7 Tips Untuk Pencen Di Usia Muda, Mula Sekarang

Apabila berada di dalam circle yang positif, kita akan mendengar pelbagai kisah motivasi berkaitan bebas kewangan, pencen di usia muda, boleh berjalan ke sana ke sini dan lain-lain lagi.

Siapa yang tak nak pencen awal? Mempunyai wang, harta dan masa yang banyak sepanjang hidup kita, adalah impian ramai.

Belum tentu kita pencen pada usia muda jika bergantung pada kerja makan gaji sahaja. Bagi mereka yang berniaga pula, ianya tidak mustahil.

Mari kita lihat tips pencen pada usia muda anda harus tahu. Mungkin dengan tips ini, sedikit sebanyak dapat membantu merealisasikan impian kita.

1. Matlamat Bebas Kewangan

Photo by Skitterphoto from Pexels

Letakkan waktu atau target yang kita ingin bebas kewangan atau pencen. Sebagai contoh, umur 35 tahun sehingga 40 tahun adalah umur kita nak pencen. 

Sekurang-kurangnya sekarang kita perlu ketahui berapa perlu kita ada dan pada umur berapa kita perlu ada RM1 juta (sebagai contoh). Tetapkan matlamat yang kita kehendaki dengan jelas.

2. Fokus Kepada Matlamat

Photo by Erik Mclean from Pexels

Jangan sesekali fikir apa orang akan kata, tak perlu kongsi dengan semua orang pun apa impian kita. Takut-takut mereka dalam golongan yang negatif dan menjatuhkan kita.

Fokus dan buat sahaja mengikut matlamat anda. Rebut peluang, buat yang terbaik dan jangan sesekali putus asa.

3. Cari Kawan Positif, Business-Minded Atau Komuniti Berjaya

Photo by Donald Tong from Pexels

Carilah rakan-rakan yang dahagakan kejayaan, di kalangan mereka yang positif dalam perniagaan, pekerjaan dan orang kaya serta berjaya.

Apabila kita dikelilingi oleh mereka ini, pasti ada yang akan berkongsi ilmu untuk kita lebih maju ke depan.

4. Tutup Dan Selesaikan Segala Hutang

Photo by Karolina Grabowska from Pexels

Senaraikan segala hutang yang ada, kemudian kenalpasti hutang mengikut kadar faedahyang ditetapkan. Kita harus fokus membayar hutang yang lebih tinggi kadar faedah dahulu berbanding hutang yang rendah kadar bunganya. 

Jika perlu mengikat perut sedikit, lakukanlah demi masa depan kita juga.

5. Urus Perbelanjaan Harian

Photo by Suzy Hazelwood from Pexels

Ada yang tersilap langkah disebabkan perbelanjaan bulanan mereka mencecah atau lebih daripada gaji bulanan. Akhirnya gaji habis begitu sahaja dan tak sempat menyimpan.

Urus perbelanjaan harian dengan berjimat-cermat dan bezakan di antara keperluan dan kemahuan adalah tips pencen pada usia muda yang perlu kita lakukan.

6. Buat Simpanan Kecil Dan Besar

Image by mnplatypus from Pixabay

Ada yang hanya fokus kepada simpanan-simpanan besar seperti di dalam KWSP, ASB dan lain-lain. Sebaliknya, simpanan kecil di rumah pun penting juga.

Biarpun sekadar menabung sehari RM5 atau mengasingkan duit kertas berwarna merah sebagai contoh, setahun sudah pasti simpanan tersebut banyak. Kita boleh jadikan ia sebagai tabung backup yang boleh digunakan apabila ada kecemasan.

7. Beli Aset

Photo by Azri Suratmin from Pexels

Jika dah berjaya menyimpan dalam jumlah yang banyak, fokus pula untuk membeli aset. secara tunai tanpa hutang. Bukan saja beli sesebuah rumah, tetapi siapkan renovation rumah tersebut.

Apabila pencen nanti, rumah dah siap dan tak perlu buat lagi. Aset ini akan semakin meningkat nilainya dari setahun ke setahun.

Apabila kita dapat menguruskan perbelanjaan, simpanan dan aset dengan bijak, pastinya tahap kewangan kita juga akan meningkat dalam tempoh masa yang singkat. 

Maka, harapan untuk pencen pada usia muda pasti boleh dicapai.

