Wahed Invest Dilancarkan di Malaysia

  • Wahed menawarkan rakyat Malaysia cara yang lebih bijak untuk melabur dengan menyediakan akses kepada portfolio patuh Syariah yang pelbagai
  • Pejabat Malaysia berfungsi sebagai hab serantau untuk operasi Wahed Invest di Asia Pasifik
  • Wahed menyokong wawasan Malaysia ke arah kemakmuran bersama dan pertumbuhan ekonomi yang inklusif dengan memanfaatkan teknologi yang memberi tumpuan kepada Ekonomi Digital Islam

Kuala Lumpur, 29 Oktober 2019 – Wahed Invest mengumumkan pelancaran platform pelaburan digital Islam pertama di Malaysia. Perkhidmatan pengurusan pelaburan digital Wahed membolehkan pelabur akses kepada portfolio patuh Syariah yang telus, saksama dan bertujuan untuk memperkasakan rakyat Malaysia pada umumnya untuk menjaga kesejahteraan kewangan mereka.

Baca: 7 Langkah Mudah Nak Melabur Dengan Wahed Invest Modal Serendah RM100, Guna Smartphone Saja (Bonus RM40 Jika Anda Daftar Sekarang).

Pertama kali dilancarkan pada 2017, Wahed Invest berpangkalan di AS, berkembang ke pasaran UK pada 2018 dan merancang untuk melancarkan perkhidmatan pengurusan pelaburan digitalnya merentas rantau Asia Tenggara dari pangkalan serantaunya di Malaysia. Beroperasi di lebih daripada 130 buah negara, Wahed ditubuhkan untuk memenuhi keperluan pelabur yang bijak kewangan serta mereka yang mempunyai pengetahuan yang sedikit mengenai kewangan, menerusi pelbagai pelaburan yang dapat diakses. Di tambah pula dengan pelaburan awal rendah sebanyak RM 100, bersama yuran yang rendah, dan tiada tempoh terkunci, Wahed berharap untuk mengatasi halangan yang terpadat pada pengurusan pelaburan dan portfolio kewangan yang lazimnya dikhaskan untuk pelabur bernilai tinggi.

“Kewangan Islam adalah salah satu sektor yang paling pesat berkembang di dunia, dan Wahed telah membolehkan masyarakat Muslim global untuk mengambil bahagian dalam pasaran kewangan global dengan membuat pelaburan yang mudah diakses dan juga patuh etika. Sebagai salah satu pasaran modal Islam yang paling maju, Malaysia berada pada kedudukan yang unik bagi memenuhi keperluan pelabur Asia Tenggara yang semakin canggih dan mempunyai keperluan yang mendesak, dan membantu mewujudkan peluang dalam kewangan Islam. Dengan menyediakan cara pelaburan yang baru dan bijak yang patuh syariah, pelabur kami mempunyai akses kepada pengurus pelaburan digital yang mempunyai yuran yang rendah, serta jumlah minima akaun yang lebih rendah,” kata Junaid Wahedna, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Wahed Inc.

Walaupun Laporan Bank Dunia menyatakan bahawa Malaysia telah mencapai salah satu tahap tertinggi dalam kemasukan kewangan di kalangan negara-negara Asia Tenggara, rakyat Malaysia masih tertinggal dalam hal celik kewangan dan pengetahuan kewangan. Satu kaji selidik yang dijalankan baru-baru ini oleh Agensi Pengurusan Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) melaporkan bahawa satu daripada tiga rakyat Malaysia tidak selesa dengan pengetahuan kewangan mereka, manakala separuh daripada penduduk (52%) mengatakan mereka menghadapi kesukaran menyimpan sehingga RM1,000 untuk waktu kecemasan. Lebih separuh rakyat Malaysia (53%) percaya bahawa pengurusan kekayaan adalah kunci untuk mencapai mobiliti sosial. Walau bagaimanapun, kebanyakan rakyat Malaysia merasa pengetahuan kewangan mereka yang tidak mencukupi telah menghalang mereka dari pengurusan kekayaan yang cekap.

