5 Petua Untuk Tepis Kenaikan Kos Sara Hidup Di Malaysia

Sepuluh ringgit pada hari ini sangat berbeza berbanding dengan satu dekad atau dua dekad lalu, di mana jumlah wang yang sama mungkin dapat membawa satu bakul penuh dengan barangan runcit.

Sekarang ini, untuk mengekalkan taraf hidup semasa, ramai akan bekerja lebih keras, berjimat mana yang mampu, dan berpuas hati dengan perkhidmatan atau barang yang lebih sedikit. 

Apabila wang anda tidak lagi dapat membeli barang-barang yang anda perlukan dalam kuantiti yang anda inginkan, sudah tiba masanya untuk menjadi serius tentang bagaimana anda membelanjakan wang.

 

Tetapi adakah dengan bekerja lebih keras, berjimat mana yang mampu, dan berpuas hati dengan apa sahaja adalah cara terbaik untuk menangani kenaikan kos sara hidup di Malaysia? Dengan membuat sedikit perubahan dalam gaya hidup anda untuk menangani keadaan ini, tidak perlu terlalu drastik sangat. 

Kami mengesyorkan 5 petua mudah ini untuk menangani kenaikan kos sara hidup di Malaysia:

1. Tanam Sayuran, Herba, Dan Buah-Buahan Sendiri

  

Terdapat banyak sebab yang baik untuk menumbuhkan sayuran, herba, dan buah-buahan sendiri. Selain menjimatkan bil runcit anda, beberapa faedah lain termasuklah:

  • Meminimumkan pendedahan racun perosak
  • Meminimumkan penggunaan hasil tercemar
  • Kesegaran rasa

Kami sedar bahawa sukar untuk menguruskan tumbuhan sambil mempunyai pekerjaan sepenuh masa, jadi mulakan secara kecil-kecilan. Jika anda tanam tiga hingga lima jenis tumbuhan yang boleh dimakan (dan yang biasanya anda makan), ianya tidak memerlukan banyak masa untuk berkebun dan mudah untuk dijaga.

Berikut adalah beberapa sayuran, herba, dan buah-buahan yang paling mudah untuk anda tanam di cuaca Malaysia: 

  • Kangkung
  • Cili merah
  • Tomato
  • Rambutan
  • Oren

2. Bawa Bekalan Makanan Anda Sendiri

Sumber: Pixabay

Membawa bekalan makanan tengah hari sendiri boleh menjimatkan kira-kira RM200 sebulan (kos purata untuk makan tengahari sehari ialah RM10). Cukup banyak wang yang dapat disimpan! Selain membantu anda menjimatkan wang lebih banyak, manfaat lain untuk membawa bekalan sendiri termasuklah: 

  • Menyelamatkan anda dari godaan-godaan makanan bergula / tidak sihat
  • Mengambil saiz bahagian yang betul
  • Kurang penggunaan garam, lemak, dan gula 

Beberapa makanan paling mudah dan paling cepat yang boleh anda buat untuk dibawa ke tempat kerja adalah: 

  • Nasi goreng
  • Sandwic
  • Salad
  • Roti bakar

Sekiranya anda konsisten melakukannya, dijangka boleh jimat sehingga RM2400 setahun.

 3. Kongsi Kereta

Sumber: Toby / Pexels

Katakan kos untuk pengangkutan dan tempat letak kereta setiap hari (tidak termasuk hujung minggu) ialah RM30. Dalam sebulan, jumlah ialah RM600 untuk pengangkutan (dan tempat letak kereta) sahaja. Pertimbangkan untuk carpooling sekali atau dua kali seminggu untuk menjimatkan wang, jika anda mampu.

Carpooling bukan hanya menjimatkan, tetapi juga dapat menyelamatkan alam sekitar. Carpooling mengakibatkan kurang emisi karbon dan pencemaran, dan anda dapat bertemu dengan pelbagai orang yang menarik. Carpooling juga menawarkan kemudahan untuk bergerak lebih jauh, berbanding dengan pengangkutan awam.

