YourBestLife: Program Ubah-kehidupan Bawa Tujuh Individu Keliling Dunia selama Setengah Tahun Dengan Semua Perbelanjaan Ditanggung dan Tambahan $1500 Sebulan

LISBON, 26 Februari 2019 /PRNewswire/ —

Program latihan baharu dan inovatif mengundang golongan belia untuk mengembara bagi meneroka pembangunan peribadi dan profesional. Pertubuhan YourBestLife percaya bahawa interaksi budaya dan pembelajaran bersama merupakan cara-cara untuk membangunkan kemahiran yang semakin penting untuk syarikat-syarikat sambil aktif menyumbang kepada dunia yang lebih baik. Permohonan dibuka sehingga November 2019 di http://www.yourbestlife.io. 

Membangunkan kecekapan interpersonal, memberi impak kepada masyarakat dan menginspirasi dengan kisah-kisah dan tindakan-tindakan merupakan misi YourBestLife, program yang membawa tujuh peserta mengelilingi 10 negara di empat benua berbeza sepanjang tempoh enam bulan. Tunjang program ini (1. Kekitaan & Keseronokan, 2. Impak Sosial, 3. Kerjaya Hayat) akan membimbing aktiviti-aktiviti, termasuk libur, sukarela dan pembelajaran.

Menyedari faedah-faedah mengembara, matlamat program adalah untuk memberi lebih ramai orang dengan peluang untuk memperoleh pengetahuan yang didapati terus daripada pengalaman antara budaya, menyumbang kepada pembangunan diri sebagai seorang manusia yang terwujud sepenuhnya dan sebagai penduduk muka bumi. Untuk peluang ini, semua perbelanjaan ditanggung-termasuk penerbangan, makanan, penginapan, insurans dan aktiviti-selain $1,500 sebulan untuk setiap peserta sebagai tambahan.

Program ini bertujuan untuk menjadi langkah permulaan kepada gerakan “memanusiakan manusia”, dijayakan oleh orang ramai yang ingin membawa dunia lebih erat bersama-sama dengan menyumbang menerusi tindakan secara besar atau kecil, dilaksanakan dengan cara yang bukan invasif dan bertoleransi, disepadukan dengan masyarakat setempat. Gerakan ini ditonjolkan oleh tunjang program Impak Sosial, yang menumpu pada tiga cabaran global: pemeliharaan alam sekitar, perlindungan terhadap hidupan liar dan keusahawanan sosial.

Peserta-peserta dalam program sulung ini merupakan penduduk dunia yang berusia antara 18-35 tahun, setiap seorang mempunyai profil yang berbeza dan saling melengkapi: pengembara, tidak pernah mengembara, pengembara penuh cabaran, komunikator, penglipur lara, penulis dan pencetus perubahan. Negara-negara destinasi-Costa Rica, Peru, Afrika Selatan, Reunion Island, India, Bhutan, Myanmar, Indonesia, Ireland dan Portugal-dipilih bagi menawarkan wawasan global dari segi tempat, iklim, budaya dan perubahan.

Proses pemilihan dijalankan oleh Randstad Portugal, sebuah syarikat sumber manusia multinasional yang diiktiraf, yang menjamin ketepatan pemilihan peserta. Randstad Portugal ialah salah satu rakan kongsi utama projek ini, sama seperti Sony, Skyhour dan WeChangers. WeChangers ialah syarikat baharu tindakan sosial yang akan memilih 25 badan amal tempatan untuk disokong oleh program ini, melalui sumbangan kewangan dan kerja sukarela oleh peserta-peserta.

