AXA AFFIN Melancarkan “Step It Up” Program Kesejahteraan Yang Memberi Ganjaran Kepada Rakyat Malaysia Yang Amal Gaya Hidup Sihat

• AXA AFFIN Life Insurance menyeru seluruh rakyat Malaysia untuk bergiat dan berusaha menjadikan negara lebih sihat dan cergas menerusi Step It Up.
• Step It Up ialah program kesejahteraan yang memperkasakan dan memberi insentif kepada rakyat Malaysia yang mengambil langkah proaktif untuk menjalani kehidupan lebih sihat.
• Pelanggan yang mencapai matlamat kecergasan yang diingini boleh menikmati rebat premium sehingga 24% atas premium tahunan bagi tahun pertama dan menikmati ganjaran lain kerana mengamalkan gaya hidup sihat.

Malaysia telah dikenal pasti sebagai negara yang mempunyai kadar obesiti tertinggi di Asia Tenggara.  Bilangan pesakit yang dimasukkan ke hospital pada usia 18 – 40 tahun telah berganda dalam tempoh 4 tahun dengan 34% daripada kumpulan usia tersebut disahkan mempunyai paras kolesterol yang tinggi.*

Menyedari hakikat ini, AXA AFFIN Life Insurance Berhad (AALI) menyeru seluruh rakyat Malaysia untuk menyertai Step It Up demi negara yang lebih sihat dan cergas. Step It Up ialah program kesejahteraan yang memperkasakan dan memberi insentif kepada rakyat Malaysia agar mengambil langkah proaktif untuk menjalani kehidupan yang lebih sihat.

Program Step It Up merangkumi tiga tunggak utama – tetapkan matlamat kecergasan yang anda inginkan, capai sasaran anda dan nikmati ganjarannya.  Matlamat kecergasan dibahagikan kepada 2 peringkat – sasaran 6,000-langkah atau 10,000-langkah secara purata setiap hari yang boleh dicapai menerusi pelbagai pilihan aktiviti termasuk berlari, berjalan kaki, menyusuri denai dan bentuk senaman lain yang serupa.  Apabila pelanggan telah mencapai matlamat kecergasan yang diingini sepanjang bulan, mereka boleh menikmati rebat premium sehingga 24% daripada premium tahunan bagi tahun pertama. Pelanggan juga boleh menikmati ganjaran gaya hidup sihat mereka dengan mendapatkan diskaun keahlian gimnasium, peranti kecergasan boleh dipakai, pakaian kecergasan, makanan sihat, pemeriksaan kesihatan, tiket wayang dll.

Step It Up akan dibuka terlebih dahulu kepada pelanggan yang membeli produk AXA Wealth Series dengan Hope Medic 2 Rider dari sekarang sehingga 31 Disember 2018. Pelanggan akan menjejak langkah mereka menerusi BookDoc – platform ganjaran kesihatan yang akan memberi insentif kepada pelanggan yang menjaga kesihatan dan memberikan akses untuk mencari dan membuat temu janji dengan doktor pakar. Aplikasi mudah alih ini juga serasi dengan pelbagai jenis peranti kecergasan boleh dipakai dan boleh dimuat turun dari Apple Store dan juga Google Play Store.

“Dalam usaha kami berkembang maju untuk menjadi rakan Kesihatan & Perlindungan pilihan utama Malaysia, AXA AFFIN berhasrat menyediakan ekosistem kesihatan unik yang memperkasakan rakyat Malaysia untuk membudayakan senaman dan kekal aktif. Step It Up adalah sejajar dengan wawasan kami untuk mengubah hubungan dengan pelanggan dari pembayar premium kepada rakan kerjasama untuk mendorong mereka berusaha menjaga kesihatan menerusi pencegahan penyakit sepanjang masa. Kami memberi insentif bagi amalan yang sihat, memberi ganjaran bermakna kepada mereka kerana mengambil langkah berterusan untuk meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan mereka,” kata En. Rohit Nambiar, Ketua Pegawai Eksekutif AXA AFFIN Life Insurance Bhd.

Dalam tempoh sepuluh tahun antara 2005 – 2015, bilangan rakyat Malaysia yang mengalami Penyakit Tidak Berjangkit (“NCD”) meningkat 232%.** Pada 2016, 73% daripada jumlah kematian disebabkan oleh NCD, dan separuh angka tersebut disebabkan oleh penyakit kardiovaskular.***

“Berasaskan statistik yang membimbangkan dan kemerosotan tahap kesihatan di negara ini, kami komited untuk mendorong dan menggalakkan para pelanggan kami agar mengamalkan gaya hidup sihat.  Semua usaha ini tertumpu kepada manfaat hidup.  Memang telah terbukti secara saintifik berulang-ulang kali dan juga berasaskan pengalaman saya sebagai pelari aktif bahawa badan yang sihat dan cergas membentuk minda yang jelas dan cerdas, yang seterusnya meningkatkan tumpuan dan prestasi dan membolehkan seseorang membuat keputusan lebih baik.  Sesungguhnya kebahagiaan hidup dan kesihatan ialah aset kekayaan paling penting bagi pelanggan. Langkah yang sihat akan menghasilkan penjimatan jangka panjang dari segi kos penjagaan kesihatan”, kata Cik. GG Kam, Ketua Pegawai Customer Experience, AXA AFFIN Life Insurance Bhd.

