Bernie Madoff, Raja Skim Ponzi Terbesar Dalam Sejarah Dunia Pelaburan Wall Street

Skim Ponzi atau skim cepat kaya adalah benda yang tidak asing yang dalam masyarakat kita pada hari ini. Skim ini paling popular yang digunakan untuk menipu segenap lapisan masyarakat, dari golongan pelajar universiti sehinggalah golongan pesara.

Skim ini seolah-olah tidak dapat dipisahkan daripada orang ramai, disebabkan keinginan untuk kaya dengan cepat tanpa berusaha pada kadar yang sepatutnya. Dari hari ke hari pendedahan yang dilakukan oleh media sosial dan media massa, masih terdapat banyak lagi mangsa penipuan yang berjaya ditipu menggunakan teknik ini.

Kebanyakan skim ini tidak mempunyai model perniagaan yang jelas, tetapi sekadar menggunakan teknik psikologi dengan menayangkan deretan kereta mewah,rumah besar dan percutian mewah.Sekiranya skim ala-ala Islamik sikit, umrah dan haji akan dijadikan umpan untuk menarik pelabur Islam yang baru.

Sejarah Skim Ponzi Dunia

Skim Ponzi yang pertama kalinya wujud didalam dunia ini telah dicatat dalam rekod jenayah adalah diasakan oleh Charles Ponzi yang berasal dari Itali. Sepanjang kerjaya dia sebagai seorang penyangak, beliau telah berjaya menipu  beribu-ribu orang termasuk duit tunai sebanyak USD 10 juta hasil dari penipuan yang dijalankan melalui skim pelaburan yang diasaskanya.

Charlie Ponzi,pengasas kepada sistem Ponzi.Imej dari www.biography.com

Kerana kehebatan dan kelicikanya, nama skim ini telah diabadikan sempena dengan nama beliau kerana skim ini adalah skim yang paling berkesan untuk menipu orang ramai. Maka lahirlah pelbagai konsep penipuan yang dijalankan oleh pihak penyagak hasil dari idea yang diasakan oleh beliau. Di luar negara mahupun dalam negara konsep diguna pakai dalam skim ini adalah hampir sama.

Bagaimana Skim Ponzi Ini Berjalan?

Secara mudahnya, skim Ponzi ini dengan menjanjikan pulangan keuntungan yang tidak masuk akal kepada peserta pelabur. Pelabur baru hedaklah melabur dalam sesuatu syarikat tertentu pada tempoh tertentu. Hasil duit kemasukan dari ahli baru akan digunakan untuk membayar bonus kepada ahli yang lama.

Kebiasaanya peserta yang terawal yang join skim ini akan dapat bayaran balik mengikut apa yang dijanjikan oleh syarikat atau pihak persendirian. Benda ini dilakukan adalah sekadar untuk mengaburi mata peserta yang baru supaya teras kepercayaan dapat dibina di antara penyangak dan peserta baru.

Sejarah Hidup Bernie Madoff

Jika negara kita popular dengan skim pelaburan yang dilakukan oleh Pak Man Telo, di Amerika Syarikat pula  popular dengan penipuan yang dilakukan oleh Bernard Lawrence Madoff. Beliau dilahirkan di kota New York pada 29 April 1938.

Bapanya berasal dari keturunan Yahudi dan merupakan pendatang dari Poland, manakala ibunya yang juga merupakan pendatang yang berasal dari Romania. Bapanya dahulu seorang tukang paip yang miskin sebelum sampai ke kota New York.

Mereka berdua berkahwin pada tahun 1932. Selepas beberapa lama menetap di New York, bapanya mula mengorak langkah dalam pelaburan saham di Wall Street bersama dengan ibunya.

Madoff mendapat pendidikan awalnya di sekolah Far Rockaway High School yang merupakan sebuah sekolah terpilih di kota New York. Selepas itu, beliau meneruskan pengajianya ke University Alabama selama setahun dan bertukar  ke University Hofstra ke peringkat ijazah dalam bidang sains politik pada tahun 1960.

Setahun sebelum beliau dia telah berkahwin dengan Ruth Alpern yang merupakan kawan lamanya dari sekolah menengah .Mereka dikurniakan dua orang anak lelaki hasil daripada perkahwinan ini.

Permulaan Kerjaya Bernie Madoff

Beliau menubuhkan syarikat Bernard L. Madoff Investment Securities bersama dengan isterinya. Dia memulakan syarikat pelaburan menggunakan modal sebanyak USD 5000 hasil daripada simpananya ketika menjadi seorang pengawal pantai dan juga duit yang dipinjamkan oleh mertuanya sebanyak USD50,000.

