Permintaan Pengguna Dorong Produk Ayam Dan Telur Certified Humane® Pertama Dan Dijual di Asia Tenggara

MIDDLEBURG, Virginia, 1 April 2019 /PRNewswire/ — Tiga buah ladang Asia Tenggara telah memperoleh designasi Certified Humane® daripada Humane Farm Animal Care (HFAC), program pensijilan bukan berasaskan keuntungan peringkat antarabangsa yang misinya adalah untuk menambah baik kehidupan ternakan ladang dalam aspek pengeluaran makanan. Ladang-ladang ini terletak di Malaysia dan Singapura:

  • Toh Thye San Farm, dari Johor, Malaysia telah mengesahkan pengeluaran ayam-ayam GG French Poulet yang dijual kebanyakannya kepada pengguna di Singapura.
  • Liang Kee Farming, sejam perjalanan ke Utara Kuala Lumpur telah mengesahkan telur ternak lepasnya dan
  • Chew´s Agriculture, dari Singapura, telah mengesahkan reban ayam bertelur tanpa kurungannya.

Ladang-ladang berkenaan merupakan antara pengeluar dan peladang terbaharu yang menyertai program Certified Humane®, yang memerlukan peladang mematuhi Piawaian Penjagaan Haiwan HFAC dan menjalani pemeriksaan oleh pihak ketiga bagi mengesahkan pematuhan untuk pengguna.

Antara hal-hal lain, Piawaian Penjagaan Haiwan HFAC menghendaki agar:

  • Ternakan ladang diberi makanan berkhasiat tanpa antibiotik, penggalak tumbesaran dan produk sampingan haiwan,
  • Menerima tempat perlindungan yang sesuai, kawasan beristirehat dan ruang yang mencukupi untuk menyokong tabiat semula jadi

Sama seperti setiap haiwan lain, ternakan ladang, termasuk ayam mahupun ayam bertelur, berhak agar keperluan emosi dan fizikal dipenuhi dan dibesarkan dengan cara yang membolehkan haiwan berkenaan menunjukkan tabiat semula jadi sepanjang hayatnya.

HFAC berusaha menambah baik kehidupan ternakan ladang dengan mendorong permintaan pengguna terhadap amalan-amalan ternakan ladang yang lebih baik dan lebih bertanggungjawab.

“Dengan adanya label Certified Humane® pada bungkusan produk-produk haiwan, pengguna di Asia Tenggara akhirnya mempunyai pilihan dan membeli produk-produk dari ladang-ladang yang mengambil berat tentang cara ternakan ladang mereka dibesarkan,” kata Luiz Mazzon, Pengarah HFAC yang bertanggungjawab untuk operasi-operasi serantau. “Dengan pasukan baharu kami yang terdiri daripada pemeriksa-pemeriksa tempatan, kami berupaya menjalankan pemeriksaan di ladang-ladang dari Thailand, Malaysia, Singapura, Indonesia, Vietnam dan semua negara-negara jiran,” kata Luiz.

Produk-produk Certified Humane® kini disediakan di 55,000 kedai di banyak negara, termasuk AS, Argentina, Australia, Brazil, Kanada, Chile, Colombia, Mexico, New Zealand, Peru dan kini Singapura serta Malaysia.

Sejak HFAC dilancarkan pada bulan Mei 2003, lebih 200 syarikat, yang mewakili 6,000 ladang dan 1 bilion ternakan ladang menyertai program tersebut. Disokong oleh lebih 70 persatuan kebajikan haiwan dan berperikemanusiaan, program Certified Humane® dikenali di seluruh dunia kerana mengesahkan kebajikan ternakan ladang, bermula sejak lahir hinggalah ketika disembelih.

Untuk maklumat lanjut tentang HFAC dan label Certified Humane®, kunjungi www.certifiedhumane.org.

