Wawasan 2020: 4 Matlamat Kewangan Yang Kita Perlu Ada

Sejak daripada kecil kita diajar untuk mempunyai impian. Ada yang memasang impian untuk menjadi doktor, peguam dan polis. Kalau kita imbas kembali waktu belajar di Darjah 1, cikgu akan tanya setiap seorang daripada kita tentang impian dan cita-cita.

Namun setiap impian hanya akan menjadi angan-angan tanpa sebarang tindakan dan pelan jangka pendek, sederhana dan panjang. Kita hanya diajar untuk ada impian dan perlu belajar bersungguh-sungguh untuk capai impian kita.

Setiap tahun pula kita akan dengar tentang azam tahun baru. Masuk tahun baru, ramai akan ada azam baru untuk perjalanan hidup selama setahun. Ramai yang ambil tindakan daripada azam tahu baru, ramai juga yang hanya akan perbaharui azam sama setiap tahun yang belum tercapai.

Apa matlamat kewangan anda?

Masing-masing perlu fikirkan matlamat kewangan yang kita idamkan. Namun boleh kita simpulkan beberapa faktor yang mungkin boleh dijadikan panduan.

1. Dana Persaraan

Menurut data dari KWSP setakat akhir tahun 2018, hanya 36% dari pencarum berumur 54 tahun mempunyai simpanan mencukupi untuk dana persaraan. 64% hanya mempunyai simpanan kurang daripada RM50,000.

Data ini sangat membimbangkan kerana selepas persaraan kita mahu berehat setelah bekerja selama berpuluh tahun lamanya. Sekiranya dana persaraan tidak mencukupi, ada kemungkinan kita terpaksa bekerja sehingga lewat usia demi meneruskan kelangsungan hidup.

2. Dana Percutian

Ramai yang mengimpikan untuk mengembara ke seluruh pelosok dunia, bawa anak ke Disneyland, melihat aurora di Canada, air terjun Niagara di New York atau pun menaiki pesawat pelancongan ke angkasa lepas.

Tapi kalau duit nak bersara pun tak berapa nak ada, nampak gayanya tinggal angan-angan sajalah.

3. Legasi Keluarga

Ada sesetengah orang yang mahu berikan yang terbaik untuk anak mereka. Kumpul rumah pelaburan sebagai hadiah untuk anak-anak bila mereka dewasa.

Semakin ramai anak, semakin mereka berusaha keras untuk memberikan segala-galanya dengan harapan anak mereka hidup senang di kemudian hari.

Siapa yang tak sayang anak kan?

4. Philanthropist

Inspirasi dari co-founder Microsoft, Bill Gates yang suka menderma kekayaan beliau melalui Bill & Melinda Gates Foundation. Ada juga mengambil inspirasi dari Syed Mokhtar Al-Bukhary, jutawan Melayu yang berjaya.

Rasanya ramai yang nak kaya agar dapat bantu ramai orang yang susah, Islam sendiri pun menganjurkan kita supaya jadi kaya agar dapat mengeluarkan zakat.

Walau apapun matlamat kewangan kita, penting untuk kita kenalpasti cara dan jalan untuk kita mencapai matlamat yang kita tuju. Cita-cita tanpa tindakan hanyalah angan-angan seperti kisah mat jenin.

Namun begitu, untuk kaya kita perlu melabur. Dan pulangan kepada pelaburan ditentukan oleh tiga perkara:

1. Time
Lagi cepat kita mulakan, lagi lama kita melabur maka lebih banyak pulangan hasil dari pulangan yang berganda. Pulangan tahunan sekiranya tidak dikeluarkan akan makin bertambah selari dengan konsep compounding interest.

2. Modal
Setiap pelaburan perlu bermula dengan modal. Semakin banyak modal, semakin banyak pulangan pelaburan. Modal ini perlu bermula dengan simpanan hasil dari pekerjaan dan gaji kita. Simpan sebanyak yang kita mampu supaya modal besar dan pulangan pasti lebih besar.

