk naik dan ingin menjadi salah seorang daripada pemegang saham syarikat-syarikat terkemuka dunia ini?

Dah tak perlu risau dan susah-susah lagi! Kami akan kongsikan step by step cara untuk melabur saham di Wall Street.

Jangan lepaskan peluang ini! Mulakan langkah pertama anda untuk melabur dalam pasaran saham Wall Street!