Apa Itu Bankrap dan 7 Kesan Jika Diisytiharkan Bankrap

Statistik menunjukkan bahawa ramai golongan muda jatuh bankrap disebabkan oleh perbelanjaan yang melebihi pendapatan mereka.

Berdasarkan rekod Jabatan Insolvensi Malaysia, jumlah kes kebankrapan yang direkodkan selepas moratorium berakhir pada tahun lalu adalah sebanyak 933 kes bagi Oktober, 419 kes bagi November dan 711 kes pada Disember. Pada tahun 2021 pula, rekod menunjukkan, 459 kes bagi Januari, 445 kes bagi Februari dan Mac sebanyak 960 kes.

Majoriti kes kebankrapan ini dilihat berpunca daripada pinjaman peribadi. Seterusnya, pinjaman perniagaan, sewa beli kenderaan, pinjaman perumahan dan kad kredit juga menjadi asbab utama individu di Malaysia diisytiharkan bankrap.

Maka, setiap daripada kita perlu berhati-hati terutama dalam situasi pandemik ini bagi mengelakkan diri kita daripada diisytiharkan bankrap.

Apa Itu Bankrap?

This image has an empty alt attribute; its file name is office-stress-work-business-paperwork-person-1-700x700.jpg

Kebankrapan adalah satu proses di mana seorang penghutang itu diisytiharkan sebagai bankrap lanjutan daripada suatu Perintah Penghukuman yang dibuat di Mahkamah Tinggi terhadap penghutang tersebut atas kegagalan atau ketidakupayaan untuk membayar hutang sekurang-kurangnya RM50,000.00.

Dalam kata mudah, jika anda mempunyai hutang kepada pihak bank sebanyak RM50,000 dan ke atas dan tidak mempunyai kemampuan untuk membayar, anda boleh diisytiharkan bankrap. Ianya mungkin melibatkan hanya satu bank atau beberapa buah bank.

Selain daripada itu, anda juga boleh momohon secara sukarela untuk mengisytiharkan diri sendiri sebagai bankrap dan ia tidak melibatkan sebarang had atau jumlah hutang (tidak semestinya RM50,000). Permohonan sukarela ini dibuat untuk mengelakkan tuntutan yang berlebihan dari pihak bank.

7 Kesan Jika Disytiharkan Bankrap

  1. Sekatan ke luar negara tanpa kebenaran Mahkamah atau Ketua Pengarah Insolvensi
  2. Tidak boleh memegang jawatan sebagai pengarah syarikat
  3. Hilang kelayakan sebagai ahli parlimen
  4. Hilang kelayakan sebagai penjawat awam (tertakluk pada tindakan tatatertib)
  5. Tidak boleh memegang sebarang jawatan dalam mana-mana badan berkanun, koperasi berdaftar atau organisasi
  6. Tidak boleh menjalankan perniagaan secara persendirian atau perkongsian atau menubuhkan syarikat
  7. Pencen dan ganjaran lain yang diterima oleh bankrap hendaklah terletak hak kepada Ketua Pengarah Insolvensi untuk dibahagikan kepada pemiutang. Walau bagaimanapun, Ketua Pengarah Insolvensi mempunyai budi bicara untuk menentukan berapa jumlah pencen dan ganjaran yang boleh diberikan kepada bankrap

Jika anda mempunyai masalah kewangan dan tidak mempunyai keupayaan membayar balik pinjaman, bincang dahulu dengan pihak bank. Kebanyakan bank bersikap terbuka kerana mereka juga ingin mengelakkan masalah hutang tidak berbayar (NPL).

Jika masih tiada penyelesaian, anda boleh mendapatkan bantuan secara percuma melalui Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK). AKPK telah ditubuhkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) untuk membantu rakyat Malaysia dalam Kaunseling Kewangan, Program Pengurusan Kredit, dan Pendidikan Kewangan.

Elakkan berdiam diri kerana ia boleh menyebabkan anda diisytiharkan bankrap dan banyak sekatan yang akan dikenakan.

Sekian, semoga bermanfaat.

Ditulis oleh Azharul Adha Bin Dzulkarnain
Boleh dihubungi melalui emel [email protected]

Sumber Rujukan:

Pada tahun 2020 yang lalu, kami telah pun menghasilkan buku sulung yang bertajuk ‘Malaysia Melabur: 10 Benda Kita Kena Tahu’. Sambutannya begitu menggalakkan sehingga buku ini terpilih sebagai Top 10 di MPH dalam kategori Malay Non-Fiction bagi tahun 2020.

Alhamdulillah, terkini kami berjaya terbitkan pula buku ‘Malaysia Melabur Saham’.

Kenapa Perlu Baca Buku Ini?

Pastinya anda selalu terdengar atau terbaca tentang peluang menambahkan pendapatan di pasaran saham patuh syariah di Bursa Malaysia.

Jika anda benar-benar berminat untuk terlibat tetapi masih belum memulakan langkah pertama, buku ini teramat sesuai.

Ianya ringkas, padat dan sarat dengan contoh-contoh berbentuk grafik.

