Bulan Kesihatan Kredit Anjuran RAMCI Meningkatkan Kesedaran Tentang Kesihatan Kredit Peribadi

RAM Credit Information Sdn Bhd (RAMCI), sebuah agensi pelaporan kredit terkemuka, hari ini melancarkan Bulan Kesihatan Kredit pertama negara untuk bagi menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia menjadi lebih proaktif dalam pemeriksaan kesihatan kredit mereka, menerusi tawaran pemantauan skor kredit percuma selama 3-bulan.

Pelancaran Bulan Kesihatan Kredit dihadiri oleh Cik Dawn Lai, Ketua Pegawai Eksekutif RAMCI dan Encik Saravanan Thambirajah, Ketua Pegawai Operasi FOMCA. Dengan tahap hutang pengguna dan bilangan peminjam yang semakin meningkat di negara ini, pelancaran Bulan Kesihatan Kredit adalah tepat pada masanya bagi mengingatkan tentang kepentingan memeriksa kesihatan kredit secara kerap dan mengekalkan skor kredit yang bagus, di samping melindungi diri daripada kecurian identiti.

Berucap di pelancaran tersebut, Dawn Lai berkata, “Julai merupakan Bulan Kesihatan Kredit dan ia merupakan sebahagian dari program kesedaran awam RAMCI bagi memperkasakan rakyat Malaysia dalam penjagaan kesihatan kewangan mereka menerusi pemantauan aktif skor kredit. Bagi membantu mereka berbuat sedemikian, kami memberikan pakej percubaan JagaMyID percuma untuk 3-bulan kepada semua rakyat Malaysia agar mereka dapat mengalami dan memahami kelebihan pelaporan kredit dan bagaimana skor kredit mencerminkan status kewangan seseorang.”

“Kami menawarkan insentif tersebut kepada rakyat Malaysia hanya pada bulan Julai sepanjang Bulan Kesihatan Kredit. Kami percaya bahawa ia akan membantu para pengguna memahami nilai pelaporan kredit dan bagaimana ia dapat memberi manfaat dalam jangka masa panjang. Sebuah laporan kredit bukan sahaja dapat memberikan anda skor yang mencerminkan tingkah laku kewangan anda, malah ia akan turut memaklumkan jika seseorang telah menggunakan nama anda di untuk permohonan kad kredit atau pinjaman. Ia bagaikan serampang dua mata,” jelas Dawn dengan lebih lanjut.

Mengulas mengenai kepentingan pendidikan kewangan di kalangan para profesional muda, Thambirajah berkata, “Kecekapan kewangan di kalangan golongan belia adalah agak rendah terutamanya ketika era di mana wang boleh digantikan dengan wang ‘plastik’ dan ‘digital’ dengan mudah. Ia akan meninggalkan kesan yang mendalam kerana ia boleh mendorong kepada hutang yang tinggi, kerugian kewangan, terlepas simpanan dan juga muflis. Dengan membantu para profesional muda menjadi celik kewangan, ia akan mengajar mereka kemahiran kritikal dalam melakukan keputusan kewangan berdasarkan sumber dan keadaan mereka.”

Thambirajah turut menyuarakan pendapat beliau bahawa ia merupakan tanggungjawab bersama kerajaan, sektor kewangan, pengawal selia dan agensi-agensi pelaporan kredit untuk mencari cara-cara mendidik para belia menjadi celik kewangan dan membantu mereka memahami selok-beloknya menerusi pelbagai peralatan seperti pelaporan kredit.

Menurut RAMCI, Bulan Kesihatan Kredit akan menjadi program kesedaran berterusan yang diadakan setiap tahun. Bagi tahun pertama, para individu yang memilih untuk menerima pakej JagaMyID percuma akan menerima tempoh percubaan selama 3-bulan termasuk profil maklumat kredit yang meliputi portfolio kredit individu, tiga (3) bulan pemantauan kesihatan kredit mereka bersertakan kemas-kini bulanan kepada profil Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS) dengan pertukaran skor kredit, dan akhir sekali, makluman mengenai kemungkinan kecurian identiti.

