Rahsia Nak Mudah Lulus Permohonan IPO di Malaysia

Alhamdulillah, tahun 2019 ini merupakan tahun semakin banyak syarikat yang bakal disenaraikan di Bursa Malaysia. Bagi yang baru nak disenaraikan di pasaran saham, ianya perlu melalui proses yang dikenali sebagai Initial Public Offering (IPO).

Sebab apa best sangat IPO ni?

Sebab jual hari pertama pun dah boleh untung besar, bagi mereka yang dapat IPO. Nak tahu lebih lanjut, tengok sendiri Prestasi IPO Sepanjang Tahun 2018. Ada Yang Harganya Naik 130.43% Selepas Sehari.

Apakah Rahsianya?

Ada yang banyak kali pohon IPO, tapi tak pernah sekali pun dapat. Tapi ada orang yang setiap kali pohon IPO, konfem dapat punya. Jadi apakah rahsia nak mudah lulus permohonan IPO di Malaysia ni?

Jom kita tengok beberapa kajian kes IPO yang terdahulu, agar dapat mengorek rahsia ini.

1. Kajian Kes Wegmans Holdings

Sumber: Bursa Malaysia

Harga IPO = RM0.29 seunit

Peratusan yang paling tinggi untuk berjaya:

1. 50,000 – 99,900 = (49.54% + 31.90%) / 2 = 40.72%

2. 20,000 – 49,900 = (19.82% + 21.34%) / 2 = 20.58%

3. 100,000 – 199,900 = (9.89% + 11.90%) / 2 = 10.895%

2. Kajian Kes Techbond Group

Sumber: Bursa Malaysia

Harga IPO = RM0.66 seunit

Peratusan yang paling tinggi untuk berjaya:

1. 20,000 – 49,900 = (17.32% + 20.73%) / 2 = 19.025%

2. 50,000 – 99,900 = (19.90% + 17.81%) / 2 = 18.855%

3. 100,000 – 199,900 = (20.45% + 16.28%) / 2 = 18.365%

3. Kajian Kes Securemetric

Sumber: Insage

Harga IPO = RM0.25 seunit

Peratusan yang paling tinggi untuk berjaya:

1. 20,000 – 49,900 = (23.40% + 19.06%) / 2 = 21.23%

2. 100,000 – 199,900 = (21.18% + 20.0%) / 2 = 20.59%

2. 200,000 – 499,900 = (23.65% + 14.12%) / 2 = 18.885%

Nampak Tak Pattern Dia?

Kalau nak peluang permohonan IPO kita cerah, maka pohonlah sekurang-kurangnya 200 lot. Dan kalau mampu, pohonlah sehingga 2000 lot, maka peluang kita akan lebih cerah untuk berjaya.

Buat Persediaan Untuk IPO Yang Akan Datang

Tahun 2019 bakal menyaksikan beberapa nama besar yang bakal disenaraikan seperti:

Sekarang dah tahu rahsianya, bersiap sedialah dengan modal secukupnya!

Kepada pembaca yang baru pertama kali terdengar tentang IPO dan berminat nak tahu lebih lanjut, boleh baca artikel ini Bagaimana cara nak beli saham IPO? Mohon online senang.

Previous ArticleNext Article

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Untung Bersih 99 Speed Mart Lonjak 13.4 Peratus Pada Suku Kedua

KUALA LUMPUR: 99 Speed Mart Retail Holdings Bhd (99 Holdings) mencatat keuntungan bersih RM163.95 juta bagi suku kedua berakhir 30 Jun 2026, meningkat 13.4 peratus daripada RM144.63 juta pada suku sama tahun lalu.

Hasil kumpulan meningkat 13.6 peratus tahun ke tahun kepada RM3.08 bilion daripada RM2.71 bilion sebelumnya, menurut syarikat itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

“Peningkatan itu didorong terutamanya oleh pengembangan berterusan rangkaian cawangan, dengan pertambahan bersih 257 cawangan baharu tahun ke tahun, menjadikan jumlah keseluruhan kepada 3,151 cawangan setakat 30 Jun 2026 berbanding 2,894 cawangan setahun sebelumnya.

“Jumlah transaksi jualan meningkat 13.6 peratus kepada 146.4 juta, dengan nilai purata setiap bakul RM21,” menurut syarikat itu.

Bagi tempoh enam bulan berakhir 30 Jun 2026, 99 Holdings mencatat keuntungan bersih RM352.5 juta berbanding RM289.53 juta dalam tempoh sama tahun lalu.

Hasil bagi tempoh enam bulan pula meningkat kepada RM6.14 bilion daripada RM5.32 bilion sebelumnya.

Selain itu, platform e-dagang jualan pukal syarikat terus mencatat pertumbuhan kukuh apabila hasil meningkat 80.5 peratus tahun ke tahun kepada RM50.2 juta bagi enam bulan berakhir 30 Jun 2026.

Pengasas merangkap Ketua Pegawai Eksekutif 99 Holdings, Lee Thiam Wah, berkata momentum pertumbuhan positif pada suku berkenaan disokong pengembangan berterusan rangkaian cawangan serta pelaksanaan waktu operasi lebih awal di seluruh negara.

Thiam Wah berkata tumpuan berterusan terhadap kecekapan operasi turut mula memberikan manfaat ketara kepada kumpulan.

Menurutnya, inisiatif penjimatan tenaga dan penggunaan peralatan membantu mengurangkan kos utiliti serta meningkatkan kecekapan kos merentasi operasi kumpulan.

“Dengan rangkaian cawangan kami terus berkembang, kami kekal komited untuk memperkukuh rantaian bekalan bagi menyokong kecekapan operasi,” katanya.

Beliau berkata kumpulan itu juga terus memperluas penawaran produk bagi memenuhi keperluan pelanggan yang berubah susulan sambutan menggalakkan terhadap rangkaian peralatan rumah terpilih.

Rangkaian berkenaan kini diperluas ke semua cawangan di seluruh negara dan turut ditawarkan menerusi platform 99 Bulksales bagi memenuhi keperluan pelanggan korporat serta pembelian secara pukal.