Baca juga Berlumba Untuk Bersara Awal, Ramai Yang Dah Join ‘FIRE Movement’

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Akhirnya Ada Parti Politik Berani Tunjuk Ke Mana Duit Kempen Mereka Pergi

Parti BERSAMA sedang mendahului parti-parti lain dalam satu perkara yang jarang berlaku dalam politik Malaysia dengan mengemukakan data perbelanjaan pilihan raya kepada umum. Sumber: Malaysiakini – Bersama dedah belanja hampir RM800,000 kempen PRN Johor

Bagi sesetengah orang, mungkin ini sekadar laporan perbelanjaan kempen.

Tetapi kalau kita lihat dari sudut pelaburan dan kewangan, sebenarnya ada satu prinsip yang sangat mudah:

Kalau kita mahu orang percaya dan memberikan duit kepada kita, kita perlu bersedia untuk menunjukkan bagaimana duit itu diuruskan.

Bayangkan kita mahu melabur RM100,000 dalam sebuah syarikat.

Kita tentu mahu tahu berapa hasil syarikat, berapa kos operasi, berapa hutang, berapa keuntungan dan bagaimana pengurusan menggunakan wang syarikat.

Kalau pengurusan syarikat berkata,

“Percayalah. Kami akan urus duit dengan baik.”

Tetapi apabila kita minta penyata kewangan, mereka enggan tunjukkan, kita sendiri mungkin akan fikir dua tiga kali sebelum melabur.

Dalam pelaburan, ketelusan adalah sebahagian daripada kepercayaan.

Begitu juga dengan politik.

Dan di sinilah pendedahan BERSAMA menjadi menarik untuk diperhatikan.

Daripada jumlah perbelanjaan kepada sumber dana, rakyat diberikan peluang untuk melihat sendiri bagaimana wang kempen dikumpulkan dan dibelanjakan. Dalam penyata yang dilaporkan Malaysiakini, antara sumber dana ialah kutipan yuran keahlian, majlis makan malam pengumpulan dana dan sumbangan peribadi, manakala perbelanjaan termasuk deposit SPR, bahan kempen dan kerja pembersihan selepas kempen.

Patutkah ketelusan kewangan seperti ini menjadi satu standard baharu dalam politik Malaysia?

Menariknya, idea ketelusan kewangan politik ini bukanlah sesuatu yang baru. Pada 2012, Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri Najib Razak sendiri pernah mencadangkan supaya semua sumbangan kepada parti politik dimasukkan ke dalam akaun rasmi parti, disertakan resit dan akaun tersebut diaudit setiap tahun.

Lebih sedekad kemudian, isu yang sama masih relevan. Bezanya, kali ini kita mula melihat parti politik mengambil langkah untuk mendedahkan sendiri data perbelanjaan pilihan raya kepada umum.

1. Rakyat adalah penyumbang kepada sistem politik

Parti politik mungkin menerima sumbangan daripada individu atau organisasi, tetapi dalam konteks yang lebih luas, aktiviti politik akhirnya berkait dengan wang dan sumber awam.

Sebab itu rakyat mempunyai kepentingan untuk tahu bagaimana sesebuah parti menguruskan kewangan kempen mereka.

Kalau kita boleh meminta syarikat yang kita labur supaya telus, tidak salah untuk kita mengharapkan tahap ketelusan yang lebih tinggi daripada organisasi politik.

2. Duit yang masuk dan duit yang keluar perlu boleh dikesan

Dalam dunia kewangan, kita bukan hanya tengok jumlah duit.

Kita mahu tahu cash flow.

Berapa duit masuk?

Dari mana?

Berapa duit keluar?

Dibelanjakan untuk apa?

Siapa penerimanya?

Perkara yang sama boleh diaplikasikan kepada kewangan politik.

Apabila data perbelanjaan pilihan raya didedahkan, rakyat boleh mula melihat aliran wang tersebut, bukannya hanya mendengar dakwaan bahawa semuanya diuruskan dengan baik.

3. Ketelusan mengurangkan information asymmetry

Dalam pelaburan, ada masalah yang dipanggil information asymmetry.

Maksud mudahnya, pihak pengurusan mungkin mempunyai lebih banyak maklumat berbanding pelabur.

Sebab itu syarikat perlu menyediakan laporan kewangan supaya pelabur tidak membuat keputusan dalam keadaan terlalu banyak maklumat yang disembunyikan.

