Rumah Boleh Jadi Aset Dan Beban

Dalam keghairahan memiliki rumah sebagai aset terbesar dan juga sebagai tempat berlindung bagi diri dan keluarga, tahukah anda rumah juga belum dikira aset mutlak dan masih milik bank jika bayaran penuh belum dilunaskan.

Ia juga satu komitmen jangka panjang untuk dilangsaikan. Nasib baik ada insurans/takaful yang boleh menyelamatkan keadaan apabila berlaku kematian.

Jika sakit bagaimana? Rumah dan bil tetap perlu dibayar.

Rumah boleh tergolong dalam 8 keadaan:

1. Jika melakukan bisnes jual rumah, ia dikira sebagai stok atau inventori. Kiranya tiada keuntungan jika rumah ini belum terjual bagi pihak pemaju. Ia jadi beban kepada pemaju kerana tiada jualan masuk dan kos operasi sudah dikeluarkan dahulu.

2. Rumah juga dikira sebagai aset sekiranya disewakan. Hasil sewaan positif itu apabila kita bayar ke bank dan masih ada baki itu yang dikira sebagai pendapatan. Jika tiada penyewa atau kadar sewa negatif (kadar sewa kurang daripada bayaran bank) ia masih menjadi beban kepada pemilik.

3. Rumah yang diduduki dan perlu juga dibayar bayaran bulanan. Ia boleh dikira liabiliti atau beban sementara kerana perlu membayarnya dalam tempoh yang lama 30-35 tahun tanpa mendapat keuntungan (tiada wang masuk ke poket, hanya keluar). Walaubagaimanapun ia hanya sementara. Jika sudah habis bayar ia menjadi milikan penuh. Atau pada satu ketika ingin jual, kita dapat keuntungan darinya dalam jumlah yang agak besar.

4. Rumah yang buruk juga dikira aset sekiranya diubah suai cantik serta di jual kembali. Ia boleh jadi dalam pasaran lelong di mana yang membeli mempunyai cash yang banyak dan melakukan proses ubahsuai dan disewakan.

5. Rumah juga boleh jadi aset sementara kepada yang membuat bisnes sublet (urus sewa pelbagai rumah dan hartanah yang bukan milik mereka). Mereka sudah deal dengan pemilik hartanah dan mendapat keuntungan dari hasil sewa. Cara ini tidak perlu kos tinggi untuk bermula kerana tidak perlu beli hartanah, cuma perlukan kos operasi seperti melayan karenah penyewa, mencari penyewa dan lain-lain.

6. Rumah juga boleh jadi aset jika dihibahkan. Contoh suami hibahkan kepada anak dan isteri apabila beliau meninggal (perlu buat dokumen hibah yang sah dengan organisasi tertentu). Ia aset kepada anak serta isteri kerana bayaran rumah sudah di selesaikan oleh pihak takaful atau insurans.

Boleh buat hibah aset dan hartanah dengan:

7. Rumah juga boleh jadi beban kepada anak, isteri dan keluarga jika tidak diuruskan pemilikan apabila ketiadaan kita nanti. Kisah nyata perebutan harta oleh waris. Akhirnya, rumah yang aset itu perlu di jual dan waris kita tidak tertanggung beban dengan pelbagai pihak yang memaksa, berpindah dan menyewa rumah lain.

8. Rumah juga boleh menjadi beban jika lokasi yang dipilih berbahaya, kurang kemudahan dan kawasan yang jauh dari jalan raya mahu pun pengangkutan awam. Harga rumah di situ akan jatuh dan jika dijual juga di bawah nilai pasaran semasa atau rumah terbengkalai saja tanpa pembeli atau penyewa.

Kesimpulannya

Secara asasnya, rumah adalah perlindungan dan tempat untuk berteduh bagi seisi keluarga. Namun, perlu pilih sesuai dengan keperluan diri.

Ada yang mampu beli sebuah, urus sebaiknya. Ada yang mampu urus sampai 100 buah dan jadikan sebagai aset,dengan mereka kita perlu belajar.

Paling penting usah tamak dan bila tidak mampu dipaksa juga akhirnya yang dikendong berciciran. Masa terbang, wang hilang melayang.

Artikel ditulis oleh Puan Sarah Hata. Penulis merupakan seorang konsultan kewangan unit amanah dan takaful di sebuah institusi kewangan di Malaysia dan juga perunding imej. Mempunyai pengalaman menulis, memberi ceramah di beberapa syarikat seluruh Malaysia dan juga klien individu

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

OIB Lancar Gardens Idaman, Memperkukuh Portfolio Perumahan Mampu Milik Mampan Di Selangor

Rawang, 17 Ogos 2026: Oriental Interest Berhad (OIB) hari ini mengumumkan pelancaran rasmi Myra Idaman, sebuah pembangunan perumahan mampu milik terbaharunya di bawah program Rumah Idaman, yang dipasarkan dengan nama Gardens Idaman. Pelancaran ini memperluas lagi portfolio perumahan mampu milik OIB di Selangor, dengan Gardens Idaman menjadi pembangunan terbaharu Kumpulan di bawah program Rumah Idaman.

Meliputi kawasan seluas 11.226 ekar dengan nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM163.8 juta,
Gardens Idaman akan menawarkan 616 unit pangsapuri separa berperabot dengan harga bermula daripada RM250,000 hingga RM270,000. Setiap unit turut dilengkapi dengan dua ruang letak kereta.

Pembangunan berstatus pajakan ini dijangka siap pada tahun 2030 dan direka sebagai komuniti berpagar dan berpengawal untuk pembeli rumah pertama serta keluarga yang mencari kediaman yang lebih luas dan selesa.

