Haier bakal Perkenal Penyelesaian Kediaman Pintar 7-Jenama untuk Pengguna Global Sesuaikan Kehidupan Pintar

SHANGHAI, 12 Mac 2019 /PRNewswire/ — Jenama perkakas rumah No. 1 di dunia, Haier Home Appliance, selanjutnya dirujuk sebagai “Haier”, bakal memperkenalkan Penyelesaian Kediaman Pintar berbilang jenamanya yang dikhususkan untuk meningkatkan kemudahan kehidupan pintar di Ekspo Dunia Perkakas & Barangan Eletktronik 2019 (AWE 2019) di Shanghai, China.

Menerusi portfolio dinamik melibatkan jenama-jenama global, Haier menyelaraskan pembangunan 7 jenamanya bagi membawakan Penyelesaian Kediaman Pintar yang meliputi empat senario kehidupan rumah sepenuhnya, iaitu bilik tidur pintar, bilik mandi pintar, ruang tamu pintar dan dapur pintar. Di peringkat global, Haier, Casarte, Leader, GE Appliances, Fisher & Paykel, AQUA dan Candy, setiap satunya melayani segmen pengguna dan gaya hidup yang berbeza.

“Sejak 34 tahun yang lalu, Haier berubah daripada jenama perkakas rumah utama, dengan catatan rekod 10 tahun berturut-turut untuk jualan yang utama di dunia, kepada jenama ekosistem kediaman pintar yang berpandangan ke hadapan,” kata Wang Ye, Naib Presiden dan Pengurus Besar Kediaman Pintar bagi Haier Home Appliance Industry Group. “Tatkala industri perkakas rumah global menembusi era kediaman pintar, Haier hadir dan sedia menemani pelanggan di seluruh dunia semasa mereka meneroka kemungkinan kediaman pintar yang baru ditemui.”

Penyelesaian Kediaman Pintar Haier, yang akan dipamerkan di Dewan N5, memaparkan pencapaian yang berikut dalam teknologi kediaman pintar:

  • Set kediaman pintar lengkap pertama dalam industri: Meliputi empat ruang utama dan tujuh bilik penyelesaian, Penyelesaian Kediaman Pintar rintis Haier dijayakan oleh banyak produk kediaman pintar daripada tujuh jenamanya, yang dapat digunakan bersama-sama oleh pengguna global untuk memenuhi keperluan makanan, pakaian, kehidupan dan hiburan mereka.
  • Peneraju dalam penyesuaian: Ketika banyak pengusaha industri menumpu pada model-model standard, Haier membawakan kemungkinan kepada pengguna untuk menyesuaikan produk dan penyelesaian, selain merealisasikan intelligentization dan menaik taraf mengikut tingkah laku dan keperluan sebenar mereka, pada bila-bila masa.  
  • Gaya hidup pintar dan lancar: Lebih daripada sekadar perkakasan, Haier membawakan gaya hidup didayakan Internet. Dari segi membasuh pakaian, Haier bukan sahaja menyediakan mesin basuh, tetapi dapat mengurus sepenuhnya pembasuhan, perlindungan, penyimpanan, perpasangan pakaian dan pembelian hasil daripada platform pemasaran pakaian pintar yang memantau seluruh kitar hayat pakaian. Sementara itu, ekosistem makanan Haier menggabungkan lebih 200 sumber merentas 7 kategori termasuk makanan, hiburan, ladang dan pakar pemakanan, seraya membolehkannya mengurus pembelian, penyimpanan, memasak, membersih dan menjaga kesihatan untuk keluarga di mana-mana jua.
  • Tahap kepintaran dan interkomunikasi baharu: Meskipun industri ini dipenuhi peranti kawalan suara dan pengaktifan pasif, segelintir daripadanya dapat disalingkaitkan. Haier bukan sahaja menawarkan peranti aktif, tetapi ia boleh disalingkaitkan dan disalinghubungkan. Di AWE 2019, produk-produk termasuk pembesar suara pintar yang hanya menggunakan satu perkataan untuk mengawal semua peranti kediaman pintar dan penyaman udara yang dapat mengesan dan menentukan persekitaran bagi menyelaraskan suhu sewajarnya.