Ketika demostrasi platform Wahed pada majlis pelancaran, Syakir Hashim, Pengarah dan Ketua Pegawai Eksekutif Asia Pasifik, Wahed Inc berkongsi, “Di tengah-tengah hala tuju Malaysia ke arah kemakmuran bersama melalui ekonomi yang lebih inklusif yang berakar umbikan teknologi dan inovasi, kami di Wahed terus memperkasakan rakyat Malaysia dengan akses yang lebih baik untuk masa depan kewangan yang selamat. Kami mengiktiraf Malaysia sebagai salah satu pasaran utama kami dan negara yang berada di landasan untuk menjadi pemimpin dalam Ekonomi Digital Islam yang disokong oleh ekosistem yang berkembang pesat. Malaysia akan memainkan peranan utama dalam memacu pertumbuhan kami di Asia Pasifik sebagai Hab Serantau untuk operasi kami. Setiap orang mempunyai matlamat dan aspirasi kewangan yang berbeza, tetapi untuk pelabur yang tidak berpengalaman atau pelabur kali pertama, kekurangan pendidikan serta peluang kewangan yang sesuai, ditambah pula dengan ketakutan dan kadang-kadang kesukaran untuk memahami istilah kewangan sudah cukup untuk menghalang dan menegah mereka bagi melabur dan mengambil alih kesejahteraan kewangan mereka.”

“Kajian baru-baru ini menunjukkan bahawa satu daripada setiap lima rakyat Malaysia tidak berjaya menyimpan wang dalam tempoh enam bulan[i]. Melalui Wahed, kami menggalakkan pelabur-pelabur kami untuk menjaga kesejahteraan kewangan mereka dengan menyediakan alat pelaburan yang lebih bijak selaras dengan kepercayaan mereka. Kami berhasrat untuk memastikan semua umat Islam mempunyai akses kepada portfolio pelaburan patuh Syariah yang cekap, tanpa mengira status ekonomi atau lokasi geografi mereka,” kata Syakir Hashim.

Pilihan peruntukan portfolio semasa Wahed terdiri daripada pelaburan saham ke AS, saham Malaysia, sukuk (bon Islam) dan emas. Untuk memastikan semua pulangan adalah halal, Wahed mempunyai Lembaga Penasihat Syariah sepenuh masa, yang menjalankan proses saringan yang ketat dan menghasilkan laporan penyucian tahunan (Zakat). Hasilnya, pelabur Islam dan bukan Islam kini mampu melabur tanpa rasa bimbang ke dalam portfolio secara beretika.

Anak-anak syarikat Wahed Inc dikawal selia oleh beberapa badan yang paling dihormati di dunia termasuk Suruhanjaya Bursa Sekuriti (SEC) di Amerika Syarikat, Pihak Berkuasa Pelakuan Kewangan (FCA) di UK, Pihak Berkuasa Pasaran Modal Arab Saudi (CMA) dan Bank Negara Bahrain (CBB).

Setelah mendaftar, pengguna boleh membuka akaun pelaburan dengan selamat dalam masa beberapa minit. Wahed secara automatik akan mencadangkan portfolio untuk setiap pengguna berdasarkan bagaimana mereka menjawab soalan-soalan mengenai diri mereka sendiri; dengan mengambil kira keadaan kewangan individu, sikap terhadap risiko, matlamat pelaburan dan kriteria lain. Model portfolio dikawal selia oleh pengurusan dana profesional Wahed. Pengguna boleh mula melabur dengan serendah RM100 dan hanya membayar sebahagian kecil daripada yuran pengurusan tradisional. Wahed memastikan bahawa pelabur sentiasa mempunyai portfolio pelbagai, tanpa mengira saiz akaun mereka, justeru itu membolehkan pelaburan yang efisien untuk pelabur dari semua lapisan masyarakat.

Wahed Invest Menerima Lesen Pengurusan Pelaburan Digital Islam

Wahed Invest telah berjaya mendapatkan lesen kawal selia daripada Suruhanjaya Sekuriti (SC) Malaysia untuk menawarkan perkhidmatan pengurusan pelaburan digital pertama di Malaysia. Lesen Pengurusan Pelaburan Digital Islam yang diberikan oleh SC akan membolehkan rakyat Malaysia untuk melabur tanpa rasa bimbang dalam portfolio patuh syariah dan beretika.

Mengenai Wahed Invest

Wahed Invest (“Wahed”) menawarkan perkhidmatan pelaburan automatik yang direka untuk pelaburan Syariah dan beretika. Di Malaysia, anak syarikat Wahed Inc; Wahed Technologies Sdn Bhd adalah entiti berlesen yang beroperasi sebagai Pengurus Pelaburan Islam Digital. Platform ini akan membolehkan pelabur dari semua peringkat pendapatan untuk melabur simpanan mereka secara beretika dan cekap.

Untuk makulmat lanjut berkenaan Wahed Invest, layari www.wahedinvest.com


[i] The Star Online. Vital to strengthen financial literacy, say experts. Didapati daripada https://www.thestar.com.my/news/nation/2019/07/24/vital-to-strengthen-financial-literacy-say-experts. Kali terakhir diakses pada 22 Oktober 2019.

Jemput baca 7 Langkah Mudah Nak Melabur Dengan Wahed Invest Modal Serendah RM100, Guna Smartphone Saja (Bonus RM40 Jika Anda Daftar Sekarang).

