Carousell Peroleh Pelaburan daripada Naspers Wujudkan Pengalaman Iklan Kecil Terbaik-dalam-kelas di Asia Tenggara

SINGAPURA, 16 April 2019 /PRNewswire/ — Carousell, salah satu pasaran iklan kecil yang terbesar dan paling pantas berkembang di dunia, hari ini mengumumkan bahawa ia menerima pelaburan daripada Naspers, melalui cabang perniagaan iklan kecilnya, OLX Group. Perjanjian ini turut menyaksikan Carousell memperoleh OLX Philippines, dengan matlamat bersama untuk menawarkan perkhidmatan kepada komuniti Filipina bagi membeli dan menjual secara dalam talian dengan ciri kemudahan dan kefleksibelan yang lebih hebat. Jumlah nilai perjanjian ini bernilai US$56 juta dan memberikan OLX Group kira-kira 10% kepentingan dalam Carousell.

Pelaburan daripada Naspers, salah satu pelabur teknologi yang terbesar di dunia, memberi nilai kepada Carousell mencecah lebih US$550 juta dan merupakan bukti kebolehan Carousell untuk membangunkan penyelesaian pasaran iklan kecil dalam talian yang bertaraf dunia di Asia Tenggara. Setakat ini, Carousell mencatatkan kadar penglibatan dan masa diperuntukkan yang tertinggi antara kesemua pengusaha pasaran dalam talian. Selain itu, kemajuan Carousell dalam produk dan teknologi inovatif, digandingkan dengan pengalaman tempatan OLX Philippines dalam mengurus iklan kecil dalam talian akan memberikan pengalaman pengguna yang lancar pada platform tersebut.

OLX Philippines, sebahagian daripada OLX Group, mempunyai kepakaran selama 13 tahun dalam bidang iklan kecil dalam talian. Syarikat tersebut kini merupakan laman iklan kecil dalam talian yang terbesar di negara berkenaan, dengan lebih 6 juta pengguna unik bulanan.

“Pelaburan oleh Naspers akan membolehkan kami mempercepatkan usaha pengukuhan kepimpinan kami di Asia Tenggara dan juga kadar inovasi kami. Kami akan terus memperdalam kepakaran kami dalam bidang teknologi dan AI untuk memberi nilai, kepercayaan dan kemudahan yang lebih besar kepada pengguna kami. Kami bersyukur atas sokongan padu daripada pelabur-pelabur baharu dan sedia ada, dan keyakinan mereka terhadap keupayaan, semangat terhadap misi dan visi produk kami,” kata Quek.

“Kami teruja untuk mengukuhkan kehadiran kami di Asia melalui syarikat yang pantas berkembang seperti Carousell yang mempunyai pengetahuan mendalam di seluruh rantau. Kami berharap dapat belajar daripada mereka dan berkongsi pengalaman kami sendiri dalam mengendalikan pasaran yang mengalami kadar pertumbuhan tinggi merentas lima benua. Kami bersama-sama percaya bahawa kami dapat menawarkan pengalaman iklan kecil yang paling baik kepada pasaran tempatan,” kata Martin Scheepbouwer, Ketua Pegawai Eksekutif OLX Group.

Carousell akan menyepadukan operasi dan subsidiari-subsidiari OLX di Filipina dengan kerja-kerja penyepaduan dibuat secara berperingkat-peringkat sepanjang tahun tersebut. Raffy Montemayor, Pengurus Besar OLX Philippines, akan mengurus operasi Carousell dalam pasaran dan akan memimpin peralihan pelanggannya kepada platform baharu.

Pautan Berkaitan:

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

ANTA kini pemegang saham terbesar PUMA

HONG KONG, 8 Oktober 2026 — ANTA Sports Products Limited, kumpulan pakaian sukan pelbagai jenama terkemuka dunia (“ANTA Sports”, kod saham: 2020 (kaunter HKD) dan 82020 (kaunter RMB), serta anak-anak syarikatnya secara kolektif disebut sebagai “ANTA Group” atau “Kumpulan”), hari ini mengumumkan penyelesaian pemerolehan 29.06% kepentingan dalam PUMA SE daripada Artémis SAS, syarikat pelaburan keluarga Pinault, dengan bayaran tunai sebanyak EUR 1,505.5 juta. Susulan penerimaan semua kelulusan kawal selia yang berkaitan dan pemenuhan syarat penutupan lazim, ANTA Sports kini merupakan pemegang saham terbesar PUMA.

Bagi ANTA Sports, pelaburan ini menandakan pencapaian penting dalam pelaksanaan strategi “fokus tunggal, pelbagai jenama, globalisasi” dan memperkukuh profil antarabangsa, jangkauan serta daya saing Kumpulan dalam pasaran barangan sukan global. ANTA Sports akan membawa kepada PUMA kepakaran yang telah dibangunkan Kumpulan merentasi pelbagai jenama selama bertahun-tahun, termasuk keupayaan dalam pengurusan, peruncitan dan integrasi sumber global.

Ding Shizhong, Pengerusi Lembaga ANTA Sports, berkata: “Kami amat berbesar hati untuk menjadi pemegang saham terbesar PUMA dan rakan strategik jangka panjang. Pasaran barangan sukan global terus menawarkan peluang pertumbuhan yang besar apabila semakin ramai orang mengamalkan gaya hidup aktif dan meningkatkan penyertaan mereka dalam sukan. ANTA Sports telah membina kejayaannya berasaskan strategi pelbagai jenama. Kami percaya nilai sebuah kumpulan pelbagai jenama terletak pada keupayaannya membantu setiap jenama merealisasikan potensi sepenuhnya dengan memanfaatkan keupayaan dan sumber kumpulan yang lebih luas. PUMA mempunyai warisan yang kaya dan nilai asas jenama yang kukuh. Kami yakin terhadap pasukan pengurusannya dan menyokong transformasi strategik yang sedang dilaksanakan. Sebagai pemegang saham jangka panjang, kami berharap dapat berkongsi pengalaman dan keupayaan kami, khususnya dalam bidang peruncitan dan operasi, sambil menghormati kebebasan serta identiti jenama PUMA. Aspirasi kami adalah untuk menyokong PUMA dalam merealisasikan potensi sepenuhnya dan mewujudkan nilai berkekalan untuk pengguna di seluruh dunia.”

“PUMA telah membina salah satu jenama sukan paling dikenali di dunia, dengan warisan yang kaya, kredibiliti sukan yang kukuh, jejak global, inovasi terkemuka dan rakan kongsi yang kukuh. Kami mengalu-alukan ANTA Sports sebagai pemegang saham terbesar PUMA dan melihat komitmen jangka panjangnya sebagai undi keyakinan yang kukuh terhadap strategi, pasukan pengurusan dan masa hadapan kami,” kata Arthur Hoeld, Ketua Pegawai Eksekutif PUMA SE. “Kami berharap dapat membina hubungan yang membuahkan hasil dan meneroka bidang yang membolehkan kekuatan masing-masing mewujudkan nilai mampan untuk PUMA dan para pemegang sahamnya dalam perjalanan kami untuk menjadi antara 3 jenama sukan global teratas.”

ANTA Sports menghormati sepenuhnya warisan sukan PUMA, identiti jenama dan budaya korporatnya yang tersendiri, serta tadbir urus bebas dan autonomi jenamanya. Seperti yang diumumkan sebelum ini, Kumpulan akan mendapatkan perwakilan yang sewajarnya dalam Lembaga Penyeliaan PUMA. Kumpulan pada masa ini tidak mempunyai rancangan untuk membuat tawaran pengambilalihan bagi PUMA.