Cara Jual Beli Saham Olok-Olok di BursaMarketPlace. Follow Tutorial Ini

“Ishh…Tak beranilah nak beli saham lagi, ada cara tak nak test-test dulu?”

Nak praktis jual beli saham secara olok-olok terlebih dahulu sebelum guna duit betul-betul? Zaman canggih ni semua benda pun boleh. Cubalah kemudahan yang disediakan oleh BursaMktPlc secara percuma. Kepada yang belum tahu, BursaMarketPlace ini adalah sebahagian dari Bursa Malaysia.

1. Layari http://www.bursamarketplace.com. Login dengan memasukkan email dan kata laluan yang diisi semasa anda daftar (register). Nak lebih mudah boleh login menggunakan akaun Facebook anda.

2 Klik Get Started Now

3. Lengkapkan langkah pertama dengan memilih Tycoons -> Next Step

4. Pilih saham mana yang anda mahu perhatikan. Pilih PETRONAS CHEML -> Next Step

5. Klik ADD TO MY WATCHLIST untuk mula perhatikan saham ini.

6. Berikan nama kepada WATCHLIST baru anda. Masukkan Tycoon1.

7. Tekan butang Toggle atas kiri, dan pilih WATCHLIST.

8. Anda akan Nampak saham PETRONAS CHEML di dalam WATCHLIST anda.

9. Anda perlu Create Portfolio terlebih dahulu untuk masukkan modal anda. Klik pada Tab MY PORTFOLIO dan Masukkan Nama Portfolio – Oil & Gas, dan nilai Add Cash RM10,000 dan klik Create Portfolio. Tiada betul salah di sini, masukkan ikut suka.

10. Klik semula Tab MY WATCHLIST dan klik icon graf tersebut.

11. Klik Get Price untuk dapatkan harga semasa saham tersebut. Masukkan jumlah saham, 1 lot saham bersamaan 100 unit. Kalau 1000 unit bersamaan dengan 10 lot saham.

12. Tahniah. Anda kini pemegang 1,000 unit (10 lot) saham PETRONAS CHEML. Perhatikan jumlah wang tunai yang ada dalam tangan, dan saham apa yang anda pegang di dalam MY PORTFOLIO.

SELAMAT MENCUBA

Kini anda perlu perhatikan pergerakan saham dan boleh jual beli seperti anda lakukan secara LIVE. Tak salah untuk kita berdagang OLOK-OLOK untuk menimba ilmu, daripada duit hangus dek kerana rakus sangat untuk mengejar kekayaan.

Nak Melabur Saham, Kena Ada Ilmu

Banyak sebenarnya yang perlu anda lakukan, siapa kata pelaburan saham ni senang? Dan yang paling penting sekali, saham ini bukanlah judi. Hanya dengan ilmu barulah anda boleh maksimakan keuntungan dan meminimakan kerugian.

Previous ArticleNext Article

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Untung Bersih 99 Speed Mart Lonjak 13.4 Peratus Pada Suku Kedua

KUALA LUMPUR: 99 Speed Mart Retail Holdings Bhd (99 Holdings) mencatat keuntungan bersih RM163.95 juta bagi suku kedua berakhir 30 Jun 2026, meningkat 13.4 peratus daripada RM144.63 juta pada suku sama tahun lalu.

Hasil kumpulan meningkat 13.6 peratus tahun ke tahun kepada RM3.08 bilion daripada RM2.71 bilion sebelumnya, menurut syarikat itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

“Peningkatan itu didorong terutamanya oleh pengembangan berterusan rangkaian cawangan, dengan pertambahan bersih 257 cawangan baharu tahun ke tahun, menjadikan jumlah keseluruhan kepada 3,151 cawangan setakat 30 Jun 2026 berbanding 2,894 cawangan setahun sebelumnya.

“Jumlah transaksi jualan meningkat 13.6 peratus kepada 146.4 juta, dengan nilai purata setiap bakul RM21,” menurut syarikat itu.

Bagi tempoh enam bulan berakhir 30 Jun 2026, 99 Holdings mencatat keuntungan bersih RM352.5 juta berbanding RM289.53 juta dalam tempoh sama tahun lalu.

Hasil bagi tempoh enam bulan pula meningkat kepada RM6.14 bilion daripada RM5.32 bilion sebelumnya.

Selain itu, platform e-dagang jualan pukal syarikat terus mencatat pertumbuhan kukuh apabila hasil meningkat 80.5 peratus tahun ke tahun kepada RM50.2 juta bagi enam bulan berakhir 30 Jun 2026.

Pengasas merangkap Ketua Pegawai Eksekutif 99 Holdings, Lee Thiam Wah, berkata momentum pertumbuhan positif pada suku berkenaan disokong pengembangan berterusan rangkaian cawangan serta pelaksanaan waktu operasi lebih awal di seluruh negara.

Thiam Wah berkata tumpuan berterusan terhadap kecekapan operasi turut mula memberikan manfaat ketara kepada kumpulan.

Menurutnya, inisiatif penjimatan tenaga dan penggunaan peralatan membantu mengurangkan kos utiliti serta meningkatkan kecekapan kos merentasi operasi kumpulan.

“Dengan rangkaian cawangan kami terus berkembang, kami kekal komited untuk memperkukuh rantaian bekalan bagi menyokong kecekapan operasi,” katanya.

Beliau berkata kumpulan itu juga terus memperluas penawaran produk bagi memenuhi keperluan pelanggan yang berubah susulan sambutan menggalakkan terhadap rangkaian peralatan rumah terpilih.

Rangkaian berkenaan kini diperluas ke semua cawangan di seluruh negara dan turut ditawarkan menerusi platform 99 Bulksales bagi memenuhi keperluan pelanggan korporat serta pembelian secara pukal.