Bersempena dengan Bulan Kesihatan Kredit, dan selain dari roadshow dan ceramah untuk meningkatkan kesedaran, RAMCI turut melancarkan buku elektronik dan video pendidikan pertama mereka dalam usaha untuk menarik perhatian golongan milenial yang sering mahukan kelainan di dalam kandungan digital. Bertemakan #ProtectYourCreditHealth (Lindungi Kesihatan Kredit Anda), video dan buku elektronik yang dilancarkan di platform media sosial RAMCI adalah bertujuan untuk menawarkan maklumat tentang kesihatan kredit terus ke hujung jari golongan muda.

RAMCI yakin bahawa Bulan Kesihatan Kredit akan meningkatkan pelaporan kredit di dalam negara, terutamanya di kalangan milenial agar mereka memeriksa laporan kredit dan sekaligus mengurus kewangan mereka dengan lebih berkesan bagi mengurangkan hutang.

Untuk mendapatkan pakej percubaan 3-bulan JagaMyID oleh RAMCI secara percuma, orang awam dinasihatkan untuk mendaftar masuk ke www.MyCreditInfo.com.my. Setelah melanggan untuk tempoh percubaan 3-bulan tersebut, mereka yang berminat untuk langganan setahun JagaMyID digalakkan untuk menulis kepada RAMCI dan menyatakan sebab-sebab mereka berminat untuk mendapatkan pakej tersebut, dan mereka akan berpeluang untuk dinaik-tarafkan ke pakej langganan 12-bulan secara percuma.

Layari laman web dan Facebook RAM Credit Information untuk maklumat lanjut www.MyCreditInfo.com.my

 

 

 

 

Mengenai RAM Credit Information Sdn Bhd

RAM Credit Information Sdn Bhd (RAMCI) merupakan agensi pelaporan kredit yang terkemuka dan paling dipercayai di Malaysia dalam beberapa dekad kebelakangan ini. Ia mempunyai pangkalan data menyeluruh yang dibina sepanjang 25 tahun yang lalu. Hari ini, rakan-rakan institusi RAMCI seperti RAM Holdings Berhad dan Experian Asia Pacific telah memanfaatkan syarikat tersebut dengan pengetahuan domain yang luas bagi memenuhi keperluan perniagaan dan pengguna di Malaysia serta di peringkat global menerusi pelbagai perkhidmatan yang komprehensif. Ia turut berkolaborasi dengan persatuan dan koperasi bagi memenuhi keperluan ahli-ahli mereka. Keupayaan teras RAMCI termasuk maklumat kredit atas talian, perkhidmatan penarafan kredit dan pemarkahan kredit, perkhidmatan pemantauan dan maklumat antarabangsa dan perkhidmatan biro perdagangan (“Trade Bureau”). Untuk maklumat lanjut, layari https://www.mycreditinfo.com.my/.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

seeNI Memperkenalkan Hala Tuju Baharu Menghubungkan Kandungan, Komuniti dan Komersial

PETALING JAYA, 29 Oktober 2026 – Nu Ideaktiv Sdn Bhd, syarikat usaha sama antara Astro dan Kumpulan Media Karangkraf, menyatukan portfolio jenama medianya di bawah jenama seeNI sebagai sebahagian daripada strategi untuk membuka peluang pertumbuhan baharu melalui kandungan berjenama, penajaan, kempen yang melibatkan bakat dan kerjasama komersial.

