Kisah Kejayaan Pengasas Farm Fresh

Setiap orang mempunyai permulaan yang agak sukar dalam perniagaan sebelum berjaya. Begitulah juga kisah pengasas Farm Fresh ini, ketika beliau mula berjinak-jinak dengan dunia keusahawanan pada 10 tahun yang lalu.

Pelbagai dugaan dan rintangan terpaksa ditempuh sehingga akhirnya berjaya juga mengecapi kejayaan dan dikenali ramai seperti sekarang.

Latar Belakang Farm Fresh

Susu Farm Fresh ini dimiliki oleh syarikat The Holstein Milk milik anak jati Malaysia iaitu Loi Tuan Ee. Beliau tinggal di bandar Perak. Farm Fresh dibangunkan kerana melihat banyak produk susu tepung yang dijual di Malaysia.

Farm Fresh dimiliki oleh beberapa pemegang saham atau shareholder yang dipertanggungjawabkan untuk mengawalselia operasi syarikat.

Di antranya kita ada Loi sebagai CEO, Azmi Zainal sebagai COO dan Ganesh sebagai CFO. 

Jom kita sama-sama tengok perjalanan awal perniagaan mereka yang tidak semudah yang kita sangkakan.

Permulaan Syarikat Farm Fresh

Pada mulanya, mereka hanya ada 60 ekor lembu sahaja. Lembu tersebut diimport dari Australia dan bakanya pula dari jenis Holstein. Berdasarkan kajian awal kualiti susu, susu yang dihasilkan oleh Loi tidak selamat diminum dan rasanya agak teruk.

Namun selepas Loi membawa masuk rakannya iaitu Azmi Zainal, Azmi telah membaiki struktur perniagaannya. Dengan adanya Pelan Industri Tenusu Negara yang dibuat oleh kerajaan, ianya sedikit  sebanyak telah membantu Loi.

Selepas itu, susu milik Loi telah dijaga kualitinya dan diperbaharui dengan adanya teknologi pengilangan. Setiap kali penerimaan susu dari ladang, mereka akan menjalankan ujian kualiti susu yang sangat ketat.

Sebab itulah susu Farm Fresh ini amat sedap rasanya. Sebabnya mereka menggunakan 100% susu asli tanpa bahan pengawet. Jika dibandingkan dengan jenama lain, Farm Fresh tidak menggunakan langsung susu yang diimport.

Permulaan Kejayaan Azmi Zainal, COO Farm Fresh

Menerusi laman facebook Azmi Zainal iaitu Ketua Pegawai Operasi (COO) Farm Fresh, beliau ada berkongsi kisah yang dialami beliau. Perkongsian beliau adalah dari kisah peribadi sebagai usahawan yang memulakan perniagaan secara kecil-kecilan sehingga ke peringkat antarabangsa.

Pernah juga susu Farm Fresh ini stoknya di hantar di seluruh negara menggunakan bas ekspress sahaja. Walaupun sebagai COO Farm Fresh, bebliau sendiri melakukan jualan ke kedai-kedai runcit ketika mula-mula berkecimpung dalam dunia perniagaan. Pada waktu petangnya pula, beliau akan menjual susu di pasar malam dan pasar tani.

Kesusahan yang dihadapi oleh beliau sedikit pun tidak mematahkan semangatnya. Azmi terus berusaha walaupun sering diperlekehkan oleh orang-orang di sekelilingnya. Beliau tetap berusaha siang malam, pagi petang demi mencapai kejayaan perniagaannya.

Menurutnya, melalui pengalamannya yang sukar pada awal perniagaan, ia membuatkan beliau mengambil peluang untuk menjadi penaja utama program realiti nyanyian, Gegar Vaganza musim ke-6.

Bukan itu sahaja, malahan beliau juga turut melakukan sumbangan untuk penggiat seni yang kurang bernasib baik. Hal ini kerana beliau pernah susah dan takkan lupakan kesusahan serta nasib yang pernah dialaminya dahulu.

Kesimpulannya, walaupun banyak rintangan yang dilalui namun Loi dan Azmi tidak pernah mengalah. Mereka terus berusaha sehinggalah akhirnya berjaya mencipta nama sebagai susu utama di Malaysia. 

Semoga kisah kejayaan pengasas Farm Fresh ini menjadi iktibar buat kita semua.

Sumber RujukanMedia Tular

Previous ArticleNext Article

1 Comment

  1. Sy Pn Asiah Ali. Kami dari Pihak Pusat Pendidikan dan kebajikan Pertubuhan Nur kasih Bestari ingin memohon susu pelbagai jenis dari syarikat farm fresh utk anak-anak asnaf yatim fakir miskin di rumah Nur kasih Bestari dan Warisan Suci.

    Mohon sumbangan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

4 Prinsip Pelaburan Warren Buffett Yang Masih Berkesan

Warren Buffett bukan sekadar pelabur berjaya, tetapi simbol kepada disiplin, pemikiran rasional dan kesabaran dalam dunia pelaburan. Dengan rekod pulangan jangka panjang yang konsisten melalui Berkshire Hathaway, pendekatan Buffett sering dijadikan rujukan oleh pelabur di seluruh dunia termasuk pelabur runcit yang baru bermula.

Apa yang menarik, strategi Buffett tidak bergantung kepada ramalan pasaran, spekulasi jangka pendek atau trend semasa. Sebaliknya, beliau berpegang kepada prinsip asas yang ringkas tetapi sukar untuk diamalkan secara konsisten.

