6 Kelebihan Sri Melaka Residensi Yang Perlu Anda Tahu

Bila kita sebut pasal Melaka, semua orang tahu bahawa Melaka adalah merupakan destinasi pelancongan utama Malaysia. Bila hujung minggu atau cuti sekolah, mesti ramai yang berpusu-pusu ke Melaka untuk menghabiskan masa bersama keluarga dan rakan-rakan.

Bila sebut pasal hartanah pula, perkara yang paling penting adalah lokasi. Perkara kedua penting adalah lokasi dan perkara ketiga penting adalah lokasi.

Di Melaka inilah, terletaknya sebuah hartanah yang sangat ‘panas’. Memang menepati mantra “lokasi, lokasi, lokasi” idaman yang dicari-cari selama ini.

Jom kita tengok apa yang bestnya pasal Sri Melaka Residensi ni.

1. Berhampiran Dengan Bandaraya Melaka

Sri Melaka Residensi berada di Bukit Serindit iaitu 3 kilometer daripada bandar Melaka Raya, di mana terletaknya tarikan pelancong seperti Jonker Walk, Mahkota Parade, Dataran Pahlawan dan bermacam-macam lagi. Ianya juga berhampiran dengan kemudahan-kemudahan lain seperti sekolah, hospital, balai polis dan pasaraya terkemuka.

Senang cerita, Sri Melaka Residensi memang terletak di lokasi yang sangat strategik. Sesuai untuk mereka yang bekerja di sekitar Melaka, dekat sangat nak ke mana-mana. Juga bagi mereka yang suka berjalan-jalan, nak pergi ke tempat tumpuan pelancong pun dekat. Nak pergi shopping pun boleh sangat.

2. Dikelilingi Rimbauan Hijau Taman Rekreasi Bukit Serindit

Siapa kata kehidupan di bandar Melaka tak boleh dikelilingi suasana kehijauan? Sri Melaka Residensi ini dikelilingi Taman Rekreasi Bukit Serindit, taman rekreasi yang sangat popular di kalangan orang Melaka.

Setelah penat balik daripada kerja, pastinya terubat dengan pemandangan hijau di sekeliling kawasan. Bagi yang suka beriadah, pastinya ia satu bonus untuk anda. Balik kerja, boleh terus ke taman rekreasi. Tak pun bangun awal pagi, boleh satu dua round keliling taman dulu sebelum ke tempat kerja.

Tak perlu pergi jauh-jauh untuk bersenam lepas ni.

3. Lengkap Dengan Kemudahan Umpama Gaya Hidup Mewah

Kalau nak rasai gaya hidup moden di Melaka, maka Sri Melaka Residensi adalah jawapannya.

Nak senaraikan memang banyak, di antaranya:

  • Komuniti Berpagar (Gated & Guarded)
  • Gimnasium
  • Kolam Renang
  • Gelanggang Bola Keranjang
  • Gelanggang Badminton
  • Gelanggang Futsal
  • Taska
  • Taman Permainan
  • Dewan Serbaguna
  • Deretan Kedai

Boleh dikatakan kemudahan yang disediakan memang cukup lengkap, samada untuk keluarga atau pun yang bujang; tua mahu pun muda. Di sini terdapat bermacam-macam aktiviti yang boleh dilakukan.

4. Harga Tersangatlah Berpatutan

Taknak cakap banyak, tengok saja harga Sri Melaka Residensi berbanding harga projek-projek lain:

NegeriNama ProjekHargaHarga Selepas Diskaun 7% BumiputeraKeluasanHarga / kpsBilikBilik Air
MelakaSri Melaka Residensi, Bukit SerinditRM232,000RM208,800 (Diskaun 10% Bumiputera)1000 kpsRM20832
SelangorCanopy Hills, KajangRM230,000RM213,900590 kpsRM36221
Kuala LumpurM Centura, SentulRM350,000RM325,500650 kpsRM50021
JohorVida Heights, LarkinRM278,000RM258,540549 kpsRM47021
PenangUtropolis, Batu KawanRM270,000RM251,100500 kpsRM50211

Kalau di kawasan bandar-bandar lain seperti Kajang, Sentul, Larkin dan Batu Kawan; memang ada projek perumahan berpatutan iaitu pada sekitar RM300,000.

Tapi tak boleh menandingi daripada segi harga Sri Melaka Residensi yang bermula daripada RM208,800 selepas 10% diskaun untuk Bumiputera. Hanya RM208 saja untuk sekaki persegi. Yang lain hanya mampu menyediakan satu atau dua bilik, Sri Melaka Residensi ada TIGA bilik. Yang lain hanya ada satu bilik air, Sri Melaka Residensi ada DUA bilik air.

Murah pun murah, luas pun luas, memang berbaloi-baloi.