3. Compounding Interest (Faedah Pengkompaunan)
Sekiranya kita mendapat pulangan dari pelaburan, pulangan boleh dilaburkan semula untuk mendapatkan lebih banyak keuntungan. Duit pula yang bekerja untuk kita.

Sekiranya nak capai matlamat kewangan, pastikan kita bermula sekarang dengan modal yang ada. Jangan bertangguh kerana semakin lambat kita bermula, semakin sukar untuk kita capai matlamat kewangan yang kita idamkan.

Sumber Rujukan: http://www.astroawani.com/berita-bisnes/64-peratus-pencarum-tiada-simpanan-mencukupi-tampung-persaraan-kwsp-192916

Artikel ini ditulis oleh Mohd Arif Irfan, seorang juruaudit di salah sebuah firma audit di Malaysia. Beliau telah lulus kesemua kertas peperiksaan ACCA dan sedang mengutip pengalaman untuk menjadi akauntan bertauliah. Meminati bidang hartanah dan pelaburan serta rajin berkongsi ilmu di FB Arif Irfan.

Nak Deposit Rumah Pertama? ‘Overlap’ Hutang? Bayar Tunggakan PTPTN?

Ringankan tanggungan semasa anda dengan pembiayaan peribadi berkonsep syariah di platform Direct Lending. Dapatkan pinjaman kadar rendah untuk satukan semua hutang mahal anda. Semak kelayakan secara percuma. Anda boleh semak dahulu & mohon kemudian. Tiada apa-apa caj yang dikenakan.

KLIK sini untuk terima pembiayaan bank & koperasi yang bersesuaian dengan posisi kewangan anda.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

BJAK Diluluskan Oleh Bank Negara Malaysia

KUALA LUMPUR: Seiring dengan peningkatan rakyat Malaysia yang beralih kepada platform digital untuk memperbaharui insurans dan cukai jalan, keperluan untuk memilih penyedia perkhidmatan yang dipercayai serta dikawal selia semakin penting.

BJAK, platform insurans terbesar di Malaysia, terus menyokong rakyat negara ini dengan menyediakan cara yang lebih mudah dan telus untuk membanding serta memperbaharui insurans dan takaful kenderaan secara dalam talian.

BJAK merupakan Penasihat Kewangan diluluskan oleh Bank Negara Malaysia, sekali gus memangkin komitmennya dalam menyediakan platform yang dipercayai untuk perbandingan dan pembaharuan insurans.

Melalui BJAK, pengguna boleh membandingkan pelan daripada sehingga 16 syarikat insurans dan pengendali takaful dalam satu platform. Ini membolehkan pengguna membuat keputusan yang lebih bijak berdasarkan harga, perlindungan dan manfaat, semuanya melalui pengalaman digital yang mudah dan lancar.

Dalam era peningkatan kes penipuan dalam talian serta maklumat yang mengelirukan, rakyat Malaysia disarankan agar sentiasa menyemak kesahihan penyedia perkhidmatan kewangan sebelum membuat sebarang pembayaran atau berkongsi maklumat peribadi secara dalam talian.

Pemilihan platform yang dikawal selia dan dipercayai dapat membantu pengguna membuat keputusan kewangan yang lebih selamat dan yakin.

Selain perbandingan insurans, BJAK turut menawarkan perkhidmatan pembaharuan cukai jalan secara dalam talian, sekali gus memudahkan rakyat Malaysia menguruskan keperluan berkaitan kenderaan mereka secara digital.

Dengan membolehkan pengguna membandingkan pelbagai syarikat insurans dan pengendali takaful di satu tempat, BJAK komited untuk membantu rakyat Malaysia mengelakkan pembaharuan secara terburu-buru tanpa perbandingan, di samping menggalakkan keputusan kewangan yang lebih bijak melalui ketelusan dan pilihan.

— Awani