Yang berbahagia Mufti Wilayah Persekutuan, Sahibus Samahah Dato’ Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri dilahirkan pada 16 Januari 1969 di Kampung Gong Pauh, Kemaman, Terengganu. Beliau kini menetap di Bandar Baru Nilai, Negeri Sembilan. Beliau telah mendirikan rumahtangga bersama Dr. Shereen bt. Mohd. Yunus dan dikurniakan 5 orang cahaya mata.
Beliau mendapat pendidikan awal di Sek. Keb. Rengas Bekah, Kuala Terengganu, Terengganu. Di peringkat menengah, beliau menyambung pengajian di Sek. Men. Agama Sultan Zainal Abidin, Ladang, Kuala Terengganu dan Sek. Men. Agama (Atas) Sultan Zainal Abidin, Batu Buruk, Kuala Terengganu untuk aliran Thanawi.
Pada tahun 1989, beliau melanjutkan pengajiannya ke Universiti Islam Madinah dan mendapat Ijazah Sarjana Muda Syariah. Beliau kemudiannya menyambung pengajian ke peringkat Sarjana dalam bidang Syariah di Universiti Ilmu-Ilmu Islam Dan Arab, Damsyik, Syria.
Dato’ Seri Dr. Zulkifli telah dilantik menjadi Mufti Wilayah Persekutuan pada 23 Jun 2014.
Mesra Dengan Rakyat
Menyedari keperluan untuk institusi mufti dan kefatwaan lebih turun padang dan dekat dengan masyarakat, Dato’ Seri Dr. Zulkifli mengambil inisiatif mewujudkan program #JumaatMuftiWP di mana beliau akan turun ke masjid-masjid di seluruh Wilayah Persekutuan untuk menyampaikan tazkirah Jumaat, Khutbah dan beramah mesra dengan masyarakat sekitar secara santai. Program ini mendapat sambutan yang sangat baik daripada masyarakat sekitar dan jawatankuasa masjid.
Jumpa Mufti Dan Tokoh Agama Lain Di Simposium Saham Syariah
Ni nak bagitau ni, Dato’ Seri Dr. Zulkifli dijadual untuk berucap di Simposium Saham Syariah 2018 (SSS2018) yang akan berlangsung pada 3 November 2018, pada hari Sabtu dan bertempat di Dewan Agong Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam (student UiTM Shah Alam wajib datang!). Beliau akan berbicara mengenai topik, “Melabur Tanpa Ragu”.
Kalau cerita bab saham, biasanya speaker terdiri daripada sifu saham atau orang daripada Bursa Malaysia kan?
Jangan risau, mereka juga ada. Tuan Haji Mohd Asri Ahmad, mentor pelaburan saham #1 Malaysia, Datuk Seri Tajuddin Atan, CEO Bursa Malaysia dan Tuan Nik Ihsan, presiden Malaysian Association of Technical Analysts (MATA).
Tapi asyik dengar daripada orang dalam industri saja, sebab itulah simposium kali ini menampilkan perubahan.
Dah asyik cakap melabur saham tu HARAM, HARAM, HARAM…Nah penganjur bawa Mufti terus untuk jelaskan.
Bukan Mufti Wilayah Persekutuan seorang saja ‘orang agama’ yang akan berucap pada majlis tersebut, kita juga ada:
Tuan Haji Ahmad Shukri Yusoff, Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) dengan topik “Kenapa Perlu Kaya”?
Ustaz Ahmad Husni Abd. Rahman, Penceramah Bebas & Amil Profesional dengan topik “Pelaburan / Produk Patuh Syariah”
Ustaz Haslin Baharin @ Ustaz Bollywood, Penceramah Bebas & Pelabur Bursa Malaysia dengan topik “Pelaburan VS Perjudian”.
Ustaz Mohammad Yaakob Yusra, Pengurus Kompleks Darul Murthada & Pelabur Bursa Malaysia dengan topik “Nilai Tangga Ilmu”.
Nak lagi best, ustaz selebriti kita iaitu Ustaz Syed Norhisyam Tuan Padang juga akan turun padang untuk menyertai program sehari suntuk ini sebagai Moderator.
Dah Kenapa Mufti Dengan Ustaz-Ustaz Nak Cakap Pasal Saham?
Kalau perasan, topik-topik yang akan dibawa oleh Mufti Wilayah Persekutuan dan juga ustaz-ustaz lain adalah berkisar tentang pelaburan patuh syariah, kenapa kita perlu ada ilmu, kenapa kita perlu jadi kaya dan yang seangkatan dengannya.
Bila orang Islam semakin ramai yang kaya, makin ramai orang yang boleh kita bantu.
Makin ramai orang yang kita bantu, makin banyak pahala (baca saham akhirat) yang kita perolehi.
Rebut Peluang
Cerita banyak pun tak guna, pergi dengar sendiri daripada mulut Mufti dan para ilmuwan ini. Cepat daftar untuk hadirkan diri ke Simposium Saham Syariah 2018 (SSS2018) di sini.
