Ekonomi Gawat, IPT Pun Terkena Tempias

Baru-baru ini kita dikejutkan dengan pemberhentian kerja pensyarah oleh Kementerian Pendidikan Tinggi sepertimana yang dinyatakan oleh Kongres Persatuan Akademik Malaysia.

Kredit: https://www.bharian.com.my

Pada mulanya, kita dikejutkan dengan seramai 6,000 orang pensyarah yang diberhentikan; tetapi kemudiannya ia disangkal dan jumlahnya sekadar 2,000 orang. Jumlah ini termasuk mereka yang ditamatkan kontrak dan mereka yang pencen.

Siapa Kata Ekonomi Malaysia Tak Gawat?

Sudah terang lagi bersuluh, sehinggakan ia memberi kesan kepada orang ramai dengan peningkatan kos sara hidup. Bukan itu sahaja, kita sangkakan sektor pendidikan terselamat sebab ianya merupakan di antara penerima besar Belanjawan Malaysia saban tahun.

JabatanBelanjawan 2016Ucapan Belanjawan 2017Perbezaan
Jabatan Perkhidmatan AwamRM1,661 jutaRM1,600 juta– RM61 juta (-3.7%)
Kementerian Pendidikan TinggiRM251 milRM250 mil– RM1 juta (-0.4%)
Kementerian KesihatanRM258 milRM208 mil– RM50 juta (-19.4%)
Kementerian PendidikanRM388 milRM194 mil– RM194 juta (-50%)
Majlis Amanah RakyatTiadaRM2,000 milTiada

Tapi kalau sekali imbas daripada jadual di atas, kerajaan Malaysia terpaksa mengamalkan penjimatan. Tapi bukan sektor pendidikan sahaja yang terlibat, sektor kesihatan dan sektor penjawat awam turut sama terkesan.

Jom zoom pula universiti-universiti tempatan yang terkena tempias secara langsung.

Kredit: https://eduadvisor.my

Di sebalik kegawatan ekonomi negara, yang paling terasa sudah pasti golongan yang berpendapatan rendah dan pertengahan. Kira bersyukurlah jika anda masih mempunyai pekerjaan dan pendapatan, sekurang-kurangnya boleh meneruskan kehidupan.

Tetapi bagaimana pula dengan yang sedang kesempitan wang?

Nak tak nak, terpaksalah mencari peluang pendapatan sampingan. Ada yang terpaksa bekerja part-time bisnes pada waktu malam, ada juga yang memilih menjadi driver Uber atau Grab. Syabas diucapkan kerana anda bertindak untuk mengubah nasib diri dan keluarga!

Tak Nak Belajar Melabur Saham Atau Pelaburan Hartanah?

Melainkan anda berasa cukup dengan dividen ASB yang berkurangan dari tahun ke tahun, atau rasa duit EPF dah cukup untuk bersara – maka tak perlulah susah-susah nak belajar pelaburan saham dan pelaburan hartanah.

Tetapi bagi anda yang ingin berubah dan nak buat pendapatan lebih, bolehlah menimba ilmu baru:

SEMINAR LABUR SAHAM – 19 Mac 2017 @Wisma MCA, Kuala Lumpur

 

Tn Hj Mohd Asri adalah Ikon (Social Influencer) BursaMKTPLC yang merupakan sebahagian daripada Bursa Malaysia. Segala perkongsian beliau adalah berkenaan pelaburan saham yang sah di sisi undang-undang.

Program ini adalah eksklusif untuk anda yang sentiasa SIBUK tetapi ingin tambah pendapatan ekstra melalui pelaburan saham. Alhamdulillah, program ini masih PERCUMA hasil kerjasama dengan Bursa Malaysia dan Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan.

Sesuai hadir seminar ini jika selalu rasa…

(1) Pelaburan Saham Itu HARAM
(2) Pelaburan Saham Perlukan Modal BESAR
(3) Pelaburan Saham Itu SUSAH

Daftar PERCUMA di sini >> Seminar Labur Saham @ Wisma MCA

SEMINAR MEGA PEJUANG HARTANAH – 22 April 2017 @ Setia City Convention Centre, Shah Alam

Boleh hubungi Tuan Ahyat Ishak, katanya ada tiket percuma beliau nak bagi. Kalau ikutkan tahun lepas, seorang kena bayar RM60 untuk hadir.

Sesuai hadir seminar ini jika anda…

(1) Tak Tahu Bagaimana Nak Mulakan Pelaburan Hartanah
(2) Takut Nak Beli Hartanah Kerana Krisis Ekonomi
(3) Tak Tahu Mana Hartanah Yang Bagus?

Keputusan terletak di tangan anda samada anda mahu berubah atau tidak.

Belajarlah daripada orang yang telah berjaya, daripada percaya dengan skim-skim cepat kaya yang entah apa-apa.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

FCPO: Penurunan Harga Kian Menguat

  • Kekalkan pegangan jualan

FCPO mengalami penurunan mendadak pada hari Jumaat apabila menyusut MYR76 untuk ditutup pada harga MYR4,475. Komoditi ini membuka sesi dagangan pada paras MYR4,560. Ia mencecah paras tertinggi intrahari pada MYR4,577 sebelum kegiatan jualan yang besar mengheretnya ke arah paras terendah sesi tersebut pada MYR4,455. Ia kemudiannya menutup dagangan berhampiran paras terendah sesi hari itu dengan corak lilin menurun yang kuat, sekali gus mengesahkan tekanan jualan mendominasi pasaran.

Pergerakan ini menyaksikan FCPO menurun ke arah paras sokongan terdekat bernilai MYR4,390. RSI berada dalam zon menurun, lalu memberikan isyarat bahawa momentum menurun adalah kukuh dan mungkin akan berlarutan. Komoditi ini sekarang diramalkan untuk menguji paras sokongan seterusnya pada MYR4,390. Kami bertindak mengekalkan bias dagangan negatif kerana sentimen menurun jelas menguasai pasaran.

Para pedagang disarankan untuk mengekalkan pegangan jualan yang dimulakan pada penutupan 12 Mei, iaitu MYR4,481. Untuk mengurangkan risiko-risiko dagangan yang ada, paras ambang henti rugi masih dikekalkan pada MYR4,700.

Paras sokongan pertama berada pada MYR4,390 yang diikuti oleh paras MYR4,300. Paras rintangan pertama sebaliknya ialah MYR4,700 dan diikuti oleh paras rintangan lebih tinggi sebanyak MYR4,600.