Previous ArticleNext Article

5 Comments

  1. Assalamualaikum..maaf bertanya..saya menyertai wahed invest ni diperkenalkan dalam facebook. Jadi tidak banyak maklumat yg saya dapat..saya ingin bertanya satu soalan ok saya dah menyertai wahed invest ni .saya nak tahu cara-cara nak buat pengeluaran..boleh x nak buat pengeluaran harian atau kena tunggu setahun baru boleh buat pengeluaran. terima kasih

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Powerwell Catat Rekod Untung Bersih Tertinggi RM24.1 Juta, Sasar Lonjakan Melalui Sektor Pusat Data

KUALA LUMPUR: Pakar pengedaran kuasa tempatan, Powerwell Holdings Berhad (“Powerwell”) berjaya menamatkan tahun kewangan 2026 (“FY26”) dengan prestasi luar biasa selepas mencatatkan keuntungan bersih tertinggi dalam sejarah syarikat berjumlah RM24.1 juta.

Pencapaian memberangsangkan ini menyaksikan keuntungan bersih kumpulan melepasi ambang RM20 juta buat kali pertama , melonjak daripada RM18.7 juta yang direkodkan pada tahun kewangan sebelumnya.

Prestasi Kewangan Sumbangan Pasaran Luar Negara

Bagi keseluruhan FY26, perolehan Powerwell melonjak 15.6% tahun-ke-tahun (YoY) kepada RM159.0 million berbanding RM137.5 juta pada tahun lalu. Pertumbuhan mampan ini dipacu terutamanya oleh sumbangan yang lebih tinggi daripada operasi kumpulan di Bangladesh dan Indonesia.

Bagaimanapun, bagi suku keempat berakhir 31 Mac 2026 (4QFY26), perolehan kumpulan mencatatkan penurunan kepada RM41.4 juta berbanding RM47.7 juta sebelum ini disebabkan oleh penghantaran produk yang lebih rendah.

Meskipun begitu, margin keuntungan kasar bagi suku tersebut melonjak kepada 39.8% (daripada 35.1% pada suku sama tahun lepas) hasil daripada pemuktamadan akaun untuk sebuah projek pusat data (data centre) serta projek loji hidro. Keadaan ini, ditambah pula dengan pembalikan kemerosotan nilai penghutang perdagangan dan perbelanjaan pentadbiran yang lebih rendah, telah melonjakkan untung bersih 4QFY26 sebanyak 6.9% YoY kepada RM7.7 juta.

Sebagai ganjaran kepada para pemegang saham, Powerwell mengumumkan dividen interim kedua sebanyak 1.0 sen sesaham bagi suku di bawah tinjauan. Ini menjadikan jumlah keseluruhan dividen bagi FY26 sebanyak 1.5 sen sesaham, yang mewakili nisbah pembayaran sebanyak 36.1% (anggaran RM8.7 juta).

Projek Mega & Pasaran Borneo

Tahun kewangan 2026 turut melakar sejarah tersendiri apabila Powerwell berjaya mengukuhkan kedudukannya dalam ekosistem teknologi tinggi selepas meraih projek pusat data tunggal terbesar bernilai RM68.5 juta.

Bagi meluaskan lagi empayar perniagaannya, kumpulan sedang aktif mengembangkan ruang pembuatan di Malaysia dan Indonesia. Di samping itu, Powerwell telah memuktamadkan pengambilalihan 49% kepentingan dalam Tenaga Kenari pada 1 April 2026. Langkah strategik ini memberikan akses segera bagi kumpulan untuk menembusi pasaran Sarawak dan Sabah (Timur Malaysia), sekali gus membuka peluang rantaian pelanggan baharu dalam industri semikonduktor, utiliti, dan tenaga boleh diperbaharui.

Prospek Cerah

Sehingga akhir Mac 2026, nilai tempahan (order book) Powerwell kekal sihat pada paras RM150.8 juta, sekali gus memberikan pendapatan yang stabil untuk tempoh akan datang.

Melihat ke hadapan, pihak pengurusan Powerwell optimis terhadap prospek perniagaan syarikat yang disokong oleh saluran tender (tender pipeline) yang sangat aktif. Kumpulan sedia merebut peluang luas dalam segmen-segmen pesat membangun termasuk pusat data, tenaga boleh diperbaharui, semikonduktor, dan infrastruktur.

Walau bagaimanapun, memandangkan keadaan pasaran global yang dinamik, Powerwell menegaskan akan terus mengamalkan pendekatan berhati-hati dengan memantau rapat ketidaktentuan pasaran, perkembangan geopolitik, dan keadaan makroekonomi yang boleh memberi kesan kepada landskap perniagaan.