Untuk maklumat lanjut mengenai Step It Up, layari www.axa.com.my atau hubungi ejen AALI terdekat anda.


Sumber: *The Star
https://www.thestar.com.my/news/nation/2017/11/17/more-and-more-youths-ending-up-in-hospitals/

**Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2015

http://iku.moh.gov.my/images/IKU/Document/REPORT/nhmsreport2015vol2.pdf

*** Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) = Mesyuarat Saintifik Ke-12 Akademi Perubatan Malaysia (AMM) 2017

http://www.acadmed.org.my/view_file.cfm?fileid=855

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

seeNI Memperkenalkan Hala Tuju Baharu Menghubungkan Kandungan, Komuniti dan Komersial

PETALING JAYA, 29 Oktober 2026 – Nu Ideaktiv Sdn Bhd, syarikat usaha sama antara Astro dan Kumpulan Media Karangkraf, menyatukan portfolio jenama medianya di bawah jenama seeNI sebagai sebahagian daripada strategi untuk membuka peluang pertumbuhan baharu melalui kandungan berjenama, penajaan, kempen yang melibatkan bakat dan kerjasama komersial.

Berteraskan Komuniti, Kandungan dan Komersial, peralihan ini menggantikan identiti Nu Ideaktiv kepada seeNI. Langkah ini menyediakan satu pintu masuk kepada pengiklan dan agensi untuk mengakses jenama media, bakat komuniti dan kepakaran kreatif syarikat bagi mencapai matlamat perniagaan yang sama.
Portfolio ini merangkumi antaranya seeNI Creator Academy, Media Hiburan, Borak seeNI, NONA, Remaja, Roda Panas, Rasa, Mingguan Wanita, Keluarga dan Pa&Ma. Penyatuan kekuatan jenama ini bertujuan memperluas nilai komersial merentas minat dan peringkat kehidupan khalayak, melangkaui penawaran berasaskan satu jenama atau penempatan iklan secara berasingan.

Melalui tiga tunjang tersebut, Komuniti menghubungkan khalayak melalui minat dan pengalaman bersama; Kandungan menggabungkan jenama media, penceritaan, kepakaran produksi dan bakat; manakala Komersial menterjemahkan hubungan itu kepada peluang kempen bersepadu, penajaan dan kerjasama. Gabungan ini menjadi asas untuk memadankan matlamat pelanggan dengan khalayak serta pendekatan interaksi yang bersesuaian.

Ketua Pegawai Eksekutif Nu Ideaktiv Sdn. Bhd., Encik Syamil Fahim Mohamed Fahim, berkata,
“Peralihan daripada Nu Ideaktiv kepada seeNI bukan sekadar perubahan identiti jenama. Ia mencerminkan aspirasi kami untuk menghimpunkan jenama media, bakat dan komuniti dalam satu ekosistem yang lebih bersepadu, sekali gus mewujudkan nilai yang lebih besar kepada pengguna dan rakan komersial kami.

Menerusi Komuniti, Kandungan dan Komersial, kami mahu melangkaui penempatan iklan secara berasingan dengan menawarkan peluang yang lebih menyeluruh kepada jenama untuk berhubung dengan khalayak melalui kandungan yang relevan, bakat dan penglibatan yang bermakna. Dalam melangkah ke fasa baharu ini, keutamaan kami adalah untuk memperkukuh kerjasama, membuka peluang pendapatan baharu dan membina perniagaan yang lebih mampan untuk masa hadapan.”

Menerusi seeNI Collective, seeNI menggabungkan kekuatan kandungan, komuniti, bakat kreatif dan rakan strategik untuk membuka peluang kerjasama melangkaui pengiklanan konvensional. Antara kerjasama yang diketengahkan termasuk TVS dan Novel Karangkraf dalam penerbitan serta adaptasi kandungan, Komet Productions dalam usaha memperkasa bakat baharu industri kreatif menerusi seeNI Story Lab, serta Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) dan Fashionably Modest Asia (FMA) dalam bidang fesyen dan gaya hidup. Kesemua kerjasama ini bertujuan memperluas peluang untuk jenama berhubung dengan audiens melalui pelbagai platform dan pengalaman.

Sementara itu, seeNI Talent dirangka untuk memadankan bakat yang sesuai dengan kandungan, kempen jenama, acara dan peluang komersial berdasarkan rekod kerja, kesesuaian khalayak serta kesediaan bakat untuk terlibat. Kedua-dua penawaran ini menyokong penyelesaian yang lebih bersepadu kepada keperluan pelanggan dengan menggabungkan keupayaan mengikut khalayak sasaran dan matlamat komersial.

The New World of seeNI – mengetengahkan hala tuju seeNI hari ini di D’Theatre Malaysia, Hextar World at Empire City. Acara ini memperkenalkan barisan kandungan seeNI untuk tahun 2027, barisan bakat serta peluang kerjasama kepada pengiklan, peneraju jenama dan pemain industri lain.

Acara ini menandakan satu pencapaian komersial penting dalam transformasi berterusan seeNI. Berpandukan More Begins Here, seeNI berhasrat menyediakan sebuah destinasi bersepadu yang membolehkan pelanggan meneroka lebih banyak kandungan, di samping membuka peluang baharu untuk perniagaan berkembang.