Madoff sewaktu kemuncak kejayaan syarikatnya.imej dari www.telegraph.co.uk

Syarikat pelaburanya berkembang dengan pesat berbanding dengan pesaingnya kerana berjaya membawa perubahan dalam industri saham dengan mengaplikasi penggunaan komputer semasa urusan jual beli saham yang mana pada ketika itu masih popular beli saham secara manual.

Dia juga merupakan salah seorang arkitek yang memperkenalkan kepada Nasdaq (pasaran saham kedua terbesar di dunia) yang membawa kepada penggunaan sistem elektronik pada sepenuhnya pada dekad 70-an untuk transaksi jual beli saham.

Madof juga pernah menjadi pengerusi Nasdaq pada tahun 1990,1991 dan 1993. Pada zaman kemuncak kegemilangan syarikat pelaburanya, beliau pernah berdagang sebanyak 9% nilai saham NYSE pada dekad 90-an. Satu nilai yang sangat besar dalam industri pelaburan.

Beliau juga terkenal sebagai pelobi ahli politik yang bertanding dalam pilihan raya sejak tahun 1991 dan cenderung untuk menyokong parti Demokrat. Ini adalah bertujuan untuk mengugukuhkan kedudukan dan pengaruhnya di kalangan ahli politik.

Tembelang Madoff Pecah Akhirnya

Bak kata pepatah Melayu,sepandai-pandai tumpai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga. Pada tahun 2008, segala penipuan dan tembelang Madoff selama hampir 50 tahun telah pun terkantoi. Pada tahun tersebut, ekonomi Negara Amerika telah mengalami kegawatan ekonomi yang sangat teruk selepas tahun 1929.

Perkara ini terbongkar apabila Madoff mengumumkan akan memberi bonus kepada pelaburnya lebih awal dari jangkaan dan terdapat pelabur yang panik ingin mengeluarkan duit dari firma pelaburannya sebanyak USD 7 billion dolar. Perbuatan ini mengejutkan anaknya kerana pada kedudukan ekonomi yang semakin tenat, bagaimana bapanya mampu untuk memberi jaminan bonus kepada pelabur.

Akhirnya pada 11 Disember 2008, Madoff telah ditahan diatas pertuduhan menjalankan skim Ponzi yang paling besar dalam sejarah Wall Street iaitu sebanyak USD65 billion. Tangkapan ini dibuat selepas anak bongsunya sendiri yang menghubungi pihak FBI untuk melaporkan tentang jenayah yang dilakukan oleh bapanya.

Madoff mengaku bersalah diatas pertuduhan yang dibaca ke atasnya iatu sebanyak 11 kesalahan. Madoff telah dijatuhkan hukuman penjara selama 150 tahun ketika dia berusia 70 tahun.

Harry Markopolos,orang pertama menyedari tembelang Madoff. Imej dari alchetron.com

Sebelum peristiwa penangkapanya dibuat, terdapat seorang penyiasat telah membongkarkan kegiatan yang dilakukan oleh Madoff ini. Penyiasat tersebut bernama Harry Markopolos. Dia telah mendedahkan penipuan Madoff sebanyak tiga kali dari tahun 2000,2001 dan 2005 kepada pihak berkuasa Amerika, tetapi tetap tidak diendahkan oleh pihak terbabit.

Dia mendapat arahan untuk menyiasat kes ini apabila bos di syarikatnya mengarahkannya untuk menyiasat pelaburan syarikat Madoff kerana keuntungan daripada pelaburan Madoff sangat luar biasa berbanding dengan syarikat pelaburan yang lain

Dia mengambil masa selama empat jam untuk menilai data pelaburan dari syarikat pelaburan Madoff dan mengambil masa lima minit untuk membuat kesimpulan bahawa itu hanyalah sebuah skim Ponzi, bukan pelaburan ke atas syarikat di Wall Street.

Mangsa Penipuan Madoff

Imej dari www.bankrate.com

Mangsa penipuan Madoff adalah terdiri daripada selebriti, pihak bank, dan orang persendirian. Sukar untuk mengatakan tidak kepada Madoff kerana mengikut track rekod palsu yang dicipta oleh beliau menunjukan bahawa beliau adalah seorang pelabur yang sangat hebat di Wall Street

Maka tidak hairanlah orang kenamaan turut serta dalam pelaburan yang dijalankan oleh Madoff. Di antara golongan kenamaan yang terlibat dalam pelaburan ini adalah Steven Spielberg, Kevin Bacon, Kyra Sedgwick, Elie Wiesel, Sandy Koufax, Eric Roth, Larry King, Zsa Zsa Gabor, Jeffrey Katzenberg, John Malkovich dan Eliot Spitzer. Selain itu juga, golongan bilionaire juga tidak terlepas daripada melabur bersama Madoff.

