Mengupas 6 Salah Faham Tentang Bitcoin

Seiring dengan peningkatan minat terhadap Bitcoin, kini semakin ramai orang yang mengenali mata wang kripto ini. Namun, ada beberapa kesalahfahaman tentang Bitcoin yang menyelubungi sistem kewangan baru ini:

1. Anda Perlu Membeli Satu Bitcoin

Fakta: Salah, anda tidak perlu membeli satu (keping) Bitcoin. Anda dapat membelinya dalam unit-unit kecil.

Dengan harga Bitcoin yang mencapai $20,000 $40,000, ramai pengguna baru yang merasa Bitcoin terlalu mahal. Dengan banyaknya penekanan ditempatkan pada harga satu Bitcoin, para pendatang baru seringkali salah anggap bahawa mereka harus membeli satu Bitcoin.

Namun jumlah Bitcoin yang anda beli, dikira dalam bentuk peratusan dari sebuah koin atau beberapa koin, sebenarnya adalah mengikut kehendak hati anda.

Sama seperti piza, anda dapat membeli satu atau dua potong, atau sebuah pizza; bergantung kepada nafsu makan dan keinginan anda.

Jadi, jika anda mempunyai modal RM1,000 dan harga Bitcoin adalah RM10,000; anda akan mendapat 0.1 BTC. Anda juga boleh menentukan jumlah mata wang kripto yang anda ingin beli.

Sama halnya dengan mata wang lokal yang boleh dipecahkan ke bahagian-bahagian (misalnya sen), Bitcoin boleh dipecahkan kepada unit-unit kecil hingga lapan tempat perpuluhan: 0.00000001 BTC. Pecahan terkecil dikenal sebagai ‘satoshi’, diambil daripada nama pencipta Bitcoin. Terdapat 100,000,000 (seratus juta) satoshi dalam satu Bitcoin.

Pelaburan kecil dapat menjadi pendekatan bijaksana untuk pelaburan dalam mata wang kripto. Sebelum anda bermula, sangatlah penting untuk mempelajari bagaimana teknologi ini berfungsi dan membuat diri anda sesuai dan selesa dengan teknologi ini. Jangan melabur melebihi jumlah yang sanggup anda relakan. 

2. Bitcoin Digunakan Untuk Kegiatan Haram (Seperti Pengedaran Dadah dan Senjata) Kerana Sifat Kerahsiaanya

Fakta: Sebaliknya, Bitcoin tidak bersifat anonymous (tidak dapat dikesan).

Bitcoin bersifat pseudo-anonim. Hal ini bererti seluruh urus niaga dicatat dalam Blockchain awam, beserta dengan alamat-alamat dari dompet yang terlibat. Walaupun tidak ada informasi identiti peribadi yang terlibat dalam buku besar Blockchain, jika anda mengetahui siapa yang memiliki dompet tertentu; anda boleh mengenalpasti orang-orang yang bertanggungjawab ke atas seluruh transaksi daripada alamat tersebut.

Jadi, apakah Bitcoin digunakan oleh penjenayah?

Penguatkuasa undang-undang semakin baik dalam menyemak transaksi dan mengetahui siapa pemilik suatu alamat tertentu. Jadi, Bitcoin merupakan pilihan yang salah untuk melakukan aktiviti yang melanggar undang-undang. Jika anda tertangkap, seluruh sejarah transaksi anda akan terdedah.

Dalam sejarah manusia, ramai orang telah mencari jalan untuk melakukan kegiatan haram, jauh sebelum Bitcoin tercipta. Dan mungkin perkara ini sedang berlangsung. Walaubagaimanapun, Bitcoin lebih mudah dipantau daripada wang tunai. Bitcoin memiliki banyak kegunaan sah dan penggunaannya oleh para pelaku penjenayah telah berkurang secara dramatik.

3. Bitcoin Tidak Memiliki Nilai Intrinsik, Menyebabkan Bitcoin Bukanlah Sejenis Mata Wang

Fakta: Hal yang sama berlaku kepada mana-mana mata wang.

Jika kita berhenti mempercayai mata wang Pound Sterling (atau US Dolar atau Euro atau Ringgit Malaysia), mata wang tersebut akan kehilangan nilainya. Nilainya terletak di dalam fikiran kita.

Jika anda kehausan, anda akan menghargai sebotol air lebih mahal jika dibanding dengan sebongkah berlian – walaupun air sebenarnya percuma (atau hampir percuma). Seorang anak kecil akan memilih satu kotak “Lego” daripada cek sejuta dolar kerana bagi mereka, mainan plastik lebih berharga daripada sehelai kertas.

