Senarai Buku Kewangan Dan Pelaburan Terbaik

Awal bulan ini Menteri Pelajaran, Dr Maszlee Malik memulakan trend #MalaysiaMembaca bagi menjadikan Malaysia sebagai negara membaca tahun 2030. Kayu ukur kepada pendidikan yang berjaya ialah budaya membaca yang tinggi. Jadi beliau menggalakkan orang ramai berkongsi bahan bacaan mereka bersama dengan netizen yang lain supaya dapat meyemai minat membaca dalam kalangan rakyat Malaysia.

Memandangkan fokus Majalah Labur adalah untuk berkongsi ilmu berkaitan kewangan dan pelaburan, kami susun semula thread dari Twitter oleh Jackvladamir, seorang global macro trader dimana beliau menyenaraikan 10 buku terbaik berkaitan kewangan dan pelaburan untuk dibaca.

Orang berjaya banyak menghabiskan masa mereka dengan membaca. Buku-buku ini merangkumi setiap bidang pelaburan termasuk saham, hartanah dan lain-lain. Walaupun tiada jaminan kita akan menjadi kaya selepas membaca buku-buku ini, tapi ia boleh menjadi asas yang baik.

1. The Automatic Millionaire

Sumber: Amazon

Penulis : David Bach

Mukasurat : 266

Buku The Automatic Millionaire mendedahkan rahsia untuk menjadi kaya. Buku ini menjadikan pasangan Amerika Syarikat sebagai kajian kes dan bagaimana mereka berjaya menghasilkan jutaan dolar dalam akaun mereka walaupun terpaksa menempuh perjalanan yang berliku.

2. The Intelligent Investor

Sumber: FinPipe

Penulis : Benjamin Graham

Mukasurat : 652

Boleh dikatakan merupakan salah satu buku terbaik dan terkenal dalam dunia pelaburan. The Intelligent Investor ditulis oleh Benjamin Graham, seorang pelabur Amerika Syarikat kelahiran British dan antara salah seorang lagenda Wall Street. Buku ini  menjelaskan pendekatan pelaburan yang unik dengan falsafah pelaburan yang dapat membantu pelabur-pelabur baru. Ia telah diiktiraf dan disarankan oleh pelabur terkemuka dunia termasuk Warren Buffet.

3. The Little Book of Common Sense Investing

Sumber: Amazon

Penulis : John C. Bogle

Mukasurat : 216

Ditulis oleh John C. Bogle, pengasas Vanguard Group dan pencipta indeks dana pertama di dunia. The Little Book of Common Sense Investing menekankan kaedah pelaburan yang paling cekap. Dalam buku The Little Book of Common Sense Investing, Bogle berkongsi pengalamannya sebagai ahli strategi pelaburan dan cuba mendedahkan kepada pembaca realiti sebenar membina kekayaan melalui pelaburan indeks.

4. Think and Grow Rich

Sumber: Amazon

Penulis : Napoleon Hill

Mukasurat : 400

Selepas mendapat inspirasi dari Andrew Carnegie, seorang ahli perniagaan, Napoleon Hill telah mengkaji lebih daripada 500 orang jutawan. Kajian & penelitian beliau mengambil masa lebih dari 20 tahun. Selepas itu Napoleon Hill menerbitkan buku berjudul “Think and Grow Rich.” Buku ini menceritakan tentang pengalaman beliau melakukan kajian dalam usaha untuk memecahkan rahsia kegagalan dan kekayaan.

5. Rich Dad, Poor Dad

Sumber: Amazon

Penulis : Robert Kiyosaki

Mukasurat : 224

Dalam buku ini, Robert Kiyosaki menceritakan kisah menarik antara dua bapanya dan sahabat baiknya. Robert mendedahkan perbezaan dalam pemikiran golongan miskin, kelas menengah dan kaya. Di dalam buku ini juga, beliau berkongsi pemikirannya tentang mengapa perlunya mempunyai banyak aliran pendapatan untuk mencipta kekayaan. Aku dapati ramai juga yang memperlekehkan buku ni. Tapi aku dah baca ribuan buah buku, dan buku ini sejujurnya antara yang bagus.

6. Common Stocks and Uncommon Profits

 

Sumber: Amazon

Penulis : Philip A. Fisher

Mukasurat : 192

Buku ini ditulis oleh Philip A. Fisher dan merupakan antara buku terbaik mengenai saham. Buku ini menawarkan pendekatan komprehensif dalam memilih saham terbaik berdasarkan kajian. Walaupun Common Stocks and Uncommon Profits diterbitkan sebelum era internet, kandungannya masih relevan untuk digunakan sebagai rujukan pada hari ini.

