Elon Musk VS Steve Jobs, Daripada Kacamata Bill Gates

Elon  Musk dan Steve Jobs merupakan tokoh yang tidak perlu diperkenalkan lagi di dalam dunia teknologi moden. Dua tokoh tersebut merupakan tokoh yang sangat penting di Silicon Valley dan menjadi idola yang menjadi pembakar semangat kepada mereka yang ingin berjaya di dalam bidang keusahawanan dan teknologi.

Walaupun mereka berdua mempunyai persamaan di dalam menjayakan misi untuk membangunkan teknologi untuk kemudahan manusia sejagat, namun menurut Bill Gates; mereka berdua tidak sama dari sudut peranan yang mereka lakukan di dalam menguruskan syarikat mereka.

Bagi Bill Gates, mereka mempunyai keunikan tersendiri yang membezakan di antara mereka berdua.

Kredit Gambar: Twitter

Bill Gates mempunyai sejarah yang panjang bersama dengan Steve Jobs ketika era komputer baru bermula pada dekad 1980-an. Beliau yang bersaing rapat dengan Steve Jobs dalam merevolusikan komputer dan komputer riba kepada orang ramai.

Bagi Bill Gates, kehebatan yang ada pada pada Steve Jobs terletak kepada kepandaiannya mereka bentuk produk serta kebolehan dalam memasarkan produk untuk dijual kepada pelanggan mereka. Steve Jobs juga menurut Bill Gates boleh dibaratkan sebagi seorang ahli sihir yang mampu menjampi pekerjanya untuk melakukan apa yang dikehendakinya.

Apa yang dikatakan oleh Bill Gates kepada Steve Jobs itu ada benarnya kerena Steve Jobs bukan seorang programmer seperti dirinya. Ketika Steve Jobs mengasaskan Apple, beliaua hanya memfokuskan kepada pemasaran komputer Apple. Sahabatnya yang juga pengasas bersama syarikat tersebut Steve Wozniak pula, merupakan jurutera yang membangunkan komputer Apple tersebut.

Sepanjang hidup Steve Jobs, beliau telah dikelilingi oleh jurutera yang terbaik dalam menghasilkan produk terbaik yang disukai orang ramai.

Kredit Gambar: Wikipedia

Sejak era 1980-an, Steve Jobs terkenal dengan gaya yang sangat minimalit dalam kehidupan beliau. Beliau seorang yang tidak suka perkara yang complicated, termasuklah di dalam kehidupan seharianya. Di dalam rumahnya sendiri, tidak mempunyai perabot yang banyak walaupun bergelar seorang jutawan.

Oleh yang demikian, barangan keluaran Apple terkenal dengan konsep minimalism daripada sudut hardware mahu pun software.

Hal ini berbeza pula dengan Elon Musk.

Kredit Gambar: Entrepreneur

Bagi Bill Gates, Elon Musk adalah seorang hands-on engineer yang tahu apa yang berlaku di dalam industri yang beliau ceburi. Bagi Bill Gates, Elon Musk merupakan person-in-charge di dalam proses kejuruteraan yang berlaku di dalam syarikatnya. Elon Musk adalah pemimpin yang turun padang untuk melihat sendiri proses yang dilakukan oleh pekerja syarikatnya.

Elon Musk juga turut mengakui bahawa 80% daripada waktunya dihabiskan bagi kerja-kerja yang berkaitan dengan engineering design. Beliau akan turut serata jika terdapat masalah yang berlaku di dalam proses pembuatan industri syarikatnya.

Walaupun Bill Gates secara umumnya tidak pernah bersaing dengan Elon Musk dalam industri teknologi seperti Steve Jobs, ia tidak bermakna kedua-dua ikon ini tidak mengkritik di antara satu sama lain.

Elon Musk yang berang dengan Bill Gates kerana beliau telah membeli kereta elektrik buatan Porsche sedangkan Tesla menurut merupakan pencetus kepada revolusi kenderaan elektrik.

Walaubagaimanapun Bill Gates tetap memuji Elon Musk di dalam usaha membantu menyelamatkan dunia daripada kesan rumah hijau dengan mengkomersialkan kenderaan elektrik, yang telah memaksa syarikat automotif dunia lain turut serta dalam membangunkan teknologi tersebut.

