IPO MTAG Group Berhad Dah Boleh Beli Online

Lagi satu IPO baru bakal disenaraikan pada bulan September tahun ini, iaitu MTAG Group Berhad.

Sumber: Bursa Malaysia

Permohonan dibuka pada hari Isnin 19 Ogos 2019 dan akan ditutup pada hari Jumaat 6 September 2019. Ianya dijangka disenaraikan di papan ACE di Bursa Malaysia pada hari Rabu 25 September 2019.

Sumber: Bursa Malaysia

MTAG Group dijangka dapat dana sebanyak RM72 juta melalui IPO yang akan dijalankan ini. Sebanyak 136 juta saham baru akan dikeluarkan pada harga RM0.53 seunit.

Siapa MTAG Group Berhad Ni?

MTAG Group adalah sekumpulan syarikat yang terdiri daripada Toyo Sho Industrial Products Sdn Bhd, Intag Industrial Supplies Sdn Bhd, dan Intag Steel Hardware Sdn Bhd.

MTAG Group berpangkalan di Johor Bahru dan mempunyai kilang mereka yang tersendiri.

Apa Produk MTAG Group Berhad?

Sumber: https://mtaggroup.com/

Banyak juga produk keluaran mereka seperti label, stiker, pita pelekat dan keluli.

Prestasi Kewangan MTAG Group Berhad

Sumber: Prospektus

Terbaik juga kewangan syarikat untuk tiga tahun kebelakangan ini. Perolehan meningkat, keuntungan juga meningkat naik. Earnings Per Share (EPS) juga naik dengan mendadak.

Untuk Tujuan Apa MTAG Group Berhad Guna Duit RM72 Juta Daripada IPO?

Sumber: Prospektus

Perbelanjaan terbesar syarikat adalah untuk membeli tanah dan juga membina kilang yang baru bagi menyokong pertumbuhan syarikat. Hanya 13.8% saja yang akan digunakan untuk membayar hutang-hutang syarikat.

Siapa Di Sebalik Tabir MTAG Group Berhad?

Sumber: https://mtaggroup.com/corporate-info/directors-backgrounds/

Terbaik, dalam ramai-ramai pengarah lelaki, ada seorang juga pengarah wanita iaitu Puan Dyana Sofya.

Status Patuh Syariah MTAG Group Berhad

Kindly be informed that the Shariah status of MTAG Group Berhad is Shariah-Compliant by the Shariah Advisory Council of…

Posted by BIMB Securities Sdn Bhd on Isnin, 19 Ogos 2019

Alhamdulillah terbaik, menurut BIMB Securities (Bank Islam) adalah patuh Syariah. Jadi kita sebagai orang Islam boleh beli tanpa was-was.

Boleh Beli IPO MTAG Group Berhad Secara Online

Bagi mereka yang berminat nak beli IPO MTAG Group ni, boleh rujuk Tutorial Bergambar Mohon Saham IPO Menggunakan Maybank2U (TERKINI) dan Tutorial Bergambar Beli Saham IPO Menggunakan CIMB Clicks.

Rahsia Nak Lulus IPO Dengan Mudah

Tunggu sekejap, sebelum nak apply IPO ni pastikan kita tahu rahsia IPO nak senang lulus. Patutlah kita tengok ada orang bila dia mohon IPO je konfem dapat. Tapi kita ni yang dah banyak kali cuba, tapi tak dapat-dapat.

Nak tahu rahsianya, jemput baca Rahsia Nak Mudah Lulus Permohonan IPO di Malaysia.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Stratus Global: Memanfaatkan Fasa Kenaikan Capex Semikonduktor

Nilai saksama (FV) sebanyak MYR1.55 diberi berdasarkan P/E 24x FY27F (Mac)

Stratus Global merancang untuk mengumpul MYR285j daripada IPO, dengan tujuan utama untuk membiayai usaha pengembangan fasiliti, pejabat luar negara dan usaha R&D. Disokong oleh rekod prestasi selama 28 tahun dalam penyelesaian sistem pengendalian bahan automasi (AMHS) bilik bersih untuk industri semikonduktor dunia, margin yang kukuh dan kitaran menaik jangka panjang dalam capex semikonduktor, kami menjangkakan pertumbuhan perolehan yang teguh kelak. Pada P/E FY28F 12.4x, penilaiannya tampak menarik apabila dibandingkan dengan purata lima tahun Indeks Teknologi Bursa Malaysia (KLTEC) dan CAGR perolehan tiga tahunnya sebanyak 24%.