Politik pun sama.

Parti tahu berapa banyak duit yang mereka terima dan bagaimana ia dibelanjakan.

Rakyat pula hanya nampak kempen di luar.

Jadi apabila data kewangan dibuka, jurang maklumat antara parti dan rakyat dapat dikurangkan.

4. Rakyat boleh menilai kecekapan penggunaan wang

Dalam pelaburan, kita bukan sekadar bertanya:

“Berapa banyak duit syarikat belanjakan?”

Kita juga akan bertanya:

“Apa yang kita dapat daripada duit tersebut?”

RM1 juta dibelanjakan untuk pemasaran tetapi jualan tidak meningkat, kita akan mula persoalkan keberkesanannya.

Begitu juga perbelanjaan pilihan raya.

Apabila data tersedia, kita boleh mula bertanya:

Berapa kos kempen setiap kawasan? Berapa banyak dibelanjakan untuk media sosial? Berapa untuk logistik? Berapa untuk bahan kempen?

Ini membuka ruang untuk menilai kecekapan, bukan sekadar jumlah perbelanjaan.

5. Kita sebenarnya bukan pelik kalau melihat amalan ini di negara lain

Pendedahan kewangan politik bukan sesuatu yang asing di peringkat antarabangsa.

Di United Kingdom, Electoral Commission menerbitkan maklumat berkaitan sumbangan, pinjaman dan perbelanjaan parti politik serta calon kepada umum.

Di Amerika Syarikat, Federal Election Commission (FEC) pula menyediakan pangkalan data awam yang membolehkan orang ramai melihat maklumat kewangan kempen, termasuk sumbangan dan perbelanjaan calon serta jawatankuasa politik.

Di Australia, Australian Electoral Commission (AEC) juga mempunyai sistem funding and disclosure untuk meningkatkan ketelusan kewangan parti politik, calon dan pihak yang terlibat dalam pilihan raya.

Maknanya, idea untuk rakyat melihat money in dan money out dalam politik sebenarnya bukan sesuatu yang pelik.

Bezanya, di sesetengah negara ia merupakan sebahagian daripada sistem pendedahan yang diwajibkan dan diselia oleh badan pilihan raya.

Jadi kalau parti politik Malaysia mula mengambil inisiatif untuk membuka data kewangan mereka kepada umum, ia boleh dilihat sebagai satu langkah ke arah budaya politik yang lebih telus.

6. Boleh membina rekod kewangan yang boleh dibandingkan

Pelabur tidak menilai syarikat berdasarkan satu laporan sahaja.

Mereka melihat prestasi dari tahun ke tahun.

Begitu juga dengan parti politik.

Kalau setiap pilihan raya mereka mendedahkan data kewangan, lama-kelamaan akan wujud satu rekod yang boleh dibandingkan.

Berapa banyak dana diterima?

Berapa banyak yang dibelanjakan?

Adakah perbelanjaan semakin cekap?

Adakah kos kempen meningkat?

Adakah sumber pembiayaan berubah?

Ini menjadikan rakyat bukan sekadar pengundi, tetapi pihak yang boleh membuat penilaian berdasarkan data.


Sebab itu kami melihat pendedahan perbelanjaan pilihan raya sebagai satu langkah yang positif.

Bukan kerana mendedahkan data automatik bermaksud sesebuah parti itu lebih baik daripada parti lain.

Tetapi kerana ketelusan memberikan kita maklumat untuk membuat penilaian sendiri.

Dalam pelaburan, kita selalu diajar:

Jangan melabur hanya kerana percaya. Tengok laporan kewangan.

(Walaupun… tengok laporan kewangan pun belum tentu tak kena scam!)

Dalam politik pun mungkin prinsip yang sama patut digunakan:

Jangan hanya dengar janji. Tengok juga bagaimana wang diuruskan.

Kalau lebih banyak parti mula melakukan perkara yang sama, kita mungkin dapat membina satu budaya politik yang lebih matang di mana data kewangan menjadi sebahagian daripada akauntabiliti politik, bukan sesuatu yang perlu disembunyikan.

Kerana akhirnya, sama ada kita bercakap tentang melabur dalam sebuah syarikat atau memilih sebuah parti politik, prinsipnya hampir sama:

Beri kita data. Kemudian biar rakyat membuat penilaian.