Saringan Kesihatan Peduli Sihat Bersama DoctorOnCall

KUALA LUMPUR, Jan. 15, 2019 /PRNewswire/ – Sebuah program saringan kesihatan telah diadakan di dewan orang ramai JKKK Pandamaran, Klang pada 16 Disember lalu. Program ini merupakan anjuran bersama di antara kerajaan negeri Selangor melalui Skim Peduli Sihat dengan penyedia perkhidmatan tele-kesihatan yang pertama di Malaysia, DoctorOnCall.com.my.

Ia merupakan inisiatif terawal seumpamanya yang dianjurkan untuk memberikan pemeriksaan kesihatan percuma kepada para penduduk sekitar dan secara tidak langsung memupuk kesedaran masyarakat akan kepentingan memeriksa tahap kesihatan secara berkala.

Penyakit seperti tekanan darah tinggi, kolesterol tinggi dan kencing manis merupakan di antara penyakit-penyakit tidak berjangkit yang sering dihidapi masyarakat umum. Pesakit perlu mematuhi pengambilan rejimen ubat-ubatan jangka panjang untuk mengelakkan komplikasi yang lebih serius. Ubat-ubatan yang perlu diambil secara jangka panjang ini sering menimbulkan masalah. Lokasi yang jauh, masa menunggu yang panjang serta kos konsultasi di klinik merupakan faktor-faktor yang menyebabkan para pesakit tidak dapat mematuhi rejimen yang perlu diambil.

Antara pemeriksaan saringan kesihatan yang ditawarkan adalah pemeriksaan tekanan darah, kencing manis, kolesterol tinggi dan sakit jantung. Program ini disertai oleh penduduk sekitar yang terdiri daripada pelbagai peringkat umur dan peserta boleh memilih untuk mendapatkan konsultasi dengan seorang doktor sama ada secara langsung di tempat program ataupun secara atas talian melalui perkhidmatan DoctorOnCall.

Turut hadir, ADUN Pandamaran YB Tuan Tony Leong Tuck Chee yang bersama-sama turun padang bertemu penduduk sekitar dan mempromosikan program kesedaran ini kepada penduduk tempatan.

DoctorOnCall adalah klinik atas talian yang menawarkan perkhidmatan konsultasi dengan doktor bertauliah berkenaan penyakit-penyakit yang sering dialami seperti batuk, selsema, demam, masalah kulit seperti kudis buta dan lain-lain. Ubat-ubatan akan dihantar terus kepada pesakit setelah sesi konsultasi sekiranya dirasakan perlu oleh doktor. Pengunjung laman web turut berpeluang untuk bertanya kepada seorang doktor tentang masalah-masalah kesihatan pada laman forum mereka melalui pautan www.DoctorOnCall.com.my/tanya.

Selain daripada manfaat tahunan perubatan sebanyak RM500 sekeluarga, ahli Peduli Sihat juga turut memperoleh satu suntikan vaksin percuma berjumlah sehingga RM180. Tiada had rawatan yang ditetapkan kepada ahli supaya ahli berpeluang mendapatkan akses rawatan asas kepada semua jenis penyakit. Sambutan memberangsangkan yang diterima terhadap skim ini telah menunjukkan bahawa rakyat Selangor sangat menitikberatkan penjagaan asas kesihatan serta gaya hidup yang sihat.

Melalui kerjasama ini, adalah diharapkan agar capaian perkhidmatan kesihatan dapat diakses oleh lebih ramai lagi penduduk Selangor tanpa mengira lokasi. Ia selaras dengan usaha murni kerajaan negeri untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik buat warganya yang diketuai oleh Y.B. Dr Siti Mariah Binti Mahmud sebagai Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Kebajikan, Pemberdayaan Wanita Dan Keluarga Negeri Selangor.

Terdapat 2 kategori Skim Peduli Sihat, iaitu kategori A bagi keluarga yang berpendapatan isi rumah sebanyak RM3,000 sebulan dan ke bawah yang dan kategori B bagi individu yang berumur 21 tahun ke atas yang berpendapatan RM1,500 dan ke bawah. Skim ini dapat dimanfaatkan oleh 250,000 keluarga atau lebih 2 juta rakyat Selangor yang berpendapatan isi rumah RM 3000 ke bawah. Untuk maklumat lanjut berkenaan skim ini, layari https://pedulisihat.com/.