Di antara bilionaire yang telah melabur bersama Madoff adalah Norman Braman, Mort Zuckerman, Liliane Bettencourt, Alicia Koplowitz, David Gottesman dan kesemuanya mengalami nasib yang malang kerana kehilangan semua wang pelaburan setelah melaburkannya ke dalam syarikat Madoff.

Ada di antara mangsa pelaburanya yang telah membunuh diri kerana tidak sanggup menerima hakikat yang mereka telah kehilangan sejumlah wang yang sangat besar ditangan Madoff. Di antaranya adalah Charles W. Murphy, Rene-Thierry Magon de la Villehuchet dan William Foxton.

Kebanyakan mangsa penipuan Madoff ini adalah di kalangan orang berketurunan Yahudi sendiri. Menurut isterinya pula, mereka pernah cuba untuk membunuh diri selepas mengetahui kes jenayah yang dilakukan oleh Madoff dengan menelan pil tidur secara berlebihan, tetapi takdir menetukan bahawa ajal mereka belum sampai lagi untuk meninggal.

Kenapa Penipuan Madoff Sukar Dikesan?

Disebabkan Madoff ini seorang yang sangat licik,segala penipuan yang dilakukan olehnya tidak dapat dihidu oleh pihak berkuasa. Ini kerana Madoff yang merupakan seorang yang sangat berpengaruh di Wall Street dan merupakan perintis dalam gerak kerja pelaburan di dalam pasaran Wall Street. Jadi segala gerak kerja yang dijalan oleh pihak berkuasa dapat dibaca oleh Madoff dengan jelas.

Investigating Dale Cooper GIF by Twin Peaks on Showtime - Find & Share on GIPHY

Imej dari giphy

Susah betol cari temberang Madoff ni

Selain daripada itu, beliau memperkenalkan syarikat pelaburannya kepada pelangan baru melalui mulut ke mulut dan juga mempunyai ramai kenalan di kalangan pihak berkuasa dan salah seorang anak saudaranya telah berkahwin dengan pegawai tinggi yang bekerja dengan pihak berkuasa.

Pembalasan Yang Diterima Oleh Madoff

Selain daripada dihukum penjara selama 150 tahun, Madoff terpaksa berperang dengan jiwanya sendiri. Jiwanya tidak tenang bila mana mengetahui bahawa anak sulung telah membunuh diri dengan cara menggantungkan diri pada tahun kedua ulang tahun penangkapannya.

Sad This Is Too Much GIF - Find & Share on GIPHY

Imej dari giphy

aku dah tak tahannn…

Tindakan itu dibuat kerana tidak sangup menerima tekanan bekas pelabur yang meminta bayaran balik dari apa yang dilaburkan dalam firma pelaburan ayahnya itu, dan namanya masih lagi dalam pemerhatian pihak berkuasa.

Anak bongsunya pula meninggal disebabkan oleh penyakit kanser. Di dalam penjara, dia bangun seawal 4.30 pagi kerana tidak dapat lelapkan mata kerana memikirkan nasib yang menimpa anaknya kerana tindakan yang dilakukanya. Tekanan menghantui hidupnya memikirkan anaknya yang tidak dapat memaafkan perbuatanya itu.

“Kehilangan dua anak kesayangan adalah sesuatu yang sangat pedih bagi saya berbanding dengan hukuman kesalahan menipu orang ramai”-Bernie Madoff dipetik dari dailymail.co.uk

Selain itu juga, dia mendapat balasan dengan serangan jantung dan kegagalan buah pinggang dan dia mendakwa tidak mendapat rawatan dialisis yang sepatunya diperlukan oleh beliau. Dia juga mendapat bayaran sebanyak USD 40 sebulan hasil dari kerja yang dilakukanya di penjara.

Penubuhan Yayasan Pembayaran Balik

Setelah temberang Madoff berjaya dibongkar, pihak kerajaan Amerika telah menubuhkan satu yayasan untuk memulangkan balik duit yang diambil oleh Madoff. Yayasan ini ditubuhkan oleh pihak berkuasa yang diketuai oleh peguam yang berpengalaman sebagai pengerusi yayasan tersebut.