Sumber: Humane Farm Animal Care’s Certified Humane® Program

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

ANTA kini pemegang saham terbesar PUMA

HONG KONG, 8 Oktober 2026 — ANTA Sports Products Limited, kumpulan pakaian sukan pelbagai jenama terkemuka dunia (“ANTA Sports”, kod saham: 2020 (kaunter HKD) dan 82020 (kaunter RMB), serta anak-anak syarikatnya secara kolektif disebut sebagai “ANTA Group” atau “Kumpulan”), hari ini mengumumkan penyelesaian pemerolehan 29.06% kepentingan dalam PUMA SE daripada Artémis SAS, syarikat pelaburan keluarga Pinault, dengan bayaran tunai sebanyak EUR 1,505.5 juta. Susulan penerimaan semua kelulusan kawal selia yang berkaitan dan pemenuhan syarat penutupan lazim, ANTA Sports kini merupakan pemegang saham terbesar PUMA.

Bagi ANTA Sports, pelaburan ini menandakan pencapaian penting dalam pelaksanaan strategi “fokus tunggal, pelbagai jenama, globalisasi” dan memperkukuh profil antarabangsa, jangkauan serta daya saing Kumpulan dalam pasaran barangan sukan global. ANTA Sports akan membawa kepada PUMA kepakaran yang telah dibangunkan Kumpulan merentasi pelbagai jenama selama bertahun-tahun, termasuk keupayaan dalam pengurusan, peruncitan dan integrasi sumber global.

Ding Shizhong, Pengerusi Lembaga ANTA Sports, berkata: “Kami amat berbesar hati untuk menjadi pemegang saham terbesar PUMA dan rakan strategik jangka panjang. Pasaran barangan sukan global terus menawarkan peluang pertumbuhan yang besar apabila semakin ramai orang mengamalkan gaya hidup aktif dan meningkatkan penyertaan mereka dalam sukan. ANTA Sports telah membina kejayaannya berasaskan strategi pelbagai jenama. Kami percaya nilai sebuah kumpulan pelbagai jenama terletak pada keupayaannya membantu setiap jenama merealisasikan potensi sepenuhnya dengan memanfaatkan keupayaan dan sumber kumpulan yang lebih luas. PUMA mempunyai warisan yang kaya dan nilai asas jenama yang kukuh. Kami yakin terhadap pasukan pengurusannya dan menyokong transformasi strategik yang sedang dilaksanakan. Sebagai pemegang saham jangka panjang, kami berharap dapat berkongsi pengalaman dan keupayaan kami, khususnya dalam bidang peruncitan dan operasi, sambil menghormati kebebasan serta identiti jenama PUMA. Aspirasi kami adalah untuk menyokong PUMA dalam merealisasikan potensi sepenuhnya dan mewujudkan nilai berkekalan untuk pengguna di seluruh dunia.”

“PUMA telah membina salah satu jenama sukan paling dikenali di dunia, dengan warisan yang kaya, kredibiliti sukan yang kukuh, jejak global, inovasi terkemuka dan rakan kongsi yang kukuh. Kami mengalu-alukan ANTA Sports sebagai pemegang saham terbesar PUMA dan melihat komitmen jangka panjangnya sebagai undi keyakinan yang kukuh terhadap strategi, pasukan pengurusan dan masa hadapan kami,” kata Arthur Hoeld, Ketua Pegawai Eksekutif PUMA SE. “Kami berharap dapat membina hubungan yang membuahkan hasil dan meneroka bidang yang membolehkan kekuatan masing-masing mewujudkan nilai mampan untuk PUMA dan para pemegang sahamnya dalam perjalanan kami untuk menjadi antara 3 jenama sukan global teratas.”

ANTA Sports menghormati sepenuhnya warisan sukan PUMA, identiti jenama dan budaya korporatnya yang tersendiri, serta tadbir urus bebas dan autonomi jenamanya. Seperti yang diumumkan sebelum ini, Kumpulan akan mendapatkan perwakilan yang sewajarnya dalam Lembaga Penyeliaan PUMA. Kumpulan pada masa ini tidak mempunyai rancangan untuk membuat tawaran pengambilalihan bagi PUMA.