4 Kelebihan Menabung Yang Perlu Anda Tahu

Pada era globalisasi ini, tak begitu ramai orang yang ingin menabung. Ini kerana mereka tidak mengambil cakna akan kebaikan atau kelebihan menabung. Amalan menabung merupakan amalan yang harus diamalkan oleh setiap individu dalam kehidupan seharian. Terdapat banyak kelebihan dalam amalan menabung.

1. Dapat Berdikari

Ramai anak muda masa kini yang tidak suka menabung.

Malah ada juga dalam kalangan kanak-kanak yang tidak tahu tentang menabung. Ini kerana kurangnya pendedahan daripada ibu bapa itu sendiri. Ini juga merupakan salah satu punca apabila anak-anak tidak mahu bekerja keras kerana segala keperluan yang mereka inginkan akan ditunaikan oleh ibu bapa mereka. Ini juga menyebabkan mereka malas belajar kerana sudah ada mindset dalam bahawa mereka boleh meminta sahaja duit daripada ibu bapa.

Percayalah, menabung akan dapat membantu anda pada masa akan datang. Menabung dapat meringankan beban ibu bapa dan menabung juga dapat mengurangkan kos pelajaran yang tinggi. Dengan menabung, anda dapat berdikari dalam menguruskan kehidupan seharian.

2. Dapat Mengamalkan Sikap Berjimat Cermat

Bagi memastikan perbelanjaan harian berjalan lancar, kita boleh mengamalkannya melalui pengamalan berjimat cermat. Oleh itu, anda perlu merancang perbelanjaan harian dengan cara membawa bekalan air dan makanan ke sekolah atau pejabat. Dengan demikian, duit yang seharusnya digunakan untuk membeli makanan pada waktu rehat boleh disimpan ke dalam tabung.

Ini dapat menjimatkan perbelanjaan dan duit yang telah disimpan dapat digunakan pada masa hadapan apabila berlaku kecemasan atau darurat. Contohnya juga, apabila anda mempunyai wang yang banyak di tangan, anda akan bertindak dengan membelanjakan wang tersebut untuk membeli barangan mengikut hawa nafsu bukannya mengikut keperluan. Ini menunjukkan bahawa berlakunya pembaziran dalam berbelanja.

Tegasnya, sikap menabung dapat mendidik anda daripada menjadi seorang yang suka berboros.

3. Kelangsungan Kehidupan

Tabungan ini juga penting untuk kelangsungan hidup pada hari tua. Ini kerana pada hari tua nanti, kita tidak dapat menjangkakan akan kesihatan kita. Andai kata, pada hari tua nanti kita akan mengalami penyakit yang berbahaya seperti kencing manis, darah tinggi dan sakit jantung tetapi kita tidak mempunyai wang simpanan. Di manakah kita akan mencari wang untuk membiayai rawatan kita yang memerlukan kos yang tinggi?

Oleh itu, amalan menabung sangatlah penting untuk masa depan atau pada masa tua nanti. Dengan adanya tabungan di dalam bank maka kita tidak perlu risau akan kos yang perlu dibiayai untuk mendapatkan rawatan yang lebih baik.

Kesimpulannya, saya menyarankan kepada anda semua supaya mulakan menabung kerana menabung merupakan suatu amalan yang mulia. Ibu bapa juga haruslah memberi pendedahan dan galakan kepada anak-anak untuk menabung sejak kecil seperti peribahasa melentur buluh biarlah dari rebungnya supaya masa depan mereka lebih terjamin.

Jom Mula Menabung Hari Ini!

Pada tahun 2020 yang lalu, kami telah pun menghasilkan buku sulung yang bertajuk ‘Malaysia Melabur: 10 Benda Kita Kena Tahu’. Sambutannya begitu menggalakkan sehingga buku ini terpilih sebagai Top 10 di MPH dalam kategori Malay Non-Fiction bagi tahun 2020.

Alhamdulillah, terkini kami berjaya terbitkan pula buku ‘Malaysia Melabur Saham’.

Kenapa Perlu Baca Buku Ini?