Dilindungi oleh pengetahuan kejuruteraan yang mendalam

Sejak 1998, kumpulan ini telah membina AMHS berasaskan penyampai proprietari, AMHS hibrid dan penyelesaian ASRS, yang dilengkapi dengan perisian sistem kawalan peralatan (TCS) dalaman miliknya, untuk industri semikonduktor dunia. Penyelesaiannya menerima pensijilan ISO 9001, ISO 14001 dan ISO 45001, dan diguna pakai oleh pelanggan multinasional bahagian depan (untuk mengendalikan pembikin wafer 200mm dan juga 300mm) dan pelanggan semikonduktor bahagian belakang merentasi benua Asia, Eropah dan Amerika Utara.

Stratus menjalankan reka bentuk, pembikinan, pemasangan dan pengujian hampir kesemuanya secara dalaman, tidak seperti syarikat pesaing yang menggunakan sumber luar. Hal ini menawarkan perbezaan penting yang menyokong marginnya yang lebih tinggi, sementara syarat-syarat ketat untuk mengendalikan wafer menetapkan halangan tinggi untuk kemasukan pasaran.

Pengembangan fasiliti dan geografi bakal mendorong pertumbuhan

Usaha pengembangan fasiliti Bayan Lepas milik Stratus yang sedang berjalan, dengan sasaran siap pada 3QCY28, akan menambah ruang lantai sebanyak 150-200% dan meningkatkan kapasiti hasil kumpulan daripada USD50-100j sekarang (1 syif kepada 2 syif) kepada USD200-400j selepas pengembangan selesai.

Perkara ini menyokong pelaksanaan buku pesanan belum bayarnya bernilai MYR108.4j (setakat 3 Jun 2026; MYR75.4j akan diiktiraf pada FY27F dan MYR33.0j pada FY28F), di samping pertanyaan yang kukuh dan pengembangan kapasiti bagi pelanggan-pelanggan sedia ada. Pada masa yang sama, kumpulan ini merancang untuk menubuhkan pejabat sokongan jualan dan kejuruteraan di Jepun, Taiwan, Jerman dan AS, sekali gus meluaskan capaian semikonduktor bahagian depan dan belakangnya.

Fasa kenaikan berstruktur semikonduktor memperkukuh permintaan

SEMI menjangkakan capex akan terus diperuntukkan untuk menyokong kapasiti fabrikasi wafer 300mm sehingga tahun 2030, sekali gus menaikkan peratusan penguasaan keupayaan wafer terpasang dunia. WSTS meramalkan industri semikonduktor secara amnya akan berkembang 89.9% pada tahun 2026 berikutan permintaan E&E dan pusat data (DC) yang berpacukan kecerdasan buatan (AI), dengan QYResearch mengunjurkan industri AMHS semikonduktor dunia akan meningkat pada kadar CAGR 5.4% sehingga 2031 kepada paras USD4.5bn.

Dengan mengoperasikan fasilitifasiliti wafer 300mm lebih awal daripada beberapa pesaing AMHS lain, Stratus berkedudukan baik untuk memanfaatkan fasa peningkatan ini, dibantu oleh Strategi Semikonduktor Nasional Malaysia dan Rancangan Malaysia yang Ke-13.

Ramalan dan penilaian

Kami memperoleh FV MYR1.55 dengan mengenakan P/E 24x pada EPS 6.45 sen untuk FY28F, selaras dengan P/E purata 5 tahun yang direkodkan oleh KLTEC dan CAGR perolehan tiga tahunnya 24% (PEG 1x). Risiko utama, penumpuan pada pelanggan tunggal, kitaran capex semikonduktor, hasil tidak menentu berasaskan projek, dan turun naik FX kerana hasilnya diniagakan dalam USD.

Perihal Syarikat

Stratus Global merupakan syarikat yang menyediakan penyelesaian automasi kilang yang bertapak di Pulau Pinang. Ia berkepakaran dalam penyelesaian sistem pengendalian bahan automasi (AMHS) bilik bersih bagi industri semikonduktor dunia.

Gambaran Am Kewangan Dan Penilaian

Gambaran Am Syarikat

Rancangan Dan Strategi Masa Depan

  • Pengembangan fasiliti.
  • Pengembangan perniagaan pasaran dari segi geografi
  • Pengembangan pasaran dalam rantaian nilai semikonduktor.

Butiran IPO

Risiko Utama

i. Ketiadaan perjanjian bekalan berjangka panjang;
ii. Kitaran capex semikonduktor;
iii. Penangguhan projek;
iv. Kebergantungan pada pasukan pengurusan utama dan jurutera berkepakaran;
v. Turun naik FX kerana hasil yang diniagakan dalam mata wang USD.