SuperTurbo Technologies Bakal Bentang di Kongres Dunia SAE Dengan Isuzu Motors

LOVELAND, Colorado, 5 April 2019 /PRNewswire/ — SuperTurbo Technologies Inc. mengumumkan bahawa ia bakal membentangkan kertas kajian di Kongres Dunia SAE dengan Isuzu Motors yang bertajuk “Mengoptimumkan Kecekapan dan Emisi Diesel Keadaan Tetap menggunakan SuperTurbo pada Enjin Isuzu 7.8L.

Pembentangan ini akan menyediakan maklumat berhubung simulasi dan ujian enjin selama bertahun-tahun yang menumpu untuk meningkatkan kecekapan keadaan tetap enjin diesel 7.8L. Keputusan yang ditunjukkan akan melibatkan impak terhadap emisi melalui prestasi keadaan tetap yang berubah-ubah dan perbandingan ke atas pengecas turbo geometri boleh ubah dan pengecas turbo 2 keadaan.

SuperTurbo™ ialah pengecas turbo pacuan mekanikal penuh yang menyediakan faedah-faedah pengecasan super, pengecasan turbo dan penyebatian turbo dalam satu peranti. SuperTurbo™ termasuk pacuan tarikan berkelajuan tinggi yang memindahkan tork dwihala antara aci turbin dan transmisi boleh ubah berterusan yang kemudiannya mendayakan kawalan nisbah keseluruhan antara turbo dan aci engkol. Memandangkan kelajuan aci turbin dikawal, kebimbangan berhubung laju lampau atau perlahan dapat disingkirkan, mendayakan reka bentuk turbin lebih berat dengan kecekapan lebih tinggi. Pengecas turbo pacuan memberikan kebolehan untuk mengawal dengan tepat dan mengimbangi tekanan rangsangan serta nisbah bahan api udara. Kawalan boleh digunakan untuk mengoptimumkan kecekapan dan emisi bahan api mengikut objektif OEM di titik-titik operasi yang berbeza.

SuperTurbo™ terus menunjukkan banyak faedah langsung dan pemungkin yang berharga untuk pengurangan emisi serta produkviti yang lebih baik. Kebolehan untuk mengoptimumkan nisbah bahan api udara dan mengelakkan pengisian bahan api berlebihan melalui transien menunjukkan ia dapat menyediakan sehingga 10% penambahbaikan kecekapan bahan api dan pengurangan CO2. SuperTurbos™ dilengkapi dengan pintasan turbin boleh diprogram yang dapat menghalakan ekzos enjin untuk rawatan susulan bagi tujuan penukaran pesat demi mengurangkan emisi NOx yang berbahaya semasa permulaan sejuk di samping masih mengekalkan kebolehpanduan kenderaan. SuperTurbo Technologies telahpun melengkapkan beberapa pusingan kajian Should Cost dengan FEV bagi mengesahkan kos dan ekonomi banyak proposisi nilai berbeza yang dapat diberikan oleh SuperTurbo™.

Latar Belakang SuperTurbo Technologies Inc.

SuperTurbo Technologies Inc. mengkhusus dalam reka bentuk, pembangunan dan pengkomersialan SuperTurbos™ untuk kenderaan komersial bagi pasaran-pasaran lebuh raya dan pembinaan. SuperTurbo™ ialah pengecas turbo pacuan mekanikal yang membolehkan OEM enjin mengawal rangsangan dan aliran udara ke enjin bagi membolehkan pengoptimuman prestasi dan juga emisi di kesemua titik operasi. Faedah-faedah lain termasuk kecekapan kitar transien, Mula Sejuk/Rendah NOx, pengecilan saiz enjin dan penurunan kelajuan serta brek enjin yang lebih baik. Large SuperTurbo direka untuk menyokong enjin-enjin daripada 7-16 liter dengan 90% pempiawaian komponen dalam aplikasi. Untuk maklumat lanjut, kunjungi www.superturbo.net.

Sumber: SuperTurbo Technologies Inc.

