Platform E-dagang, Shopee Membuka Pelbagai Kemungkinan

Platform e-dagang nombor satu Malaysia, Shopee hari ini mengumumkan bahawa ia kini dapat menghantar bahan makanan segar terus ke kediaman rakyat Malaysia. Kategori baharu ini membolehkan daging segar, makanan laut dan sayur-sayuran dijual di platformnya.

Kemudahan penjualan barangan segar secara atas talian dan penghantaran kepada pengguna akan membantu platform e-dagang tersebut terus mengukuhkan kedudukannya dalam industri yang pesat berkembang. Ia akan membawa pembaharuan kerana rakyat Malaysia kini boleh mendapatkan semua yang mereka inginkan dan perlukan secara atas talian melalui sebuah pasaran. Selain itu, platform ini telah membuka kunci potensi bagi kumpulan usahawan dan pedagang baharu, terutamanya nelayan dan petani yang sebelum ini tidak dapat menikmati perkembangan e-dagang dan menjual di pasaran atas talian terbuka.

Menerangkan rasional bagi usaha perniagaan baharu ini, Ian Ho, Pengarah Urusan Serantau Shopee berkata, “Persekitaran e-dagang Malaysia masih lagi dalam tahap pertumbuhan yang hebat. Bagi kami, itu bermakna ini bukanlah masa untuk memperlahankan diri. Kami mengenal pasti lebih banyak bidang untuk diteroka, seperti segmen baharu, untuk mewujudkan persekitaran membeli-belah dan menjual secara atas talian yang lebih dinamik. Kami berhasrat untuk memperkasa dan memacu pertumbuhan ekonomi yang inklusif dengan bekerjasama secara langsung dengan nelayan dan petani di luar bandar Malaysia untuk projek ini.”

Hasil segar akan dijual pada mulanya di bandar-bandar utama di Lembah Klang melalui program perintis sebelum dilancarkan di seluruh negara. Fish Club dan FreshTap yang mengepalai pelancaran ini akan menawarkan lebih 60 jenis hasil segar yang berlainan.

Sebagai perintis dalam menjual makanan laut secara atas talian, Fish Club membawa tangkapan segar dari kampung nelayan Pontian seperti ikan bawal, udang laut, ikan senangin rambu empat serta salmon, belut dan kekapis yang diimport. Untuk mengekalkan kesegaran, Fish Club menyimpan makanan laut dalam bekas vakum serta membekukannya sebaik sahaja makanan laut tersebut dibuang sisiknya, disiang dan dipotong. Pengguna yang membeli dari kedai rasmi Fish Club “fishclubmy” boleh menikmati kadar rata RM20 untuk penghantaran, atau berbelanja sekurang-kurangnya RM300 untuk menikmati penghantaran percuma.

Mereka yang inginkan daging segar dan makanan laut bersama-sama dengan sayur-sayuran hijau, kekacang dan kentang boleh mendapatkannya dari kedai rasmi FreshTap “freshtap.my”. Dihantar dan dipek segar dari Sekinchan dan Kuala Selangor, pengguna akan dapat menikmati makanan segar dalam masa yang singkat. Kadar penghantaran ialah kadar rata sebanyak RM12 di kedai ini.

Pengguna yang membeli dari Fish Club dan FreshTap di Shopee akan menerima hasil segar dalam masa 1 hingga 3 hari. Untuk memulakan pelancaran tawaran baharu ini di Shopee, para pembeli bakal menikmati tawaran menarik: item seperti salmon, ikan dory, udang, ayam, daging lembu, kerang dan sardin akan dijual pada diskaun 50% semasa Jualan Kilat Shocking Sale pada 3 dan 4 Mac 2020.

Kunjungi Fish Club di https://shopee.com.my/fishclubmy dan FreshTap di https://shopee.com.my/freshtap.my untuk menikmati kemudahan membeli hasil segar secara atas talian.

Lebih banyak pedagang dan penjual hasil segar juga dijangka akan menyertai usaha ini pada bulan depan. Ho menambah, “Kami ingin meningkatkan penyertaan nelayan dan petani di platform kami untuk membolehkan mereka menjual terus kepada pengguna. Memandangkan hasilnya akan datang terus dari sumber, rakyat Malaysia boleh menjangkakan lebih kepelbagaian, serta kesegaran dan harga yang lebih baik untuk barangan tersebut.”

Mengenai Shopee

Shopee ialah platform e-dagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan. Shopee dilancarkan di 7 pasaran pada tahun 2015 untuk menghubungkan pengguna, penjual, dan perniagaan di rantau ini.

Shopee menawarkan pengalaman yang mudah, selamat, dan menarik yang dinikmati oleh berjuta-juta pengguna setiap hari. Ia menawarkan pilihan produk yang luas, disokong oleh pembayaran dan logistik bersepadu, serta ciri-ciri hiburan popular yang disesuaikan untuk setiap pasaran. Shopee juga merupakan penyumbang utama kepada ekonomi digital di rantau ini dengan komitmen teguh untuk membantu jenama dan usahawan berjaya dalam e-dagang.