Melalui skim ini, ahli Peduli Sihat boleh mendapatkan akses percuma kepada perkhidmatan kesihatan melalui panel klinik terpilih termasuklah www.DoctorOnCall.com.my ataupun hubungi 03-84082000

Sumber: DoctorOnCall

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

seeNI Memperkenalkan Hala Tuju Baharu Menghubungkan Kandungan, Komuniti dan Komersial

PETALING JAYA, 29 Oktober 2026 – Nu Ideaktiv Sdn Bhd, syarikat usaha sama antara Astro dan Kumpulan Media Karangkraf, menyatukan portfolio jenama medianya di bawah jenama seeNI sebagai sebahagian daripada strategi untuk membuka peluang pertumbuhan baharu melalui kandungan berjenama, penajaan, kempen yang melibatkan bakat dan kerjasama komersial.

Berteraskan Komuniti, Kandungan dan Komersial, peralihan ini menggantikan identiti Nu Ideaktiv kepada seeNI. Langkah ini menyediakan satu pintu masuk kepada pengiklan dan agensi untuk mengakses jenama media, bakat komuniti dan kepakaran kreatif syarikat bagi mencapai matlamat perniagaan yang sama.
Portfolio ini merangkumi antaranya seeNI Creator Academy, Media Hiburan, Borak seeNI, NONA, Remaja, Roda Panas, Rasa, Mingguan Wanita, Keluarga dan Pa&Ma. Penyatuan kekuatan jenama ini bertujuan memperluas nilai komersial merentas minat dan peringkat kehidupan khalayak, melangkaui penawaran berasaskan satu jenama atau penempatan iklan secara berasingan.

Melalui tiga tunjang tersebut, Komuniti menghubungkan khalayak melalui minat dan pengalaman bersama; Kandungan menggabungkan jenama media, penceritaan, kepakaran produksi dan bakat; manakala Komersial menterjemahkan hubungan itu kepada peluang kempen bersepadu, penajaan dan kerjasama. Gabungan ini menjadi asas untuk memadankan matlamat pelanggan dengan khalayak serta pendekatan interaksi yang bersesuaian.

Ketua Pegawai Eksekutif Nu Ideaktiv Sdn. Bhd., Encik Syamil Fahim Mohamed Fahim, berkata,
“Peralihan daripada Nu Ideaktiv kepada seeNI bukan sekadar perubahan identiti jenama. Ia mencerminkan aspirasi kami untuk menghimpunkan jenama media, bakat dan komuniti dalam satu ekosistem yang lebih bersepadu, sekali gus mewujudkan nilai yang lebih besar kepada pengguna dan rakan komersial kami.

Menerusi Komuniti, Kandungan dan Komersial, kami mahu melangkaui penempatan iklan secara berasingan dengan menawarkan peluang yang lebih menyeluruh kepada jenama untuk berhubung dengan khalayak melalui kandungan yang relevan, bakat dan penglibatan yang bermakna. Dalam melangkah ke fasa baharu ini, keutamaan kami adalah untuk memperkukuh kerjasama, membuka peluang pendapatan baharu dan membina perniagaan yang lebih mampan untuk masa hadapan.”

Menerusi seeNI Collective, seeNI menggabungkan kekuatan kandungan, komuniti, bakat kreatif dan rakan strategik untuk membuka peluang kerjasama melangkaui pengiklanan konvensional. Antara kerjasama yang diketengahkan termasuk TVS dan Novel Karangkraf dalam penerbitan serta adaptasi kandungan, Komet Productions dalam usaha memperkasa bakat baharu industri kreatif menerusi seeNI Story Lab, serta Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) dan Fashionably Modest Asia (FMA) dalam bidang fesyen dan gaya hidup. Kesemua kerjasama ini bertujuan memperluas peluang untuk jenama berhubung dengan audiens melalui pelbagai platform dan pengalaman.

Sementara itu, seeNI Talent dirangka untuk memadankan bakat yang sesuai dengan kandungan, kempen jenama, acara dan peluang komersial berdasarkan rekod kerja, kesesuaian khalayak serta kesediaan bakat untuk terlibat. Kedua-dua penawaran ini menyokong penyelesaian yang lebih bersepadu kepada keperluan pelanggan dengan menggabungkan keupayaan mengikut khalayak sasaran dan matlamat komersial.

The New World of seeNI – mengetengahkan hala tuju seeNI hari ini di D’Theatre Malaysia, Hextar World at Empire City. Acara ini memperkenalkan barisan kandungan seeNI untuk tahun 2027, barisan bakat serta peluang kerjasama kepada pengiklan, peneraju jenama dan pemain industri lain.

Acara ini menandakan satu pencapaian komersial penting dalam transformasi berterusan seeNI. Berpandukan More Begins Here, seeNI berhasrat menyediakan sebuah destinasi bersepadu yang membolehkan pelanggan meneroka lebih banyak kandungan, di samping membuka peluang baharu untuk perniagaan berkembang.