George Soros: Seorang Lelaki Dari Galaksi Lain

Kita semua tahu ciri-ciri persamaan pelabur dan pedagang tersohor adalah contrarian thinker, namun jika kita melihat di dalam diri George Soros, kita akan nampak contrarian thinker yang berasal daripada galaksi lain. Artikel pada kali ini, kami akan mengupas sedikit sebanyak mengenai individu yang sangat terkenal dengan fenomena ‘The Man Who Broke The Bank Of England ‘.

Sebelum kita melangkah lebih jauh, terdapat beberapa nasihat dan juga peringatan yang kami ingin sampaikan, kita hanya melihat karier beliau sebagai pelabur dan pedagang, berkenaan hal lain kita perlu abaikan. Berhati-hati mengambil iktibar atau menggunakan pendekatan beliau ke dalam falsafah pelaburan dan perdagangan anda, dikhuatiri ia akan menjerumus ke arah perjudian dan sekaligus membawa kepada kemudaratan diri.

Beliau terlalu unik, sehinggakan apa beliau pernah lakukan, ciri-ciri dirinya, dan sebagainya tidak pernah wujud dalam mana-mana perjalanan hidup pakar dunia kewangan yang lain.

Menurut pengarang buku ‘The Sages’ Charles R. Morris bekas pengurus bank dan juga peguam, George Soros terlalu bold dan sangat berbeza dengan pelabur yang lain. Ini disebabkan George Soros tidak pernah menerima, memakai atau menggunakan falsafah atau nasihat daripada individu lain. George Soros tidak pernah mempunyai mentor. Sangat unik bukan.

Jika kita ambil dari sejarah keseluruhan pasaran, para pakar-pakar yang lain, kesemuanya mempunyai mentor dan menggunapakai falsafah atau teknik pelaburan atau perdagangan daripada orang lain. Hanya George Soros seorang dan diiringi oleh Jesse Livermore tidak mempunyai mentor, namun Jesse Livermore pernah menerima atau menggunapakai nasihat orang lain.

Soros Menggemparkan Dunia

Dalam sejarah kewangan, George Soros merupakan manusia yang berjaya mencipta rekod keuntungan tertinggi dalam sehari, iaitu melebihi $1 bilion dalam masa sehari, ketika fenomena ‘The Man Who Broke The Bank Of England ‘ berlaku. Kejayaan beliau tersebut, telah dibantu oleh anak didiknya, juga merupakan pengurus Hadgefund beliau iaitu Stanley Druckenmiller.

Tahukah anda ketika fenomena tersebut berlaku, Hadgefund beliau, telah mengambil position short terhadap pound sterling bersamaan $10 bilion pound sterling? Lebih menarik, sebelum situasi tersebut berlaku, George Soros hanya makan dan tidur serta tidak terkesan kepada sebarang bentuk gangguan psikologi.

Jika Stanley Druckenmiller mendapat jolokan sebagai The Father of focus trading, manakala George Soros pula di kenali sebagai The Father of fastest Investing. Umumnya kita tahu, setiap pakar pelaburan menghabiskan purata masa lebih kurang 100 jam, bagi menganalisa pasaran di WallStreet.

Tidak bagi Soros, kita ambil contoh pelaburan beliau dalam Indonesia Timber, sebelum beliau melakukan pelaburan tersebut, beliau tidak meneliti sekeping kertas atau data kewangan. Namun, beliau hanya mundar-mandir, berlegar-legar di dalam pejabat beliau.

4 jam masa beliau dihabiskan, dengan melihat pemandangan melalui luar tingkap, berfikir, melihat lukisan, dan akhirnya mengeluarkan kenyataan ‘sekarang, saya perlu melabur terhadap hutan simpan di Indonesia, dan lihat sejam kemudian kamu akan lihat saya akan menjadi kaya’. Hasilnya ia berjaya. Sangat pelik bukan?

Sisi Dermawan George Soros

Selain aktiviti pelaburan, Soros terlibat dengan kerja-kerja kebajikan. Sebenarnya sebahagian besar dari harta beliau dilaburkan untuk membantu orang lain. Pada usia 54 tahun beliau telah menubuhkan Open Society Foundations untuk menjalankan inisiatif global berkaitan dengan pembangunan pendidikan, kesihatan awam, perniagaan, serta mendukung kebebasan bersuara, kesetaraan, dan keadilan di seluruh dunia.