5. Hartanah Di Melaka Yang Semakin Meningkat Naik

Orang ramai mesti ingat hartanah di Melaka ni tak bernilai dan tak meningkat naik sangat kan? Untuk mendapatkan info mengenai hartanah di Melaka, kita akan lihat data yang diperolehi daripada laman web NAPIC (National Property Information Centre) yang merupakan Pusat Maklumat Harta Tanah Negara. Ianya dikeluarkan oleh Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta, sebuah jabatan di bawah Kementerian Kewangan Malaysia.

Lihat sendiri bagaimana harga rumah di Melaka didapati meningkat dari setahun ke setahun. Siapa sangka bahawa harga rumah di Melaka naik sebanyak 52.4 mata dari tahun 2010 sehingga 2017. Kenaikan yang dicatatkan adalah sebanyak 52.4% dalam masa 7 tahun atau 7.49% setahun.

Agak-agak tahun 2018 yang lalu harga hartanah naik ke tak? Tahun 2019 ni bagaimana pula?

Siapa lambat, memang makin naiklah hartanah di Melaka.

Siapa lambat beli unit Sri Melaka Residensi ni, jangan menyesal kalau ianya sold-out tak lama lagi. Dahlah harga tak masuk akal.

6. Dibangunkan Oleh Pemaju Yang Berkaliber

Rumah dahlah murah, tapi mesti ada udang di sebalik batu. Boleh percaya ke dengan pemaju Sri Melaka Residensi ni?

Kalau nak tahu, syarikat di sebaliknya adalah Potensi Lestari Sdn Bhd. Mungkin tak pernah dengar, tapi syarikat ini adalah sebahagian daripada Setia Awan.

Alah, Setia Awan pemaju yang terkenal di Perak tu. Di antara projek terkemuka yang telah siap dibina oleh Setia Awan adalah:

  • Taman Lestari Baru
  • Taman Serdang Bestari
  • Taman Wangsa Permai
  • Lekir Apartment
  • D Mall
  • D Hotel
  • Seri Iskandar Business Centre
  • Lavender Heights

Rumah atas tanah ada, rumah bertingkat-tingkat ada, bangunan komersial ada, hotel pun ada.

Jadi anda tak perlu risau, developer memang trusted.

Selain daripada itu, terdapat lagi satu projek hartanah yang konfem ada permintaan sebab ianya disasarkan kepada golongan pelajar universiti.

UniSuites di Kampar, Perak yang sedang dibangunkan oleh Setia Awan ini sangat berhampiran dengan beberapa kolej dan universiti terkenal di sana. Ianya bakal jadi perumahan pelajar-pelajar yang ‘cool’, lengkap dengan kemudahan moden dan boleh jalan kaki saja ke tempat pengajian.

Sesuai sangat untuk pelabur hartanah, senang nak cari penyewa di kalangan pelajar. Dan katanya, harga pun tersangatlah berpatutan.

Ketahui lebih lanjut mengenai UniSuites di sini.

Bertindaklah Hari Ini

Tengok sendiri video Sri Melaka Residensi di bawah:

Apa tunggu lagi? Pergi cepat ke rumah contoh dan tengok sendiri. Untuk maklumat lanjut, layari laman web Sri Melaka Residensi atau Facebook Sri Melaka Residensi untuk dapatkan info terkini berkenaan projek terbaik ini.

 

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Dilema mahu membeli atau menyewa rumah

Memiliki rumah sejak sekian lama dianggap sebagai simbol kestabilan dan kejayaan hidup bagi rakyat Malaysia.

Tidak hairanlah ramai golongan muda merasakan mereka perlu membeli rumah secepat mungkin yang memaksa mereka menanggung komitmen pinjaman perumahan selama 30 hingga 40 tahun.

Namun, dalam cabaran kos sara hidup yang semakin meningkat, harga rumah yang terus berada di luar kemampuan sebahagian besar pembeli muda serta corak pekerjaan yang semakin dinamik, tiba masanya kita menilai semula maksud sebenar ‘seseorang itu ada rumah’.

Pada asasnya, rumah adalah tempat berteduh dan menyediakan keperluan asas untuk kediaman. Yang mustahak adalah ‘jaminan tempat kediaman dan kepentingan untuk mendiami’ yang lazimnya adalah melalui pemilikan tetapi boleh juga melalui penyewaan.

Bagi ramai golongan muda, terutamanya di peringkat awal kehidupan, menyewa boleh menjadi pilihan yang lebih praktikal dan fleksibel.

Ia membolehkan mereka mampu untuk menetap berhampiran tempat kerja, mengurus kewangan dengan lebih baik dan mengelakkan beban hutang jangka panjang sebelum benar-benar bersedia untuk membeli rumah sendiri.

Perubahan cara berfikir ini secara perlahan-lahan membuka ruang kepada perkembangan pasaran sewaan di Malaysia, termasuk kemunculan konsep ‘co-living’ atau kediaman bersama di dalam sebuah komuniti transit, serta juga konsep Rent-to-Own (RTO) atau Sewa-untuk-Beli.

