
Photo by Negative Space from Pexels
Sub Topik
Orang kata, lebih baik beringat sebelum kena, sebab dalam hidup ini macam-macam perkara boleh berlaku. Seperti mana yang selalunya terpampang di papan iklan yang besar gedabak di sekitar lebuh raya, “Malang Tidak Berbau, Ingatlah Orang Yang Tersayang”.
Semua ini adalah untuk memberi peringatan kepasa semua orang supaya lebih berhati-hati dan sentiasa bersiap sedia untuk menghadapi segala kemungkinan yang akan datang.
Kalau kita lihat di kaca televisyen dan di dada akhbar, boleh dikatakan hampir separuh daripada berita yang ada adalah mengenai kemalangan, sama ada kemalangan jalan raya, kemalangan di tempat kerja, kemalangan dalam pusat beli belah dan sebagainya.
Kos rawatan untuk kemalangan ini bukanlah sedikit. Oleh kerana itu, adalah lebih baik untuk semua orang untuk memiliki sekurang-kurangnya satu polisi takaful untuk melindungi diri.
Berikut adalah 3 sebab penting kenapa perlunya takaful dalam kehidupan:
1. Persediaan Untuk Menghadapi Musibah
Masing-masing tidak meminta untuk menghadapi masalah atau apa-apa musibah sekalipun, tetapi bukankah lebih baik jika kita ada persediaan untuk itu?
Sepeti yang telah dikatakan, dalam hidup ini, macam-macam boleh berlaku. Jadi adalah penting untuk setiap orang untuk sentiasa beringat dan bersedia dengan apa cara sekalipun supaya tidak menyusahkan diri di masa hadapan.
Dengan adanya takaful, sekurang-kurangnya apabila musibah menimpa, kita tidaklah terlalu terbeban dengan kos-kos yang tinggi.
2. Malang Tidak Berbau
Malang kalau nak datang dia tak bagi warning, apetah lagi notifications. Nak sakit pun tak perlu tunggu tua.
Sebagai contoh, apabila seorang pencarum takaful mengalami kemalangan (nauzubillah), ianya dapat membantu dalam perkara yang berkaitan dengan kos rawatan, dan bil-bil tertentu.
Selain itu, pencarum juga akan mendapat sejumlah pampasan yang boleh digunakan untuk menampung kehidupan seharian setelah musibah melanda. Yelah, dah berkampung dekat hospital kerja apa pun tak boleh buat.
Kemudiannya, apabila ditakdirkan pencarum meninggal dunia akibat daripada kemalangan, sekurang-kurangnya wang pampasan tersebut dapat membantu ahli keluarga yang tinggal untuk meneruskan hidup mereka.
3. Perlindungan Harta Dan Aset

Image by Netto Figueiredo from Pixabay
Melalui caruman takaful, harta atau aset pencarum akan dilindungi. Sebagai contoh, apabila seseorang itu ingin membeli rumah atau pun kenderaan, adalah penting untuk mengambil perlindungan takaful ke atas aset-aset tersebut.
Dengan adanya takaful, ia dapat melindungi aset-aset tersebut jika berlaku sesuatu yang tidak diingini, misalnya kecurian, kebakaran, kemalangan dan sebagainya. Selain daripada harta atau kenderaan, perniagaan juga boleh dilindungi.
Jadi, terpulang kepada kita sama ada hendak mengambil takaful atau tidak. Jangan ambil sebab ikut cakap kawan atau ejen Takaful.
Pastikan kita faham risiko yang bakal kita tanggung kalau tak ada perlindungan Takaful.
Kami bukan ejen Takaful, cuma pernah ada secebis pengalaman masuk wad sebab demam denggi. Masa tu rasa bersyukur sangat bila dapat tahu Takaful tolong setel bil yang berbelas ribu tu. Ya, belas ribu beb.