Berteraskan Komuniti, Kandungan dan Komersial, peralihan ini menggantikan identiti Nu Ideaktiv kepada seeNI. Langkah ini menyediakan satu pintu masuk kepada pengiklan dan agensi untuk mengakses jenama media, bakat komuniti dan kepakaran kreatif syarikat bagi mencapai matlamat perniagaan yang sama.
Portfolio ini merangkumi antaranya seeNI Creator Academy, Media Hiburan, Borak seeNI, NONA, Remaja, Roda Panas, Rasa, Mingguan Wanita, Keluarga dan Pa&Ma. Penyatuan kekuatan jenama ini bertujuan memperluas nilai komersial merentas minat dan peringkat kehidupan khalayak, melangkaui penawaran berasaskan satu jenama atau penempatan iklan secara berasingan.

Melalui tiga tunjang tersebut, Komuniti menghubungkan khalayak melalui minat dan pengalaman bersama; Kandungan menggabungkan jenama media, penceritaan, kepakaran produksi dan bakat; manakala Komersial menterjemahkan hubungan itu kepada peluang kempen bersepadu, penajaan dan kerjasama. Gabungan ini menjadi asas untuk memadankan matlamat pelanggan dengan khalayak serta pendekatan interaksi yang bersesuaian.

Ketua Pegawai Eksekutif Nu Ideaktiv Sdn. Bhd., Encik Syamil Fahim Mohamed Fahim, berkata,
“Peralihan daripada Nu Ideaktiv kepada seeNI bukan sekadar perubahan identiti jenama. Ia mencerminkan aspirasi kami untuk menghimpunkan jenama media, bakat dan komuniti dalam satu ekosistem yang lebih bersepadu, sekali gus mewujudkan nilai yang lebih besar kepada pengguna dan rakan komersial kami.

Menerusi Komuniti, Kandungan dan Komersial, kami mahu melangkaui penempatan iklan secara berasingan dengan menawarkan peluang yang lebih menyeluruh kepada jenama untuk berhubung dengan khalayak melalui kandungan yang relevan, bakat dan penglibatan yang bermakna. Dalam melangkah ke fasa baharu ini, keutamaan kami adalah untuk memperkukuh kerjasama, membuka peluang pendapatan baharu dan membina perniagaan yang lebih mampan untuk masa hadapan.”

Menerusi seeNI Collective, seeNI menggabungkan kekuatan kandungan, komuniti, bakat kreatif dan rakan strategik untuk membuka peluang kerjasama melangkaui pengiklanan konvensional. Antara kerjasama yang diketengahkan termasuk TVS dan Novel Karangkraf dalam penerbitan serta adaptasi kandungan, Komet Productions dalam usaha memperkasa bakat baharu industri kreatif menerusi seeNI Story Lab, serta Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) dan Fashionably Modest Asia (FMA) dalam bidang fesyen dan gaya hidup. Kesemua kerjasama ini bertujuan memperluas peluang untuk jenama berhubung dengan audiens melalui pelbagai platform dan pengalaman.

Sementara itu, seeNI Talent dirangka untuk memadankan bakat yang sesuai dengan kandungan, kempen jenama, acara dan peluang komersial berdasarkan rekod kerja, kesesuaian khalayak serta kesediaan bakat untuk terlibat. Kedua-dua penawaran ini menyokong penyelesaian yang lebih bersepadu kepada keperluan pelanggan dengan menggabungkan keupayaan mengikut khalayak sasaran dan matlamat komersial.

The New World of seeNI – mengetengahkan hala tuju seeNI hari ini di D’Theatre Malaysia, Hextar World at Empire City. Acara ini memperkenalkan barisan kandungan seeNI untuk tahun 2027, barisan bakat serta peluang kerjasama kepada pengiklan, peneraju jenama dan pemain industri lain.

Acara ini menandakan satu pencapaian komersial penting dalam transformasi berterusan seeNI. Berpandukan More Begins Here, seeNI berhasrat menyediakan sebuah destinasi bersepadu yang membolehkan pelanggan meneroka lebih banyak kandungan, di samping membuka peluang baharu untuk perniagaan berkembang.