Sekiranya anda tidak mempunyai sesiapa yang boleh anda tumpang, boleh gunakan aplikasi carpooling yang tersedia di Malaysia: 

 4. Bajet Belanja Anda Seperti Seorang Pro

Sumber: Ashim D’Silva / Pexels

Kita semua tahu bahawa membeli-belah semasa jualan mega di Malaysia boleh menjimatkan sehingga 70% diskaun, tetapi jualan mega hanya berlangsung dalam masa yang singkat. Membeli-belah dalam tempoh yang singkat ini, tidak beberapa disyorkan kerana anda akan cenderung untuk membeli apa sahaja yang ditawarkan. Berlatih untuk pandai meletakkan bajet dan ketahui bagaimana untuk mencari untuk dan mendapatkan tawaran terbaik.

Semak beberapa tempat paling disyorkan di Lembah Klang untuk membeli belah dengan harga yang rendah:

  • GM Klang Wholesale City Complex – Untuk barangan murah di mana anda boleh menemui segala-galanya di satu tempat, seperti barangan runcit, hiasan perkahwinan, perabot rumah, alat teknologi, mainan, alat tulis, tekstil, peralatan sukan, dan pakaian dan aksesori fesyen
  • Low Yat Plaza – Untuk barangan IT yang harga berpatutan misalnya. komputer dan telefon bimbit
  • Kenanga Wholesale City – Untuk beg tangan murah, kasut, aksesori dan pakaian.
  • Amcorp Mall Flea Market – Untuk perabot rumah, barangan antik, karya seni, patung-patung retro dan bermacam-macam lagi

 5. Gunakan Kad Kredit Dengan Lebih Bijak

Sumber: Pixabay / Pexels

Menggunakan kad kredit anda dengan cara yang betul, dapat membantu dalam berjimat. Ikut petua berikut: 

  • Gunakan kad kredit dengan kadar faedah yang rendah: Gunakan kad yang mengenakan kadar faedah yang lebih rendah untuk membuat pembelian besar dan jadikannya ansuran bulanan yang disamakan ( equated monthly installments (EMI) )
  • Sentiasa bayar penuh bil dan tepat pada masa: Ini membantu dalam menjimatkan kadar faedah dalam jangka masa panjang.
  • Menyatukan hutang: Jika anda memiliki banyak kad kredit, pertimbangkan untuk menyatukannya. Dengan berbuat demikian, anda akan dapat memberi perhatian kepada hanya satu kad dan menjimat lebih banyak pada pelbagai faedah dan yuran tahunan pada kad yang berbeza.
  • Manfaatkan kredit tanpa faedah: Beberapa pembekal kad kredit menawarkan kredit tanpa faedah selama sebulan.
  • Gunakan kad ganjaran atau kad yang menawarkan cashback, mile udara, dan sebagainya: Dengan setiap pembelian yang dibuat, anda akan diberi ganjaran mata yang boleh digunakan di lain hari.

Dikarang oleh BBazaar Malaysia. Disiarkan secara eksklusif di MajalahLabur.com.

Nak Deposit Rumah Pertama? ‘Overlap’ Hutang? Bayar Tunggakan PTPTN?

Ringankan tanggungan semasa anda dengan pembiayaan peribadi berkonsep syariah di platform Direct Lending. Dapatkan pinjaman kadar rendah untuk satukan semua hutang mahal anda. Semak kelayakan secara percuma. Anda boleh semak dahulu & mohon kemudian. Tiada apa-apa caj yang dikenakan.

KLIK sini untuk terima pembiayaan bank & koperasi yang bersesuaian dengan posisi kewangan anda.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Jimat Berlebihan Boleh Melumpuhkan Ekonomi Negara

Dalam ilmu kewangan, kita sering ditekankan dengan pesanan supaya menyimpan wang untuk kegunaan masa hadapan. Pesanan itu tidak salah sama sekali. Namun, dari sudut ekonomi makro, wujud satu fenomena yang dipanggil sebagai ‘Paradox of Thrift’. Jika semua orang, terutamanya mereka yang masih mempunyai pendapatan stabil memutuskan untuk berhenti berbelanja secara drastik, ekonomi tidak akan menjadi lebih kukuh. Sebaliknya, ia akan menjadi lumpuh!

Suntikan tunai daripada perbelanjaan anda sebenarnya adalah minyak pelincir yang menggerakkan enjin ekonomi negara. Jika pendapatan anda tidak terjejas, berikut adalah tiga perkara yang anda perlu teruskan demi kelangsungan ekonomi komuniti.