Artikel ini menghuraikan empat prinsip utama pelaburan ala Warren Buffett dan bagaimana ia boleh diaplikasikan oleh pelabur dalam konteks pasaran hari ini.

Prinsip 1: Melabur Dalam Perniagaan Yang Difahami

Salah satu prinsip paling asas tetapi sering diabaikan ialah keperluan untuk memahami perniagaan yang ingin dilaburkan. Bagi Buffett, membeli saham bermaksud membeli sebahagian daripada sebuah perniagaan sebenar, bukan sekadar membeli simbol atau kod saham di papan dagangan.

Buffett mengelakkan pelaburan dalam industri atau model perniagaan yang berada di luar lingkaran kefahamannya, walaupun sektor tersebut sedang popular atau mencatatkan kenaikan mendadak. Prinsip ini membantu pelabur membuat keputusan berdasarkan fakta dan logik, bukan emosi atau tekanan pasaran.

Dalam konteks pelabur runcit, memahami perniagaan merangkumi:

  • Cara syarikat menjana pendapatan
  • Produk atau perkhidmatan utama
  • Kedudukan syarikat dalam industri
  • Faktor yang boleh menjejaskan kelangsungan keuntungan

Pelabur yang memahami perniagaan akan lebih tenang menghadapi turun naik harga saham kerana mereka menilai prestasi berdasarkan asas perniagaan, bukan pergerakan harga jangka pendek.

Prinsip 2: Memilih Syarikat Dengan Kelebihan Daya Saing Jangka Panjang

Buffett menekankan kepentingan melabur dalam syarikat yang mempunyai kelebihan daya saing mampan, atau sering dirujuk sebagai economic moat. Ini merujuk kepada keupayaan sesebuah syarikat untuk mengekalkan kedudukannya dalam pasaran dan melindungi keuntungan daripada ancaman pesaing.

Kelebihan daya saing ini boleh hadir dalam pelbagai bentuk, antaranya:

  • Jenama yang kukuh dan dipercayai
  • Kos operasi yang lebih rendah berbanding pesaing
  • Rangkaian pelanggan yang setia
  • Halangan kemasukan yang tinggi dalam industri

Syarikat yang mempunyai moat biasanya lebih tahan menghadapi kitaran ekonomi, tekanan persaingan dan perubahan pasaran. Dalam jangka panjang, inilah jenis perniagaan yang mampu menjana pulangan konsisten kepada pemegang saham.

Buffett sendiri terkenal dengan pegangan jangka panjang dalam syarikat yang mempunyai ciri-ciri ini, seperti Coca-Cola dan American Express.

Prinsip 3: Fokus Kepada Nilai, Bukan Harga

Satu lagi kesilapan lazim pelabur ialah menyamakan saham murah dengan saham bernilai. Buffett membezakan dengan jelas antara harga pasaran dan nilai intrinsik.

Nilai intrinsik merujuk kepada nilai sebenar sesebuah perniagaan berdasarkan keupayaannya menjana aliran tunai pada masa hadapan. Harga saham pula dipengaruhi oleh sentimen pasaran, emosi pelabur dan faktor jangka pendek yang tidak semestinya mencerminkan prestasi sebenar syarikat.

Buffett terkenal dengan pendekatan membeli syarikat berkualiti pada harga yang munasabah, bukannya membeli syarikat biasa hanya kerana harganya murah. Pendekatan ini turut disokong oleh konsep margin of safety, iaitu membeli saham apabila harga pasaran berada di bawah anggaran nilai intrinsik bagi mengurangkan risiko kerugian.

Bagi pelabur, ini bermaksud:

  • Tidak mengejar saham semata-mata kerana ia sedang naik
  • Tidak panik menjual saham berkualiti hanya kerana harga sementara menurun
  • Memberi fokus kepada prestasi kewangan dan potensi jangka panjang

Prinsip 4: Kesabaran Sebagai Kunci Pulangan Jangka Panjang

Prinsip terakhir, dan mungkin paling sukar untuk diamalkan, ialah kesabaran. Buffett berulang kali menegaskan bahawa kejayaan pelaburan bukan bergantung kepada kebolehan meramal pasaran, tetapi kepada tempoh berada dalam pasaran.

Beliau percaya bahawa pelabur sepatutnya bersedia memegang saham berkualiti untuk jangka masa yang panjang, selagi asas perniagaan kekal kukuh. Pendekatan ini membolehkan pelabur mendapat manfaat daripada pertumbuhan perniagaan dan kesan gandaan (compounding) dari semasa ke semasa.

Dalam realiti pasaran moden yang dipenuhi dengan maklumat pantas dan turun naik harian, kesabaran sering diuji. Namun, sejarah menunjukkan bahawa pelabur yang berdisiplin dan berfokus kepada jangka panjang cenderung mencapai keputusan yang lebih baik berbanding mereka yang kerap keluar masuk pasaran.

Kesimpulannya, pendekatan pelaburan Warren Buffett tidak menjanjikan kekayaan segera, tetapi ia menawarkan sesuatu yang lebih penting: konsistensi, kawalan risiko dan ketenangan dalam membuat keputusan.

Empat prinsip utama yang boleh dirumuskan ialah:

  1. Melabur hanya dalam perniagaan yang difahami
  2. Memilih syarikat dengan kelebihan daya saing jangka panjang
  3. Menilai saham berdasarkan nilai, bukan harga
  4. Mengamalkan kesabaran sebagai strategi utama

Dalam dunia pelaburan yang semakin kompleks, prinsip-prinsip ini kekal relevan dan praktikal untuk pelabur yang ingin membina kekayaan secara berdisiplin dan berteraskan asas yang kukuh.