‘Homeless to Billionaire’ Rangkumkan Kisah Hartawan Hartanah Andres Pira dan Prinsip-Prinsip Kekayaan

KUALA LUMPUR, Malaysia, 17 Julai 2019 /PRNewswire/ — Berikutan kejayaan pelancaran baru-baru ini di Bandar Raya New York pada bulan April 2019, penulis Forbesbooks Andres Pira, pengasas Success Events Asia membawakan Buku Paling Laris No. 1 Amazon ‘Homeless To Billionaire: The 18 Principles of Wealth Attraction and Creating Unlimited Opportunity’ ke Malaysia di Amazon.com.

Buku Paling Laris No. 1 Amazon ‘Homeless To Billionaire’ membawakan sebuah pengembaraan seorang lelaki biasa yang berubah menjadi hartawan, Andres Pira dan 18 prinsip beliau untuk menarik kekayaan, mencipta peluang bagi meraikan penemuan diri. Diinspirasikan oleh perubahan besar dalam hidup beliau sendiri, Andres memperincikan perjalanan perniagaan beliau bermula sebagai ahli telepasaran di Sweden, menjadi gelandangan di pantai Phuket dan kemudiannya menjadi salah seorang jutawan Thailand.

Penulis Sweden itu membeli tiket sehala ke Thailand ketika berusia 20 tahun menggunakan wang $2,000 daripada peninggalan datuknya. Hidup sengsara di Stockholm, beliau tiba di Thailand dengan berbekalkan $100, tanpa kenalan, pekerjaan atau mengetahui bahasa Thai. Tanpa hala tuju, beliau tiba di Phuket dan akhirnya menghabiskan hidup dengan menganggur dan tidur di salah sebuah pantai yang indah di Phuket. Terlalu malu untuk meminta bantuan daripada keluarga, beliau menghubungi seorang rakan di Sweden untuk meminjam wang. 
 
“Saya tidak akan beri kamu wang, tetapi saya akan beri kamu sebuah buku,” kata rakan tersebut. Dengan rasa lapar dan marah dengan kata-kata rakannya, Andres membaca The Secret: The Law of Attraction dengan hati dan perut yang sedang berantakan. Hari berikutnya beliau memulakan langkah untuk membuktikan kesilapan “hukum tarikan”, kerana tiada apa yang boleh dilakukannya selain itu. Tak disangka-sangka, kecurigaannya bertukar menjadi kepercayaan dan buku tersebut telah mengubah hidupnya dengan cara yang tidak pernah dibayangkan.

Mengikuti mentor-mentor beliau seperti Brian Tracy, Jack Canfield dan Bob Proctor, seorang pengembara milenia tanpa arah tuju membuat keputusan untuk mengamalkan bacaan, prinsip-prinsip yang dipelajari sendiri, dan hukum tarikan. Kepintaran berniaga beliau terus membuat pembaharuan bersama kakitangan serta pelanggan beliau, mengubah beliau menjadi seorang ahli perniagaan yang berkebolehan dalam segenap aspek, penuh dengan kajian kes serta pengajaran hebat.

Apakah ertinya untuk menarik kehebatan? Bagi Andres, ia bererti kebolehan memanifestasikan hukum tarikan. Langkah-langkah mudah untuk menarik kekayaan besar dan peluang-peluang yang tidak terhad bermula dengan melaksanakan prinsip-prinsip perniagaan praktikal untuk menjadikan perkara yang anda tarik suatu kenyataan. Ia lebih daripada pemikiran positif, menurut buku tersebut, namun pelaksanaannya adalah perkara penting.

Selain Thailand, negara yang digelarnya sebagai tempat kediaman, ‘Homeless To Billionaire’ paling relevan untuk penduduk Asia Tenggara. Hakikat bahawa seorang warga asing yang tidak berpelajaran dengan segala penghalang yang menyekat beliau boleh berjaya dan mengumpul kekayaan yang besar di sebuah negara asing, bermakna masih ada harapan untuk setiap orang. Andres menghabiskan masa selama bertahun-tahun belajar tentang tabiat, teknik dan pemikiran orang-orang paling kaya sebelum mengamalkannya pada diri beliau sendiri. Sekiranya beliau dapat melakukannya, anda juga mampu.

Dengan kata pengantar oleh Jack Canfield, ‘HomelessTo Billionaire: The 18 Principles of Wealth Attraction and Creating Unlimited Opportunity’ kini boleh didapati di Amazon dengan penghantaran seluruh dunia. Klik di sini untuk mendapatkan naskhah anda. https://www.amazon.com/Homeless-Billionaire-Principles-Attraction-Opportunity/dp/1946633860/

“Ketika saya menulis buku Chicken Soup for the Soul, saya tidak pernah membayangkan bahawa lebih satu juta orang akan membaca buku saya. Jangkaan saya adalah apabila satu juta orang membaca buku Andres, beliau tidak akan terkejut kerana beliau telah belajar untuk menjangkakan kejayaan. Beliau akan menuntut kejayaan, percaya bahawa ia akan berlaku dan melihat ia tercapai. Apa yang diajar oleh Andres kepada saya, si penulis buku Chicken Soup ini, adalah sekiranya seorang guru melakukan tugasnya dengan betul, sudah pasti sampai satu masa, guru itu pula yang akan jadi pelajar.” Jack Canfield, Penulis Buku Paling Laris Amerika & penulis bersama Chicken Soup for the Soul