Yayasan ini akan megambil masa yang lama untuk memulangkan jumlah duit yang telah ditipu oleh Madoff memandangkan jumlah duit yang ditipu itu terlalu besar. Setakat ini jumlah dari yayasan terkumpul adalah sebanyak USD 12 bilion dan wang yang telah dikembalikan kepada mangsa adalah sebanyak USD 9 billion.

Kehidupan Ahli Keluarga Madoff Selepas Hampir Satu Dekad Beliau Dipenjarakan

Tahun hadapan genaplah satu dekad Madoff berada didalam penjara.Memandangkan Madoff hanya mempunyai dua orang anak dan seorang isteri, dia telah pun kehilangan 50% ahli keluarganya kerana kedua-dua anak lelakinya telah pun meninggal dunia.

“Segala penipuan yang dilakukan oleh bapa saya telah membunuh anaknya secara pantas, iaitu abang saya yang mati membunuh diri dan membunuh saya secara perlahan memandangkan kanser saya semakin merebak”-Andrew Madoff petikan dari dailymail.co.uk

Ruth Madoff isteri kepada Bernie Madoff. Imej dari www.slate.com

Isterinya pula dilihat hidup seperti kebanyakan wanita Amerika dengan memandu kereta Toyota prius dan hanya membeli perabut di gedung Ikea yang mana sebelum ini dia hidup dalam kemewahan hasil dari penipuan yang dilakukan oleh suaminya.

Pesanan Bernie Madoff Kepada Para Pelabur

Madoff yang kini meringkuk didalam penjara dan dijadualkan bebas pada 4 November 2139 sempat berpesan kepada semua pelabur di luar sana supaya tidak melabur dalam mana skim yang mereka sendiri tidak faham akan perniagaan yang dijalankan oleh syarikat terbabit.

Selain itu juga, nasihatnya lagi jika kita tidak berasa selamat atau ragu dengan duit pelaburan kita, segeralah keluarkan duit itu dari syarikat pelaburan dan untuk lebih selamat lagi, setiap dua tahun sekali, kita perlu keluarkan duit dari syarikat pelaburan yang kita labur untuk memastikan syarikat itu adalah sah di sisi undang-undang.

The Wizard of Lies, kisah perjalanan hidup Madoff. imej dari www.imdb.com

Kisah perjalanan hidupnya juga telah diabadikan dalam drama oleh saluran telivisyen berbayar HBO di mana wataknya dilakonkan oleh Robert De Niro. Kalau korang ada masa bolehlah layan cerita ni untuk mengetahui taktik penipuan yang dilakukannya selama hampir 50 tahun dalam industri pelaburan di Wall Street.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Jangan Main Beli Saham, Ikuti 7 Langkah Membaca Carta Seperti Pelabur Berpengalaman

Apabila seseorang mula berjinak-jinak dengan pelaburan saham, soalan yang sering bermain di fikiran ialah, “Saham apa yang patut saya beli?”

Ramai pelabur baru akan mencari cadangan saham daripada rakan, mengikuti “buy call” di media sosial atau membeli saham yang sedang menjadi bualan ramai. Ada juga yang membeli hanya kerana harga saham tersebut kelihatan murah.

Malangnya, pendekatan sebegini sering menyebabkan pelabur terperangkap membeli saham pada waktu yang tidak sesuai. Walaupun syarikat tersebut mempunyai asas perniagaan yang baik, membeli pada harga yang terlalu tinggi boleh menyebabkan pelaburan mengambil masa yang lama untuk memberikan pulangan.

Di sinilah pentingnya analisis teknikal.

Analisis teknikal tidak memberitahu kita syarikat mana yang paling bagus, tetapi ia membantu mengenal pasti bilakah masa yang lebih sesuai untuk membeli atau menjual sesuatu saham berdasarkan pergerakan harga dan tingkah laku pasaran.

Apa Itu Analisis Teknikal?

Analisis teknikal ialah kaedah mengkaji pergerakan harga dan volum dagangan bagi meramal kebarangkalian arah pergerakan harga pada masa hadapan.

Berbeza dengan analisis fundamental yang memberi tumpuan kepada prestasi kewangan syarikat, analisis teknikal lebih menekankan kepada tingkah laku pasaran.

Ia dibina atas tiga prinsip utama:

  • Semua maklumat telah diterjemahkan ke dalam harga saham.
  • Harga bergerak mengikut trend.
  • Corak harga cenderung berulang kerana emosi manusia seperti tamak dan takut sentiasa wujud dalam pasaran.