Miskonsepsi ini berkaitan dengan turun naik harga Bitcoin

Kebanyakan mata wang lokal juga berubah nilainya, namun ini terjadi dalam beberapa dekad dan tidak terlihat dari sehari ke sehari.

Sebaliknya, Bitcoin telah mengalami perubahan harga yang besar dalam selang beberapa hari atau jam. Hal ini membuatnya tidak terlihat seperti sebuah mata wang.

Namun, mata wang lokal juga boleh jadi tidak menentu (volatile).

Hiper-inflasi dapat mempengaruhi tabungan masyarakat, bahkan dapat menghancurkan sebuah mata wang beserta dengan ekonomi sesebuah negara.

Contoh klasik tentang hal ini adalah Jerman seusai perang, di mana nilai satu dolar beranjak dari nilai 4.2 menjadi 4,210,500,000,000 dalam beberapa tahun. Hal ini masih terjadi di beberapa buah negara.

Jadi, walaupun turun naik harga Bitcoin masih terus berjalan, namun hal ini tidak bermakna bahawa ianya  boleh dianggap sebagai sebuah mata wang.

Pada umumnya, sebuah mata wang dikelompokkan sebagai sebuah mata wang apabila ianya merupakan sarana pertukaran yang dapat dibahagi.

4. Bitcoin Telah (Atau Akan) Digodam (Hack) – Bitcoin Tidak Selamat

Fakta: Bitcoin tidak pernah digodam dan kemungkinan besar tidak akan pernah digodam.

Ini adalah salah satu salah faham tentang Bitcoin yang paling klasik. Beberapa perusahaan Exchange, penyedia dompet dan syarikat mata wang kripto lain pernah mengalami ancaman terhadap sistem sekuriti mereka dan beberapa di antaranya telah dikompromikan. Kebanyakan, jika tidak semua, merupakan hasil daripada kesalahan sekuriti kecil yang dapat dihindari. Luno tidak pernah digodam kerana kami sangat serius dalam hal berkenaan platform sekuriti kami.

Sama seperti teknologi baru manapun, orang ramai  memerlukan masa untuk menemukan pilihan terbaik bagi sekuriti dan untuk belajar daripada kesalahan.

5. [Masukkan Nama Altcoin Di Sini] Akan Menjadi ‘Bitcoin Berikutnya’

Fakta: Masih terlalu awal untuk berkata demikian..

Anda mungkin pernah mendengar sebuah mata wang kripto sering disebut sebagai ‘koin alternatif’ atau ‘altcoin’ yang digambarkan sebagai ‘Bitcoin berikutnya’. Apakah ertinya?

Ertinya, altcoin tersebut akan mencapai nilai tinggi yang sama dengan Bitcoin atau bahkan lebih baik daripada Bitcoin dan akan menjadi semakin popular. Ini adalah pernyataan umum yang sering meleset.

Sebagai permulaan, kebanyakan mata wang kripto alternatif (altcoin) tidak mempunyai fungsi yang sama seperti Bitcoin.

Ethereum misalnya, mempunyai tujuan yang berbeza dan tidak bertujuan untuk menjadi sebuah mata wang (walaupun Ethereum kini ada digunakan sebagai mata wang). Banyak altcoin mewakili sebuah teknologi atau platform baru. Sama seperti namanya, mereka hanyalah alternatif, bukan ‘pengganti’.

Beberapa altcoin hampir serupa dengan Bitcoin namun dengan perubahan kecil, dirancang untuk tujuan yang sama. Mereka berada pada posisi yang tidak menguntungkan ketika diterima pakai oleh orang ramai kerana ramai telah mengetahui tentang Bitcoin, ada banyak teknologi yang sesuai dengan Bitcoin; dan orang ramai sudah pun terbiasa dengan Bitcoin.

Namun agar altcoin dapat menunjukkan nilai, mereka harus memiliki:

*sekuriti yang kuat

*sokongan daripada pasukan yang dipercayai

*sebuah fungsi/kegunaan yang jelas dan unik

*pertumbuhan pasaran yang penting

Luno percaya hanya satu mata wang kripto yang akan memainkan peranan yang dominan ketika kita bergerak ke arah sistem kewangan yang lebih baik. Buat masa ini, Bitcoin adalah pilihan terbaik kerana liputan rangkaiannya yang kuat.

Bitcoin menambah nilai baru kepada sistem sedia ada – sama seperti bagaimana kita masih mempunyai pos-pos biasa dan telefon talian tetap walaupun kita mempunyai Facebook, Skype dan Gmail.