Sumber Rujukan: CNBC

Bagi mereka yang berminat nak menceburi pelaburan saham global, nak tahu cara-cara untuk beli saham Apple, saham Tesla, saham Microsoft dan banyak lagi; jom sertai Webinar Saham Wall Street yang akan diadakan tak lama lagi.

Bagi mereka yang terlepas menonton webinar ‘Dari Malaysia Ke Wall Street’ yang lalu, Tuan Mukhriz ada hadiah untuk kita semua. Kalau nak watchlist saham-saham Amerika Syarikat beliau yang mantap, klik http://bit.ly/WatchlistSahamWallStreet sekarang untuk mendapatkannya.

Iklan

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Kejujuran Sahabat Nabi Muhammad SAW Dalam Transaksi Jual Beli

Kisah ini diambil daripada kitab kecil bertajuk Al-Khittah Al-Barraqah lizi An-Nafsi At-Tawwaqah karangan Sheikh Dr. Solah al-Khalidi, ulama Tafsir yang berasal dari Palestin dan kini menetap di Jordan.

Ianya merupakan kisah seorang sahabat Nabi, periwayat Hadis bernama Jarir Al-Bajali dan kefahaman beliau mengenai perintah Nasihat dalam Islam. 

Jarir telah memeluk Islam pada tahun 10 Hijrah di Madinah dan mengucap bai’ah (sumpah setia) kepada baginda Rasulullah SAW. Beliau berkata, “Aku berbaiah kepada Rasulullah SAW untuk selalu mendirikan solat, membayar zakat dan bernasihat kepada setiap Muslim.”

Sehingga akhir hayat beliau, Jarir tetap berpegang teguh dengan tiga janji yang diucapkannya.

Kisah Untuk Dijadikan Teladan

Pada satu hari, Jarir meminta pembantunya pergi ke pasar untuk membeli seekor kuda. Pembantunya  mencari kuda yang elok dan akhirnya berjumpa dengan seorang pemilik kuda dan mereka sepakat dengan harga 300 dirham, lalu mereka berdua mendatangi Jarir untuk mengambil wang yang disepakati.

Jarir bertanya: “Berapakah harganya?” Pemilik kuda berkata: “300 dirham.”

Jarir berkata: “Kuda ini bernilai lebih daripada itu.”

Pemilik kuda itu bertanya: “Berapakah harganya pada pandanganmu?”

Jarir berkata: “Kamu harus menjualnya antara 500 dirham. Kemudian Jarir menbuat tawaran melebihi harga 500 dirham hinggalah beliau berkata: “Eh tidak, kuda kamu sangat baik dan harganya patut 800 dirham.”

Akhirnya kuda itu dibeli dengan harga 800 dirham. 

Apabila ditanya mengapa beliau melakukan sedemikian, Jarir menjawab: “Saya berjanji kepada Rasulullah SAW untuk sentiasa memberi nasihat kepada Muslimin.”

Renungilah kisah ini dan bandingkan dengan sifat yang ada dalam diri kita. Betapa jauhnya kita dengan sifat sahabat Rasulullah ini, baik kita sebagai penjual apatah lagi kita sebagai pembeli. Sama ada kita menipu atau kita yang ditipu.

Ditulis oleh Arham Merican, pegawai Shariah di salah sebuah bank Islam antarabangsa dan sedang melanjutkan pengajian peringkat Sarjana dalam bidang Pengajian Pembangunan. Meminati bidang ekonomi dan Shariah dengan fokus pada pemberdayaan modal insan.

Jemput baca juga:

Iklan

Ramalan Tepat Yang Dibuat Jeff Bezos 20 Tahun Yang Lalu

Dalam perniagaan, sesiapa yang boleh menjangkakan tren yang bakal berlaku pada masa hadapan akan mudah berjaya; berbanding dengan seseorang yang tidak mempunyai visi masa hadapan untuk syarikatnya.

Sebab itu kita boleh lihat kebanyakan syarikat teknologi terutamanya dari Lembah Silikon (Silicon Valley) berlumba-lumba bagi membangunkan teknologi baru, bagi merelisasikan visi mereka berdasarkan apa yang difikirkan oleh mereka apa yang akan berlaku pada masa hadapan.