Sumber: Haier Home Appliances

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Cabaran RIFAR Yang Diterajui Belia Oleh SC Untuk Memacu Kesedaran Dan Inovasi Bagi Sungai-Sungai Di Malaysia

Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) hari ini melancarkan River Flooding Adaptation & Resilience (RIFAR) Challenge untuk memperkasakan golongan muda supaya menyumbang idea dan tindakan yang dapat memperkukuh ketahanan sungai-sungai di Malaysia.

Inisiatif ini merupakan kerjasama dengan rakan strategik dalam penglibatan universiti, pelaksanaan dunia sebenar langkah mitigasi banjir dan kepakaran teknikal dalam ketahanan serta kelestarian sungai. Rakan-rakan tersebut ialah:

  1. ICAEW Malaysia
  2. Lembaga Urus Air Selangor (LUAS)
  3. Landasan Lumayan Sdn Bhd (LLSB) – pemaju induk projek Selangor Maritime Gateway (SMG)
  4. Jeffrey Sachs Center on Sustainable Development (JSC)

Pertandingan seluruh negara ini menjemput pelajar universiti untuk membantu menangani ancaman banjir sungai yang semakin meningkat melalui dua kategori berbeza:
▪ The Sprint: Laluan kesedaran yang memfokuskan komunikasi kreatif, bagi meningkatkan kesedaran awam dan tindakan komuniti mengenai kesihatan sungai di Malaysia.
▪ The Marathon: Laluan inovasi pelbagai disiplin di mana pasukan membangunkan intervensi mitigasi banjir untuk Taman Sri Muda. Penyelesaian menggabungkan konsep kejuruteraan dengan pelan pembiayaan pasaran modal serta manfaat sampingan iklim yang boleh diukur, seperti tenaga boleh diperbaharui.

RIFAR merupakan sebahagian daripada inisiatif Transition, Resilience & Adaptation in Capital Markets (TRAC) oleh SC. Ia selaras dengan objektif lebih luas SC untuk memperkukuh peranan pasaran modal dalam menggerakkan pembiayaan bagi peralihan iklim, adaptasi dan ketahanan, seperti yang digariskan dalam Capital Market Masterplan 2026-2030.

RIFAR ialah cabaran adaptasi dan ketahanan iklim kedua SC, meneruskan kejayaan besar Coastal Flooding Adaptation & Resilience (COFAR) Challenge yang diadakan pada 2025. Inisiatif ini melibatkan 220 pelajar dari 29 universiti untuk membangunkan penyelesaian adaptasi bagi Pulau Carey, Selangor.

Bercakap semasa webinar pelancaran RIFAR Challenge, Pengerusi SC Dato’ Mohammad Faiz Azmi berkata sungai berada di pusat cabaran adaptasi iklim Malaysia.

“Sungai ialah sistem peredaran negara ini, membekalkan 80% bekalan air mentah negara dan mengalir melalui koridor ekonomi paling penting kita.”

“Pasaran modal menilai idea yang bukan sahaja kukuh dari segi teknikal tetapi juga berdaya maju dari segi kewangan. Selepas kejayaan COFAR, kami yakin pelajar universiti Malaysia boleh menyumbang kepada penyelesaian bersepadu yang diperlukan untuk lembangan sungai kita,” katanya.

RIFAR Challenge menawarkan jumlah hadiah wang tunai RM50,000 untuk kategori Marathon dan RM7,000 untuk Sprint. Pertandingan ini terbuka kepada pelajar dari semua universiti awam dan swasta di Malaysia, serta rakyat Malaysia yang belajar di universiti luar negara.

Untuk maklumat lanjut dan pendaftaran, layari: www.sc.com.my/trac/rifar-challenge
Pendaftaran ditutup pada 12 Mei 2026.