6 Syarikat Gergasi Yang Rugi Teruk Akibat Dari Covid-19

Koronavirus yang semakin merebak ke seluruh dunia pada masa kini telah menyebabkan para pelabur semakin panik di dalam pasaran saham. Keadaan pasaran yang semakin tidak menentu telah mengakibatkan banyak syarikat gergasi yang mengalami kerugian akibat dari situasi ini.

Krisis yang kunjung tiba ini tidak tahu bila akan berkesudahan. Yang paling membimbangkan adalah pembatalan acara sukan Olimpik yang bakal diadakan di Tokyo pada tahun ini. Sebelum ini, sukan Olimpik hanya dibatalkan ketika perang dunia, berlangsng tetapi kali ini dengan penularan wabak Covid-19 ini, tidak mustahil acara tahunan tersebut terpaksa dibatalkan demi menjaga keselamatan orang ramai.

Jom kita lihat senarai syarikat yang mengalami kerugian yang tinggi kesan dari wabak yang merbahaya ini.

1. Microsoft

Microsoft mengalami kerugian yang sangat besar disebabkan kesan wabak ini. Syarikat ini menggunakan pihak pengilang dari China untuk menghasilkan barangan komputer mereka.

Di antara barangan komputer yang tidak dapat dipenuhi di dalam pasaran pengguna adalah barangan hardware seperti komputer Surface yang mengalami gangguan bekalan komponen dari China.

CEO Microsoft juga mengeluarkan kenyataan bahawa syarikat tersebut tidak akan mencapai sasaran keuntungan yang dijangka pada suku tahun yang akan datang.

Microsoft telah kehilangan sebanyak $62 bilion hanya dalam tempoh satu hari.

2. Apple

Syarikat yang pernah menjadi pesaing rapat kepada Microsoft suatu ketika dahulu, turut mengalami kerugian yang besar akibat daripada penutupan Apple Store mereka di China.

Selain itu juga, syarikat ini turut menerima nasib yang sama apabila kebanyakan produk mereka tidak dapat disiapkan akibat kekurangan bekalan komponen dari pihak pengilang yang telah menutup operasi kilang. Kesannya, produk terkenal yang dihasilkan oleh syarikat ini seperti iPhone tidak dapat dijual kepada pelanggan seperti yang diharapkan.

Ianya telah menyebabkan Apple telah kerugian sebanyak $26 bilion hanya dalam masa satu hari.

3. Mastercard

Mastercard terkenal dengan menyediakan kemudahan kad kredit kepada pelanggan mereka. Syarikat ini yang menerima tempiasnya akibat dari larangan penerbangan yang dibuat oleh sesetengan negara, yang telah mengakibatkan industri pelancongan terjejas teruk.

Industri pelancongan berkait rapat dengan penggunaan kad kredit yang mana akan memudahkan urusan para pelancong terutamanya didalam tempaha hotel. Selain itu juga, industri e-commerce juga terbantut akibat daripada peristiwa ini

Akibatnya, nilai Mastercard telah menyusut sebanyak $21.9 bilion dalam tempoh satu hari.

4. Coca-Cola

Selain industri teknologi, syarikat minuman terkenal dunia juga mengalami nasib yang sama. Syarikat ini yang mengalami kekurangan bekalan bahan utama yang digunakan di dalam proses pembuatan minuman yang popular bagi syarikat tersebut; iatu Diet Coke.

Minuman Diet Coke merupakan miuman yang dihaslkan oleh syarikat tersebut yang menggunakan bahan artificial sweetener yang dimport dari China. Dengan penularan wabak ini, Coca-Cola tidak dapat menghasilkan minuman Diet Coke ini.

Akibatnya, nilai syarikat telah berkurangan sebanyak $6 bilion dalam tempoh satu hari.

5. Royal Caribbean Cruises

Merupakan syarikat yang mempunyai penguasaan pasaran sebanyak 19% di dalam dunia percutian mewah melalui kapal laut. Syarikat ini yang berpengkalan di Miami Florida turut terkesan dengan kehadiran wabak ini yang telah merebak ke seluruh dunia.

Bilangan pelancong yang semakin berkurangan telah menjejaskan pendapatan syarikat ini, yang mendakwa terpaksa membatalkan hampir 30 tempahan pelayaran yang telah dibuat oleh pelanggan mereka.

Syarikat ini telah kehilangan sebanyak $1.5 bilion dalam tempoh sehari.

6. United Airlines

Syarikat penerbangan sudah pastinya turut terjejas teruk kerana bilangan pelancong yang semakin berkurangan. Syarikat ini telah mengeluarkan kenyataan bahawa hampir tiada penerbangan ke China dan juga sebanyak 75% penerbangan ke Trans-Pacific routes telah dibatalkan akibat daripada Covid-19 ini.

Syarikat ini telah kehilangan sebanyak $1.2 bilion dalam masa sehari.

Sumber Rujukan:

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Dagangan Sekuriti Ireka Akan Digantung Pada 3 Okt, Berdepan Risiko Dinyahsenarai

KUALA LUMPUR, 25 Sept (Bernama) — Bursa Malaysia Securities Bhd akan menggantung dagangan sekuriti Ireka Corporation Bhd (ICB) berkuat kuasa 3 Okt 2025.

Menerusi makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, syarikat itu berkata bursa telah menolak permohonan ICB untuk melanjutkan masa bagi mengemukakan pelan penyusunan semulanya.

Melainkan rayuan dikemukakan pada atau sebelum 2 Okt, sekuriti syarikat itu akan dinyahsenarai daripada Senarai Rasmi Bursa Malaysia pada 7 Okt.

Menurut Bursa Malaysia, sebarang rayuan yang dikemukakan selepas tempoh masa yang ditetapkan tidak akan dipertimbangkan. Sekiranya rayuan dibuat dalam tempoh masa itu, penyahsenaraian akan ditangguhkan sementara menunggu keputusan.

“Bagaimanapun, Bursa Securities akan meneruskan untuk menggantung dagangan sekuriti syarikat pada 3 Okt, walaupun keputusan rayuan syarikat masih belum selesai,” kata ICB.

Sebaik sahaja dinyahsenarai, sekuriti ICB akan ditarik balik daripada Bursa Malaysia Depository Sdn Bhd, dengan syarikat itu terus mengekalkan maklumat pemegang sahamnya dalam daftarnya.

ICB berkata syarikat itu akan menjadi entiti tidak tersenarai dan kekal dapat beroperasi serta meneruskan penstrukturan semula korporat.

Hak pemegang saham akan kekal dilindungi di bawah Akta Syarikat 2016, walaupun saham mereka tidak lagi disebut harga atau didagangkan di Bursa Malaysia.

Menerusi makluman kepada Bursa Malaysia pada Selasa, syarikat itu melaporkan bahawa ia telah gagal membayar balik pinjaman berjumlah RM1.04 juta kepada Hong Leong Bank Bhd (HLBB) dan AmBank (M) Bhd.

ICB berkata kemungkiran bayaran itu berkaitan dengan kemudahan pembiayaan yang asalnya diberikan kepada bekas anak syarikat milik penuhnya, Ireka Engineering & Construction Sdn Bhd (IECSB), yang telah menamatkan operasi.
— BERNAMA