Salah satu faktor mengapa Amazon pada hari ini berjaya menguasai pasaran Amerika Syarikat dan menewaskan pesaing mereka, adalah berdasarkan ramalan yang dilakukan oleh pengasasnya sendiri iaitu Jeff Bezos.

Beliau telah berjaya menjangkakan beberapa perkembangan teknologi yang akan  dibangunkan pada masa hadapan dan Amazon telah terlibat sekali dalam perubahan teknologi tersebut. Jangkaan yang dibuat Jeff Bezos ini telah diramal oleh dirinya pada 20 tahun yang lepas dan kini ianya berlaku seperti yang dijangka!

Shopping Online Berkembang Maju

Di antara ramalan yang dibuat 20 tahun yang lalu adalah dia ingin mengembangkan Amazon kepada sebuah syarikat yang mana pada masa itu, orang ramai tidak lagi perlu pergi ke kedai fizikal untuk membeli barang dan kebanyakan barang yang mereka mahu boleh dibeli secara online sahaja.

Ini terbukti pada kajian yang dilakukan oleh institut NPR and Marist yang menunjukan Amazon adalah syarikat pertama yang dicari oleh pengguna internet di Amerika Syarikat untuk pembelian online, berbanding dengan laman web yang lain pada masa kini. Kesan daripada perkembangan e-commerce pada hari ini telah menyebabkan kebanyakan pusat beli-belah menjadi sunyi sepi tanpa pengunjung dan ada di antara mereka terpaksa menutup operasi.

Seterusnya Jeff Bezos menjangkakan bahawa pusat beli-belah akan terselamat jika mereka mempunyai dua teras perniagaan yang mana akan menjaminkan kemandirian perniagaan pada era tersebut. Perniagaan tersebut perlu untuk mempunyai teras entertainment value atau immediate convenience, di mana dua teras ini sangat diperlukan oleh mana-mana perniagaan untuk berjaya pada era tersebut.

Jangkaanya betul kerana hanya pusat beli belah yang mempunyai entertainment value sahaja yang berjaya menarik ramai orang pada masa kini untuk ke sana.

Rumah Pintar

Jeff Bezos juga meramalkan bahawa wujudnya rumah pintar di mana barangan elektrik atau elektronik ada di dalam rumah dapat dapat berhubung dengan pemilik rumah tersebut. Konsep rumah pintar ini dijangka akan wujud bagi memudahkan kita dan hari ini terbukti dengan wujudnya teknologi seperti pembantu rumah maya.

Hari ini, Amazon dan beberapa lagi syarikat teknologi yang berada di Silicon Valley membangunkan pembantu rumah maya untuk kemudahan orang ramai menguruskan urusan harian mereka di rumah.

Amazon Tiada Pesaing Dalam Penjualan Buku Online

Jeff Bezos turut menyatakan bahawa pada masa hadapan Barnes & Noble bukan lagi pesaing utama untuk Amazon. Seperti yang kita tahu, permulaan Amazon adalah sebuah syarikat yang menjual buku secara online dan Barnes & Noble merupakan pesaing utama kerana mereka menjual buku secara fizikal.

Kini jangkaan yang dibuat oleh Jeff Bezos amat tepat kerana Barnes & Noble kekal sebagai sebuah syarikat yang menjual buku manakala Amazon merupakan gergasi e-commerce yang terbesar di Amerika Syarikat.

Iklan Yang Tepat Kepada Pengguna

Jeff Bezos juga membayangkan pada masa hadapan kaedah pengiklanan akan menjadi lebih tepat kepada golongan kolompoknya. Beliau menjangkakan pengiklanan sememangnya mampu memberi nilai tambah di dalam perniagaan, dan pengiklanan yang tepat kepada gologan sasaranya tidak mungkin boleh dicapai melaui arus media perdana.

Kini kata-kata tersebut terbukti benar apabila syarikat seperti Facebook dan Google serta Amazon; yang memberi khidmat pengiklanan yang lebih tepat kepada golongan sasaran berbanding dengan pengiklanan melalui media perdana.

