Akses Ke Akaun Bank Pembayar Cukai Ada Batasannya


Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) merujuk kepada beberapa laporan akhbar berkaitan kuasa HASiL mengakses akaun bank pembayar cukai tanpa terlebih dahulu mendapatkan kebenaran pemilik akaun bank tersebut.

HASiL ingin menjelaskan bahawa peruntukan baharu S106A Akta Cukai Pendapatan (ACP) 1967 yang telah diluluskan dalam Rang Undang-Undang Kewangan 2021 pada 15 Disember 2021 memberi kebenaran kepada HASiL untuk mendapatkan maklumat akaun bank pembayar cukai hanya bagi kes-kes yang melibatkan perintah garnisi di
mana mahkamah telah memutuskan untuk membenarkan garnisi dibuat.

Prosiding garnisi adalah proses untuk menguatkuasakan penghakiman wang dengan menyita atau menahan hutang yang perlu dibayar kepada mana-mana pihak, dalam kes ini HASiL, susulan adanya tunggakan cukai yang belum dijelaskan oleh pembayar cukai.

Baca : LHDNM Boleh Akses Maklumat Akaun Bank Pembayar Cukai Tanpa Mohon Kebenaran Dengan Pindaan Akta Sedia Ada

Dengan pengenalan peruntukan baharu ini, ia akan membantu HASiL mentadbir sistem cukai langsung negara dengan lebih efektif dengan meminimakan ketirisan cukai disebabkan oleh kegagalan pembayar cukai melangsaikan hutang cukai yang wujud, selain meningkatkan kadar pematuhan cukai sukarela dalam kalangan pembayar cukai.

Sungguhpun begitu, kuasa yang diberikan di bawah peruntukan baharu ini tidak memberi kuasa mutlak kepada HASiL untuk mengakses akaun bank pembayar cukai dengan sewenang-wenangnya. Ia perlulah melalui proses penghakiman yang ditetapkan, dan hanya terhad kepada kes-kes yang telah pun melalui prosiding sivil terlebih dahulu.

Bagi pembayar cukai yang sedia menjalankan tanggungjawab percukaian mereka dengan teratur, pengenalan S106A ACP 1967 ini tidak sepatutnya menimbulkan sebarang keresahan atau kerisauan kerana peruntukan ini tidak terpakai kepada mereka. Justeru, orang ramai tidak perlu bimbang dengan pindaan baharu ACP 1967 ini.

Sebagai kesimpulan, peruntukan baharu S106A ACP 1967 ini hanya memberi kuasa kepada HASiL untuk mendapatkan maklumat akaun bank pembayar cukai setelah tindakan garnisi dibenarkan oleh mahkamah. HASiL sekali lagi menekankan bahawa maklumat akaun bank pembayar cukai sedia ada yang tidak melibatkan tindakan garnisi
tidak dapat diakses oleh HASiL melalui peruntukan baharu ini.

Sekiranya masih terdapat sebarang pertanyaan berkaitan perkara ini, ia boleh dimajukan
kepada HASiL melalui:

a) Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (Luar Negara);
b) HASiL Live Chat; dan
c) Borang Maklum Balas di portal rasmi LHDNM di pautan pantas https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my

Banyak perkara yang perlu anda ambil tahu sebelum memiliki rumah. 


InshaAllah, kami berhasrat untuk berkongsi ilmu yang kami ada mengenai hartanah kepada pembaca setia Majalah Labur.

Kunci pertama sebelum beli rumah adalah ilmu, ilmu dan ilmu. 

Lebih awal belajar, lebih cepat dapat menilai sesebuah rumah.Jika berminat boleh isi borang .

ILMU PREMIUM HARTANAHSEKARANG!

Previous ArticleNext Article

Google Tubuh Entiti Tempatan Di Malaysia: Implikasi Terhadap WHT di Malaysia

Google baru-baru ini memaklumkan kepada pelanggan di Malaysia bahawa syarikat itu sedang menubuhkan entiti tempatan, Google Cloud Malaysia Sdn. Bhd.

