InvestSmart® Fest 2020: 23-25 Oktober 2020, Diadakan Secara Maya

Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) akan menganjurkan festival pendidikan pelabur utamanya iaitu InvestSmart® Fest 2020, secara maya buat kali pertama dengan bertemakan “Silap Labur Duit Lebur” pada 23–25 Oktober 2020. Pendaftaran adalah percuma.

Tema “Silap Labur Duit Lebur” sesuai dengan perlunya kesedaran tentang skim-skim penipuan pelaburan/kewangan atau scam yang harus dipertingkatkan sebagai benteng untuk mengelakkan masyarakat dari terus menjadi mangsa mereka yang cuba mengambil kesempatan ketika kita sedang melalui masa yang sukar ini.

Bertujuan untuk melengkapkan pelabur dengan asas-asas dalam membuat keputusan pelaburan yang kukuh, acara maya InvestSmart® Fest tahunan selama tiga hari ini akan memberi peluang orang ramai mempelajari tentang pelbagai peluang pelaburan yang ditawarkan di bawah pasaran modal dan juga memahami cara untuk melindungi diri daripada penipuan pelaburan atau skim pelaburan haram.

Ia akan mengetengahkan gerai-gerai pameran secara maya oleh institusi pasaran modal dan pengantara dan juga membawa siri ceramah dan bual bicara oleh pakar industri berkaitan peluang dan teknik pelaburan, serta penekanan untuk topik berkaitan dengan skim-skim pelaburan tanpa lesen dan penipuan.

Selain daripada pendedahan mengenai pelaburan di pasaran saham, bon dan unit amanah; orang ramai juga boleh memperoleh pendedahan kepada pembiayaan berasaskan pasaran alternatif seperti pendanaan ekuiti ramai (equity crowdfunding), pembiayaan rakan setara (peer-to-peer lending), syarikat pengurusan pelaburan digital dan bursa aset digital.

Sepertimana tahun-tahun sebelumnya, orang ramai boleh mendaftar untuk penilaian perancangan kewangan secara percuma dan ianya akan diadakan secara maya oleh para perancang kewangan berlesen di “#FinPlan4u” ketika InvestSmart® Fest 2020.

Ianya akan berlangsung pada 19-25 Oktober 2020 dan dikendalikan bersama-sama Persatuan Perancangan Kewangan Malaysia (FPAM). Memandangkan permintaan yang tinggi dan ruang yang terhad, adalah digalakkan untuk mendaftar minat di www.investsmartsc.my.

Orang ramai berpeluang untuk memenangi baucar serta cabutan bertuah dan pop kuiz akan diadakan sepanjang acara 3-hari ini.

Untuk maklumat lanjut mengenai InvestSmart® Fest 2020, sila layari www.investsmartsc.my/isf2020/ atau Facebook.com/InvestSmartSC.

Pendaftaran adalah percuma. Daftar sekarang di ->

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

ANTA kini pemegang saham terbesar PUMA

HONG KONG, 8 Oktober 2026 — ANTA Sports Products Limited, kumpulan pakaian sukan pelbagai jenama terkemuka dunia (“ANTA Sports”, kod saham: 2020 (kaunter HKD) dan 82020 (kaunter RMB), serta anak-anak syarikatnya secara kolektif disebut sebagai “ANTA Group” atau “Kumpulan”), hari ini mengumumkan penyelesaian pemerolehan 29.06% kepentingan dalam PUMA SE daripada Artémis SAS, syarikat pelaburan keluarga Pinault, dengan bayaran tunai sebanyak EUR 1,505.5 juta. Susulan penerimaan semua kelulusan kawal selia yang berkaitan dan pemenuhan syarat penutupan lazim, ANTA Sports kini merupakan pemegang saham terbesar PUMA.

Bagi ANTA Sports, pelaburan ini menandakan pencapaian penting dalam pelaksanaan strategi “fokus tunggal, pelbagai jenama, globalisasi” dan memperkukuh profil antarabangsa, jangkauan serta daya saing Kumpulan dalam pasaran barangan sukan global. ANTA Sports akan membawa kepada PUMA kepakaran yang telah dibangunkan Kumpulan merentasi pelbagai jenama selama bertahun-tahun, termasuk keupayaan dalam pengurusan, peruncitan dan integrasi sumber global.

Ding Shizhong, Pengerusi Lembaga ANTA Sports, berkata: “Kami amat berbesar hati untuk menjadi pemegang saham terbesar PUMA dan rakan strategik jangka panjang. Pasaran barangan sukan global terus menawarkan peluang pertumbuhan yang besar apabila semakin ramai orang mengamalkan gaya hidup aktif dan meningkatkan penyertaan mereka dalam sukan. ANTA Sports telah membina kejayaannya berasaskan strategi pelbagai jenama. Kami percaya nilai sebuah kumpulan pelbagai jenama terletak pada keupayaannya membantu setiap jenama merealisasikan potensi sepenuhnya dengan memanfaatkan keupayaan dan sumber kumpulan yang lebih luas. PUMA mempunyai warisan yang kaya dan nilai asas jenama yang kukuh. Kami yakin terhadap pasukan pengurusannya dan menyokong transformasi strategik yang sedang dilaksanakan. Sebagai pemegang saham jangka panjang, kami berharap dapat berkongsi pengalaman dan keupayaan kami, khususnya dalam bidang peruncitan dan operasi, sambil menghormati kebebasan serta identiti jenama PUMA. Aspirasi kami adalah untuk menyokong PUMA dalam merealisasikan potensi sepenuhnya dan mewujudkan nilai berkekalan untuk pengguna di seluruh dunia.”

“PUMA telah membina salah satu jenama sukan paling dikenali di dunia, dengan warisan yang kaya, kredibiliti sukan yang kukuh, jejak global, inovasi terkemuka dan rakan kongsi yang kukuh. Kami mengalu-alukan ANTA Sports sebagai pemegang saham terbesar PUMA dan melihat komitmen jangka panjangnya sebagai undi keyakinan yang kukuh terhadap strategi, pasukan pengurusan dan masa hadapan kami,” kata Arthur Hoeld, Ketua Pegawai Eksekutif PUMA SE. “Kami berharap dapat membina hubungan yang membuahkan hasil dan meneroka bidang yang membolehkan kekuatan masing-masing mewujudkan nilai mampan untuk PUMA dan para pemegang sahamnya dalam perjalanan kami untuk menjadi antara 3 jenama sukan global teratas.”

ANTA Sports menghormati sepenuhnya warisan sukan PUMA, identiti jenama dan budaya korporatnya yang tersendiri, serta tadbir urus bebas dan autonomi jenamanya. Seperti yang diumumkan sebelum ini, Kumpulan akan mendapatkan perwakilan yang sewajarnya dalam Lembaga Penyeliaan PUMA. Kumpulan pada masa ini tidak mempunyai rancangan untuk membuat tawaran pengambilalihan bagi PUMA.