Top 10 Saham Patuh Syariah Paling Untung April 2019

Empat bulan sudah berlalu, dan katanya Pasaran Saham Malaysia Merupakan Satu-satunya di Asia Yang Jatuh Tahun Ini. Tengok saja data berkenaan FBMKLCI di bawah:

Sumber: Trading View

Indeks FBMKLCI 1 April 2019: 1,628.70 Mata

Indeks FBMKLCI 1 April 2019 Paras Tertinggi Bulan April: 1,647.60 Mata

Indeks FBMKLCI 18 April 2019 Paras Terendah Bulan April: 1,609.80 Mata

Indeks FBMKLCI 30 April 2019: 1,642.30 Mata

Kenaikan Sebulan: 13.6 Mata atau +0.84%

Apabila dah jatuh banyak, pastinya akan ada rebound dan reversal yang berlaku. Pasaran saham menunjukkan tanda-tanda seperti nak pulih pada bulan lepas, daripada paras terendah 1,609.80 mata yang dicatatkan.

Dan siapa bilang di kala market tak berapa nak cantik, kita tak berpeluang untuk buat duit? Lihat saja senarai Top 10 Saham Patuh Syariah Paling Untung April 2019 di bawah:

1. Scomi Group

Sumber: Bursa Marketplace

2. KNM Group

Sumber: Bursa Marketplace

3. Ekovest Berhad

Sumber: Bursa Marketplace

4. NWP Holdings

Sumber: Bursa Marketplace

5. Knusford Berhad

Sumber: Bursa Marketplace

6. United U-Li Corporation

Sumber: Bursa Marketplace

7. Malaysian Genomics Resource Centre

Sumber: Bursa Marketplace

8. Priceworth International

Sumber: Bursa Marketplace

9. Aturmaju Resouces

Sumber: Bursa Marketplace

10. Success Transformer Corporation

Sumber: Bursa Marketplace

Semua Dalam Senarai Top 10 Adalah Bawah Paras RM1

Kalau kita tengok, semua dalam senarai Top 10 Saham Patuh Syariah Paling Untung April 2019 kali ini adalah di bawah paras RM1. Di kala FBMKLCI turun dengan banyak, saham-saham Small dan Mid Cap masih berpeluang untuk buat keuntungan yang besar.

Senarai di atas adalah berdasarkan Screener Best Performance (Last Month) iSaham. Mereka juga ada screener-screener lain seperti All-Time High Screener, Bollinger Band Breakout, MA7 Cross MA26, Near Support Screener, Smart Money Screener, Value Investing Screener dan banyak lagi.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Untung Bersih 99 Speed Mart Lonjak 13.4 Peratus Pada Suku Kedua

KUALA LUMPUR: 99 Speed Mart Retail Holdings Bhd (99 Holdings) mencatat keuntungan bersih RM163.95 juta bagi suku kedua berakhir 30 Jun 2026, meningkat 13.4 peratus daripada RM144.63 juta pada suku sama tahun lalu.

Hasil kumpulan meningkat 13.6 peratus tahun ke tahun kepada RM3.08 bilion daripada RM2.71 bilion sebelumnya, menurut syarikat itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

“Peningkatan itu didorong terutamanya oleh pengembangan berterusan rangkaian cawangan, dengan pertambahan bersih 257 cawangan baharu tahun ke tahun, menjadikan jumlah keseluruhan kepada 3,151 cawangan setakat 30 Jun 2026 berbanding 2,894 cawangan setahun sebelumnya.

“Jumlah transaksi jualan meningkat 13.6 peratus kepada 146.4 juta, dengan nilai purata setiap bakul RM21,” menurut syarikat itu.

Bagi tempoh enam bulan berakhir 30 Jun 2026, 99 Holdings mencatat keuntungan bersih RM352.5 juta berbanding RM289.53 juta dalam tempoh sama tahun lalu.

Hasil bagi tempoh enam bulan pula meningkat kepada RM6.14 bilion daripada RM5.32 bilion sebelumnya.

Selain itu, platform e-dagang jualan pukal syarikat terus mencatat pertumbuhan kukuh apabila hasil meningkat 80.5 peratus tahun ke tahun kepada RM50.2 juta bagi enam bulan berakhir 30 Jun 2026.

Pengasas merangkap Ketua Pegawai Eksekutif 99 Holdings, Lee Thiam Wah, berkata momentum pertumbuhan positif pada suku berkenaan disokong pengembangan berterusan rangkaian cawangan serta pelaksanaan waktu operasi lebih awal di seluruh negara.

Thiam Wah berkata tumpuan berterusan terhadap kecekapan operasi turut mula memberikan manfaat ketara kepada kumpulan.

Menurutnya, inisiatif penjimatan tenaga dan penggunaan peralatan membantu mengurangkan kos utiliti serta meningkatkan kecekapan kos merentasi operasi kumpulan.

“Dengan rangkaian cawangan kami terus berkembang, kami kekal komited untuk memperkukuh rantaian bekalan bagi menyokong kecekapan operasi,” katanya.

Beliau berkata kumpulan itu juga terus memperluas penawaran produk bagi memenuhi keperluan pelanggan yang berubah susulan sambutan menggalakkan terhadap rangkaian peralatan rumah terpilih.

Rangkaian berkenaan kini diperluas ke semua cawangan di seluruh negara dan turut ditawarkan menerusi platform 99 Bulksales bagi memenuhi keperluan pelanggan korporat serta pembelian secara pukal.