Top 10 Saham Patuh Syariah Paling Rugi Jun 2018

Indeks FMBKLCI mengalami penurunan untuk dua bulan berturut-turut sejak PRU-14 yang lalu sehingga mencatatkan paras 1-Year Low yang baru. Puncanya adalah penjualan tanpa henti pelabur asing setiap hari.

Sekali lagi kita perlu berdisiplin dalam mengikut Trading Plan dan follow tahap Cut Loss masing-masing. Sekurang-kurangnya tiada lagi berlaku panic selling seperti bulan Mei yang lalu, di mana kita dapat lihat saham terus membuat gap down sebanyak 30% seawal minit pertama pasaran saham dibuka. Di antara mangsanya adalah MyEG dan George Kent.

Apa kata kita tengok senarai Top 10 Saham Patuh Syariah Paling Rugi Untuk Bulan Jun 2018 seperti di bawah:

Sumber: iSaham Screener

1. Kretam Holdings

Sumber: Bursa Marketplace

2. Sinotop Holdings

Sumber: Bursa Marketplace

3. NetX Holdings

Sumber: Bursa Marketplace

4. Silver Ridge Holdings (SRIDGE)

Sumber: Bursa Marketplace

5. Pharmaniaga Berhad

Sumber: Bursa Marketplace

6. United U-LI Corporation

Sumber: Bursa Marketplace

7. DKSH Holdings

Sumber: Bursa Marketplace

8. Complete Logistic

Sumber: Bursa Marketplace

9. Imaspro Corporation

Sumber: Bursa Marketplace

10. EA Holdings

Sumber: Bursa Marketplace

Jatuh Ke Paras 1-Year Low, Mungkin Ambil Masa Lama Untuk Pulih

Disebabkan jerung-jerung asing yang membawa keluar pelaburan mereka secara besar-besaran sejak kemenangan Pakatan Harapan pada PRU-14 yang lalu, maka pelabur institusi tempatan dan juga pelabur runcit seperti kita yang membeli.

Sumber: MIDF Research – Fund-Flow-Report-Week-Jun-15-MIDF-180618, Fail pdf

Kalau nak tahu siapa itu pelabur institusi tempatan, boleh baca Kenali 7 Jerung Yang Paling Banyak Melabur di Bursa Malaysia.

Senarai Top 10 Saham Patuh Syariah Paling Rugi Bulan Jun 2018 di atas adalah berdasarkan Screener Worst Performance (Last Month) iSaham. Mereka juga ada screener-screener lain seperti 52 Weeks High Screener, All-Time High Screener, Bollinger Band Breakout, Magic Formula Investing dan banyak lagi.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Perladangan: El Nino Secara Rasminya Tiba

Saranan dinaik taraf kepada WAJARAN TINGGI daripada Neutral; Saham Pilihan Utama: Johor Plantations Group (JPG), Sarawak Oil Palms (SOP), IOI Corp (IOI), Hap Seng Plantations (HSP), London Sumatra Indonesia (LSIP) dan SD Guthrie (SDG)

Satu makluman rasmi berkaitan El Nino telah dikeluarkan oleh Pentadbiran Lautan dan AtmosferaKebangsaan AS (NOAA) walaupun tahap keterukan fenomena ini masih lagi belum dapat dipastikan. Meskipun berdepan dengan risiko-risiko geopolitik semasa, kami percaya harga CPO akan terus terkawal pada paras semasa dengan ia berpotensi menaik sekiranya fenomena El Nino kali ini dianggap kuat.

NOAA AS mengumumkan bahawa El Nino sudahpun muncul

Mengeluarkan makluman berkaitan El Nino yang meramalkan fenomena ini akan bertambah kuat kepada tahap sederhana atau kuat. Dari segi tahap kekuatan, kebarangkalian untuk El Nino kuat muncul memuncak pada 88% untuk tempoh Nov 2026-Jan 2027. Sekiranya kejadian El Nino kuat melanda, keluaran minyak sawit akan terjejas dan kesan ini mungkin berlarutan sehingga dua tahun, bergantung pada tahap keterukan
fenomena ini.

