6 Cara Berkesan Menipu Diri Sendiri Untuk Menyimpan Wang

Menyimpan wang adalah sukar bagi sesetengah orang. Ada saja alasan yang diberi. Sedangkan kita disarankan untuk mempunyai sekurang-kurangnya 3-6 bulan gaji di dalam tabung kecemasan.

Statistik Bank Negara Malaysia (BNM) juga menunjukkan bahawa 75% rakyat Malaysia tidak mampu untuk menyediakan RM1,000 ketika berlaku kecemasan.

Ramai yang niat nak buat simpanan kecemasan 10% daripada gaji. Gaji RM3,000 simpan RM300. Gaji RM4,000 simpan RM400. Tapi, simpan tak pernah penuh-penuh. Pantang nampak banyak terus pergi ATM tekan keluar.

Oleh itu, jom kita tengok beberapa cara berkesan untuk ‘tipu’ diri sendiri.

Tipu Diri #1: Automasikan Simpanan

Cara paling mudah untuk menyimpan wang adalah dengan menetapkan pelan simpanan automatik. Kebanyakan institusi kewangan membenarkan kita melakukan pemindahan tetap dari akaun simpanan ke tempat lain seperti ASB, Tabung Haji dan bermacam-macam lagi.

Disebabkan ia akan ditolak secara automatik, kita boleh anggap duit gaji kita ‘hilang’ setiap bulan.

Ada rasa tertipu tak?

Tipu Diri #2: Simpan Baki Duit Perbelanjaan

Setiap kali pulang ke rumah sama ada dari tempat kerja atau pasaraya, belajar untuk simpan baki wang perbelanjaan ke dalam tabung. Jadikan ini sebagai satu rutin setiap kali keluar rumah.

Tidak kira sama ada duit syiling atau duit kertas seringgit sekalipun, simpan saja ke dalam tabung. Pasti jumlahnya akan jadi banyak selepas tempoh sebulan.

Tipu Diri #3: Namakan Akaun Anda

Berikan tabung anda nama khusus seperti ‘Langkawi’ atau ‘Lamborghini’, maka anda akan lebih cenderung untuk cuba mencapai sasaran tabung tersebut.

Dengan menamakan atau mendefinisikan matlamat boleh membantu anda ‘bergerak’ ke objektif tersebut yang terbukti lebih berkesan daripada sekadar meletakkan wang ke dalam kategori ‘simpanan hari tua’, ‘simpanan beli kereta’ atau yang samar-samar.

Tipu Diri #4: Bayar Diri Anda Terlebih Dahulu

 

Untuk benar-benar menjadikan simpanan sebagai keutamaan, jangan memikirkan simpanan sebagai aktiviti pilihan. Sebaliknya, buatlah simpanan sebagai salah satu daripada ‘bil’ bulanan anda, sama seperti instalment kereta atau instalment rumah.

‘Bayar’ akaun simpanan anda sebelum membuat sebarang perbelanjaan dan hanya belanja baki wang yang anda miliki. Ini memastikan bahawa tidak kira apa yang terjadi, anda mampu untuk mencapai matlamat simpanan anda.

Tipu Diri #5: Cari Jalan Susah

Kebanyakan bank kini membolehkan anda mengakses akaun anda 24 jam sehari, 7 hari seminggu sama ada melalui aplikasi telefon pintar atau laman web. Cara terbaik untuk berjimat adalah untuk menjadikannya sukar untuk dibelanjakan.

Letakkan beberapa halangan di antara diri anda dengan duit tersebut. Satu cara adalah dengan membuka akaun di bank yang menyukarkan anda untuk berurusan dengan bank tersebut. Minta mereka untuk tidak memberikan anda kad ATM atau sebarang akses perbankan internet, barulah anda tak berasa gatal tangan untuk menggunakan duit tersebut.

