Semua Ahli Lembaga Pengarah Khazanah Nasional Berhad Tawar Diri Letak Jawatan

Kami ingin mengesahkan laporan berita pada pagi ini bahawa semua ahli lembaga pengarah termasuk Pengarah Urusan telah menawarkan diri untuk meletak jawatan daripada Lembaga Pengarah Khazanah Nasional Berhad (“Khazanah”). Tindakan ini dibuat dengan perbincangan bersama pihak Kerajaan baharu untuk membolehkan peralihan yang lancar dan teratur.

Lembaga Pengarah berbangga kerana telah diberi peluang untuk berkhidmat dan merasakan tindakan ini adalah sesuai bagi memberikan ruang penuh bagi Kerajaan baharu, dengan budi bicara dan kuasa miliknya, untuk membina semula Lembaga Pengarah baharu.

Cukup ringkas sekali Kenyataan Media yang dikeluarkan oleh Khazanah Nasional Berhad. Boleh juga muat turun kenyataan media penuh dalam bentuk PDF.

Bagi siapa yang tak tahu siapa itu Khazanah, Khazanah Nasional Berhad ialah dana pelaburan strategik Kerajaan Malaysia. Kami diamanahkan untuk menyimpan dan menguruskan aset komersial Kerajaan dan melaksanakan pelaburan strategik untuk negara.

Senarai Ahli Lembaga Pengarah adalah seperti berikut:

1. Tan Sri Md Nor Md Yusof, Pengarah dan Pengerusi Jawatankuasa Eksekutif (EXCO)

2. Tan Sri Mohamed Azman Yahya, Pengarah dan Ahli Jawatankuasa Eksekutif (EXCO)

3. Dato’ Mohammed Azlan Hashim, Pengarah dan Ahli Jawatankuasa Eksekutif (EXCO)

4. Raja Tan Sri Dato’ Seri Arshad Bin Raja Tun Uda, Pengarah dan Pengerusi Jawatankuasa Audit dan Risiko (ARC)

5. Tan Sri Andrew Sheng Len Tao, Pengarah dan Ahli Jawatankuasa Audit dan Risiko (ARC)

6. Dato’ Sri Nazir Tun Abdul Razak, Pengarah dan Ahli Jawatankuasa Audit dan Risiko (ARC)

7. Dato’ Dr Nirmala Menon, Pengarah dan Ahli Jawatankuasa Eksekutif (EXCO)

8. Yeo Kar Peng, Director and Audit and Risk Committee (ARC) Member

9. Tan Sri Datuk Wira Azman Mokhtar, Pengarah Urusan

Dan berikut merupakan senarai syarikat-syarikat yang dimiliki oleh Khazanah Nasional, setakat 31 Disember 2017. Ada 14 industri kesemuanya, dan banyak juga yang disenaraikan di Bursa Malaysia dan luar negara.