Pada tahun-tahun sebelum ini, kesan ketara terhadap hasil keluaran CPO daripada El Nino hanyalah dirasai semasa tempoh-tempoh El Nino kuat. Kami ingin menekankan bahawa Biro Meteoreologi Australia masih lagi belum mengumumkan pengesahan tentang kemunculan El Nino

Menurut rekod sebelum ini, El Nino selalunya menyebabkan hasil tanaman merosot antara 2% dan 20%

Kami mengambil maklum bahawa semasa dua kejadian El Nino yang kuat pada 1997-1998 dan 2015-2016: hasil tanaman mengalami penurunan sebanyak 17% pada 1998-1999 dan kejatuhan 14% dalam keluaran hasil tanaman pada 2016-2017 yang kesannya hanya dirasai selepas setahun. Bagi harga CPO pula, harga purata CPO menokok setinggi 21% semasa tahun-tahun melandanya El Nino dan mencapai paras purata tambahan 26% setahun selepas El Nino muncul.

Oleh demikian itu, walaupun kami mengekalkan ramalan harga CPO buat masa sekarang sementara menunggu pengesahan mengenai kekuatan fenomena El Nino, kami percaya adanya potensi kenaikan

Andaian harga CPO kami berjumlah MYR4,400/tan untuk 2026 dan MYR4,300/tan untuk 2027, khususnya untuk 2027. Hal ini demikian kerana harga CPO sepatutnya meningkat dan bukannya menurun selepas El Nino berlalu lebih-lebih lagi apabila ia merupakan satu kejadian yang kuat.

Faktor-faktor lain yang boleh menaikkan harga CPO ialah kesan daripada skim tadbir urus eksport komoditi Indonesia

Yang akan menyalurkan semula urus niaga eksport melalui Danantara Sumberdaya Indonesia. Walaupun Kerajaan Indonesia sekarang mempertimbang untuk mengurangkan skop skim ini, tahap pengawasan yang lebih ketat masih akan dikenakan terhadap eksport dan mekanisme penetapan harga akan dibuat pada harga barangan eksport. Hal ini bertujuan mencegah masalah pembuatan invois yang lebih murah daripada yang sepatutnya dan amalan harga pindahan.

Sebaik sahaja skim ini berkuat kuasa (tarikh akhir pada 31 Dis 2026), pengeksport dikehendaki untuk menghantar laporan bulanan yang memperincikan tentang maklumat jenis produk, jumlah barangan, nilai, dan pengelasan tarif, dan mereka hendaklah menyimpan semua hasil eksport dalam bank-bank milik kerajaan Indonesia.

Kami percaya berlakunya peningkatan eksport lebih awal sebelum skim ini dilaksanakan pada fasa peralihan awal, namun sebaik sahaja ia dilaksanakan, kita mungkin dapat melihat berlakunya penangguhan eksport dari Indonesia yang membawa kepada bekalan lebih terhad dan harga lebih tinggi. Kita juga mungkin dapat menyaksikan syarikat perladangan Indonesia berhadapan dengan kos lebih mahal berkait dengan langkah pengawasan lebih ketat ini, tetapi harga CPO mungkin juga menaik untuk mengimbangi masalah kos ini.

WAJARAN TINGGI

Saranan-saranan kami untuk saham-saham perladangan dalam semakan kerana harga-harga saham untuk syarikat perladangan serantau mengalami pembetulan yang ketara baru-baru ini susulan perubahan kawal selia di Indonesia.

Penganalisis
Hoe Lee Leng +603 2302 8110 ([email protected])

Penafian :
Laporan penyelidikan ini disediakan oleh pasukan Penyelidikan RHB (RHB Research Team) dari RHB Investment Bank Bhd.