Tipu Diri #6: Tempoh Menunggu

Berapa kali anda menyesal selepas membeli sesuatu? Kita biasanya mudah terpedaya dengan jualan murah atau ayat-ayat manis iklan yang sering lalu-lalang, menyebabkan kita membeli berdasarkan emosi dan bukannya keperluan.

Cuba berikan diri anda sekurang-kurangnya 24 jam sebelum nak beli apa-apa, terutamanya yang melibatkan amaun yang besar. Masa menunggu ini dapat membantu dalam membezakan di antara kehendak dan keperluan.

Biasa kaedah ini menjadi. Tak percaya boleh cuba.

Tipu Diri #7 : Simpan Dalam Emas

Emas adalah simpanan kalis bocor. Jika tak percaya simpan dulu sehingga jadi tabiat. Dulu kaedah ini penulis gunakan setiap kali dapat bonus. Tetapi sekarang dah mudah sebab kita boleh buat simpanan emas secara online.

Sebulan 1 Gram Emas

Boleh menggunakan teknik satu bulan satu gram emas. Satu bulan satu gram emas bermaksud, setiap bulan anda mestilah konsisten sekurang-kurangnya membeli dan menyimpan emas sebanyak satu gram. Bayangkan jika anda konsisten menyimpan satu gram emas dalam tempoh setahun, simpanan anda itu sudah pasti menjadi 12 gram dalam masa setahun.

Tapi Kalau nak simpan kurang 1 gram boleh ke?

Boleh. Dengan minimum pembelian 0.25 gram emas atau serendah RM66 (berdasarkan harga emas RM264 segram), semuanya boleh dilakukan secara online.

Prosesnya sangat mudah:

  • Layari laman web KAB Gold
  • Lengkapkan borang pendaftaran
  • Verify emel

Kemudian dah boleh login dan buat pembelian pertama anda hari ini juga.


BUKU INI WAJAR DIMILIKI OLEH MEREKA YANG BERANI BERIMPIAN !

Ramai yang nak gandakan duit simpanan dalam saham tapi fikir berpuluh kali. Jadi buku ini adalah step pertama. Bila baca buku ini, boleh 99% stay ahead dari orang lain! Bonusnya dapat jimat banyak masa.

Kami juga faham yang 2 sebab utama kenapa anak muda masih belum mula melabur saham adalah sebab TAKUT dan BELUM CUKUP DUIT. Yelah, kita melabur sebab nak tenang, bukan nak risau setiap masa.

Sambil kami terlibat dalam pasaran saham, sambil pandaikan orang lain tentang saham.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada anda semua yang tak putus-putus menyokong kami dari awal sehingga ke hari ini.

Berita Baik : Kami sedang buat jualan penghabisan stok di Shopee!!

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Jimat Berlebihan Boleh Melumpuhkan Ekonomi Negara

Dalam ilmu kewangan, kita sering ditekankan dengan pesanan supaya menyimpan wang untuk kegunaan masa hadapan. Pesanan itu tidak salah sama sekali. Namun, dari sudut ekonomi makro, wujud satu fenomena yang dipanggil sebagai ‘Paradox of Thrift’. Jika semua orang, terutamanya mereka yang masih mempunyai pendapatan stabil memutuskan untuk berhenti berbelanja secara drastik, ekonomi tidak akan menjadi lebih kukuh. Sebaliknya, ia akan menjadi lumpuh!

Suntikan tunai daripada perbelanjaan anda sebenarnya adalah minyak pelincir yang menggerakkan enjin ekonomi negara. Jika pendapatan anda tidak terjejas, berikut adalah tiga perkara yang anda perlu teruskan demi kelangsungan ekonomi komuniti.

1. Terus Makan Di Restoran Seperti Biasa

Apabila anda melangkah masuk ke dalam restoran dan memesan sepinggan nasi atau secawan sirap limau, wang tersebut tidak hanya terhenti di tangan pemilik kedai. Ia sebenarnya memulakan satu rantaian ekonomi yang sangat luas.