7. Business Adventures

Sumber: Amazon

Penulis : John Brooks

Mukasurat : 459

Bill Gates, Warren Buffet dan pelabur-pelabur lain memuji buku ini. Bill Gates menggambarkan Business Adventures sebagai buku terbaik yang pernah dibacanya. Disarankan untuk mendapatkan buku ini.

8. How Rich People Think

Sumber: Flipkart

Penulis : Steve Siebold

Mukasurat : 224

Steve Siebold mewawancara beberapa orang terkaya di dunia dan mempelajari bagaimana mereka memperoleh kekayaan mereka. Buku ini mendedahkan pandangan tentang proses mencipta kekayaan dan menunjukkan kepada pembaca bagaimana untuk memecahkan mindset kelas menengah.

9. The Essays of Warren Buffet

Sumber: Amazon

Penulis : Lawrence A. Cunningham

Mukasurat : 313

Buku ini boleh menjadi medium untuk anda masuk ke dalam falsafah dan pemikiran pelabur Warren Buffet. Buku yang ditulis bersama Lawrence A. Cunningham, mengandungi koleksi nota Warren Buffet.

10. The Clash of The Cultures

Sumber: Ebay

Penulis : John C. Bogle

Mukasurat : 353

The Clash of The Cultures adalah karya lain yang ditulis oleh John Bogle. Melalui buku ini, Bogle mengetengahkan perbezaan antara pelaburan jangka panjang dan spekulasi jangka pendek.

Kredit: @Jackvladamir

11. BONUS – Bergaji & Pokai: Membina Kehidupan Bebas Tekanan Melalui Pengurusan Kewangan Yang Realistik by Suraya Zainudin

Sinopsis

Fasa menjadi seorang dewasa adalah proses yang tidak pernah diajarkan oleh guru mahupun keluarga kita. Dari sekian banyak pelajaran yang tidak pernah diajarkan,, pengurusan kewangan antara yang paling kritikal kerana ia mempunyai impak yang besar kepada seluruh kehidupan jika tidak dikendali dengan baik.

Habis belajar, tiba-tiba terus terbeban dengan hutang pengajian. Pendapatan tak tentu ada, hutang yang ada. Menjadi dewasa bukan bermula dengan kosong, tetapi negatif. 

Nasihat-nasihat kewangan yang ada di sosial media pula memang ada yang membantu, tetapi kebanyakkan lebih banyak menjatuhkan motivasi. Seolah-olah, keadaan kita yang bermasalah dengan kewangan ini, semuanya berpunca dari sikap kita semata-mata. Tanpa mengambil kira cabaran dan keadaan ekonomi hari ini. 

Suraya dengan rasa empati cuba mendekati kelompok ini; memberik cadangan yang paling praktikal untuk diikuti. Dia faham benar keadaan ini kerana dia juga sama seperti dahulu. Mencari cara terbaik untuk menguruskan kewangan. 

Bahkan menariknya, perjalanan mencari cara terbaik itu didokumentarikan Suraya melalui websitenya Ringgit Oh Ringgit. Cara bagaimana yang menjadi, kaedah apa yang gagal, semuanya dikongsikan. 

Ini memberikan satu harapan kepada pembaca bahawa sebenarnya masih ada jalan untuk mengubah nasib. Walaupun tanpa bergantung harap kepada nasib semata-mata; tiba-tiba menang hadiah atau dapat duit harta pusaka.

Menemukan bahagia yang sederhana ketika menguruskan kewangan. Tidak semestinya kita mesti bergaji besar atau berniaga dengan untung berjuta-juta untuk menjadi bahagia.

Hanya RM30. Miliki sekarang di sini.

Dapatkan Khidmat Nasihat Berkaitan Kewangan Daripada Perancang Kewangan Yang Berlesen

Anda sedang berdepan dengan masalah kewangan dan tak tahu nak tanya siapa? Ada masalah nak menyimpan dan tak tahu nak melabur kat mana?

Zaman sekarang ni, ramai yang claim mereka pakar, tapi berapa ramai yang merupakan Perancang Kewangan atau Financial Planner yang berlesen? Kalau nak tahu di Malaysia, bilangan mereka ini tak sampai pun seribu orang, memang rare sangat.

Memperkenalkan My Personal Finances (MyPF Premier)

Kini anda selangkah saja lagi untuk mendapatkan manfaat bagi mengembangkan kewangan peribadi bagi menuju kebebasan kewangan yang dicari-cari.