1. Makanan Agrikultur

– Malaysian Agrifood Corporation Bhd – 100%

– Blue Archipelago Bhd – 100%

– Biotropics Malaysia Bhd – 100%

– The Holstein Milk Company Sdn Bhd – 30%

2. Pengangkutan dan Logistik

– *Malaysia Airports Holdings Bhd – 33.2%

– Malaysia Airlines Bhd – 100%

3. Kreatif dan Media

– *Astro Malaysia Holdings Bhd – 20.7%

– Granatum Ventures Sdn Bhd – 100%

– Pinewood Iskandar Malaysia Studios – 99.4% Dimiliki oleh Granatum Ventures

4. Perkhidmatan Kewangan

– *CIMB Group – 27.3%

– *IDFC Limited – 9.5%

– Avicennia Capital – 100%

– Sun Life Malaysia Assurance – 49% Dimiliki oleh Avicenna Capital

– Sun Life Malaysia Takaful – 49% Dimiliki oleh Avicenna Capital

– Abicadem Sigorta – 100% Dimiliki oleh Avicenna Capital

– ACR Capital Holdings – 24%

– Jadwa Investment – 10.3%

– Bank Muamalat – 30%

– ValueCAP – 33.3%

– Fajr Capital – 19.1%

– WeLab – 11.5%

– *BDO Unibank – 3.9%

5. Penjagaan Kesihatan

– *IHH Healthcare Bhd – 42.3%

– Acibadem Healthcare Group – 60% Dimiliki oleh IHH Healthcare

– Regen Rehabilitation International Sdn Bhd – 60%

6. Infrastruktur dan Pembinaan

– UEM Group Bhd – 100%

– PLUS Malaysia Bhd – 51% Dimiliki oleh UEM Group

– UEM Builders – 100% Dimiliki oleh UEM Group

– *UEM Edgenta – 69.1% Dimiliki oleh UEM Group

7. Inovasi dan Teknologi

– *Alibaba Group – 0.2%

– SilTerra Malaysia Sdn Bhd – 100%

– Fractal Analytics – 35.9%

– SEA – 2.3%

– General Atlantic – 1.3%

– Koubei – 1.0%

– *Infosys – 0.2%

– Palantir – 0.3%

8. Sains Hayat

– Xeraya Capital – 100%

9. Pelancongan

– Themed Attractions Resorts & Hotels Sdn Bhd

10. Tenaga

– *Tenaga Nasional Bhd – 28.9%

11. Hartanah

– *UEM Sunrise Bhd – 66.1% Dimiliki oleh UEM Group

– Iskandar Investment Bhd – 60%

– Medini Iskandar Malaysia Sdn Bhd – 40% % 20% Dimiliki oleh Iskandar Investment

– M+S Pte Ltd – 60%

– Sunway Iskandar – 40%

– Pulau Indah Ventures Sdn Bhd – 50%

– Southern Marina – 30%

– Putrajaya Holdings – 15.6%

– *8990 Holdings – 8.6%

12. Pembangunan Mapan

– Cenviro – 100%

– Cenergi SEA – 92.9%

– *Beijing Enterprises Water Group – 4.6%

13. Telekomunikasi

– Axiata Group Bhd – 37.3%

– edotco Group Bhd – 10.6% & 63% Dimiliki oleh Axiata

– *Telekom Malaysia Bhd – 26.2%

– Pulau Kapas Ventures – 30%

– *TIME dotCom (TIME) – 11.2% & 30.5% Dimiliki oleh Pulau Kapas Ventures

14. Lain-lain

– *John Keells Holdings PLC – 10.2%

– LeapEd Services Sdn Bhd – 100%

* Syarikat Public-Listed

Sumber: The Khazanah Report 2017

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

PTPTN salur RM285,500 Bantuan Lestari Siswa MADANI kepada 571 pelajar UPSI

TANJONG MALIM, 29 September 2026 — Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menyalurkan Bantuan Lestari Siswa MADANI berjumlah RM285,500 kepada 571 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) bagi meringankan beban kewangan mereka.

Ketua Eksekutif PTPTN Ahmad Dasuki Abdul Majid berkata setiap pelajar menerima bantuan RM500 secara sekali bayar (one-off) dan tidak perlu dibayar balik, dengan bayaran dikreditkan ke akaun pelajar mulai 2 Oktober ini.

Beliau berkata inisiatif itu merupakan antara usaha PTPTN membantu pelajar daripada keluarga kurang berkemampuan supaya dapat meneruskan pengajian tanpa terlalu dibebani masalah kewangan.

“PTPTN berbesar hati untuk menyampaikan Bantuan Lestari Siswa MADANI kepada 571 pelajar UPSI yang melibatkan jumlah keseluruhan RM285,500.

“Setiap pelajar akan menerima RM500, tak perlu bayar balik. Ini yang kita berikan secara percuma dan secara one-off,” katanya ketika berucap pada Majlis Penyampaian Bantuan Lestari Siswa MADANI di Dewan SITC Kampus Sultan Abdul Jalil Shah UPSI, semalam.

Ahmad Dasuki berkata PTPTN memperuntukkan RM120 juta bagi inisiatif berkenaan, dengan kira-kira 5,000 pelajar telah diluluskan setakat ini, namun hanya 1,500 pelajar menerima manfaat tersebut.

Sehubungan itu, beliau menggalakkan pelajar yang memenuhi syarat, khususnya mereka yang merupakan anak penerima eKasih dan belum memohon pinjaman PTPTN, supaya mendapatkan maklumat lanjut dan memanfaatkan peluang berkenaan.

Beliau berkata PTPTN bukan sahaja berperanan menyediakan pinjaman pendidikan, malah turut memberi penekanan terhadap budaya menabung menerusi Skim Simpanan Pendidikan Nasional (Simpan SSPN).

Beliau berharap Bantuan Lestari Siswa MADANI dapat menjadi pemangkin kepada pelajar untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan akademik selain meningkatkan taraf hidup keluarga dan memberi sumbangan kepada masyarakat.

“PTPTN tetap komited untuk memastikan agenda pendidikan negara terus dilaksanakan melalui pelbagai inisiatif yang sedang kita usahakan sekarang, selari dengan moto PTPTN, ‘Peluang Kejayaan Anda’,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UPSI Prof. Dr. Norkhalid Salimin berkata bantuan berkenaan amat bermakna kepada universiti memandangkan hampir 11,000 daripada kira-kira 30,578 pelajar UPSI merupakan golongan B40.

Beliau berkata perkara itu menggambarkan besarnya amanah dan tanggungjawab UPSI dalam memastikan kebajikan pelajar sepanjang tempoh pengajian mereka sentiasa terpelihara.

“Agenda kebajikan mahasiswa bukan agenda sampingan. Ia merupakan satu agenda penting yang kita bawa untuk memastikan perjalanan pendidikan adik-adik menimba ilmu di Bumi Mualim ini sepanjang tiga, empat tahun terjaga,” katanya.

Hadir sama Pengarah Negeri Pejabat PTPTN Perak, Andi Nurali Mohamed; Pengurus Besar Kanan Jabatan Komunikasi Korporat dan Pemasaran PTPTN, Wan Zawiah Wan Abu Bakar dan Bendahari UPSI, Mohamad Najib Mohamed.

Gambar 1: Ahmad Dasuki (tiga dari kanan, atas) bergambar bersama para pelajar UPSI yang merupakan penerima Bantuan Lestari Siswa MADANI pada majlis penyampaian Bantuan Lestari Siswa MADANI di Dewan SITC, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah UPSI.

Gambar 2: Ahmad Dasuki bergambar bersama para pelajar UPSI yang menerima Bantuan Lestari Siswa MADANI pada majlis penyampaian Bantuan Lestari Siswa MADANI di Dewan SITC, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah UPSI.

Gambar 3: Ahmad Dasuki (empat dari kanan) ketika menyerahkan cek cura Bantuan Lestari Siswa Madani yang bernilai RM285,500 kepada Norkhalid (tiga dari kiri) pada majlis penyampaian Bantuan Lestari Siswa MADANI di Dewan SITC, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah UPSI.

BAHAGIAN KOMUNIKASI KORPORAT UPSI