Pada usia 89 tahun Soros terus mendermakan wang kepada Open Society Foundations yang melancarkan program di lebih 100 buah negara dan mempunyai 37 pejabat serantau.

Soros semasa berada di Malaysia pada tahun 2006

Ambil Positive-Side Sahaja Daripada Soros

Terlalu banyak yang kita boleh pelajari daripada keunggulan beliau, namun suka kami ingatkan, George Soros juga terpalit dengan kontroversi-kontroversi panas. Mana yang baik dan mendatangkan manfaat tidak salah jika kita gunakan, mana yang memberi kemudaratan lebih baik untuk di elakkan.

Tahukah anda, kita semua tahu dan menganggap George Soros adalah pelabur dan pedagang yang hebat, namun bagi Soros, beliau tidak pernah berbangga, kagum dan menganggap dirinya adalah gagal?

Ini disebabkan keutamaan beliau adalah menjadi seorang Philanthropist atau dermawan, dunia kewangan terlalu lambat dan kurang efisien untuk menyampaikan falsafah hidup beliau sebagai philanthropist.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Kenapa CIMB Pertimbang Bawa CIMB Niaga Keluar Dari Bursa Saham Indonesia?

Pada 21 Oktober 2026, beberapa laporan media kewangan menyatakan CIMB Group Holdings Bhd, kumpulan perbankan dari Malaysia, sedang menilai kemungkinan membawa anak syarikatnya, PT Bank CIMB Niaga Tbk, keluar daripada Bursa Saham Indonesia atau Indonesia Stock Exchange (IDX).

Bagaimanapun, pada 22 Oktober 2026, CIMB Group mengeluarkan kenyataan menafikan bahawa pihaknya mempunyai rancangan untuk memprivatisasikan CIMB Niaga. Kumpulan itu menegaskan bahawa tiada keputusan dibuat dan tiada cadangan rasmi dikemukakan berhubung perkara tersebut.

Walaupun begitu, laporan awal berkenaan memberikan gambaran tentang cabaran yang dihadapi syarikat tersenarai apabila perlu memenuhi peraturan pasaran saham dalam keadaan pasaran yang tidak menentu.

1. Peraturan Free Float Semakin Ketat

Antara faktor utama yang mencetuskan spekulasi tersebut ialah perubahan peraturan Bursa Saham Indonesia berkaitan free float, iaitu peratusan saham syarikat yang tersedia untuk dagangan pelabur awam.

CIMB Group dilaporkan memiliki kira-kira 91.4% saham CIMB Niaga. Pegangan yang besar ini menyebabkan bahagian saham yang tersedia untuk dagangan awam menjadi terhad.

Berdasarkan peraturan baharu yang dilaporkan, CIMB Niaga perlu meningkatkan pegangan saham awamnya kepada sekurang-kurangnya 12.5% menjelang Mac 2027 dan 15% menjelang Mac 2028.

Bagi memenuhi keperluan ini, CIMB mempunyai beberapa pilihan, termasuk menjual sebahagian saham kepada pelabur strategik atau menerbitkan saham tambahan kepada pelabur awam.

Namun, setiap pilihan mempunyai implikasi tersendiri terhadap struktur pemilikan, penilaian saham dan kepentingan pemegang saham sedia ada.

2. Saham CIMB Niaga Dianggap Belum Mencerminkan Nilai Sebenar

Faktor kedua ialah penilaian saham atau valuation.

Menurut laporan analisis yang diterbitkan pada 21 Oktober, CIMB melihat saham CIMB Niaga sebagai undervalued, iaitu harga pasaran yang dianggap lebih rendah daripada nilai asas perniagaannya.

CIMB Niaga bukan sekadar sebuah bank yang beroperasi di Indonesia. Bank ini mempunyai perniagaan dalam perbankan korporat, pengurusan kekayaan, perbankan Islam dan perkhidmatan kepada pelanggan berpendapatan tinggi.

Pada 30 Jun 2026, CIMB Niaga dilaporkan mempunyai jumlah aset sekitar 382 trilion rupiah.

Jika harga saham tidak mencerminkan potensi perniagaan tersebut, penjualan pegangan kepada pelabur baharu mungkin tidak menghasilkan nilai yang dianggap memadai oleh pemegang saham induknya.

Dalam keadaan sedemikian, pemilik syarikat mungkin menilai sama ada lebih baik mengekalkan pemilikan jangka panjang berbanding menjual saham pada penilaian pasaran semasa.