Mata wang lain mungkin akan memainkan peranan yang berbeza dan lebih fokus, dan ramai mungkin menggunakan Bitcoin untuk menyimpan atau menukar di antara mata wang lain ini. Seperti cadangan mata wang digital global yang hampir serupa dengan peranan US dolar dalam sistem kewangan terkini. 

6. Regulasi Akan Membunuh Bitcoin

Fakta: Regulasi akan membantu meningkatkan adaptasi Bitcoin.

Dunia masih sangat keliru dalam hal klasifikasi Bitcoin dan mata wang kripto. Kesan daripada desentralisasi telah membawa banyak perdebatan di seluruh dunia, mengenai bagaimana Bitcoin dapat dan seharusnya diatur.

Oleh kerana ianya dianggap masih di ‘awang-awangan’, ramai yang tidak yakin akan kedudukan Bitcoin dalam sektor kewangan.

Jangan lupa: Bitcoin bukan dikendalikan oleh satu orang, atau kelompok, atau negara. Ini bermakna Bitcoin tidak dapat dilupuskan.

Namun, regulasi terhadap mata wang kripto bukanlah satu petanda buruk. Jika sebuah negara melarang penggunaannya, ia tidak bermakna penggunaannya di seluruh dunia akan berhenti. Selain daripada itu, hampir mustahil bagi para pengawal selia kewangan untuk memantau setiap individu di sesebuah negara sepanjang waktu, khususnya dengan kewujudan undang-undang privasi. Kosnya sahaja terlalu tinggi.

Jika ada usahasama oleh setiap negara di dunia, maka regulasi tidak akan menjadi ancaman yang serius. Pada masa kini, banyak negara menganggap mata wang kripto sebagai sesuatu yang positif dan memberi sokongan mereka kepada Bitcoin.

Kita telah melihat banyak contoh dalam sejarah (misalnya, Era Pelarangan Amerika) bahawa melarang sesuatu akan meningkatkan jenayah dan membuatkan masyarakat lebih, bukan kurang, tertarik kepada hal tersebut. Kami juga telah melihat kekurangan regulasi akan menimbulkan masalah yang sama.

Walau apapun, regulasi akan menguntungkan komuniti. Beberapa negara telah dan pada masa yang akan datang, akan lebih berhati-hati dengannya. Sesetengah negara sedang berhati-hati tentang adaptasi mata wang kripto.

Ada juga negara yang masih belum mempunyai regulasi atau tidak mempunyai langkah-langkah yang mencukupi untuk melindungi para pengguna.

Itulah beberapa kesalahfahaman tentang Bitcoin yang wujud. Apakah anda mempunyai mitos atau kesalahfahaman yang lain?

Baca juga SC Ambil Tindakan Penguatkuasaan terhadap Binance kerana Beroperasi Secara Haram di Malaysia.

Oleh Luno

Luno merupakan syarikat mata wang kripto terkemuka global yang mempunyai misi untuk menaik taraf dunia kepada sistem kewangan yang lebih baik. Mempunyai pekerja lebih daripada 250 orang dan kini mempunyai ibu pejabatnya di London dengan hab serantau di Singapura dan Cape Town. 

Diasaskan oleh CEO Marcus Swanepoel dan CTO Timothy Stranex, Luno telah mengumpul lebih daripada $13 juta dana sejak dilancarkan pada 2013 dan disokong oleh gergasi teknologi global Naspers Group yang memimpin pusingan Siri A mereka, dan Balderton Capital yang memimpin pusingan Siri B mereka, antara lainnya. 

Mata Wang Digital Dan Token Digital Dikawalselia Suruhanjaya Sekuriti

Di Malaysia, mata wang digital diletakkan di bawah seliaan Suruhanjaya Sekuriti (SC). Lesen telah diberikan kepada mereka yang ingin menjalankan sebarang aktiviti yang berkaitan dengan mata wang digital ini, dan Luno merupakan salah sebuah syarikat yang mendapat lesen tersebut.

Boleh rujuk di sini bagaimana untuk Mulakan Pelaburan Aset Digital Yang Sah Dan Patuh Syariah Hari Ini Dengan Luno.

Bagi mereka yang telah siap akaun Luno dan belum claim bonus RM25 dalam bentuk Bitcoin secara percuma, masukkan kod F9S7R8. Klik di bahagian Rewards dan masukkan kod F9S7R8.

Bila kita deposit dan beli aset digital kita yang pertama bernilai RM250 (tak termasuk fees Luno), nanti dapat RM25 dalam bentuk Bitcoin secara percuma.

Previous ArticleNext Article
Individu berlesen/berdaftar dengan Suruhanjaya Sekuriti.