Oleh sebab itu, carta harga menjadi “bahasa” utama bagi pelabur teknikal.

Mengapa Pelabur Perlu Melihat Carta?

Bayangkan dua pelabur membeli saham syarikat yang sama. Pelabur pertama membeli ketika harga sedang meningkat secara sihat. Pelabur kedua pula membeli ketika harga sedang jatuh tanpa henti.

Walaupun mereka membeli saham yang sama, keputusan pelaburan mungkin sangat berbeza hanya kerana masa pembelian yang berbeza. Carta membantu pelabur mengenal pasti sama ada sesuatu saham sedang berada dalam keadaan:

  • semakin kuat,
  • semakin lemah,
  • atau masih belum menunjukkan arah yang jelas.

Dengan memahami carta, pelabur dapat mengurangkan risiko membeli pada waktu yang salah

Langkah 1: Kenal Pasti Trend Saham

Perkara pertama yang perlu dilihat ialah arah aliran harga atau trend. Secara umum, terdapat tiga jenis trend.

  • Uptrend

Harga bergerak membentuk higher high dan higher low. Ini menunjukkan pembeli menguasai pasaran dan permintaan masih tinggi. Dalam keadaan ini, kebanyakan pelabur teknikal lebih cenderung mencari peluang untuk membeli.

  • Downtrend

Harga membentuk lower high dan lower low. Ini menunjukkan tekanan jualan masih mendominasi pasaran. Ramai pelabur baru melakukan kesilapan membeli hanya kerana harga kelihatan murah sedangkan trend penurunan masih belum berakhir.

Pepatah dalam pelaburan sering menyebut:

“Trend is your friend.”

Maksudnya, lebih selamat berdagang mengikut arah aliran berbanding melawannya.

  • Sideways

Kadangkala harga tidak naik dan tidak juga turun. Sebaliknya, ia bergerak dalam satu julat tertentu untuk tempoh yang lama. Keadaan ini dikenali sebagai sideways atau mendatar. Dalam situasi ini, pasaran sedang menunggu pemangkin baharu seperti laporan kewangan, keputusan ekonomi atau berita korporat.

Langkah 2: Lukis Trendline

Selepas mengenal pasti trend, langkah seterusnya ialah melukis trendline. Trendline membantu pelabur melihat arah aliran harga dengan lebih jelas. Dalam uptrend, trendline dilukis di bawah harga sebagai sokongan.

Dalam downtrend, trendline dilukis di atas harga sebagai rintangan. Jika harga masih menghormati trendline tersebut, kebarangkalian trend berterusan adalah lebih tinggi. Sebaliknya, jika trendline ditembusi dengan jelas, ia mungkin menjadi petanda bahawa trend sedang berubah.

Langkah 3: Kenal Pasti Paras Support dan Resistance

Support dan resistance merupakan antara konsep paling asas dalam analisis teknikal.

  • Support

Support ialah kawasan harga di mana pembeli mula memasuki pasaran sehingga harga berhenti jatuh. Ia boleh dianggap sebagai “lantai” kepada harga saham.

Sebagai contoh:

Jika sesuatu saham beberapa kali melantun apabila mencecah RM1.50, maka RM1.50 boleh dianggap sebagai paras support.

  • Resistance

Resistance pula ialah kawasan di mana tekanan jualan mula meningkat. Harga sering menghadapi kesukaran untuk melepasi kawasan ini.

Jika saham berkali-kali gagal melepasi RM3.00, maka RM3.00 merupakan resistance. Namun, apabila resistance berjaya ditembusi dengan volum yang tinggi, ia sering menjadi petanda bahawa momentum kenaikan masih kukuh.

Langkah 4: Perhatikan Volum Dagangan

Harga tanpa volum ibarat sebuah kereta yang bergerak tanpa enjin. Volum menunjukkan berapa banyak saham yang diperdagangkan dalam sesuatu tempoh.

Bayangkan dua situasi berikut.

  • Situasi Pertama

Harga naik 8%. Tetapi hanya sedikit pelabur yang membeli.

  • Situasi Kedua

Harga naik 8%. Pada masa yang sama, jumlah dagangan meningkat dua atau tiga kali ganda daripada kebiasaan.

Situasi kedua biasanya lebih diyakini kerana menunjukkan ramai pelabur bersetuju dengan kenaikan tersebut. Oleh itu, pelabur teknikal sentiasa melihat harga bersama volum.