Daftar dan ajak sekali suami, isteri, abang, kakak, adik semua untuk datang. Terbuka untuk mereka yang berumur 18 tahun dan ke atas saja.
Sebelum ini kami ada cerita serba sedikit tentang Best Ke Jadi Remisier? Kita dapat tahu kelebihan menjadi seorang remisier, selain daripada berkongsi ilmu dapat juga menjana pendapatan yang lumayan.
Malah Master Yus yang dahulunya dikenali sebagai seorang perempit di litar bursa, kini telah maju selangkah lagi untuk menjadi seorang remisier. Ikuti kisah beliau yang penuh inspirasi di Kisah Perempit Di Litar Bursa Kepada Seorang Remisier.
Berminat untuk menjadi remisier? Langkah pertama adalah memahami keperluan pelesenan, kelayakan dan peperiksaan yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.
Eh, nampak macam mudah je kan? Mesti kacang putih punya.
Berkenalan Dengan Suruhanjaya Sekuriti Terlebih Dahulu
Untuk menjadi seorang remisier, kita perlu tahu dulu siapa itu Suruhanjaya Sekuriti. Kalau berkaitan bank, simpanan dan takaful kita ada Bank Negara Malaysia (BNM), kalau berkaitan bank pelaburan dan pelaburan pula kita ada Suruhanjaya Sekuriti atau Securities Commission (SC).
Siapakah Securities Commission (SC)?
Sumber gambar: The Malaysian Reserve
Untuk itu, kita rujuk kepada laman web SC untuk tahu lebih lanjut:
Ditubuhkan pada 1 Mac 1993 bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993, SC merupakan badan statutori biaya kendiri dengan kuasa penyiasatan dan penguatkuasaan. SC melapor kepada Menteri Kewangan dan akaunnya dibentangkan di Parlimen secara tahunan. SC mempunyai banyak fungsi pengawalseliaan termasuk:
Mengawal selia bursa-bursa, rumah-rumah penjelasan dan depositori pusat;
Mendaftarkan prospektus syarikat selain daripada kelab-kelab rekreasi tidak tersenarai;
Meluluskan terbitan bon;
Mengawal selia semua perkara yang berhubung kait dengan sekuriti dan derivatif;
Mengawal selia pengambilalihan dan percantuman syarikat-syarikat;
Mengawal selia semua perkara yang berkaitan dengan skim unit amanah;
Melesenkan dan mengawasi semua individu yang berlesen;
Menggalakkan kawal selia sendiri; dan
Memastikan perilaku yang betul di kalangan institusi pasaran dan individu berlesen.
Melaksanakan semua fungsi ini merupakan tanggungjawab besar SC dalam melindungi pelabur. Selain daripada melaksanakan fungsi kawal selia, SC juga bertanggungjawab di bawah undang-undang untuk menggalakkan dan mempromosikan pembangunan sekuriti dan derivatif di Malaysia.
Perhatikan tiga point yang terakhir tersebut, betapa pentingnya SC menitikberatkan bab lesen di dalam industri pelaburan di Malaysia.
Tengok betul-betul lapan aktiviti yang digariskan oleh SC seperti di atas. Nak berurusan dengan sekuriti (saham, waran, REIT, ETF dan bon) kita kena jadi seorang remisier yang berdaftar dengan SC. Nak jual unit trust atau amanah saham pun kena daftar juga tau. Kalau nak promote dan jual Skim PRS atau Private Retirement Scheme pun kena daftar dengan SC.
Ada Syarat Nak Jadi Remisier?
Ya, terdapat beberapa syarat yang perlu dipenuhi untuk menjadi remisier atau wakil berlesen bagi aktiviti dealing in securities.
Antara syarat yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ialah:
Berumur sekurang-kurangnya 21 tahun.
Memenuhi kriteria fit and proper yang ditetapkan oleh SC.
Memenuhi keperluan kelayakan akademik dan pengalaman kerja yang berkaitan.
Lulus kombinasi modul peperiksaan SC Licensing Examinations (SCLE) yang ditetapkan bagi aktiviti dealing in securities.
Nota: Panduan modul peperiksaan ini disediakan oleh SIDC Prep, sebuah platform persediaan peperiksaan bebas yang tidak berafiliasi, disokong atau disahkan oleh Securities Industry Development Corporation (SIDC), Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) atau Bursa Malaysia. Maklumat ini disediakan untuk tujuan rujukan sahaja. Calon hendaklah merujuk kepada sumber rasmi SC bagi mendapatkan keperluan pelesenan terkini.
Untuk memohon lesen sebagai wakil berlesen dalam aktiviti dealing in securities, calon perlu memenuhi kriteria kelayakan akademik, pengalaman dan kompetensi yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).