“Mereka yang inginkan bukti bahawa minda boleh mencipta realiti perlu membaca buku yang menginspirasikan ini. Andres yang masih muda berubah daripada gelandangan menjadi jutawan. Hebatnya lapan belas prinsip beliau. Ia berhasil!” Bob Proctor, penulis buku paling laris peringkat antarabangsa

Latar Belakang Andres Pira 

Daripada seorang gelandangan menjadi seorang jutawan hartanah yang memenangi anugerah, Ketua Pegawai Eksekutif Blue Horizon Developments Andres Pira telah mencapai satu lagi kejayaan penting sebagai penulis Forbesbooks, ‘Homeless To Billionaire: The 18 Principles of Wealth Attraction and Creating Unlimited Opportunity’. Andres mengurus lebih 19 syarikat, menggaji lebih 250 kakitangan dan menerima lebih 26 anugerah di bawah portfolio syarikat beliau. Beliau juga merupakan pengasas bagi ciri ceramah motivasi yang dikenali sebagai Success Events Asia, menarik minat penceramah-penceramah yang paling mendapat permintaan seperti Brian Tracy, Jack Canfield dan Dr. Joe Vitaleyang dikenali sebagai Success Events. Pada usia 37 tahun, beliau telah dipaparkan di peringkat antarabangsa dalam Forbes US, CNBC, Entrepreneur, Money.com dan banyak lagi. Andres kini menjelajah ke seluruh dunia untuk membimbing orang ramai melalui prinsip-prinsip tarikan kekayaan yang mengubah hidup beliau dan bagaimana untuk mencipta peluang-peluang tanpa had.

Sumber: Success Events Asia

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

ANTA kini pemegang saham terbesar PUMA

HONG KONG, 8 Oktober 2026 — ANTA Sports Products Limited, kumpulan pakaian sukan pelbagai jenama terkemuka dunia (“ANTA Sports”, kod saham: 2020 (kaunter HKD) dan 82020 (kaunter RMB), serta anak-anak syarikatnya secara kolektif disebut sebagai “ANTA Group” atau “Kumpulan”), hari ini mengumumkan penyelesaian pemerolehan 29.06% kepentingan dalam PUMA SE daripada Artémis SAS, syarikat pelaburan keluarga Pinault, dengan bayaran tunai sebanyak EUR 1,505.5 juta. Susulan penerimaan semua kelulusan kawal selia yang berkaitan dan pemenuhan syarat penutupan lazim, ANTA Sports kini merupakan pemegang saham terbesar PUMA.

Bagi ANTA Sports, pelaburan ini menandakan pencapaian penting dalam pelaksanaan strategi “fokus tunggal, pelbagai jenama, globalisasi” dan memperkukuh profil antarabangsa, jangkauan serta daya saing Kumpulan dalam pasaran barangan sukan global. ANTA Sports akan membawa kepada PUMA kepakaran yang telah dibangunkan Kumpulan merentasi pelbagai jenama selama bertahun-tahun, termasuk keupayaan dalam pengurusan, peruncitan dan integrasi sumber global.

Ding Shizhong, Pengerusi Lembaga ANTA Sports, berkata: “Kami amat berbesar hati untuk menjadi pemegang saham terbesar PUMA dan rakan strategik jangka panjang. Pasaran barangan sukan global terus menawarkan peluang pertumbuhan yang besar apabila semakin ramai orang mengamalkan gaya hidup aktif dan meningkatkan penyertaan mereka dalam sukan. ANTA Sports telah membina kejayaannya berasaskan strategi pelbagai jenama. Kami percaya nilai sebuah kumpulan pelbagai jenama terletak pada keupayaannya membantu setiap jenama merealisasikan potensi sepenuhnya dengan memanfaatkan keupayaan dan sumber kumpulan yang lebih luas. PUMA mempunyai warisan yang kaya dan nilai asas jenama yang kukuh. Kami yakin terhadap pasukan pengurusannya dan menyokong transformasi strategik yang sedang dilaksanakan. Sebagai pemegang saham jangka panjang, kami berharap dapat berkongsi pengalaman dan keupayaan kami, khususnya dalam bidang peruncitan dan operasi, sambil menghormati kebebasan serta identiti jenama PUMA. Aspirasi kami adalah untuk menyokong PUMA dalam merealisasikan potensi sepenuhnya dan mewujudkan nilai berkekalan untuk pengguna di seluruh dunia.”

“PUMA telah membina salah satu jenama sukan paling dikenali di dunia, dengan warisan yang kaya, kredibiliti sukan yang kukuh, jejak global, inovasi terkemuka dan rakan kongsi yang kukuh. Kami mengalu-alukan ANTA Sports sebagai pemegang saham terbesar PUMA dan melihat komitmen jangka panjangnya sebagai undi keyakinan yang kukuh terhadap strategi, pasukan pengurusan dan masa hadapan kami,” kata Arthur Hoeld, Ketua Pegawai Eksekutif PUMA SE. “Kami berharap dapat membina hubungan yang membuahkan hasil dan meneroka bidang yang membolehkan kekuatan masing-masing mewujudkan nilai mampan untuk PUMA dan para pemegang sahamnya dalam perjalanan kami untuk menjadi antara 3 jenama sukan global teratas.”

ANTA Sports menghormati sepenuhnya warisan sukan PUMA, identiti jenama dan budaya korporatnya yang tersendiri, serta tadbir urus bebas dan autonomi jenamanya. Seperti yang diumumkan sebelum ini, Kumpulan akan mendapatkan perwakilan yang sewajarnya dalam Lembaga Penyeliaan PUMA. Kumpulan pada masa ini tidak mempunyai rancangan untuk membuat tawaran pengambilalihan bagi PUMA.