1. Terus Makan Di Restoran Seperti Biasa

Apabila anda melangkah masuk ke dalam restoran dan memesan sepinggan nasi atau secawan sirap limau, wang tersebut tidak hanya terhenti di tangan pemilik kedai. Ia sebenarnya memulakan satu rantaian ekonomi yang sangat luas.

Sebagai contoh, bayangkan anda membayar RM20 untuk makan tengah hari. Wang itu akan digunakan oleh pemilik restoran untuk membayar bil elektrik kedai, sewa premis dan yang paling penting adalah gaji para pekerja. Pekerja tersebut pula akan menggunakan gaji mereka untuk membeli barangan keperluan harian di pasar raya. Selain itu, pemilik restoran juga perlu membayar pembekal ayam, sayur dan beras di pasar borong.

Jika anda dan ramai lagi orang lain berhenti makan di situ, rantaian ini akan putus. Pembekal sayur akan kehilangan pembeli dan pekerja restoran mungkin kehilangan pekerjaan. Ekonomi adalah satu kitaran yang saling berkait.

2. Terus Membeli Di Gerai Tepi Jalan

Peniaga marhaen atau peniaga kecil biasanya tidak mempunyai simpanan tunai yang besar seperti syarikat korporat. Mereka sangat bergantung kepada aliran tunai harian untuk meneruskan hidup.

Ambil contoh seorang peniaga goreng pisang di simpang jalan. Pelanggan utama mereka mungkin terdiri daripada pekerja pejabat di kawasan sekitar yang masih mempunyai gaji tetap. Jika semua pelanggan ini memutuskan untuk berhenti membeli kerana terlalu panik, jualan peniaga tersebut akan jatuh menjunam.

Kesannya, peniaga kecil ini tidak lagi mampu untuk membeli bahan mentah daripada pembekal lain atau membayar keperluan sekolah anak-anak mereka. Apabila peniaga kecil tidak mempunyai kuasa beli, ekonomi di peringkat akar umbi akan mula mati secara perlahan lahan.

3. Terus Gunakan Perkhidmatan Penghantaran Makanan

Mungkin ada yang berasa bersalah untuk memesan makanan melalui aplikasi seperti Grab atau Foodpanda kerana dianggap membazir kos penghantaran. Namun, sedarilah bahawa dalam situasi ekonomi yang mencabar, sektor ekonomi gig adalah penyelamat utama bagi mereka yang telah kehilangan pekerjaan tetap.

Misalnya, anda memesan makanan secara segera kerana tidak sempat memasak atau ada urusan penting. Wang yang anda belanjakan itu bukan sahaja memberi keuntungan kepada vendor makanan, tetapi ia memberikan pendapatan langsung kepada rider yang menghantarnya.

Bagi anda, caj penghantaran mungkin sekadar beberapa ringgit sahaja. Tetapi bagi seorang rider, itulah modal untuk mereka mengisi minyak motosikal dan menyediakan makanan di atas meja untuk keluarga mereka. Dengan terus membuat pesanan, anda sedang memastikan ekosistem logistik ini terus bernafas.

Berjimat Biar Bertempat

Kita perlu bijak membezakan antara amalan berjimat dengan tindakan berhenti berbelanja. Berjimat bermaksud anda mengurangkan pembelian barangan mewah yang tidak perlu seperti gajet terbaharu atau barangan berjenama.

Memang benar, mengurangkan pembelian gajet atau barangan mewah mungkin menjejaskan pekerja di sektor tersebut. Namun, dalam fasa menghadapi krisis, keutamaan kita adalah pada keperluan asas dan ekonomi tempatan.

Wang yang dibelanjakan di gerai nasi lemak atau restoran tempatan berpusing lebih cepat dalam komuniti setempat berbanding pembelian barangan import yang keuntungannya akan mengalir ke luar negara. Pekerja kedai gajet mungkin terkesan, namun kerosakan ekonomi adalah jauh lebih parah jika peniaga makanan dan pembekal bahan mentah (nadi utama rakyat) yang tumbang dahulu.

Jika anda masih mempunyai slip gaji yang stabil dan aliran tunai yang sihat, jadilah wira ekonomi yang tidak didendang. Teruskan menyokong peniaga marhaen di sekeliling anda.