Peminat Kereta Mazda, Tahu Tak Saham Pengedar Mazda Tersenarai di Bursa Malaysia

Kereta Jenama Mazda buatan Jepun ini tidak perlu diperkenalkan lagi. Presiden syarikat, Jujiro Matsuda memulakan perniagaan dengan menjual motosikal  pada tahun 1931. Mazda kemudian mengeluarkan motosikal beroda tiga seterusnya beralih kepada pengeluaran kereta sehingga sekarang.

Di Malaysia, operasi pengedaran dan perkhidmatan selepas jualan kereta Mazda dibawah seliaan Bermaz Auto Berhad (Bermaz) bermula 1 April 2008 setelah Bermaz dan Mazda Motor Corporation (Mazda Japan) memeterai perjanjian pengedaran pada 28 Februari 2008. Melalui perjanjian ini, Mazda Japan telah melantik Bermaz sebagai pengedar sah kereta keluaran mereka.

Bermaz adalah pengedar kenderaan dan alat ganti kenderaaan yang berpangkalan di Malaysia. Selain pasaran tempatan, Bermaz juga mengedarkan kereta Mazda di Filipina. Syarikat ini adalah adalah syarikat bersekutu Berjaya Corporate Berhad dan dahulunya dikenali sebagai Berjaya Auto Berhad.

Setakat 30 April 2017, Bermaz mempunyai 10 cawangan di Malaysia, kesemuanya adalah 3S (sales, spare parts and after-sales services) manakala 77 cawangan lain dikendalikan oleh third party dealer. Bermaz disenaraikan di Pasaran Utama Bursa Malaysia pada 18 November 2013.

Informasi Yang Anda Perlu Tahu Tentang Bermaz

Nama SyarikatBermaz Auto Berhad
Simbol dan KodBAUTO (5248)
PapanUtama
Patuh SyariahYa
SektorProduk & Perkhidmatan Pengguna
Sub-sektorAutomotif

Ahli Lembaga Pengarah Syarikat Bermaz

Dato’ Sri Yeoh Choon San ( Executive Chairman / Executive Director)

Dato’ Lee Kok Chuan (Chief Executive Officer/Executive Director)

Dato’ Syed Ariff Fadzillah Bin Syed Awalluddin (Independent Non-Executive Director)

Dato’ Abdul Manap Bin Abd Wahab (Independent Non- Executive Director)

Dato’ Kalsom Binti Abd Rahman (Independent Non-Executive Director)

Datuk Syed Hisham Bin Syed Wazir (Independent Non-Executive Director)

Loh Chen Peng

(Independent Non-Executive Director)

Ahli Pengurusan Syarikat

Dato’ Sri Yeoh Choon San (Executive Chairman)

Dato’ Lee Kok Chuan (Chief Executive Officer)

Chong Boon Kian (Chief Financial Officer)

Hiew Hock Ngan (Head of Business Development / CKD)

Lee Ai Hoon (Head of Marketing / Customer Service)

Chua Vin Teck (Head of Sales)

Yoon Chooi Liang (Head of P & D / Logistic / CBU Business)

Foo Chuen Wah (Head of IT & Development)

Siapa Pemegang Saham Utama Bermaz?

Prestasi Kewangan Syarikat

Rekod Pemberian Dividen

Harga Saham Bermaz Bagi Tempoh 5 Tahun Kebelakangan

Previous ArticleNext Article
An introverted chocoholic whom happened to be involved in content curation and stock trading

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Untung Bersih 99 Speed Mart Lonjak 13.4 Peratus Pada Suku Kedua

KUALA LUMPUR: 99 Speed Mart Retail Holdings Bhd (99 Holdings) mencatat keuntungan bersih RM163.95 juta bagi suku kedua berakhir 30 Jun 2026, meningkat 13.4 peratus daripada RM144.63 juta pada suku sama tahun lalu.

Hasil kumpulan meningkat 13.6 peratus tahun ke tahun kepada RM3.08 bilion daripada RM2.71 bilion sebelumnya, menurut syarikat itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

“Peningkatan itu didorong terutamanya oleh pengembangan berterusan rangkaian cawangan, dengan pertambahan bersih 257 cawangan baharu tahun ke tahun, menjadikan jumlah keseluruhan kepada 3,151 cawangan setakat 30 Jun 2026 berbanding 2,894 cawangan setahun sebelumnya.

“Jumlah transaksi jualan meningkat 13.6 peratus kepada 146.4 juta, dengan nilai purata setiap bakul RM21,” menurut syarikat itu.

Bagi tempoh enam bulan berakhir 30 Jun 2026, 99 Holdings mencatat keuntungan bersih RM352.5 juta berbanding RM289.53 juta dalam tempoh sama tahun lalu.

Hasil bagi tempoh enam bulan pula meningkat kepada RM6.14 bilion daripada RM5.32 bilion sebelumnya.

Selain itu, platform e-dagang jualan pukal syarikat terus mencatat pertumbuhan kukuh apabila hasil meningkat 80.5 peratus tahun ke tahun kepada RM50.2 juta bagi enam bulan berakhir 30 Jun 2026.

Pengasas merangkap Ketua Pegawai Eksekutif 99 Holdings, Lee Thiam Wah, berkata momentum pertumbuhan positif pada suku berkenaan disokong pengembangan berterusan rangkaian cawangan serta pelaksanaan waktu operasi lebih awal di seluruh negara.

Thiam Wah berkata tumpuan berterusan terhadap kecekapan operasi turut mula memberikan manfaat ketara kepada kumpulan.

Menurutnya, inisiatif penjimatan tenaga dan penggunaan peralatan membantu mengurangkan kos utiliti serta meningkatkan kecekapan kos merentasi operasi kumpulan.

“Dengan rangkaian cawangan kami terus berkembang, kami kekal komited untuk memperkukuh rantaian bekalan bagi menyokong kecekapan operasi,” katanya.

Beliau berkata kumpulan itu juga terus memperluas penawaran produk bagi memenuhi keperluan pelanggan yang berubah susulan sambutan menggalakkan terhadap rangkaian peralatan rumah terpilih.

Rangkaian berkenaan kini diperluas ke semua cawangan di seluruh negara dan turut ditawarkan menerusi platform 99 Bulksales bagi memenuhi keperluan pelanggan korporat serta pembelian secara pukal.