3. Pasaran Saham Indonesia Berdepan Ketidaktentuan

Keadaan pasaran turut mempengaruhi pilihan yang tersedia kepada CIMB.

Kebimbangan mengenai ketelusan pasaran dan kemungkinan perubahan klasifikasi pasaran Indonesia oleh MSCI telah menjejaskan sentimen pelabur terhadap saham Indonesia.

Dalam keadaan pasaran yang lemah, usaha menjual sebahagian besar saham kepada pelabur awam melalui penawaran saham sekunder atau re-IPO mungkin menjadi kurang menarik.

CIMB juga perlu mempertimbangkan sama ada pelabur sanggup membeli saham pada penilaian yang memenuhi jangkaan kumpulan tersebut.

Oleh itu, penswastaan muncul sebagai salah satu pilihan yang dibincangkan oleh penganalisis dalam laporan awal berkenaan.

4. Apakah Maksud Membawa CIMB Niaga Keluar Dari Bursa?

Jika sesebuah syarikat dinyahsenaraikan atau delisted, sahamnya tidak lagi didagangkan di bursa saham berkenaan.

Sekiranya proses itu melibatkan penswastaan, syarikat induk lazimnya membeli sebahagian atau semua saham yang dipegang oleh pemegang saham minoriti, tertakluk pada struktur transaksi dan kelulusan yang diperlukan.

Bagi CIMB, langkah sedemikian secara teori boleh memberikan lebih banyak fleksibiliti dalam mengurus modal, menentukan strategi perniagaan dan merancang pertumbuhan CIMB Niaga tanpa tekanan pasaran saham awam yang sama.

Bagaimanapun, penyahsenaraian tidak semestinya bermaksud bank tersebut akan ditutup atau menghentikan operasinya. CIMB Niaga boleh terus beroperasi sebagai bank di Indonesia walaupun tidak lagi tersenarai di bursa.

5. Berapa Kos Untuk Membeli Keluar Pemegang Saham Minoriti?

Laporan media pada 21 Oktober memetik anggaran penganalisis bahawa pembelian keluar pemegang saham minoriti boleh menelan belanja sekitar RM800 juta, bergantung pada harga tawaran dan struktur transaksi.

Angka ini merupakan anggaran analisis, bukannya jumlah yang telah dipersetujui atau diumumkan secara rasmi oleh CIMB Group.

Kos sebenar akan bergantung pada harga saham ketika transaksi dilaksanakan, premium yang ditawarkan kepada pemegang saham minoriti serta sama ada semua pemegang saham minoriti perlu menjual pegangan mereka.

Selain itu, struktur tertentu mungkin membolehkan sebahagian pelabur institusi mengekalkan pegangan dalam entiti yang tidak lagi tersenarai, tertakluk pada peraturan dan kelulusan berkaitan.

Kesimpulan

Laporan mengenai kemungkinan penyahsenaraian CIMB Niaga memperlihatkan bagaimana perubahan peraturan pasaran, penilaian saham dan keadaan pasaran modal boleh mempengaruhi strategi sesebuah kumpulan perbankan.

Walau bagaimanapun, CIMB Group pada 22 Oktober 2026 menafikan laporan mengenai kemungkinan membawa CIMB Niaga keluar daripada Bursa Saham Indonesia. Kumpulan itu menjelaskan bahawa tiada keputusan atau cadangan rasmi dibuat berhubung perkara tersebut.

CIMB turut menegaskan bahawa CIMB Niaga kekal sebagai sebahagian penting daripada rangkaian perbankan serantaunya dan kumpulan itu komited untuk meneruskan operasi di Indonesia serta mematuhi semua keperluan kawal selia yang berkenaan.


Sumber rujukan

  1. The Star — CIMB Group steps up efforts to pursue potential delisting of CIMB Niaga (21 Oktober 2026).
  2. The Edge Malaysia — CIMB weighs taking Indonesian unit private as potential secondary offering loses appeal — analysts (21 Oktober 2026).
  3. The Business Times — Malaysia’s CIMB explores taking Indonesian arm private amid market volatility (21 Oktober 2026).
  4. CIMB Group Holdings Bhd — kenyataan rasmi bertarikh 22 Oktober 2026 yang menafikan rancangan untuk memprivatisasikan CIMB Niaga.