Telefon Pintar Menakluk Dunia

Jeff Bezos juga menjangkakan pada masa depan peralatan ringkas akan menggantikan komputer. Ini kerana komputer dilihat sebagai leceh dan lambat, kerana boot time untuk ON komputer saja mengambil masa beberapa minit.

Jangakaan itu tepat kerana pada masa kini, penggunaan komputer hanya tertumpu kepada kerja berat dan segala urusan harian lain kita boleh gunakan telefon pintar.

Begitulah ramalan yang dibuat oleh Jeff Bezos terhadap perkembangan dunia teknlogi, dengan hampir kesemua ramalan yang dibuatnya itu tepat pada masa kini. Beliau tidak hanya meramal, tetapi juga turut serta membangunkan apa yang diramalkanya itu agar ianya menjadi kenyataan.

Sumber Rujukan: 8 predictions made by Amazon CEO Jeff Bezos 20 years ago that were right on the money

Iklan

Boring Company Milik Elon Musk, Bakal ‘Disrupt’ Industri Terowong

Siapa sangka industri pembinaan terowong bawah tanah pun diminati oleh bilionaire terkenal iaitu Elon Musk. Beliau yang merupakan CEO syarikat Tesla & Space X dilihat serius ingin melakukan perubahan dalam industri ini.

Walaupun Tesla umumkan mengalami kerugian Q2 dan merosot 11%, ada satu lagi berita baik untuk Elon Musk. Boring Company telah pun mendapat pelaburan $120 juta daripada seorang venture capitalist. BNN melaporkan syarikat tersebut telah pun meluluskan penjualan saham bernilai $120 juta.

Bermaksud, pelaburan ini sebagai tambahan kepada $113 juta pelaburan yang sedia ada. Sangat menakjubkan!

Awalnya Boring Company ini merupakan idea yang  gila dan sekadar mengisi masa lapang Elon Musk. Bayangkan, nak cari nama syarikat pun bertanya kepada warga Twitter.

Sudahlah nama syarikat bermula daripada Twitter, projek Boring Company ini pula mendapatkan kecaman banyak pihak termasuklah mereka yang bertaraf PHD dan sebagainya.

Namun, Elon Musk seperti biasa tenang dan meneruskan agenda beliau. Steve Jurvetson, seorang venture capitalist daripada DFJ Firm yang juga merupakan pelabur baru Boring Company mengatakan, “ Syarikat pembinaan terowong bawah tanah berada dalam pasaran sejak tahun 1800. Seperti mana industri lain, pasaran ini perlu mempunyai ‘distruptive new entrant’. Boring Company dilihat lebih menarik jika mampu menyiapkan terowong pada kos yang lebih rendah dan performance yang lebih bagus.”

Steve merupakan kawan lama Elon Musk yang juga pernah melabur dalam Paypal, Tesla dan Space X. Jika anda ingin mendalami cerita mengenai Elon Musk, boleh terus klik di sini.

Artikel ini disumbangkan oleh Faiz Azizan, penulis di InvestorMY

Adakah anda rasa Boring Company mampu melakukan sesuatu, atau hanya akan tinggal satu impian sahaja?

Iklan

Usahawan Berjaya Memang Nampak Gempak, Tapi Hanya Yang Berniaga Saja Tahu

Memang 9/10 daripada punca rezeki adalah daripada berniaga. Dan kebanyakan peniaga ni, kita tengok kehidupan mereka semuanya cukup mewah kan? Tapi tahukah anda itu adalah hasil daripada penat jerih yang dilaluinya selama ini?

Ada yang berpuluh-puluh tahun baru dapat menempa kejayaan, tidak kurang juga ada yang berjaya pada usia yang sangat muda.

Jom kita ikuti perkongsian daripada Puan Mahanom Mohammad, seorang kontraktor yang berpengalaman lebih daripada 20 tahun dalam industri.

Orang Nampak Kejayaan Semata-mata

Orang hanya nampak apa ada pada kita sekarang. Bagaimana kita dapatkannya, tak pernah ada yang datang bertanya.

Cukup makankah?

Cukup wang mahu isi minyakkah?