Portal Semak Sebelum Labur SC membolehkan anda menyemak sama ada seseorang individu atau entiti dibenarkan oleh SC untuk menawarkan, mempromosi atau menjual sebarang produk dan perkhidmatan pasaran modal.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Google Tubuh Entiti Tempatan Di Malaysia: Implikasi Terhadap WHT di Malaysia

Google baru-baru ini memaklumkan kepada pelanggan di Malaysia bahawa syarikat itu sedang menubuhkan entiti tempatan, Google Cloud Malaysia Sdn. Bhd.

Langkah ini membawa perubahan kepada struktur transaksi Google Cloud Platform dan Google Workspace bagi pelanggan yang mempunyai alamat pengebilan di Malaysia dan membuat pembayaran dalam Ringgit Malaysia (MYR).

Sebelum ini, transaksi pelanggan Malaysia dibuat dengan Google Asia Pacific Pte Ltd yang berpangkalan di Singapura.

Selepas migrasi, kontrak dan akaun pelanggan yang terlibat akan dipindahkan kepada Google Cloud Malaysia Sdn. Bhd.

Perubahan ini bukan sekadar melibatkan syarikat teknologi, malah berpotensi memberi kesan kepada perniagaan dalam talian (online business) di Malaysia yang bergantung kepada perkhidmatan Google Cloud dan Google Workspace untuk menjalankan operasi harian.

Apa perubahan yang bakal berlaku?

Antara perubahan utama yang diumumkan:

1. Invois dikeluarkan oleh syarikat tempatan

Selepas migrasi, invois dan penyata bil akan dikeluarkan atas nama Google Cloud Malaysia Sdn. Bhd., termasuk alamat dan nombor pengenalan cukai entiti tempatan.

2. SST 8% dikenakan

SST akan dipaparkan sebagai komponen berasingan dalam invois dan dikutip oleh Google Cloud Malaysia mengikut kadar yang dinyatakan dalam notis tersebut.

3. Kontrak dipindahkan kepada entiti Malaysia

Kontrak sedia ada dengan Google Asia Pacific akan dipindahkan kepada Google Cloud Malaysia. Entiti tempatan ini akan mengambil alih kedudukan kontrak berkenaan.

Jadi, bagaimana pula dengan Withholding Tax (WHT)?

Ini bahagian yang menarik dari perspektif percukaian.

Sebelum ini, pembayaran pelanggan Malaysia kepada Google Asia Pacific Pte Ltd perlu dinilai dari sudut cukai pegangan di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967 (ACP 1967).

Antara peruntukan yang relevan ialah Seksyen 109 berkaitan pembayaran royalti kepada bukan pemastautin.

Mengapa royalti?

Di bawah Seksyen 2 ACP 1967, definisi royalti merangkumi bayaran bagi penggunaan atau hak untuk menggunakan hak cipta, termasuk perisian (software).

Sebagai contoh, bayaran untuk mendapatkan hak penggunaan sesuatu aplikasi atau perisian oleh pelanggan sendiri berpotensi dikategorikan sebagai royalti dan tertakluk kepada WHT di bawah Seksyen 109.

Kadar domestik WHT bagi royalti ialah 10%, tertakluk kepada kadar atau layanan berbeza di bawah Perjanjian Pengelakan Pencukaian Dua Kali (DTA), jika berkenaan.

Apa implikasinya kepada Malaysia?

Perubahan struktur entiti syarikat teknologi antarabangsa seperti Google AKAN memberikan beberapa implikasi kepada landskap percukaian negara:

  1. Lebih banyak transaksi perkhidmatan digital boleh dilaksanakan melalui entiti tempatan.
  2. Kutipan SST dapat dilaksanakan melalui pembekal tempatan.
  3. Pelanggan Malaysia mungkin tidak lagi perlu membuat potongan WHT bagi pembayaran Google Cloud yang telah dipindahkan kepada Google Cloud Malaysia, tertakluk kepada struktur kontrak dan penerima sebenar pendapatan.

Bila migrasi ini akan berkuatkuasa?

Google akan menghantar dua notifikasi berasingan kepada pelanggan:

  1. Sebelum migrasi – pemberitahuan awal sebelum akaun dan kontrak dipindahkan.
  2. Selepas migrasi – pengesahan bahawa perubahan telah berkuat kuasa.

Notifikasi akan dihantar ke alamat e-mel yang didaftarkan.

Kesimpulannya, penubuhan entiti tempatan oleh syarikat teknologi antarabangsa bukan sekadar perubahan alamat invois. Ia boleh mengubah kedudukan percukaian transaksi, termasuk kewajipan cukai pegangan di Malaysia.