Kenapa Kena Miliki Buku Ini?

Tak semua orang boleh belajar menerusi video, jadi boleh baca buku ini di masa lapang. Nak Google semua artikel pun memakan masa. Sebab itu buku ini telah terjual lebih daripada 2,000 naskah!

Kami faham ramai nak mula melabur saham, tapi nak tahu dulu asasnya?

Tak sempat nak belajar secara face-to-face, jom mulakan dengan membaca buku ini.

Senang faham sebab buku ini penuh dengan gambar dan contoh-contoh.

Ditulis oleh mereka yang berpengalaman, kita sama-sama belajar sampai faham.

TERKINI: Miliki Buku Malaysia Melabur Saham di Shopee

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Google Tubuh Entiti Tempatan Di Malaysia: Implikasi Terhadap WHT di Malaysia

Google baru-baru ini memaklumkan kepada pelanggan di Malaysia bahawa syarikat itu sedang menubuhkan entiti tempatan, Google Cloud Malaysia Sdn. Bhd.

Langkah ini membawa perubahan kepada struktur transaksi Google Cloud Platform dan Google Workspace bagi pelanggan yang mempunyai alamat pengebilan di Malaysia dan membuat pembayaran dalam Ringgit Malaysia (MYR).

Sebelum ini, transaksi pelanggan Malaysia dibuat dengan Google Asia Pacific Pte Ltd yang berpangkalan di Singapura.

Selepas migrasi, kontrak dan akaun pelanggan yang terlibat akan dipindahkan kepada Google Cloud Malaysia Sdn. Bhd.

Perubahan ini bukan sekadar melibatkan syarikat teknologi, malah berpotensi memberi kesan kepada perniagaan dalam talian (online business) di Malaysia yang bergantung kepada perkhidmatan Google Cloud dan Google Workspace untuk menjalankan operasi harian.

Apa perubahan yang bakal berlaku?

Antara perubahan utama yang diumumkan:

1. Invois dikeluarkan oleh syarikat tempatan

Selepas migrasi, invois dan penyata bil akan dikeluarkan atas nama Google Cloud Malaysia Sdn. Bhd., termasuk alamat dan nombor pengenalan cukai entiti tempatan.

2. SST 8% dikenakan

SST akan dipaparkan sebagai komponen berasingan dalam invois dan dikutip oleh Google Cloud Malaysia mengikut kadar yang dinyatakan dalam notis tersebut.

3. Kontrak dipindahkan kepada entiti Malaysia

Kontrak sedia ada dengan Google Asia Pacific akan dipindahkan kepada Google Cloud Malaysia. Entiti tempatan ini akan mengambil alih kedudukan kontrak berkenaan.

Jadi, bagaimana pula dengan Withholding Tax (WHT)?

Ini bahagian yang menarik dari perspektif percukaian.

Sebelum ini, pembayaran pelanggan Malaysia kepada Google Asia Pacific Pte Ltd perlu dinilai dari sudut cukai pegangan di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967 (ACP 1967).

Antara peruntukan yang relevan ialah Seksyen 109 berkaitan pembayaran royalti kepada bukan pemastautin.

Mengapa royalti?

Di bawah Seksyen 2 ACP 1967, definisi royalti merangkumi bayaran bagi penggunaan atau hak untuk menggunakan hak cipta, termasuk perisian (software).

Sebagai contoh, bayaran untuk mendapatkan hak penggunaan sesuatu aplikasi atau perisian oleh pelanggan sendiri berpotensi dikategorikan sebagai royalti dan tertakluk kepada WHT di bawah Seksyen 109.

Kadar domestik WHT bagi royalti ialah 10%, tertakluk kepada kadar atau layanan berbeza di bawah Perjanjian Pengelakan Pencukaian Dua Kali (DTA), jika berkenaan.

Apa implikasinya kepada Malaysia?

Perubahan struktur entiti syarikat teknologi antarabangsa seperti Google AKAN memberikan beberapa implikasi kepada landskap percukaian negara:

  1. Lebih banyak transaksi perkhidmatan digital boleh dilaksanakan melalui entiti tempatan.
  2. Kutipan SST dapat dilaksanakan melalui pembekal tempatan.
  3. Pelanggan Malaysia mungkin tidak lagi perlu membuat potongan WHT bagi pembayaran Google Cloud yang telah dipindahkan kepada Google Cloud Malaysia, tertakluk kepada struktur kontrak dan penerima sebenar pendapatan.

Bila migrasi ini akan berkuatkuasa?

Google akan menghantar dua notifikasi berasingan kepada pelanggan:

  1. Sebelum migrasi – pemberitahuan awal sebelum akaun dan kontrak dipindahkan.
  2. Selepas migrasi – pengesahan bahawa perubahan telah berkuat kuasa.

Notifikasi akan dihantar ke alamat e-mel yang didaftarkan.

Kesimpulannya, penubuhan entiti tempatan oleh syarikat teknologi antarabangsa bukan sekadar perubahan alamat invois. Ia boleh mengubah kedudukan percukaian transaksi, termasuk kewajipan cukai pegangan di Malaysia.