Shopee adalah sebahagian daripada Sea Limited (NYSE:SE), sebuah syarikat internet pengguna global terkemuka. Selain daripada Shopee, perniagaan teras Sea termasuk bahagian hiburan digital, Garena, dan bahagian perkhidmatan kewangan digital, SeaMoney. Misi Sea adalah untuk menaiktaraf kualiti kehidupan pengguna dan perniagaan kecil menerusi penggunaan teknologi.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

seeNI Memperkenalkan Hala Tuju Baharu Menghubungkan Kandungan, Komuniti dan Komersial

PETALING JAYA, 29 Oktober 2026 – Nu Ideaktiv Sdn Bhd, syarikat usaha sama antara Astro dan Kumpulan Media Karangkraf, menyatukan portfolio jenama medianya di bawah jenama seeNI sebagai sebahagian daripada strategi untuk membuka peluang pertumbuhan baharu melalui kandungan berjenama, penajaan, kempen yang melibatkan bakat dan kerjasama komersial.

Berteraskan Komuniti, Kandungan dan Komersial, peralihan ini menggantikan identiti Nu Ideaktiv kepada seeNI. Langkah ini menyediakan satu pintu masuk kepada pengiklan dan agensi untuk mengakses jenama media, bakat komuniti dan kepakaran kreatif syarikat bagi mencapai matlamat perniagaan yang sama.
Portfolio ini merangkumi antaranya seeNI Creator Academy, Media Hiburan, Borak seeNI, NONA, Remaja, Roda Panas, Rasa, Mingguan Wanita, Keluarga dan Pa&Ma. Penyatuan kekuatan jenama ini bertujuan memperluas nilai komersial merentas minat dan peringkat kehidupan khalayak, melangkaui penawaran berasaskan satu jenama atau penempatan iklan secara berasingan.

Melalui tiga tunjang tersebut, Komuniti menghubungkan khalayak melalui minat dan pengalaman bersama; Kandungan menggabungkan jenama media, penceritaan, kepakaran produksi dan bakat; manakala Komersial menterjemahkan hubungan itu kepada peluang kempen bersepadu, penajaan dan kerjasama. Gabungan ini menjadi asas untuk memadankan matlamat pelanggan dengan khalayak serta pendekatan interaksi yang bersesuaian.

Ketua Pegawai Eksekutif Nu Ideaktiv Sdn. Bhd., Encik Syamil Fahim Mohamed Fahim, berkata,
“Peralihan daripada Nu Ideaktiv kepada seeNI bukan sekadar perubahan identiti jenama. Ia mencerminkan aspirasi kami untuk menghimpunkan jenama media, bakat dan komuniti dalam satu ekosistem yang lebih bersepadu, sekali gus mewujudkan nilai yang lebih besar kepada pengguna dan rakan komersial kami.

Menerusi Komuniti, Kandungan dan Komersial, kami mahu melangkaui penempatan iklan secara berasingan dengan menawarkan peluang yang lebih menyeluruh kepada jenama untuk berhubung dengan khalayak melalui kandungan yang relevan, bakat dan penglibatan yang bermakna. Dalam melangkah ke fasa baharu ini, keutamaan kami adalah untuk memperkukuh kerjasama, membuka peluang pendapatan baharu dan membina perniagaan yang lebih mampan untuk masa hadapan.”

Menerusi seeNI Collective, seeNI menggabungkan kekuatan kandungan, komuniti, bakat kreatif dan rakan strategik untuk membuka peluang kerjasama melangkaui pengiklanan konvensional. Antara kerjasama yang diketengahkan termasuk TVS dan Novel Karangkraf dalam penerbitan serta adaptasi kandungan, Komet Productions dalam usaha memperkasa bakat baharu industri kreatif menerusi seeNI Story Lab, serta Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) dan Fashionably Modest Asia (FMA) dalam bidang fesyen dan gaya hidup. Kesemua kerjasama ini bertujuan memperluas peluang untuk jenama berhubung dengan audiens melalui pelbagai platform dan pengalaman.

Sementara itu, seeNI Talent dirangka untuk memadankan bakat yang sesuai dengan kandungan, kempen jenama, acara dan peluang komersial berdasarkan rekod kerja, kesesuaian khalayak serta kesediaan bakat untuk terlibat. Kedua-dua penawaran ini menyokong penyelesaian yang lebih bersepadu kepada keperluan pelanggan dengan menggabungkan keupayaan mengikut khalayak sasaran dan matlamat komersial.

The New World of seeNI – mengetengahkan hala tuju seeNI hari ini di D’Theatre Malaysia, Hextar World at Empire City. Acara ini memperkenalkan barisan kandungan seeNI untuk tahun 2027, barisan bakat serta peluang kerjasama kepada pengiklan, peneraju jenama dan pemain industri lain.

Acara ini menandakan satu pencapaian komersial penting dalam transformasi berterusan seeNI. Berpandukan More Begins Here, seeNI berhasrat menyediakan sebuah destinasi bersepadu yang membolehkan pelanggan meneroka lebih banyak kandungan, di samping membuka peluang baharu untuk perniagaan berkembang.