Setiap unit berkeluasan 1,002 kaki persegi mempunyai tiga bilik tidur, dua bilik air dan dua ruang letak kereta, serta dilengkapi secara separa berperabot dengan almari pakaian, penghawa dingin, pemanas air, kabinet dapur, peti sejuk, televisyen dan kabinet TV.

Para penghuni juga akan menikmati Central Park yang menampilkan trek joging, gimnasium luar, taman permainan kanak-kanak, gelanggang futsal dan pickleball, selain kemudahan lain seperti dewan serbaguna, tadika serta surau.

William Lew, Pengurus Besar Unit Perniagaan Essential Myra, bahagian hartanah kediaman OIB, berkata program Rumah Idaman Selangor memainkan peranan penting dalam memperluaskan akses kepada perumahan mampu milik berkualiti di seluruh negeri.

“Program Rumah Idaman telah menjadi penanda aras penting dalam menjadikan pemilikan rumah berkualiti lebih mudah dicapai oleh pembeli rumah pertama.

“Sebagai salah satu pemaju yang menyertai program ini, peranan kami bukan sekadar membangunkan kediaman yang memenuhi keperluan program, tetapi juga sentiasa mencari peluang untuk mewujudkan nilai tambah kepada pemilik rumah serta komuniti yang bakal didiami mereka,” katanya

Pelancaran ini turut memperluas portfolio perumahan mampu milik OIB, dengan Gardens Idaman dan pembangunan akan datang, Saujana Idaman di Dengkil, masing-masing menerima pensijilan Provisional GreenRE Bronze, mengiktiraf komitmen projek-projek tersebut terhadap amalan pembangunan yang mampan dan bertanggungjawab terhadap alam sekitar.

GreenRE merupakan skim pensijilan bangunan hijau Malaysia yang ditubuhkan oleh
Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA), bagi mengiktiraf pembangunan yang
memenuhi penanda aras kelestarian merangkumi aspek seperti kecekapan tenaga, kecekapan air, perlindungan alam sekitar serta kualiti persekitaran dalaman.

Walaupun aspek kelestarian semakin diberi perhatian dalam sektor hartanah Malaysia, penerapan piawaian GreenRE dalam pembangunan perumahan mampu milik masih belum meluas.

Ini menunjukkan masih terdapat ruang untuk memperluaskan penerapan reka bentuk mampan dalam pembangunan perumahan mampu milik, agar manfaat kelestarian dapat dinikmati oleh lebih ramai pemilik rumah.

Lew menambah bahawa walaupun pensijilan GreenRE bukan merupakan keperluan di bawah program Rumah Idaman, OIB percaya aspek kelestarian wajar diterapkan dalam pembangunan perumahan mampu milik dan tidak seharusnya terhad kepada pembangunan bertaraf premium.

“Sering kali wujud persepsi bahawa kelestarian hanya sesuai untuk pembangunan berharga tinggi. Namun, kami percaya perumahan mampu milik juga boleh menerapkan elemen kelestarian tanpa menjejaskan kemampuan milik, terutamanya apabila aspek ini dipertimbangkan sejak peringkat awal reka bentuk.

“Pensijilan Provisional GreenRE Bronze yang diterima oleh Gardens Idaman dan Saujana Idaman menunjukkan bahawa kelestarian dan kemampuan milik boleh bergerak seiring. Pencapaian ini turut mencerminkan usaha kami untuk menerapkan pendekatan pembangunan yang lebih mampan dalam projek perumahan mampu milik,” jelasnya.

Gardens Idaman menggabungkan pelbagai ciri reka bentuk mampan termasuk reka bentuk luaran bangunan bagi mengurangkan penyerapan haba, kelengkapan kecekapan air 100%, penggunaan bahan binaan rendah karbon, sistem acuan aluminium boleh guna semula, sistem lif cekap tenaga, cat rendah penyerapan sebatian organik (VOC) serta pengoptimuman pencahayaan semula jadi.

Secara keseluruhannya, langkah-langkah ini dijangka meningkatkan kecekapan penggunaan tenaga dan air, memperbaiki kualiti persekitaran dalaman serta mewujudkan persekitaran kediaman yang lebih selesa untuk para penghuni.

Berdasarkan penilaian GreenRE, Gardens Idaman dijangka mencapai penjimatan tenaga kira-kira 30.61% berbanding dengan garis dasar GreenRE, serta mengurangkan pelepasan karbon operasi yang dianggarkan sebanyak 337 tan karbon dioksida setara (CO₂e) setiap tahun.

Terletak di salah satu koridor pertumbuhan utama Selangor, Gardens Idaman menawarkan hubungan strategik ke Rawang, Sungai Buloh, Kwasa Damansara, Petaling Jaya dan Kuala Lumpur melalui Lebuhraya Kuala Lumpur-Kuala Selangor (LATAR), Lebuhraya Koridor Guthrie serta Lebuhraya Utara-Selatan (NSE).

Pembangunan ini turut menawarkan akses mudah ke sekolah, kemudahan penjagaan kesihatan dan rekreasi serta pusat komersial berhampiran.

Gardens Idaman merupakan projek terbaharu dalam portfolio Rumah Idaman OIB, selepas kejayaan pelancaran Putra Idaman di Desa Pinggiran Putra pada tahun 2024.

Dengan Saujana Idaman dijadualkan untuk dilancarkan pada suku ketiga 2026, OIB akan terus mengembangkan portfolio perumahan mampu miliknya di Selangor, selaras dengan aspirasi perumahan negeri. Untuk maklumat lanjut mengenai Gardens Idaman, layari https://www.myra.com.my/myra-homes/gardensidaman