Anak-anak ada wang saku ke sekolah?

Kena marah pelanggankah? Kena tipu dengan pembekalkah?

Tiada siapa peduli.

Kereta kena tarik? Rumah kena lelong? Bergelap dalam rumah kerana bekalan elektrik dipotong? Guna tandas awam kerana air kena sekat? Ya, tiada siapa mahu tahu zaman ‘gelap’ seseorang yang bergelar usahawan.

Berpanas. Berhujan. Berpeluh. Ya tiada siapa mahu tahu kisah susah orang berniaga. Hatta adik beradik, jiran tetangga dan kawan sahabat sendiri. Ini jalan pilihan hati. Biar semua terbuku sepi.

Bila tiada apa-apa. Orang tak pandang sebelah mata. Masa itu boleh fikir sendiri. Mahu duduk goyang kaki. Salahkan keadaan sekeliling. Atau mahu bangkit dan usaha usaha usaha guna titik peluh yang ada.

Ramai pilih tidak mahu susahkan orang sekeliling, adik beradik, mak ayah, kawan sahabat. Semuanya disimpan kemas. Baik-baik dalam hati disemat. Hanya pasangan dan anak anak saja tempat luah rasa.

Berniaga mengajar untuk tegar dan sudah tidak kisah. Mahu dicaci. Mahu dimaki. Mahu didengki. Mahu difitnah. Silakan. Alah bisa sudah tegal biasa.

Berniaga mengajar untuk hargai masa. Buat cepat. Setiap satu saat usah dipersia. Kerana itu kita lemas bila masalah tidak selesai dengan pelbagai 1001 alasan.

Berniaga mengajar untuk hargai apa yang ada ditangan. Dibelai. Disimpan. Tidak mahu bersepah sepah. Tidak mahu Allah tarik semula.

Berniaga mengajar kita untuk “apa aku kisah”. Dengan apa orang hakimi. Dengan apa orang fikir pasal diri. Kita susah orang tak kasi makan. Asal Allah tahu apa dalam hati. Cukup.

Jadi rakan niaga sekalian. Cabarannya bukan hanya apabila berada dibawah. Cabaran berada diatas juga berbeza.

Bila kita hulur wang, bukan kerana kaya dan berada. Tapi kerana tahu sangat apa makna tidak ada.

Bila kita beri bantuan, bukan kerana senang. Tapi kerana mahu kongsi dengan orang sekeliling rezeki hasil usaha.

Bila kita tidal berkisah pasal hutang, bukan kerana mampu. Tapi kerana tahu orang pandang hina bila sangat memerlu.

Kenapa kita hulur, bantu dan tidak berkisah?

Sebab sudah rasa perit berada disitu. Bila tiada wang. Bila mahu dibantu. Bila mahu meminjam.

Hulurkan kebaikan. Yang hanya dinampak kejahatan. Bantulah dengan apa yang ada. Yang hanya dicanang kejahatan juga. Usah berkisah kira. Akan dikata sombong juga. Akan dikata tak sedar diri. Akan dikata pelbagai lagi.

Buat kerana mahu buat. Biarkan orang berkata-kata. Buat baik kerana Allah suka. Teruskan buat kebaikan. Usah putus asa dengan perkataan, canangan dan fitnahan yang melempar kita.
.
Ingat semula. Bila susah bukan orang yang berkata, mencanang dan menfitnah ini yang bantu.

Sumber: Mahanom Mohammad

Usaha Tangga Kejayaan Dan Jangan Berputus Asa

Jika dilihat kepada tokoh-tokoh usahawan yang berstatus bilionair seperti Bill Gates dan Jack Ma di arena antarabangsa; serta Tan Sri Tony Fernandes dan Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary di Malaysia; mereka semua pernah alami zaman ‘kegelapan’ masing-masing. Tetapi apa yang menyebabkan mereka berjaya, adalah semangat kental yang ditunjukkan dan perkataan putus asa tidak wujud dalam kamus diri mereka.

Jadikanlah pengalaman mereka yang telah berjaya sebagai inspirasi bagi membakar semangat untuk terus berusaha, insyaAllah satu hari nanti ianya menjadi milik kita juga.

Iklan

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!