Bagi keperluan peperiksaan, calon perlu lulus kombinasi modul SC Licensing Examinations (SCLE) yang ditetapkan, antaranya:
Modul 6 dan Modul 7
Modul 6 dan Modul 18
Modul 7 dan Modul 17
Modul 17 dan Modul 18
Keperluan sebenar tertakluk kepada kategori aktiviti terkawal dan kriteria pelesenan semasa SC. Calon disarankan merujuk Licensing Handbook terkini sebelum membuat permohonan.
Nak Jadi Remisier? Ini Modul Peperiksaan SCLE Yang Perlu Anda Lulus
Kebanyakan calon yang ingin menjadi remisier memilih untuk mengambil Modul 6 dan Modul 7. Tetapi, apakah yang dipelajari dalam kedua-dua modul ini?
Modul 6 – Stock Market and Securities Law (Pasaran Saham dan Undang-undang Sekuriti)
Modul 7 – Financial Statement Analysis and Asset Valuation (Analisis Penyata Kewangan dan Penilaian Aset)
Bagi tahun 2026, yuran peperiksaan SC Licensing Examinations (SCLE) ialah RM1,250 bagi setiap modul untuk calon warganegara Malaysia, termasuk calon yang menduduki peperiksaan buat kali pertama atau mengulanginya.
Calon boleh merujuk laman rasmi SIDC untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai struktur yuran, bahan pembelajaran dan peperiksaan.
Dah Pergi Kelas, Ambil Peperiksaan Pula
Selepas mengikuti kelas persediaan dan membuat ulang kaji, calon perlu menduduki peperiksaan SC Licensing Examinations (SCLE) bagi modul yang ditetapkan.
Kedua-dua Modul 6 dan Modul 7 mengandungi 60 soalan objektif (Multiple Choice Questions atau MCQ) yang perlu dijawab dalam tempoh 90 minit.
Dengan markah lulus sebanyak 60%, calon perlu menjawab sekurang-kurangnya 36 daripada 60 soalan dengan betul untuk lulus peperiksaan bagi setiap modul.
Walau bagaimanapun, calon disarankan menyemak format dan struktur peperiksaan terkini melalui laman rasmi SIDC sebelum menduduki peperiksaan.
Yuran Peperiksaan
Bagi tahun 2026, yuran peperiksaan SC Licensing Examinations (SCLE) ialah RM1,250 bagi setiap modul, untuk calon yang menduduki peperiksaan buat kali pertama atau mengulanginya.
Struktur yuran ini berkuat kuasa mulai 1 Mac 2026 hingga 28 Februari 2027. Oleh itu, calon perlu mengambil kira kos peperiksaan bagi setiap modul sebelum membuat persediaan untuk mendapatkan lesen dalam industri pasaran modal.
Prestasi kelulusan berbeza mengikut modul dan tahun. Calon boleh meneliti kadar kelulusan terdahulu sebagai salah satu rujukan untuk merancang persediaan peperiksaan.
Nota: Maklumat kadar kelulusan peperiksaan ini dirujuk daripada SIDC Prep, sebuah laman latihan peperiksaan bebas yang tidak berafiliasi, disokong atau disahkan oleh Securities Industry Development Corporation (SIDC), Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) atau Bursa Malaysia. Data disediakan untuk tujuan maklumat dan rujukan sahaja
Didoakan supaya anda berjaya menjadi seorang remisier, dan menjadi seorang pendidik bagi membantu lebih ramai orang terbuka mata tentang pelaburan saham patuh syariah di Malaysia.
Memang nampak macam senang, tetapi realitinya kita perlu bersabar kerana ianya mengambil masa beberapa bulan juga, daripada saat pergi ke kelas, belajar daripada buku, ambil exam olok-olok, ambil exam sebenar, dan akhirnya dapat sijil mengatakan “Tahniah, Anda Lulus”!
Soalan Lazim Tentang Cara Menjadi Remisier
1. Berapa umur minimum untuk menjadi remisier?
Calon perlu berumur sekurang-kurangnya 21 tahun dan memenuhi syarat pelesenan yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).
2. Adakah wajib lulus Modul 6 dan Modul 7?
Tidak semestinya. Terdapat beberapa kombinasi modul SCLE yang dibenarkan bagi aktiviti dealing in securities, tertakluk kepada keperluan pelesenan SC.
3. Berapakah yuran peperiksaan SCLE pada tahun 2026?
Bagi calon warganegara Malaysia, yuran peperiksaan ialah RM1,250 bagi setiap modul untuk tempoh 1 Mac 2026 hingga 28 Februari 2027.
4. Berapa soalan dalam peperiksaan Modul 6 dan Modul 7?
Setiap modul mengandungi 60 soalan objektif yang perlu dijawab dalam tempoh 90 minit. Markah lulus ialah 60%, bersamaan sekurang-kurangnya 36 jawapan betul.
5. Berapa lama masa diperlukan untuk menjadi remisier?
Tempoh bergantung kepada persediaan calon, jadual peperiksaan, kelulusan modul dan proses permohonan lesen. Tiada satu tempoh tetap yang terpakai kepada semua calon.