Langkah 5: Gunakan Moving Average

Moving Average (MA) ialah indikator yang membantu mengenal pasti arah aliran harga dengan lebih jelas.

Antara yang paling popular ialah:

  • MA20
  • MA50
  • MA100
  • MA200

Jika harga berada di atas MA50 dan MA200, kebanyakan pelabur menganggap saham tersebut masih berada dalam trend menaik.

Sebaliknya, jika harga berada di bawah kedua-dua garisan tersebut, trend masih dianggap lemah. Moving Average juga sering bertindak sebagai kawasan sokongan atau rintangan dinamik.

Langkah 6: Cari Corak Carta

Pergerakan harga sering membentuk corak tertentu. Antara corak yang biasa digunakan ialah:

Double Bottom

Menunjukkan kemungkinan harga akan berubah daripada downtrend kepada uptrend.

Double Top

Memberi isyarat bahawa momentum kenaikan semakin lemah.

Cup and Handle

Corak yang sering dikaitkan dengan potensi sambungan trend menaik.

Ascending Triangle

Menunjukkan tekanan belian semakin kuat dan berpotensi menghasilkan penembusan harga.

Walaupun corak-corak ini sering digunakan oleh pelabur teknikal, ia bukan jaminan bahawa harga akan bergerak seperti yang dijangkakan. Sebaliknya, ia hanya meningkatkan kebarangkalian sesuatu senario berlaku.

Langkah 7: Tunggu Pengesahan Sebelum Membeli

Kesilapan paling biasa dilakukan oleh pelabur baru ialah membeli terlalu awal. Mereka melihat harga sudah jatuh banyak lalu menganggap ia pasti akan naik semula. Hakikatnya, harga boleh terus jatuh.

Pelabur yang lebih berdisiplin akan menunggu pengesahan seperti:

  • harga berjaya melepasi resistance,
  • volum dagangan meningkat,
  • terbentuk higher high dan higher low,
  • atau muncul corak pembalikan yang jelas.

Pendekatan ini membantu mengurangkan risiko membeli saham yang masih belum menunjukkan tanda pemulihan.

Jangan Lupakan Pengurusan Risiko

Walaupun analisis teknikal membantu mencari peluang, tiada kaedah yang mempunyai kadar ketepatan 100%. Oleh itu, setiap pelabur perlu mempunyai pelan pengurusan risiko.

Antaranya:

  • Menetapkan paras cut loss sebelum membeli.
  • Menentukan sasaran keuntungan.
  • Tidak mempertaruhkan keseluruhan modal pada satu saham.
  • Mengawal emosi apabila pasaran bergerak bertentangan dengan jangkaan.

Ramai pelabur gagal bukan kerana tidak tahu membaca carta, tetapi kerana gagal mengawal risiko.

Fundamental dan Teknikal: Mana Satu Lebih Penting?

Persoalan ini sering ditanya oleh pelabur baru. Hakikatnya, kedua-duanya saling melengkapi. Analisis fundamental membantu pelabur menjawab soalan:

“Saham syarikat mana yang berkualiti untuk dimiliki?”

Manakala analisis teknikal membantu menjawab:

“Bilakah masa yang lebih sesuai untuk membeli atau menjual saham tersebut?”

Sebab itu ramai pelabur berpengalaman menggunakan kedua-dua pendekatan serentak. Mereka memilih syarikat yang mempunyai asas perniagaan kukuh melalui analisis fundamental, kemudian menggunakan carta harga untuk menentukan titik kemasukan dan keluar yang lebih baik

Kesimpulan

Membaca carta bukan sekadar melihat sama ada harga saham sedang naik atau turun. Ia adalah proses memahami bagaimana pasaran bertindak balas terhadap permintaan, penawaran dan psikologi pelabur.

Dengan mengenal pasti trend, memahami support dan resistance, memerhati volum dagangan serta menunggu isyarat yang lebih meyakinkan, pelabur dapat membuat keputusan yang lebih sistematik dan mengurangkan risiko membeli pada waktu yang tidak sesuai.

Walau bagaimanapun, analisis teknikal bukanlah alat untuk meramal masa depan dengan tepat. Sebaliknya, ia membantu meningkatkan kebarangkalian membuat keputusan yang lebih baik berdasarkan data yang tersedia.

Dalam dunia pelaburan, kejayaan bukan datang daripada meneka setiap pergerakan harga, tetapi daripada memiliki proses yang konsisten, disiplin yang tinggi dan kesabaran untuk menunggu peluang yang benar-benar berkualiti.