Pastinya anda selalu terdengar atau terbaca tentang peluang menambahkan pendapatan di pasaran saham patuh syariah di Bursa Malaysia.

Jika anda benar-benar berminat untuk terlibat tetapi masih belum memulakan langkah pertama, buku ini teramat sesuai.

Ianya ringkas, padat dan sarat dengan contoh-contoh berbentuk grafik.

Kenapa Kena Miliki Buku Ini?

Tak semua orang boleh belajar menerusi video, jadi boleh baca buku ini di masa lapang. Nak Google semua artikel pun memakan masa. Sebab itu buku ini telah terjual lebih daripada 2,000 naskah!

Kami faham ramai nak mula melabur saham, tapi nak tahu dulu asasnya?

Tak sempat nak belajar secara face-to-face, jom mulakan dengan membaca buku ini.

Senang faham sebab buku ini penuh dengan gambar dan contoh-contoh.

Ditulis oleh mereka yang berpengalaman, kita sama-sama belajar sampai faham.

TERKINI: Miliki Buku Malaysia Melabur Saham di Shopee

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Monee Perkenal SFinancing-i Kepada Semua Pengguna Shopee Dengan Pembiayaan Digital Patuh Syariah

Monee Capital Malaysia Sdn. Bhd. (Monee) hari ini mengumumkan pelancaran rasmi SFinancing-i, iaitu penyelesaian pembiayaan digital patuh Syariah yang kini dibuka kepada semua pengguna Shopee* di Malaysia. Direka untuk memberikan lebih fleksibiliti kewangan, SFinancing-i membolehkan pengguna mengakses pembiayaan tunai segera dengan mudah terus melalui aplikasi Shopee.

Dengan pembiayaan sehingga RM20,000 dan tempoh bayaran balik yang fleksibel sehingga 24 bulan, SFinancing-i direka untuk membantu memenuhi keperluan kewangan peribadi pengguna melalui pengalaman yang mudah dan lancar secara digital. Pengguna yang diluluskan boleh mengeluarkan dana serta-merta ke akaun bank atau ShopeePay Wallet, tanpa perlu mengemukakan dokumen pendapatan atau membayar sebarang yuran pengaktifan.

Sempena pelancaran ini, pengguna yang mengaktifkan dan membuat permohonan pembiayaan pertama akan menikmati promosi istimewa kadar bulanan 1%* untuk tempoh bayaran balik sehingga 24 bulan.

Dikuasai oleh Monee Capital Malaysia dengan kerjasama Sedania As Salam Capital, serta disahkan oleh Masryef Advisory, SFinancing-i dibangunkan berasaskan prinsip Syariah Komoditi Murabahah (Tawarruq). Ia menawarkan penyelesaian pembiayaan yang telus dan mudah diakses, selaras dengan prinsip kewangan Islam.

Ciri-ciri utama SFinancing-i termasuk:

  • Pembiayaan sehingga RM20,000
  • Tempoh bayaran balik yang fleksibel sehingga 24 bulan
  • Pengeluaran tunai segera ke akaun bank atau ShopeePay Wallet
  • Kadar bulanan 1% untuk permohonan pembiayaan pertama
  • Proses permohonan 100% digital tanpa dokumen pendapatan
  • Tiada yuran pengaktifan

Pengguna yang layak boleh mengaktifkan SFinancing-i terus melalui tab “Saya” di aplikasi Shopee. Perkhidmatan ini terbuka kepada warganegara Malaysia dan pemastautin tetap yang berumur 18 tahun ke atas.

Bagi pengguna yang memerlukan jumlah pembiayaan lebih tinggi, Monee turut menawarkan SFinancing-i Xtra, iaitu penyelesaian pembiayaan bertempoh yang menyediakan pembiayaan sehingga RM50,000 kepada pengguna yang layak**, dengan kadar bulanan serendah 0.75%.

Untuk maklumat lanjut, sila klik DI SINI.

*Tertakluk kepada terma dan syarat.

**SFinancing-i Xtra pada masa ini hanya tersedia untuk pengguna terpilih sahaja.