Manifesto: https://www.yourbestlife.io/#video

Sumber: YourBestLife

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

ANTA kini pemegang saham terbesar PUMA

HONG KONG, 8 Oktober 2026 — ANTA Sports Products Limited, kumpulan pakaian sukan pelbagai jenama terkemuka dunia (“ANTA Sports”, kod saham: 2020 (kaunter HKD) dan 82020 (kaunter RMB), serta anak-anak syarikatnya secara kolektif disebut sebagai “ANTA Group” atau “Kumpulan”), hari ini mengumumkan penyelesaian pemerolehan 29.06% kepentingan dalam PUMA SE daripada Artémis SAS, syarikat pelaburan keluarga Pinault, dengan bayaran tunai sebanyak EUR 1,505.5 juta. Susulan penerimaan semua kelulusan kawal selia yang berkaitan dan pemenuhan syarat penutupan lazim, ANTA Sports kini merupakan pemegang saham terbesar PUMA.

Bagi ANTA Sports, pelaburan ini menandakan pencapaian penting dalam pelaksanaan strategi “fokus tunggal, pelbagai jenama, globalisasi” dan memperkukuh profil antarabangsa, jangkauan serta daya saing Kumpulan dalam pasaran barangan sukan global. ANTA Sports akan membawa kepada PUMA kepakaran yang telah dibangunkan Kumpulan merentasi pelbagai jenama selama bertahun-tahun, termasuk keupayaan dalam pengurusan, peruncitan dan integrasi sumber global.

Ding Shizhong, Pengerusi Lembaga ANTA Sports, berkata: “Kami amat berbesar hati untuk menjadi pemegang saham terbesar PUMA dan rakan strategik jangka panjang. Pasaran barangan sukan global terus menawarkan peluang pertumbuhan yang besar apabila semakin ramai orang mengamalkan gaya hidup aktif dan meningkatkan penyertaan mereka dalam sukan. ANTA Sports telah membina kejayaannya berasaskan strategi pelbagai jenama. Kami percaya nilai sebuah kumpulan pelbagai jenama terletak pada keupayaannya membantu setiap jenama merealisasikan potensi sepenuhnya dengan memanfaatkan keupayaan dan sumber kumpulan yang lebih luas. PUMA mempunyai warisan yang kaya dan nilai asas jenama yang kukuh. Kami yakin terhadap pasukan pengurusannya dan menyokong transformasi strategik yang sedang dilaksanakan. Sebagai pemegang saham jangka panjang, kami berharap dapat berkongsi pengalaman dan keupayaan kami, khususnya dalam bidang peruncitan dan operasi, sambil menghormati kebebasan serta identiti jenama PUMA. Aspirasi kami adalah untuk menyokong PUMA dalam merealisasikan potensi sepenuhnya dan mewujudkan nilai berkekalan untuk pengguna di seluruh dunia.”

“PUMA telah membina salah satu jenama sukan paling dikenali di dunia, dengan warisan yang kaya, kredibiliti sukan yang kukuh, jejak global, inovasi terkemuka dan rakan kongsi yang kukuh. Kami mengalu-alukan ANTA Sports sebagai pemegang saham terbesar PUMA dan melihat komitmen jangka panjangnya sebagai undi keyakinan yang kukuh terhadap strategi, pasukan pengurusan dan masa hadapan kami,” kata Arthur Hoeld, Ketua Pegawai Eksekutif PUMA SE. “Kami berharap dapat membina hubungan yang membuahkan hasil dan meneroka bidang yang membolehkan kekuatan masing-masing mewujudkan nilai mampan untuk PUMA dan para pemegang sahamnya dalam perjalanan kami untuk menjadi antara 3 jenama sukan global teratas.”

ANTA Sports menghormati sepenuhnya warisan sukan PUMA, identiti jenama dan budaya korporatnya yang tersendiri, serta tadbir urus bebas dan autonomi jenamanya. Seperti yang diumumkan sebelum ini, Kumpulan akan mendapatkan perwakilan yang sewajarnya dalam Lembaga Penyeliaan PUMA. Kumpulan pada masa ini tidak mempunyai rancangan untuk membuat tawaran pengambilalihan bagi PUMA.