Sebagai contoh, bayangkan anda membayar RM20 untuk makan tengah hari. Wang itu akan digunakan oleh pemilik restoran untuk membayar bil elektrik kedai, sewa premis dan yang paling penting adalah gaji para pekerja. Pekerja tersebut pula akan menggunakan gaji mereka untuk membeli barangan keperluan harian di pasar raya. Selain itu, pemilik restoran juga perlu membayar pembekal ayam, sayur dan beras di pasar borong.

Jika anda dan ramai lagi orang lain berhenti makan di situ, rantaian ini akan putus. Pembekal sayur akan kehilangan pembeli dan pekerja restoran mungkin kehilangan pekerjaan. Ekonomi adalah satu kitaran yang saling berkait.

2. Terus Membeli Di Gerai Tepi Jalan

Peniaga marhaen atau peniaga kecil biasanya tidak mempunyai simpanan tunai yang besar seperti syarikat korporat. Mereka sangat bergantung kepada aliran tunai harian untuk meneruskan hidup.

Ambil contoh seorang peniaga goreng pisang di simpang jalan. Pelanggan utama mereka mungkin terdiri daripada pekerja pejabat di kawasan sekitar yang masih mempunyai gaji tetap. Jika semua pelanggan ini memutuskan untuk berhenti membeli kerana terlalu panik, jualan peniaga tersebut akan jatuh menjunam.

Kesannya, peniaga kecil ini tidak lagi mampu untuk membeli bahan mentah daripada pembekal lain atau membayar keperluan sekolah anak-anak mereka. Apabila peniaga kecil tidak mempunyai kuasa beli, ekonomi di peringkat akar umbi akan mula mati secara perlahan lahan.

3. Terus Gunakan Perkhidmatan Penghantaran Makanan

Mungkin ada yang berasa bersalah untuk memesan makanan melalui aplikasi seperti Grab atau Foodpanda kerana dianggap membazir kos penghantaran. Namun, sedarilah bahawa dalam situasi ekonomi yang mencabar, sektor ekonomi gig adalah penyelamat utama bagi mereka yang telah kehilangan pekerjaan tetap.

Misalnya, anda memesan makanan secara segera kerana tidak sempat memasak atau ada urusan penting. Wang yang anda belanjakan itu bukan sahaja memberi keuntungan kepada vendor makanan, tetapi ia memberikan pendapatan langsung kepada rider yang menghantarnya.

Bagi anda, caj penghantaran mungkin sekadar beberapa ringgit sahaja. Tetapi bagi seorang rider, itulah modal untuk mereka mengisi minyak motosikal dan menyediakan makanan di atas meja untuk keluarga mereka. Dengan terus membuat pesanan, anda sedang memastikan ekosistem logistik ini terus bernafas.

Berjimat Biar Bertempat

Kita perlu bijak membezakan antara amalan berjimat dengan tindakan berhenti berbelanja. Berjimat bermaksud anda mengurangkan pembelian barangan mewah yang tidak perlu seperti gajet terbaharu atau barangan berjenama.

Memang benar, mengurangkan pembelian gajet atau barangan mewah mungkin menjejaskan pekerja di sektor tersebut. Namun, dalam fasa menghadapi krisis, keutamaan kita adalah pada keperluan asas dan ekonomi tempatan.

Wang yang dibelanjakan di gerai nasi lemak atau restoran tempatan berpusing lebih cepat dalam komuniti setempat berbanding pembelian barangan import yang keuntungannya akan mengalir ke luar negara. Pekerja kedai gajet mungkin terkesan, namun kerosakan ekonomi adalah jauh lebih parah jika peniaga makanan dan pembekal bahan mentah (nadi utama rakyat) yang tumbang dahulu.

Jika anda masih mempunyai slip gaji yang stabil dan aliran tunai yang sihat, jadilah wira ekonomi yang tidak didendang. Teruskan menyokong peniaga marhaen di sekeliling anda.