Mereka menghubungkan anda kepada Perancang Kewangan yang berdaftar dan boleh membantu daripada segi:

  • Penasihat yang membimbing dalam menetapkan sasaran kewangan, mengulas dan berkongsi ilmu
  • Khidmat nasihat yang kerap dengan berkongsi pengalaman, kepakaran, dan menjawab segala kemusykilan berkaitan kewangan
  • Pembelajaran secara hands-on dalam pelaburan, termasuklah saham, hartanah dan lain-lain

Bila dah kenalpasti masalah yang dihadapi, punca masalah tersebut dan cadangan daripada mereka yang pakar untuk mengatasinya; barulah rasa lega sikit kan? Seolah-olah dah nampak cahaya di hujung terowong.

Jom kita jadi ahli MyPF Premier hari ini juga.

Previous ArticleNext Article
An introverted chocoholic whom happened to be involved in content curation and stock trading

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Prestasi KWAP Perlu Dinilai Secara Adil, Catat RM12.9 Bilion Untung Bersih – PM Anwar

KUALA LUMPUR, 20 Julai (Bernama) — Prestasi Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) perlu dinilai secara adil memandangkan dana persaraan itu berjaya mencatatkan keuntungan bersih RM12.9 bilion, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar, yang juga Menteri Kewangan berkata ia tidak mungkin dicapai tanpa kepakaran, komitmen dan dedikasi panel pelaburan, pengurusan serta kepimpinan KWAP.

Mengenai pelaburan dalam eFishery, Perdana Menteri berkata bukan sahaja KWAP, malah syarikat pelaburan terkemuka Singapura seperti Temasek, bank Jepun SoftBank, Sequoia Capital, Aqua-Spark, 42XFund yang berpangkalan di Abu Dhabi and NorthStar dari Indonesia, turut melabur dalam syarikat pemula teknologi akuakultur itu.

“Jadi saya mohon rakan-rakan Yang Berhormat melihat keseluruhannya kerana keuntungan dan pertumbuhan yang disebut pertumbuhan kompaun tahunan itu melebihi 8.5 peratus,” kata beliau pada sesi soal jawab di Dewan Negara hari ini.

Perdana Menteri menjawab soalan Senator Mohd Hasbie Muda berhubung strategi bagi memastikan tabung persaraan negara iaitu Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan KWAP mampu memberikan dividen terbaik walaupun berdepan ketidaktentuan geopolitik global.

Sementara itu, beliau turut menjelaskan bahawa KWAP tidak hanya melabur dalam syarikat asing, sebaliknya turut mempunyai pelaburan yang besar dalam syarikat pemula tempatan.

Anwar berkata selain pelaburan sedia ada, KWAP turut terbabit dalam inisiatif GEAR-UP yang diterajui Kementerian Kewangan (MOF) bersama KWAN, melibatkan dana berjumlah RM30 bilion.

Menjawab soalan tambahan Mohd Hasbie mengenai unjuran KWAP membiayai sepenuhnya tanggungan pencen melalui pulangan pelaburannya tanpa bergantung kepada dana kerajaan, Anwar berkata setakat ini keuntungan yang dicatatkan, meskipun mencecah puluhan bilion ringgit, masih belum mampu menampung kos pencen bagi jangka panjang.

“Sebab itu kita juga terpaksa berdepan dengan kontroversi mengenai tuntutan sebahagian pihak supaya dana dikeluarkan dengan lebih mudah,” kata beliau.

Menjawab soalan tambahan Senator Datuk Abdul Hasim Suleiman mengenai keanggotaan jawatankuasa pelaburan KWAP dan sama ada majoritinya terdiri daripada golongan profesional, Anwar berkata panel pelaburan itu dianggotai sepenuhnya oleh golongan profesional manakala lembaganya turut diwakili wakil kementerian dan pekerja.

“Bagaimanapun, saya setuju dengan Yang Berhormat, kerugian itu (atas pelaburan dalam eFishery) harus memberikan kita peringatan, tidak semestinya kelulusan diberikan oleh panel pelaburan besar dunia, macam kita lihat tadi dari Eropah, Jepun, (misalnya) itu harus mempengaruhi kita.

“Tentunya ia memberi sedikit pertimbangan kerana untuk Softbank, misalnya melabur atau Emiriah Arab Bersatu atau Eropah, tentunya bagi pertimbangan besar tapi kalau kita lihat, cerakin proses, ia satu kejadian luar biasa,” kata Anwar.

— BERNAMA