Pautan Berkaitan:

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Powerwell Catat Rekod Untung Bersih Tertinggi RM24.1 Juta, Sasar Lonjakan Melalui Sektor Pusat Data

KUALA LUMPUR: Pakar pengedaran kuasa tempatan, Powerwell Holdings Berhad (“Powerwell”) berjaya menamatkan tahun kewangan 2026 (“FY26”) dengan prestasi luar biasa selepas mencatatkan keuntungan bersih tertinggi dalam sejarah syarikat berjumlah RM24.1 juta.

Pencapaian memberangsangkan ini menyaksikan keuntungan bersih kumpulan melepasi ambang RM20 juta buat kali pertama , melonjak daripada RM18.7 juta yang direkodkan pada tahun kewangan sebelumnya.

Prestasi Kewangan Sumbangan Pasaran Luar Negara

Bagi keseluruhan FY26, perolehan Powerwell melonjak 15.6% tahun-ke-tahun (YoY) kepada RM159.0 million berbanding RM137.5 juta pada tahun lalu. Pertumbuhan mampan ini dipacu terutamanya oleh sumbangan yang lebih tinggi daripada operasi kumpulan di Bangladesh dan Indonesia.

Bagaimanapun, bagi suku keempat berakhir 31 Mac 2026 (4QFY26), perolehan kumpulan mencatatkan penurunan kepada RM41.4 juta berbanding RM47.7 juta sebelum ini disebabkan oleh penghantaran produk yang lebih rendah.

Meskipun begitu, margin keuntungan kasar bagi suku tersebut melonjak kepada 39.8% (daripada 35.1% pada suku sama tahun lepas) hasil daripada pemuktamadan akaun untuk sebuah projek pusat data (data centre) serta projek loji hidro. Keadaan ini, ditambah pula dengan pembalikan kemerosotan nilai penghutang perdagangan dan perbelanjaan pentadbiran yang lebih rendah, telah melonjakkan untung bersih 4QFY26 sebanyak 6.9% YoY kepada RM7.7 juta.

Sebagai ganjaran kepada para pemegang saham, Powerwell mengumumkan dividen interim kedua sebanyak 1.0 sen sesaham bagi suku di bawah tinjauan. Ini menjadikan jumlah keseluruhan dividen bagi FY26 sebanyak 1.5 sen sesaham, yang mewakili nisbah pembayaran sebanyak 36.1% (anggaran RM8.7 juta).

Projek Mega & Pasaran Borneo

Tahun kewangan 2026 turut melakar sejarah tersendiri apabila Powerwell berjaya mengukuhkan kedudukannya dalam ekosistem teknologi tinggi selepas meraih projek pusat data tunggal terbesar bernilai RM68.5 juta.

Bagi meluaskan lagi empayar perniagaannya, kumpulan sedang aktif mengembangkan ruang pembuatan di Malaysia dan Indonesia. Di samping itu, Powerwell telah memuktamadkan pengambilalihan 49% kepentingan dalam Tenaga Kenari pada 1 April 2026. Langkah strategik ini memberikan akses segera bagi kumpulan untuk menembusi pasaran Sarawak dan Sabah (Timur Malaysia), sekali gus membuka peluang rantaian pelanggan baharu dalam industri semikonduktor, utiliti, dan tenaga boleh diperbaharui.

Prospek Cerah

Sehingga akhir Mac 2026, nilai tempahan (order book) Powerwell kekal sihat pada paras RM150.8 juta, sekali gus memberikan pendapatan yang stabil untuk tempoh akan datang.

Melihat ke hadapan, pihak pengurusan Powerwell optimis terhadap prospek perniagaan syarikat yang disokong oleh saluran tender (tender pipeline) yang sangat aktif. Kumpulan sedia merebut peluang luas dalam segmen-segmen pesat membangun termasuk pusat data, tenaga boleh diperbaharui, semikonduktor, dan infrastruktur.

Walau bagaimanapun, memandangkan keadaan pasaran global yang dinamik, Powerwell menegaskan akan terus mengamalkan pendekatan berhati-hati dengan memantau rapat ketidaktentuan pasaran, perkembangan geopolitik, dan keadaan makroekonomi yang boleh memberi kesan kepada landskap perniagaan.