Mata Wang Digital Dan Token Digital Kini Dikawalselia Suruhanjaya Sekuriti (SC)

Sumber: Suruhanjaya Sekuriti

KUALA LUMPUR: Bermula esok, mata wang digital dan token digital ditetapkan sebagai sekuriti dan akan dikawal selia oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).

Ia susulan Perintah Pasaran Modal dan Perkhidmatan (Penetapan Sekuriti) (Mata Wang Digital dan Token Digital) 2019, yang mula berkuat kuasa esok.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, berkata penawaran instrumen-instrumen berkenaan, berserta aktiviti yang berkaitan dengannya, akan memerlukan kebenaran dari SC dan perlu mematuhi undang-undang sekuriti serta peraturan-peraturan yang berkenaan.

“Kementerian Kewangan berpandangan bahawa aset digital, serta teknologi blockchain yang menjadi asas baginya, berpotensi untuk memperkenalkan inovasi di dalam industri lama dan baharu.

“Secara khususnya, kami percaya bahawa aset digital mempunyai peranan untuk menjadi satu kaedah alternatif mendapatkan dana oleh usahawan dan perniagaan-perniagaan yang baharu, serta sebagai kelas aset alternatif untuk pelabur,” katanya dalam satu kenyataan.

Guan Eng berkata, SC akan menetapkan syarat-syarat yang berkenaan untuk menjalankan tawaran syiling permulaan (ICO) dan perdagangan aset digital serta pasaran aset digital di Malaysia.

Katanya, rangka kerja terbabit dijangka akan dilancarkan sebelum penghujung suku pertama 2019.

“Mana-mana orang yang menjalani aktiviti ICO atau mengendalikan pasaran aset digital di Malaysia tanpa kelulusan SC boleh dihukum, apabila disabit, dengan penjara tidak melebihi 10 tahun dan denda tidak melebihi RM10 juta,” katanya.

Sumber: BH Online

Semakin Hampir Mata Wang Digital Untuk ‘Dihalalkan’

Sebelum ini pun, telah keluar fatwa yang memaklumkan bahawa penggunaan Bitcoin sebagai matawang adalah haram. Boleh rujuk Hukum Penggunaan Mata Wang Bitcoin – Mufti Wilayah Persekutuan Dah Bersuara.

Tidak dinafikan trend sekarang memang menuju ke arah ‘cashless’ dan mata wang digital dilihat sebagai semakin ‘mainstream’. Jika itulah yang bakal berlaku dan itu yang orang ramai mahukan, memang terbaik tindakan yang diambil Suruhanjaya Sekuriti di dalam mengawalselia mata wang digital dan token digital ini

Baca juga: Aset Digital Menurut Perspektif Syariah (KEPUTUSAN MAJLIS PENASIHAT SYARIAH
SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA 31 Disember 2020)

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

FCPO: Garis SMA 50 Hari Bertindak Sebagai Rintangan

  • Kekalkan pegangan jualan

FCPO mengalami tekanan jualan yang kuat pada hari Khamis apabila ia menurun MYR125 untuk ditutup pada harga lebih rendah sebanyak MYR4,458. Komoditi ini memulakan sesi dagangan semalam pada paras MYR4,576. Kemudian, ia mencapai paras tertinggi intrahari pada MYR4,609 dan paras terendah intrahari pada MYR4,455 sebelum menutup dagangan pada harga MYR4,458. Corak lilin menurun yang panjang mengesahkan bahawa garis SMA 50 hari sekarang bertindak sebagai paras rintangan atas.

Hal ini menunjukkan bahawa pedagang yang meramalkan penurunan kini mempunyai kelebihan teknikal – dengan menyasar untuk menguji paras sokongan MYR4,390. Penembusan menurun pada paras sokongan akan menyambungkan pergerakan ke bawah ke arah paras MYR4,300. Memandangkan rentak penurunan menjadi semakin rancak, kami terus berpegang pada bias dagangan negatif.

Kami menyarankan para pedagang untuk terus mengekalkan pegangan jualan yang dimulakan pada penutupan 12 Mei atau MYR4,481. Untuk mengurangkan risiko-risiko dagangan yang ada, paras ambang henti rugi ditetapkan pada MYR4,700.

Paras sokongan pertama berada pada MYR4,390 yang diikuti oleh paras MYR4,300. Bagi pergerakan ke atas, paras rintangan pertama pula ialah MYR4,700 dan diikuti oleh paras ambang MYR4,840.