Top 10 Saham Patuh Syariah Paling Untung Jun 2018

Bulan Jun 2018 menyaksikan Bursa Malaysia mengalami kejatuhan teruk sehingga menyebabkan ia berada di paras 1-Year-Low. Ini disebabkan oleh pelabur-pelabur asing yang tidak henti-henti menjual pegangan saham mereka.

Sumber: iSaham

Indeks FBMKLCI 1 Jun 2018: 1,740.60 Mata

Indeks FBMKLCI 28 Jun 2018 Paras Terendah Bulan Jun: 1,657.80 Mata

Indeks FBMKLCI 29 Jun 2018: 1,691.50 Mata

Penurunan Sebulan: 49.1 Mata atau 2.82%

Boleh baca selanjutnya di Jerung Asing Bawa Keluar Duit, Bursa Malaysia Merudum untuk tahu kisahnya dengan lebih mendalam.

Di kala lautan merah melanda pasaran saham Malaysia, masih terdapat saham-saham yang menyinar. Tengok saja senarai Top 10 Saham Patuh Syariah Paling Untung Jun 2018 di bawah:

Sumber: Screener iSaham

1. HSS Engineers Berhad (HSSEB)

Sumber: Bursa Marketplace

2. APFT Berhad

Sumber: Bursa Marketplace

3. UCrest Berhad

Sumber: Bursa Marketplace

4. GSB Group

Sumber: Bursa Marketplace

5. Ideal United Bintang

Sumber: Bursa Marketplace

6. Cuscapi Berhad

Sumber: Bursa Marketplace

7. FoundPac Group

Sumber: Bursa Marketplace

8. Petra Energy

Sumber: Bursa Marketplace

9. Supermax Corporation

Sumber: Bursa Marketplace

10. Knusford Berhad

Sumber: Bursa Marketplace

Hampir Kesemuanya Adalah Saham Penny

9 daripada 10 saham yang tersenarai dalam Top 10 Saham Patuh Syariah Paling Untung Jun 2018 adalah terdiri daripada saham yang berharga di bawah RM1. Hanya Supermax sahaja merupakan saham ‘mahal’, jadi tak mustahil saham yang berharga tinggi juga boleh memberikan keuntungan yang tinggi juga.

Senarai di atas adalah berdasarkan Screener Best Performance (Last Month) iSaham. Mereka juga ada screener-screener lain seperti 52 Weeks High Screener, All-Time High Screener, Bollinger Band Breakout, Magic Formula Investing dan banyak lagi.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Untung Bersih 99 Speed Mart Lonjak 13.4 Peratus Pada Suku Kedua

KUALA LUMPUR: 99 Speed Mart Retail Holdings Bhd (99 Holdings) mencatat keuntungan bersih RM163.95 juta bagi suku kedua berakhir 30 Jun 2026, meningkat 13.4 peratus daripada RM144.63 juta pada suku sama tahun lalu.

Hasil kumpulan meningkat 13.6 peratus tahun ke tahun kepada RM3.08 bilion daripada RM2.71 bilion sebelumnya, menurut syarikat itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

“Peningkatan itu didorong terutamanya oleh pengembangan berterusan rangkaian cawangan, dengan pertambahan bersih 257 cawangan baharu tahun ke tahun, menjadikan jumlah keseluruhan kepada 3,151 cawangan setakat 30 Jun 2026 berbanding 2,894 cawangan setahun sebelumnya.

“Jumlah transaksi jualan meningkat 13.6 peratus kepada 146.4 juta, dengan nilai purata setiap bakul RM21,” menurut syarikat itu.

Bagi tempoh enam bulan berakhir 30 Jun 2026, 99 Holdings mencatat keuntungan bersih RM352.5 juta berbanding RM289.53 juta dalam tempoh sama tahun lalu.

Hasil bagi tempoh enam bulan pula meningkat kepada RM6.14 bilion daripada RM5.32 bilion sebelumnya.

Selain itu, platform e-dagang jualan pukal syarikat terus mencatat pertumbuhan kukuh apabila hasil meningkat 80.5 peratus tahun ke tahun kepada RM50.2 juta bagi enam bulan berakhir 30 Jun 2026.

Pengasas merangkap Ketua Pegawai Eksekutif 99 Holdings, Lee Thiam Wah, berkata momentum pertumbuhan positif pada suku berkenaan disokong pengembangan berterusan rangkaian cawangan serta pelaksanaan waktu operasi lebih awal di seluruh negara.

Thiam Wah berkata tumpuan berterusan terhadap kecekapan operasi turut mula memberikan manfaat ketara kepada kumpulan.

Menurutnya, inisiatif penjimatan tenaga dan penggunaan peralatan membantu mengurangkan kos utiliti serta meningkatkan kecekapan kos merentasi operasi kumpulan.

“Dengan rangkaian cawangan kami terus berkembang, kami kekal komited untuk memperkukuh rantaian bekalan bagi menyokong kecekapan operasi,” katanya.

Beliau berkata kumpulan itu juga terus memperluas penawaran produk bagi memenuhi keperluan pelanggan yang berubah susulan sambutan menggalakkan terhadap rangkaian peralatan rumah terpilih.

Rangkaian berkenaan kini diperluas ke semua cawangan di seluruh negara dan turut ditawarkan menerusi platform 99 Bulksales bagi memenuhi keperluan pelanggan korporat serta pembelian secara pukal.