Walaupun segmen ini masih kecil berbanding pasaran sewaan konvensional, ia semakin mendapat perhatian khususnya dalam kalangan generasi muda.

Konsep ‘co-living’ menawarkan bilik atau unit yang lengkap dengan perabot, tempoh sewaan yang lebih fleksibel serta kemudahan bersama yang diuruskan secara profesional.

Ia juga mengurangkan kos kemasukan (barrier of entry) kerana penyewa tidak perlu mengeluarkan perbelanjaan besar untuk membeli perabot atau menanggung pelbagai kos utiliti secara berasingan.

Bagi golongan belia dan profesional muda, pekerja kontrak serta mereka yang sering berpindah lokasi pekerjaan, ‘co-living’ menyediakan pilihan perumahan yang lebih mudah dan praktikal tanpa perlu membuat komitmen membeli rumah ketika pendapatan mereka, khususnya pendapatan boleh guna mereka masih sedang dibina dan deperkukuhi.

Namun begitu, terdapat beberapa cabaran yang perlu diatasi sekiranya pasaran sewaan ingin berkembang menjadi satu cabang penting dalam ekosistem perumahan negara.

Cabaran pertama ialah persepsi masyarakat. Budaya pemilikan rumah masih sangat kuat dan menyewa sering dianggap sebagai pilihan sementara atau petanda seseorang mencapai kestabilan kewangan.

Persepsi ini ada benarnya, tetapi ia juga mewujudkan tekanan sosial yang menyebabkan ramai membeli rumah lebih awal daripada kemampuan sebenar mereka ataupun menyebabkan kerakusan pasaran yang sehingga mengakibatkan tekanan mental dan emosi.

Hakikatnya, keperluan perumahan setiap individu berbeza mengikut peringkat kehidupan. Ada yang memerlukan fleksibiliti untuk berpindah mengikut kerjaya, manakala ada yang lebih selesa menangguhkan pembelian rumah sehingga kedudukan kewangan mereka lebih kukuh.

Oleh itu, menyewa tidak sepatutnya sewenang-wenangnya dilihat sebagai pilihan yang kurang baik sehingga dilihat sebagai stigma berbanding pemilikan rumah.

Cabaran kedua ialah pasaran sewaan negara yang masih belum matang dan terpasung. Sebahagian besar pasaran masih dikuasai oleh pemilik individu dengan standard pengurusan, syarat penyewaan dan kualiti penyelenggaraan yang berbeza-beza.

Keadaan ini menyebabkan pengalaman menyewa tidak seragam dan kadangkala menimbulkan ketidakpastian kepada penyewa dan juga pemilik rumah.

Cabaran ketiga pula ialah kekurangan rangka kerja perundangan yang menyeluruh untuk mengawal selia sektor sewaan kediaman.

Pelaksanaan dan penggubalan sebuah akta, seperti Akta Penyewaan Kediaman (RTA) yang satu ketika dahulu diusulkan tetapi tertangguh, perlu disegerakan bagi mewujudkan pasaran sewaan yang lebih teratur dan telus.

Sebuah akta yang khusus untuk regulasi pasaran penyewaan sektor kediaman ini berpotensi untuk menyediakan perlindungan yang lebih jelas kepada penyewa dan juga pemilik, memperkukuhkan mekanisme penyelesaian pertikaian serta meningkatkan keyakinan pelabur dan pengendali profesional dalam sektor perumahan sewaan.

Bagi akta sedemikian, keutamaan harus diberikan kepada pendekatan yang mesra penyewa, mesra pemilik dan mesra pelabur yang mengimbangi secara saksama kepentingan-kepentingan setiap pemegangtaruh untuk melahirkan satu persekitaran pasaran yang menang-menang.

Tumpuan juga harus diberikan untuk memperhalusi dan mengukuhkan konsep RTO atau Sewa-untuk-Beli sebagai salah satu langkah penyelesaian menang-menang.

Dalam jangka panjang, pembangunan pasaran sewaan yang lebih tersusun akan memberikan lebih banyak pilihan kepada rakyat.

Persediaan dan ketersediaan bakal pembeli rumah adalah berbeza-beza di dalam persekitaran yang mencabar dewasa ini di samping tekanan sosial berkenaan kemampuan dan pemilikan rumah idaman.

Walaupun apapun keadaannya, yang pasti adalah setiap individu dan isi rumah seharusnya mempunyai akses dan jaminan tempat kediaman yang selesa, mempunyai akses kepada kemudahan, selamat dan mampu dibayar mengikut keperluan serta kedudukan kewangan masing-masing.

Dalam hal ini, memperkukuhkan pasaran sewaan melalui konsep seperti RTO dan ‘co-living’ serta pemerkasaan rangka kerja perundangan berpotensi untuk melengkapkan ekosistem perumahan negara dengan menyediakan pilihan yang lebih pelbagai dan inklusif untuk rakyat Malaysia.

Penulis ialah Pengarah Kanan, Penyelidikan Hartanah Rahim & Co Chestertons

— Berita Harian