Apakah Produk Yang Banyak Dibeli Rakyat Malaysia Semasa PKP?

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bermula sejak 18 Mac 2020 yang lalu, kini sudah memasuki fasa ke-3 dan dijangka berakhir pada 28 April 2020.

Nak tahu tak rakyat Malaysia ni suka beli apa sepanjang PKP yang sudah hampir masuk sebulan?

Jom kita dengarkan ulasan dari Ian Ho yang merupakan Pengarah Urusan Serantau, Shopee.

  • Pada umumnya, kami melihat jumlah trafik dan urus niaga yang rancak semasa tempoh PKP.
  • Kami juga mendapati permintaan meningkat untuk produk kesihatan dan kebersihan diri seperti disinfektan, bahan pencuci tangan, topeng muka dan banyak lagi seperti barangan keperluan harian seperti hasil segar (ayam, makanan laut, sayur-sayuran), beras, minyak masak, pasta, biskut, tepung,  lampin, susu formula dan banyak lagi.
  • Selain daripada produk kebersihan dan keperluan harian, rakyat Malaysia juga membeli peralatan elektronik seperti komputer riba, desktop, webcam dan fon kepala bluetooth serta meja komputer riba, meja kerja dan kerusi ergonomik untuk meningkatkan produktiviti semasa bekerja di rumah.

  • Oleh sebab rakyat Malaysia terpaksa berada di dalam rumah, pembeli juga didapati mencari sistem hiburan rumah dan peralatan hiburan mampu milik seperti PlayStation 4, Nintendo Switch, Chromecast dongle, congkak, kolam renang kembung, kad Uno, permainan papan dan banyak lagi.

  • Rakyat Malaysia juga membeli peralatan sukan seperti dumbell, tikar yoga dan tali lompat untuk kekal aktif dan cergas semasa PKP.

  • Peralatan dapur seperti penggoreng udara, pengisar jus, pembuat roti, periuk nasi, ketuhar elektrik dan periuk tekanan juga semakin popular kerana kini lebih ramai rakyat Malaysia memasak di rumah.

Ada Maklumat Tambahan Untuk Dikongsi?

1. Raya Bersama Shopee

Musim Raya kian menjelang, dan dengan situasi yang kita sedang alami, ia akan mengambil masa sebelum keadaan kembali seperti biasa.

Walau bagaimanapun, kami ingin rakyat Malaysia, terutama sekali rakan-rakan Muslim kita, masih dapat menyambut Hari Raya dengan orang yang tersayang tanpa berbelanja secara berlebihan.

  • Berlangsung dari 13 April hingga 26 Mei, kempen Raya Bersama Shopee, yang direka khas berdasarkan permintaan semasa tempoh PKP, akan menawarkan pelbagai keperluan harian pada RM10.
  • Bersama dengan tawaran dan diskaun kami serta elemen hiburan melalui Shopee Live dan permainan menarik, kami ingin memberitahu semua orang bahawa Shopee berada di sisi mereka untuk Raya ini dan kami akan cuba sedaya upaya untuk memenuhi keperluan dan keinginan mereka supaya mereka masih dapat menyambut Hari Raya walaupun hanya dengan sambutan yang kecil.

2. Tabung Shopee MMA COVID-19

  • Sejak penularan wabak Covid-19, petugas barisan hadapan telah menjadi salah satu kumpulan risiko tertinggi, yang bekerja lebih masa dan mengorbankan nyawa mereka untuk memastikan semua orang selamat.
  • Untuk memberikan sokongan dan membantu menjaga keperluan dan kebajikan petugas barisan hadapan semasa mereka memerangi virus ini, Shopee telah bekerjasama dengan Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) dan Yayasan Persatuan Perubatan Malaysia (MMAF) untuk mengumpul dana melalui tabung Shopee MMA COVID-19.
  • Para petugas barisan hadapan ini bekerja di luar waktu kerja yang ditetapkan dan pengorbanan mereka amatlah besar. Ada juga sukarelawan yang dipanggil kembali untuk bekerja tanpa pendapatan, manakala yang lain juga terdedah dan terjangkit dengan penyakit ini.
  • Walaupun segelintir daripada mereka menerima bantuan kecil, ia tidak dapat mengganti kehilangan yang dihadapi oleh mereka dan keluarga mereka.
  • Shopee juga berikrar untuk menderma dengan jumlah sumbangan yang sama dengan orang ramai – untuk setiap sumbangan RM1, Shopee akan menderma RM1.
  • Apa yang perlu dilakukan ialah mengunjungi app atau laman web Shopee untuk menderma jumlah yang diingini daripada RM5 dan RM10 hingga RM50 dan RM100.
  • Sumbangan telah banyak diterima dan ia amat menggalakkan untuk melihat rakyat Malaysia berganding bahu demi menunjukkan sokongan mereka dengan ramai yang menderma hingga RM500 dalam satu transaksi. Bagi mereka yang ingin menderma, layari https://shopee.com.my/m/shopeemmacovid19fund
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Powerwell Catat Rekod Untung Bersih Tertinggi RM24.1 Juta, Sasar Lonjakan Melalui Sektor Pusat Data