Langkah ini membawa perubahan kepada struktur transaksi Google Cloud Platform dan Google Workspace bagi pelanggan yang mempunyai alamat pengebilan di Malaysia dan membuat pembayaran dalam Ringgit Malaysia (MYR).

Sebelum ini, transaksi pelanggan Malaysia dibuat dengan Google Asia Pacific Pte Ltd yang berpangkalan di Singapura.

Selepas migrasi, kontrak dan akaun pelanggan yang terlibat akan dipindahkan kepada Google Cloud Malaysia Sdn. Bhd.

Perubahan ini bukan sekadar melibatkan syarikat teknologi, malah berpotensi memberi kesan kepada perniagaan dalam talian (online business) di Malaysia yang bergantung kepada perkhidmatan Google Cloud dan Google Workspace untuk menjalankan operasi harian.

Apa perubahan yang bakal berlaku?

Antara perubahan utama yang diumumkan:

1. Invois dikeluarkan oleh syarikat tempatan

Selepas migrasi, invois dan penyata bil akan dikeluarkan atas nama Google Cloud Malaysia Sdn. Bhd., termasuk alamat dan nombor pengenalan cukai entiti tempatan.

2. SST 8% dikenakan

SST akan dipaparkan sebagai komponen berasingan dalam invois dan dikutip oleh Google Cloud Malaysia mengikut kadar yang dinyatakan dalam notis tersebut.

3. Kontrak dipindahkan kepada entiti Malaysia

Kontrak sedia ada dengan Google Asia Pacific akan dipindahkan kepada Google Cloud Malaysia. Entiti tempatan ini akan mengambil alih kedudukan kontrak berkenaan.

Jadi, bagaimana pula dengan Withholding Tax (WHT)?

Ini bahagian yang menarik dari perspektif percukaian.

Sebelum ini, pembayaran pelanggan Malaysia kepada Google Asia Pacific Pte Ltd perlu dinilai dari sudut cukai pegangan di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967 (ACP 1967).

Antara peruntukan yang relevan ialah Seksyen 109 berkaitan pembayaran royalti kepada bukan pemastautin.

Mengapa royalti?

Di bawah Seksyen 2 ACP 1967, definisi royalti merangkumi bayaran bagi penggunaan atau hak untuk menggunakan hak cipta, termasuk perisian (software).

Sebagai contoh, bayaran untuk mendapatkan hak penggunaan sesuatu aplikasi atau perisian oleh pelanggan sendiri berpotensi dikategorikan sebagai royalti dan tertakluk kepada WHT di bawah Seksyen 109.

Kadar domestik WHT bagi royalti ialah 10%, tertakluk kepada kadar atau layanan berbeza di bawah Perjanjian Pengelakan Pencukaian Dua Kali (DTA), jika berkenaan.

Apa implikasinya kepada Malaysia?

Perubahan struktur entiti syarikat teknologi antarabangsa seperti Google AKAN memberikan beberapa implikasi kepada landskap percukaian negara:

  1. Lebih banyak transaksi perkhidmatan digital boleh dilaksanakan melalui entiti tempatan.
  2. Kutipan SST dapat dilaksanakan melalui pembekal tempatan.
  3. Pelanggan Malaysia mungkin tidak lagi perlu membuat potongan WHT bagi pembayaran Google Cloud yang telah dipindahkan kepada Google Cloud Malaysia, tertakluk kepada struktur kontrak dan penerima sebenar pendapatan.

Bila migrasi ini akan berkuatkuasa?

Google akan menghantar dua notifikasi berasingan kepada pelanggan:

  1. Sebelum migrasi – pemberitahuan awal sebelum akaun dan kontrak dipindahkan.
  2. Selepas migrasi – pengesahan bahawa perubahan telah berkuat kuasa.

Notifikasi akan dihantar ke alamat e-mel yang didaftarkan.

Kesimpulannya, penubuhan entiti tempatan oleh syarikat teknologi antarabangsa bukan sekadar perubahan alamat invois. Ia boleh mengubah kedudukan percukaian transaksi, termasuk kewajipan cukai pegangan di Malaysia.