KUALA LUMPUR: Pakar pengedaran kuasa tempatan, Powerwell Holdings Berhad (“Powerwell”) berjaya menamatkan tahun kewangan 2026 (“FY26”) dengan prestasi luar biasa selepas mencatatkan keuntungan bersih tertinggi dalam sejarah syarikat berjumlah RM24.1 juta.

Pencapaian memberangsangkan ini menyaksikan keuntungan bersih kumpulan melepasi ambang RM20 juta buat kali pertama , melonjak daripada RM18.7 juta yang direkodkan pada tahun kewangan sebelumnya.

Prestasi Kewangan Sumbangan Pasaran Luar Negara

Bagi keseluruhan FY26, perolehan Powerwell melonjak 15.6% tahun-ke-tahun (YoY) kepada RM159.0 million berbanding RM137.5 juta pada tahun lalu. Pertumbuhan mampan ini dipacu terutamanya oleh sumbangan yang lebih tinggi daripada operasi kumpulan di Bangladesh dan Indonesia.

Bagaimanapun, bagi suku keempat berakhir 31 Mac 2026 (4QFY26), perolehan kumpulan mencatatkan penurunan kepada RM41.4 juta berbanding RM47.7 juta sebelum ini disebabkan oleh penghantaran produk yang lebih rendah.

Meskipun begitu, margin keuntungan kasar bagi suku tersebut melonjak kepada 39.8% (daripada 35.1% pada suku sama tahun lepas) hasil daripada pemuktamadan akaun untuk sebuah projek pusat data (data centre) serta projek loji hidro. Keadaan ini, ditambah pula dengan pembalikan kemerosotan nilai penghutang perdagangan dan perbelanjaan pentadbiran yang lebih rendah, telah melonjakkan untung bersih 4QFY26 sebanyak 6.9% YoY kepada RM7.7 juta.

Sebagai ganjaran kepada para pemegang saham, Powerwell mengumumkan dividen interim kedua sebanyak 1.0 sen sesaham bagi suku di bawah tinjauan. Ini menjadikan jumlah keseluruhan dividen bagi FY26 sebanyak 1.5 sen sesaham, yang mewakili nisbah pembayaran sebanyak 36.1% (anggaran RM8.7 juta).

Projek Mega & Pasaran Borneo

Tahun kewangan 2026 turut melakar sejarah tersendiri apabila Powerwell berjaya mengukuhkan kedudukannya dalam ekosistem teknologi tinggi selepas meraih projek pusat data tunggal terbesar bernilai RM68.5 juta.

Bagi meluaskan lagi empayar perniagaannya, kumpulan sedang aktif mengembangkan ruang pembuatan di Malaysia dan Indonesia. Di samping itu, Powerwell telah memuktamadkan pengambilalihan 49% kepentingan dalam Tenaga Kenari pada 1 April 2026. Langkah strategik ini memberikan akses segera bagi kumpulan untuk menembusi pasaran Sarawak dan Sabah (Timur Malaysia), sekali gus membuka peluang rantaian pelanggan baharu dalam industri semikonduktor, utiliti, dan tenaga boleh diperbaharui.

Prospek Cerah

Sehingga akhir Mac 2026, nilai tempahan (order book) Powerwell kekal sihat pada paras RM150.8 juta, sekali gus memberikan pendapatan yang stabil untuk tempoh akan datang.

Melihat ke hadapan, pihak pengurusan Powerwell optimis terhadap prospek perniagaan syarikat yang disokong oleh saluran tender (tender pipeline) yang sangat aktif. Kumpulan sedia merebut peluang luas dalam segmen-segmen pesat membangun termasuk pusat data, tenaga boleh diperbaharui, semikonduktor, dan infrastruktur.

Walau bagaimanapun, memandangkan keadaan pasaran global yang dinamik, Powerwell menegaskan akan terus mengamalkan pendekatan berhati-hati dengan memantau rapat ketidaktentuan pasaran, perkembangan geopolitik, dan keadaan makroekonomi yang boleh memberi kesan kepada landskap perniagaan.